Thursday, 12 September 2019

JJCP Scandiscovery: Day 12 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ RABU, 19 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ VASTERAS MOSQUE
@ H&M VASTERAS


Destinasi pertama kami di sini adalah mencari masjid. Tempat parking kami berada di pertengahan antara masjid dan pusat bandar. Kami kena berjalan sejauh 600 meter melalui jalan yang sedikit berbukit dan ditemani angin sejuk untuk sampai di Vasteras Mosque. Sampai je di masjid saya jadi confuse. Bentuk bangunan kelihatan seperti gereja dan tiada satu signboard pun yang mengatakan ianya adalah masjid. Dah sampai sini takkan la taknak check. Kalau betul gereja kami tak masuk la. Mungkin juga sebelum ni gereja tapi dah ditukar kepada masjid atas permintaan komuniti Islam di sini. Wallahu 'alam..

Walking route: From Q-Park to Vasteras Mosque
Bangunan putih kosong tiada signboard

@ VASTERAS MOSQUE

Saya buka pintu utama untuk mendapatkan kepastian. Saya terus nampak karpet saf solat. Saya masuk ke dalam dan kelihatan ada 3 orang jemaah sedang mengaji di ruang solat. Alhamdulillah, inilah dia Vasteras Mosque. Saya bertanya pada salah seorang jemaah di mana letaknya ruang solat wanita. Saya beritahu pada kawan-kawan yang menunggu di luar. Ruang solat wanita terletak di tingkat atas dan perlu naik tangga di belakang bangunan. Jemaah lelaki masuk ikut pintu utama. Kami turun ke tingkat di bawah tanah untuk mengambil wudhuk.

Rak kasut dan pejabat pentadbiran di pintu masuk dan tempat wudhuk di tingkat bawah tanah
Ruang solat utama. 3 tingkap di atas tu adalah ruang solat wanita
Selesai solat jamak, kami ambil keputusan untuk tunggu lagi 20 minit untuk masuknya waktu Maghrib pada jam 2.51 petang. Makin awal waktu Maghrib kat sini. Sorang-sorang jemaah masuk ke ruang solat. Adalah dalam 15 orang jemaah. Ada yang memberi salam kepada kami. Mereka memandang kami dengan satu pandangan yang agak pelik. Mungkin jarang tengok orang luar di sini kot. Selesai solat Maghrib berjemaah dan jamak, kami bersiap untuk keluar dari masjid dan menunggu para isteri di luar. Setelah semuanya ada, jam 3.20 petang kami teruskan berjalan kaki ikut laluan yang sama tadi tetapi terus menuju ke pusat bandar Vasteras. Cuaca sudah mula gelap di sini.

Dapat juga kami solat berjemaah di Vasteras Mosque. Alhamdulillah..
Thai massage ada di mana-mana. Boleh tahan mahal harganya. Huhu..

@ H&M VASTERAS

Lebih 10 minit berjalan kaki, akhirnya kami sampai di Centrum Vasteras. Tak ramai sangat orang di sini. Kami berpecah ikut pasangan masing-masing dan berjumpa semula di tempat sama jam 4.30 petang. Cukup la sejam je. Saya dan wife masuk ke dalam H&M. Pada saya design dan harga pakaian di H&M adalah sesuai untuk golongan pertengahan, sama seperti Uniqlo. Tapi saya lebih suka Uniqlo berbanding H&M. Hehe.. Persoalannya, kenapa nak masuk H&M kat sini? Masuk pun setakat cukup syarat dan cuci mata je, bukan nak shopping pun dalam ni. Hehe..

Walking route: From Vasteras Mosque to H&M
Saya masuk kerana H&M pertama di dunia dibuka di sini. Erling Persson, pengasas H&M telah buka butik pertamanya iaitu Hennes pada tahun 1947 di Vasteras. Ketika itu hanya pakaian wanita je yang dijual (Hennes bermaksud 'Hers'). Kemudian beliau membeli Mauritz Widforss Store dan menukar nama butiknya kepada Hennes & Mauritz (H&M). Sampai la sekarang nama H&M digunapakai untuk semua 4,958 cawangan di seluruh dunia. Mungkin H&M yang saya masuk ni bukanlah exact location bagi Hennes store semasa 1947, tapi di sinilah sejarah H&M bermula.

Banyak pulak barang yang murah kat sini. Teguhkan iman.. Hehe..
Seronoknya cuci mata kat H&M ni. Sebelum iman mula goyah, jam 4.30 petang kami keluar dan berjumpa dengan yang lain. Hihi.. Kami berjalan di kawasan sekitar dalam kedinginan petang yang sudah gelap. Ada beberapa kedai yang kami masuk. Antaranya adalah kedai Myrorna yang menjual barang second-hand tapi masih berkualiti dan kelihatan seperti baru. Teringat saya pada kedai Vinnies dan The Salvation Army di Australia yang menjual barangan second-hand yang amat murah. Pandai 'menyelam' in shaa Allah dapat sesuatu yang menarik dalam kedai ni. Rupanya Myrorna ada banyak cawangan di Sweden. Takpe, kita jalan-jalan dulu. Nanti saya cuba cari cawangan Myrorna di Stockholm. Di Stockholm ada banyak masa untuk kami 'menyelam'. Hihi..

Pemandangan di Centrum Vasteras
Kedai runcit halal ada di sini
Kami berjalan menyusuri kedai-kedai yang ada di sini sampai tak sedar dah lebih sejam kami meronda. Perut masing-masing pun dah lapar. Saya ada tag satu restoran halal tapi kena bawa kereta ke sana. Kami berbincang sama ada nak makan di sini atau ke restoran yang saya dah tag tu. Manalah tau kalau ada yang betul-betul lapar sampai tak larat nak jalan dah. Hihi.. Semua bersetuju untuk ke sana. Kami berjalan pulang ke kereta. Nasib baik parking kami dekat je. Tak tahan sejuk bila sekali-sekala angin datang menyapa ke muka kami. Huhu..

Sudah sampai masanya untuk pulang ke kereta
Kawasan parking kereta dah mula lengang. Alhamdulillah, kereta kami berada dalam keadaan yang baik. Kami bersiap untuk mulakan perjalanan. Jam 5.50 petang saya mula masuk gear dan terus ke pintu pagar keluar. Kad kredit yang digunakan masa masuk parking tadi digunakan. Manalah tau kalau terguna kad kredit yang lain kang dia charge parking maksimum. Kalau kat Malaysia boleh la claim balik. Teringat situasi saya tersalah guna kad touch n' go dulu. Masuk guna kawan punya. Bila keluar guna saya punya. Terus kena tolak nilai tol paling maksimum padahal dari Sg. Besi ke Seremban je. Saya claim balik, lepas 3 bulan baru dapat refund. Huhu..

Tap kad, ambil resit dan palang pun terangkat. SEK53.00 untuk parking selama 3 jam 50 minit
Nilai bayaran tu tak perlu terkejut, memang itulah standard harga parking di sini. Kalau di Malaysia dengan harga tu boleh dapat parking yang ada jockey. Hihi.. Tapi orang kita ada parking yang tak semahal mana pun tetap nak parking illegal. Contohnya dekat rumah saya di Stesen MRT Kwasa Sentral. Kawasan parking berbayar punyalah besar, tapi ramai orang parking kat bahu jalan. Banyak kali juga saya nampak accident live pemandu tak nampak kereta yang lalu sebab pandangan dihalang dengan kereta-kereta ni. Negara kita kurang enforcement tentang parking illegal ni. Kalau nombor plat kecik barulah dikira bersalah. Ukur pakai pembaris lagi. Boleh menyebabkan kemalangan jiwa tau. Parking illegal kira selamat lagi. Hahah.. Apa-apa pun ikutlah peraturan dan jalankanlah penguatkuasaan demi kesejahteraan rakyat. Moga diberi kesedaran kepada yang berkenaan. Wallahu 'alam..



No comments:

Post a Comment