Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ RABU, 19 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ VASTERAS
Hari ni saya bangun jam 6.00 pagi. Subuh di sini masuk jam 6.19 pagi. Selesai solat saya sambung tidur semula sebab penat semalam tak habis cover lagi. Maklumlah, umur dah makin meningkat ni lambat nak recharge. Hihi.. Jauh juga saya drive semalam. Hari ni kami akan ke ibu negara Sweden iaitu Stockholm. Sebelum sampai Stockholm, saya bercadang untuk singgah sebentar di bandar Vasteras. Ada sesuatu yang menarik untuk dilihat di situ. Hanya satu bandar je yang nak singgah, jadi boleh la gerak lewat sikit. Sambung tidur kejap. Syoknya tidur berselimut tebal. Hihi..
|
Weather forecast @ Gesunda |
Jam 8.30 pagi saya bangun semula. Cukup dah rasanya tenaga untuk aktiviti hari ni. Hari ni kami breakfast ayam goreng dengan nasi Sharifah. Banyak lagi stok nasi Sharifah ni. Kena habiskan semuanya sebelum balik Malaysia. Pada saya nasi Sharifah taklah sesedap mana, tapi ia lebih baik daripada Brahim's. Yang penting halal. Tak boleh la nak harapkan rasanya sama seperti nasi yang dimasak dalam periuk di rumah. Dah tentu masak kat rumah lagi sedap. Daripada takde apa yang halal untuk dimakan, nasi Sharifah amat sesuai dibawa untuk travel. Selesai breakfast bersama-sama, saya keluar ke balkoni untuk melihat suasana pagi di sini. Fuhh, lagi tebal salji kat sini walaupun suhu tak sesejuk di Gjovik. Malam tadi salji turun lebat agaknya.
|
Lagi mistik pemandangan kat belakang rumah |
Morning @ Gesunda
Kagum dengan pemandangan pagi di sini, jam 9.30 pagi kami mula bersiap untuk check-out. Agak lewat dah sebenarnya kami bertolak. Tapi sebab keterujaan dengan suasana persekitaran di sini, apalah salahnya kami layan dulu sepuasnya. Mungkin lepas ni dah tak jumpa keadaan mistik macam ni. Hehe.. Kami mula masukkan beg dalam kereta. Sebelum bergerak kami bergambar di kawasan sekitar. Serius saya amat kagum dengan pemandangan kat sini. Balik Malaysia nanti mesti akan sentiasa teringat tempat ni. Tambah bila tengok movie tempat yang ada salji. Confirm tersenyum sendirian.
|
Ada snowman rupanya kat luar ni. Hehe.. |
|
Panaskan enjin dan bersihkan cermin dulu |
|
Layan bergambar sepuasnya sebelum meninnggalkan Gesunda |
Tepat jam 10.00 pagi barulah kami mulakan perjalanan menuju ke destinasi berikutnya. Jarak dari sini ke Vasteras dalam 200 km. Dengan kelajuan yang sederhana dan mungkin berhenti di beberapa tempat untuk berehat seketika, in shaa Allah boleh sampai sana masa cuaca masih cerah lagi. Terima kasih pada Richard kerana menerima booking saya untuk bermalam di rumahnya. Kami tak dapat berjumpa dengannya. Mungkin dia duduk jauh dari sini. Apa-apa pun rumah awak amat comel dan sangat kemas. Yang penting selesa untuk kami berenam. Saya akan bagi review yang terbaik dalam AirBnb. Itu sudah pasti. Hihi..
|
Tq Richard! Will recommend to others in AirBnb. Superb!.. |
|
Tomteland Theme-Park yang terletak berhampiran rumah Richard |
Dari rumah Richard, perjalanan mengambil masa hanya 10 minit untuk sampai di simpang jalan utama. Agak mencabar juga nak sampai ke jalan utama dengan salji yang tebal di atas jalan. Sampai je di simpang, sepatutnya kami ke kanan, tapi ada signboard menyatakan jalan di hadapan ditutup. Saya terpaksa patah balik ke bandar Mora dan tunggu GPS re-route map. Jalan di bandar Mora juga banyak construction. Kami kena ikut laluan di seberang tasik yang besar di sini menuju ke Rattvik. 20 minit terbuang kerana terpaksa ikut jalan jauh. Huhu.. Takpelah, janji ada jalan yang masih buka untuk ke Stockholm.
|
Keadaan jalan dari rumah Richard hingga ke simpang jalan utama |
2 jam memandu, saya mencari tempat berhenti untuk merehatkan kaki. Penat sebenarnya bila drive atas jalan yang licin. Kaki sentiasa kena kawal kelajuan terutamanya bila di selekoh. Risau je kalau oversteer. Lepas ni kena ingat, kalau nak sewa kereta di sini kena ambil di Sweden atau Norway sebab company sewa kereta ada menyediakan studded winter tyre. Barulah rasa lebih yakin ketika memandu. Di Denmark hanya winter tyre biasa je yang dia bagi. Huhu.. Kalau la tau awal, dah lama saya plan naik train dari Copenhagen hingga ke Malmo. Sampai di Malmo baru sewa kereta. Benda dah nak jadi. Tinggal lagi beberapa hari je pun nak return kereta. Ingatan untuk masa depan. Hihi..
|
Alhamdulillah, tar jalan dah makin jelas kelihatan |
Kami berhenti di kawasan parking di ski jumping hill yang terletak di Falun. Masa di Holmenkollen kami tak nampak track ski jumping dengan jelas sebab cuaca yang suram. Di sini kami nampak dari jauh bagaimana bentuk track ski jumping yang sudah tentu tak ada di Malaysia. Dapat tengok dari jauh sambil merehatkan badan pun dah cukup memadai. Jadilah dapat tengok live depan mata. Cuma tak nampak orang tengah main ski jumping sebab jauh sangat. Hihi..
|
Driving route: From AirBnb-Richard to Lugnet Parking Area |
|
Macam ni rupanya track ski jumping. Ngeri juga ketinggian dia.. |
Kalau la saya dicabar untuk lakukan ski jumping, memang awal-awal dah tolak. Dalam banyak-banyak sukan extreme, apa-apa sukan yang melibatkan ketinggian seperti bungy jumping, paragliding dan seangkatan dengannya memang saya tak minat nak cuba walaupun diberi reward. Takut jantung terhenti tiba-tiba je. Permainan dalam theme-park yang tinggi-tinggi pun saya tolak siap-siap. Seriau je tengok. Takpelah, mungkin itu kelemahan saya, tapi ada benda lain yang menjadi kelebihan saya. Betapa hebatnya Allah jadikan manusia itu dengan pelbagai ciri dan kebolehan serta kelemahan masing-masing. Dah cukup rehat dan minum secawan kopi panas, kami sambung perjalanan. Fokus dengan had laju di kawasan bandar dan kampung. Kat sini memang banyak speed camera. Kang sia-sia je nombor plat kena capture. Huhu..
|
Jalan yang lurus dan tenang jangan disangka tiada speed camera. Smilee!!.. |
Hampir sejam memandu, jam 12.40 tengahari kami berhenti sekali lagi di Viggen Rest Stop. Masing-masing menunaikan hajat di WC. Kawasan di sini sama seperti di Biri Rest Stop. Saya tanya pada wife jika dia berminat nak tekup muka lagi kat sini. Cukuplah sekali. Kalau minum air Slurpee laju-laju boleh kena brain-freeze, tekup muka atas salji pulak boleh kena face-freeze. Huhu..
|
Driving route: From Lugnet Parking Area to Viggen Rest Stop |
|
Salji masih suci. Sesuai nak tekup muka lagi. Hehe.. |
Selesai semua hajat, kami teruskan lagi perjalanan. Makin hampir dengan Vasteras, jalan semakin lurus, lebar dan banyak simpang serta roundabout. Hari ni kami tak bawa bekal kerana di Vasteras ada banyak option restoran halal. Dah 2 hari kami makan dalam kereta. Kali ni nak balas dendam makan sepuasnya di restoran. Hihi.. Tapi sebelum makan kami nak jalan-jalan dulu di bandar Vasteras. Semua masih kenyang lagi. Banyak juga yang kami makan breakfast tadi. Bagi betul-betul lapar baru feel nak makan. Hehe..
|
Sudah makin menghampiri bandar Vasteras |
|
Senaman mulut ketika memandu. Hihi.. |
Road Trip: Gesunda - Vasteras
@ VASTERAS
Setelah 4 jam memandu dan 2 kali berhenti rehat, akhirnya kami sampai di bandar Vasteras. Di sini agak susah untuk mencari parking yang percuma. Jadi saya kena cari kawasan parking yang berbayar dan yang penting paling dekat dengan pusat bandar. Saya tag satu kawasan parking pada GPS. Boleh pulak simpang nak masuk ke kawasan parking ditutup kerana ada construction. Saya terpaksa cari jalan lain untuk masuk ikut arah bertentangan. Nasib baik jumpa jalan yang betul. Kombinasi offline map dan jalan yang ditutup amat menyusahkan. Nak buat macam mana, free apps punya pasal. Nak jimat kenalah bersusah-payah sikit. Padan muka. Hehe..
|
Weather forecast @ Vasteras |
|
Driving route: From Viggen Rest Stop to Q-Park Vasteras |
Sistem tiket untuk parking di sini ada 2 option, sama ada nak ambil tiket dulu dan bayar di mesin sebelum keluar atau terus tap kad kredit di panel. Masa keluar nanti tap semula kad kredit yang sama. Saya pilih option kad kredit kerana lebih mudah. Kawasan parking di sini agak luas, tapi banyak juga kenderaan. Nasib baik jumpa satu parking yang kosong. Setelah pastikan kereta betul-betul masuk dalam petak parking, kami turun dan bersiap-siap untuk mulakan perjalanan. Kereta panjang, kena pastikan betul-betul ngam masuk dalam petak parking. Nanti terjulur keluar takut ada kereta lain terlanggar pulak. Huhu.. Bahayanya menyewa kereta apabila ada kenderaan lain yang langgar, kemudian lari. Dah tentu penyewa yang kena charge dengan company sewa kereta. Moga kenderaan kami berada dalam keadaan selamat di sini. Wallahu 'alam..
|
Dari kawasan parking kereta dah nampak bangunan yang cantik |
No comments:
Post a Comment