Tuesday, 27 August 2019

JJCP Scandiscovery: Day 10 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 17 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ STEGASTEIN VIEWPOINT
@ FLAM
@ FLAM RAILWAY MUSEUM


Kami teruskan perjalanan melalui jalan yang berbukit dan sempit menuju ke destinasi berikutnya iaitu Stegastein Viewpoint. Masa  mencari info tentang tempat ni, saya bercadang untuk naik tour bus sebab tak berani nak drive sampai ke atas apabila melihatkan gambar jalan dalam google maps. Bila browse harga untuk seorang sampai NOK335.00, nampaknya saya terpaksa beranikan diri drive kereta. Huhu.. Dari pekan Aurlandsvengen, kami perlu ikut laluan berbukit. Makin tinggi, makin curam dan sempit. Bila bertembung dengan kereta lain terpaksa berhenti untuk memberi laluan. Beberapa kali jugalah kami selisih dengan kereta. Paling risau bila ada jalan yang takde penghadang. Dengan jalan yang licin bersalji, terpaksalah bawa perlahan. Yang penting sampai dengan selamat.

Cantik sungguh design rumah kat sini. Comel..
Bermulanya jalan yang berbukit dan sempit. Extra fokus please..
Route yang kami lalu ni, Aurlandsfjellet adalah salah satu scenic route yang paling cantik di Norway. Tetapi malangnya bila musim winter jalan ni ditutup kerana salji tebal. Jalan ni hanya dibuka sepanjang 10 km je. Kami masih dapat sampai ke Stegastein Viewpoint sebab jaraknya 7.5 km dari bawah. Balik nanti terpaksa patah balik ikut jalan yang sama. Takpelah, lepas ni memang kami nak ke Flam. Balik nanti boleh ikut jalan lain yang agak menarik juga. Itulah yang bestnya Norway ni. Ikutlah route mana-mana pun tetap cantik pemandangannya. Hihi..

Pemandangan fjord dari dalam kereta menuju ke Stegastein Viewpoint

Road to Stegastein


@ STEGASTEIN VIEWPOINT

Alhamdulillah, jam 1.35 petang kami sampai di Stegastein Viewpoint dengan selamatnya. Saya berhenti di kawasan parking lot yang disediakan. Ada sebuah tour van di sini. Sebelum ni saya pernah cakap pada wife, setiap kali travel mesti kita akan berjumpa dengan orang dari China. Tak pernah tak jumpa. Sebagai bukti, group yang naik tour van ni dari China. Haha, memang diorang ni suka travel. Bukan setakat orang, restoran diorang pun belambak kat mana-mana. Cuma kena tahan telinga sikit la sebab diorang kalau beramai-ramai memang kecoh dibuatnya. Ibarat bercakap dengan kawan sebelah pun satu stadium boleh dengar. Bukan nak mengata, tapi itulah realitinya. Teringat masa naik flight ke Korea dulu. Habis kecoh satu flight dengar diorang bercakap. Mohon hormat privacy penumpang lain ye. Huhu..

Driving route: From Esso Aurlandsvangen to Stegastein Viewpoint
SubhanAllah.. Cantiknya pemandangan kat sini..
Stegastein Viewpoint dibina pada tahun 2006. Ia adalah satu platform yang mengunjur sepanjang 30 meter di ketinggian 650 meter. Dari sini boleh tengok keseluruhan panorama fjord yang sungguh indah. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata betapa cantiknya tempat ni. Fjord adalah pemandangan yang mesti kena lihat bila sampai di Norway. Fjord bermaksud lembah aliran air laut yang panjang di antara tebing gunung. Kalau tengok dalam map, banyak lokasi di Norway untuk melihat fjord ni. Cuma di sini special sikit sebab ada Stegastein Viewpoint. Dan yang membuatkan lagi special kami ke sini drive sendiri, tak guna tour bus atau van. Hihi.. Ketakutan drive ke sini tadi terus hilang bila melihat panorama fjord yang amat hebat dari Stegastein Viewpoint. SubhanAllah.. Sungguh hebat bumi ciptaan Allah yang Maha Esa.

Pemandangan panorama fjord di hujung viewpoint. Indah tak terkata!..
Mengabadikan kenangan di Stegastein Viewpoint
Gambar dengan drone pulak. Terbaik lah..
Setengah jam berada kat sini rasa tak puas. Tapi apakan daya, kami kena teruskan perjalanan ke Flam. Kalau boleh sampai di Flam sebelum gelap lagi baik. Dapatlah kami melihat pemandangan pelabuhan di situ. Tepat jam 2.00 petang kami bergerak untuk turun semula ke Aurlandsvengen. Terima kasih Stegastein Viewpoint atas memori yang terindah. Alhamdulillah kami dapat merasa pengalaman berada di atas platform dan melihat panorama yang terindah ciptaan Allah. Kepada yang datang ke Aurland, Stegastein Viewpoint is a must visit especially trip budget macam kami. Tak perlu naik tour van, drive sendiri in shaa Allah selamat. Kalau pergi time summer tak perlu risau tentang jalan licin. Siap boleh drive kat scenic route lagi. Macam saya lebih suka travel musim sejuk. Walaupun waktu siang pendek, tapi banyak juga pengalaman baru yang kami dapat.

Tq Stegastein Viewpoint!. Puas hati dah sampai sini..

Stegastein Viewpoint


@ FLAM

Jam 2.30 petang kami sampai di Flam. Cuaca yang dah sedia mendung dari tadi menjadi semakin suram. Kurang sejam sebelum matahari terbenam. Setelah parking kereta di kawasan berhampiran, kami mulakan perjalanan melihat keadaan persekitaran Flam. Ada dua perkara menarik di sini iaitu Fjord Cruise (NOK405.00/person)  dan Flamsbana/Flam Railway (NOK440.00/person). Kami cuma mampu lihat je. Cukup lah sekadar melambai tangan pada tourist especially dari China yang naik feri dan keretapi. Hehe.. Rugi juga sebenarnya kalau tak naik Flam Railway ni. Ia dikatakan antara train journey dengan pemandangan yang paling cantik di dunia dengan laluan track yang curam. Tapi disebabkan kami sampai pun dah nak senja, dapat bergambar dengan train pun dah cukup bertuah. Hihi..

Driving route: From Stegastein Viewpoint to Flam
Flam adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Sogn og Fjordane dan masih lagi dalam kawasan perbandaran Aurland. Penduduk di sini tak sampai 450 orang, tetapi tourist yang datang setiap tahun hampir 450,000 orang dan separuh darinya datang pada musim summer. Sejak dari kurun ke-19 lagi Flam telah menjadi tarikan pengunjung dari seluruh dunia. Bila kami melihat keadaan sekeliling, tak hairanlah jika Flam termasuk dalam salah satu lokasi yang perlu dilawati jika ke Norway. Alhamdulillah, dapat juga kami merasai dan melihat kecantikan tempat ni sebelum ia gelap. Hihi..

Sampai sudah di Flam. Jom jalan-jalan cuci mata

@ FLAM RAILWAY MUSEUM

Apa lagi yang boleh dibuat di sini kalau tak naik feri dan train? Selain dari pemandangan fjord yang percuma, kami masuk ke dalam Flam Railway Museum yang juga percuma. Dalam muzium ni banyak replika dan alatan keretapi yang pertama dipamerkan di sini. Saya jenis yang tak minat sejarah dan jarang terlibat dalam aktiviti muzium ni. Tapi disebabkan free saya masuk juga la. Hihi.. Lagipun dalam muzium ni ada kedai souvenir. Boleh la tengok barang yang dijual dan beli jika ada yang berkenan untuk disimpan sebagai kenangan.

Jom kita ronda dalam muzium
Marilah kita mendalami sejarah Flamsbana. Hihi..
Masuk muzium kejap je. Kat sini haa yang melekat lama. Hehe..
Selesai meronda dalam muzium dan cuci mata melihat barangan souvenir yang dijual, kami ke bangunan lain. Ada factory outlet kat sini tapi mujur tutup. Kalau tak lagi lamalah kami berada kat sini. Hihi.. Jauh lagi perjalanan untuk ke homestay berikutnya. Sementara bergambar di kawasan sekitar sebelum cuaca mula gelap, sempat juga kami melihat pelancong beratur untuk naik feri yang terakhir untuk hari ni. Seronoknya dapat pengalaman belayar di fjord yang amat cantik. Takpelah, kami hanya mampu lambai tangan je kat diorang. Itupun dah cukup puas sebab dah berada di sini. Alhamdulillah..

Bergambar dengan train Flamsbana
Babai.. Enjoy your fjord journey!
Factory Outlet tutup. Lega..
Kami masuk ke dalam bangunan Visitor Centre di mana kaunter untuk membeli tiket feri, train dan lain-lain attractions terletak di sini. Feri tadi adalah yang terakhir beroperasi untuk hari ni. Train Flamsbana masih lagi beroperasi hingga lewat petang. Ada beberapa kedai yang sudah mula tutup. Kami hanya sempat berjalan dan cuci mata di dalam satu kedai souvenir yang agak besar. Harga pun besar juga. Huhu.. Selain dari kedai souvenir ni, takde apa yang boleh dibuat di sini. Saya mencari jika ada ruang untuk kami makan tapi tiada. Yang ada cuma kerusi menunggu di depan kaunter tiket. Segan pulak nak makan kat sini. Makan kat luar memang tak sanggup nak hadap kesejukan. Huhu.. Nampaknya terpaksalah makan dalam kereta je. Hihi..

Kita tengok apa ada kat dalam ni pulak
Tiada yang menarik dalam ni selain kedai souvenir dan kaunter jualan tiket
Jam 3.30 petang kami mula berjalan ke kereta. Cuaca dah mula senja. Sampai di kereta, sebelum mulakan perjalanan kami makan dulu. Seharian berjalan dari pagi tadi takde satu makanan pun masuk dalam perut. Huhu.. Nasib baiklah geng traveler saya ni semuanya sempoi. Diorang tak kisah pun makan dalam kereta. Yelah kan, ada juga jenis orang yang cerewet. Kalau ada mesti dah tarik muka bila sebut makan dalam kereta. Hehe.. Pemilihan travel partner yang sekepala adalah perkara yang paling utama bila nak travel in groups kerana ia mempengaruhi seluruh perjalanan sama ada seronok atau sebaliknya. Duit dah keluar beribu-ribu tapi tak seronok. Huh, amat menyedihkan..

Gambar terakhir di Flam sebelum masuk kereta
Jemput makan nasi berlauk ayam masak merah. Sejuk pun sedap..
Sedap sungguh la ayam masak merah ni. Sempat lagi para isteri masak lauk ni ye. Ingatkan ayam goreng je. Hihi.. Setelah masing-masing ceria kerana kekenyangan, tepat jam 4.00 petang saya masuk gear dan mulakan perjalanan. Awal-awal lagi saya dah bagitau kat wife tentang perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke homestay. Cuaca gelap, takde pemandangan di sepanjang perjalanan dan kebarangkalian untuk tidur adalah amat tinggi. Berharap ada teman berborak supaya saya sendiri tak mengantuk. Saje je saya mengimbau nostalgia masa drive sorang-sorang dalam perjalanan yang berkabus tebal menuju ke Venice dulu. Sampai terpaksa berhenti banyak kali sebab tiada teman berborak. Harap kali ni ada yang sudi menemani. Hihi.. Apa-apa pun saya kena extra alert dengan keadaan jalan yang bersalji. Moga sampai ke destinasi dengan selamatnya. Wallahu 'alam..

Review dari Ann-Kristin


No comments:

Post a Comment