Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 17 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ SHELL NESBYEN
@ GEITERYGGEN TUNNEL
@ AURLAND
Jam 6.00 pagi saya dah bangun. Cuaca amat sejuk pagi ni. Sementara menunggu giliran untuk gunakan bilik air, saya melihat ke luar melalui tingkap di bilik. Allahu, terkejutnya saya bila salji kelihatan begitu tebal sekali. Huhu.. Ini adalah pertama kali dalam hidup saya berhadapan dengan salji yang tebal macam ni. Moga dipermudahkan urusan kami pada hari ni. Semalam Ann-Kristin maklumkan mungkin ada jalan yang tutup untuk ke Flam. Saya menunggu mesej dari dia untuk dapatkan update keadaan jalan pada hari ni. Harap jalan dah dibuka. Tapi bila melihatkan keadaan salji di luar rumah membuatkan peluang 50-50 untuk sampai ke Flam. Saya takde option kedua. Tak tau mana nak pergi kalau jalan tutup. Mungkin terpaksa cari jalan lain. Yang pastinya hari ni kena sampai juga homestay berikutnya sebab saya dah bayar. Huhu..
|
Weather forecast hari ni di Nesbyen |
Waktu Subuh hari ni jam 6.39 pagi. Selesai mandi dan solat, kami breakfast bersama-sama. Menu hari ni cuma roti dan sosej beserta air kopi panas. Kami juga sediakan bekal makanan untuk hari ni sebab destinasi yang akan dituju tiada option makanan halal. Tengah sedap menguyah sosej, saya terima mesej dari Ann-Kristin. Dia kata pagi ni jalan ke Flam dah dibuka. Alhamdulillah, dapat juga kami pergi ke Flam. Selesai breakfast kami kemas rumah supaya berada dalam keadaan yang sama seperti kami masuk semalam. Taknak dapat komen negatif lagi dalam AirBnb. Huhu.. Tapi melihatkan cara Ann-Kristin yang sambut kami semalam, nampaknya dia quite friendly. Siap bantu berikan info baru tentang keadaan jalan di sini lagi. Sementara para isteri mengemas dapur dan raung tamu, para suami mula angkat beg untuk dimasukkan dalam kereta. Cuaca pagi ni amat gloomy, putih pemandangan sekeliling. Sejuk tak terkata. Huhu..
|
SubhanAllah.. Tebalnya salji. Boleh ke nak drive ni? Huhu.. |
Melihat keadaan sekeliling, dah tentu kereta kami pun penuh diliputi dengan salji. Apa lagi, terpaksalah kikis salji yang tebal menutupi cermin kereta. Rama yang sudah mula suka dengan kerja membuang ais, tanpa buang masa dia terus ambil ice scraper di tepi pintu kereta dan mula mengikis. Bila lagi nak buat kerja ni. Kat Malaysia tak dapat nak buat kerja kikis ais dari cermin kereta macam ni. Pengalaman sejuk tu. Hihi.. Saya hubungi Ann-Kristin melalui mesej. Ingat nak jumpa dia untuk ucapkan terima kasih kerana bagi kami sewa homestay dia yang comel ni. Dia takde kat rumah. Awal pagi lagi dia dah keluar ke pekan Nesbyen. Dia kata hanya tutup pintu rumah je sebab kunci rumah pun dia tak bagi semalam. Senangnya berurusan dengan dia. Hihi.. Nampaknya hanya dapat ucap terima kasih melalui mesej. Tq Ann-Kristin!..
|
Makin cekap Rama kikis ais atas cermin. Terbaik bro.. |
Jam 8.15 pagi, setelah rumah dibersihkan seperti sediakala dan beg-beg kami dah berada dalam kereta, kami bergambar kenangan dulu sebelum meninggalkan rumah Ann-Kristin. Bila lagi nak dapat peluang amik gambar berlatarbelakangkan keadaan putih semuanya dan cuaca yang suram pada jam 8.30 pagi. Hehe.. Hari ni kami akan teruskan perjalanan ke utara Norway. Kalau sekarang ni pun dah macam ni keadaannya, macam mana la agaknya bila sampai Flam nanti ye. Tak dapat nak bayangkan. Takpe, hari ni juga kami akan dapat tau realitinya.
|
Kenangan pagi sebelum meninggalkan Nesbyen |
Jam 8.30 pagi kami mulakan perjalanan. Nasib baik tayar kereta tak sangkut kat salji tebal. Setiap kali drive di luar negara, saya akan pastikan ikut hadlaju yang dibenarkan kecuali masa memandu di Autobahn Germany dulu sebab takde speed limit. Hihi.. Tapi kali ni nampaknya kena bawak lagi perlahan sebab pertama kali saya drive atas jalan bersalji dengan winter tyre yang normal, bukan studded tyre. Semalam beberapa kali juga saya terasa tayar tak grip especially masa nak tukar lane dan membelok. Ada la rasa geli-geli licin sikit. Fuhh, risau sekejap. Huhu..
|
Time to hit the road! Moga selamat perjalanan kami.. |
|
Ini je lah pemandangan yang dapat dilihat. Putih semuanya.. |
Norway road trip #1
@ SHELL NESBYEN
Minyak dah tinggal suku. Saya singgah di Shell yang terletak di pekan Nesbyen. Baik isi bagi penuh dulu daripada tersangkut kat tengah jalan sebab tak jumpa stesen minyak. Huhu.. Route perjalanan hari ni agak luar biasa. Kami akan merentasi gunung dan jalan di kawasan pedalaman. Kebarangkalian untuk berjumpa dengan stesen minyak agak tipis. Better save than sorry. Hihi.. Ini kali kedua kami ini minyak sejak mula sewa kereta. Jauh dah kereta ni berjalan. Jimat jugak Caravelle ni. Lagi jimat kalau harga minyak kat sini seperti di Malaysia. Hehe..
|
Driving route: From AirBnb Ann-Kristin to Shell Nesbyen |
|
Makin tinggi jumlah minyak yang diisi.. Huhu.. |
|
Hajat nak masuk supermarket tak kesampaian sebab cuaca sejuk sesangat |
Bila isi minyak kat sini memang teringat kat Malaysia. Tinggi sungguh la harga minyak diorang. Kalau la duduk sini dengan gaji Malaysia confirm kereta berselubung kat garaj rumah. Huhu.. Alhamdulillah negara kita masih lagi rendah harga minyak walaupun ramai yang marah bila harga minyak naik. Maklumlah, Malaysia kan negara pengeluar minyak. Tak logik kalau harga minyak mahal. Nak marah pun tak guna sebab tetap isi juga. Setakat marah kat media sosial je lah, biar seluruh dunia tau. Moga minyak di Malaysia jatuh ke tahap RM1.00/liter satu hari nanti, in shaa Allah..
|
Done isi minyak. Jom teruskan perjalanan meneroka bumi Allah.. |
Selesai isi minyak diesel sebanyak NOK758.88, kami teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan kami ditemani oleh cuaca yang mendung tapi tak hujan. Macam mana la kehidupan orang kat sini bila tiba musim winter. Mesti banyak memerap dalam rumah sambil menghadap unggun api. Nak jalan-jalan pun bukannya banyak aktiviti yang boleh dibuat melainkan main ski. Tak dapat bayangkan jika saya duduk tempat macam ni. Sepanjang hari berselimut agaknya. Huhu.. Mandi dah tentu boleh skip sehari dua sebab takde kesan bau pun. Hehe.. Entahlah, bila fikir keadaan macam ni, lebih baik cuaca panas sepanjang tahun macam di Malaysia. Sekali sekala bercuti tempat sejuk macam ni untuk dapatkan pengalaman boleh lah. Nak duduk selamanya memang confirm tidak. Huhu..
|
Sepanjang jalan berselisih dengan 2-3 buah kereta je. Huhu.. |
Sambil memandu saya tetap alert dengan keadaan sekeliling. Dalam info yang saya baca, banyak haiwan dalam family rusa seperti moose dan reindeer berkeliaran dan melintas jalan ketika waktu fajar dan senja. Risau juga kalau terlanggar especially moose sebab besar. Bila dah berlanggar, siap la kena menjawab dengan Europcar. Walaupun saya ambil full insurance, takut deposit yang saya letak hangus sekali. Huhu.. Jadi kenalah extra alert dan focus dalam pemanduan. Dengan jarak pandangan yang tak jauh dan ditambah pula jalan yang licin, dah tentu brek pun tak makan. Dalam keadaan hati-hati pun kami tetap menikmati pemandangan dan bersyukur kerana berpeluang merasai pengalaman berada di tempat sebegini. Saya percaya, jika kita berniat baik dalam apa jua perkara yang kita buat, in shaa Allah Tuhan akan jaga kita.
|
Tar jalan dah mula tak nampak. Huhu.. |
Jam 10.15 pagi kami tiba di pekan yang bernama Hagafoss. Kami masuk ke simpang untuk teruskan perjalanan ke Aurland. Dari sini keadaan jalanraya dah mula berubah. Tar jalan dah makin tak nampak kerana ditutupi oleh salji. Saya teruskan juga perjalanan hingga sampai di pekan Myrland. Saya perlahankan kereta kereta sebab di depan saya kelihatan satu palang dan lampu amaran jalan. Saya tak pasti jalan ni dibuka atau tidak. Mungkin ini kot jalan yang Ann-Kristin maksudkan tutup semalam. Ikut pada mata kasar, memang tak nampak jalan di depan sebab penuh dengan salji. Tapi lampu amaran tak menyala. Pertama kali kami hadapi keadaan jalan macam ni. Ikut kata hati, saya teruskan juga perjalanan. Kalau tak boleh lalu dah tentu lampu amaran tu menyala. Tawakkal aje lah. Huhu..
|
Atas: Pemandangan dari google map. Bawah: Gambar hari kejadian. Fuhh... |
Makin perlahan saya memandu. Asal gerak stereng sikit je terasa tayar meluncur licin atas jalan bersalji. Kenapalah kereta sewa kat Denmark tak bagi studded tyre. Huhu.. Lagi perlahan, maka lagi lambat lah kami sampai ke destinasi. Baru 5 minit melalui jalan yang mencabar, saya dikejutkan dengan satu amaran tentang cecair AdBlue pada panel meter kereta. Terus saya teringat tentang satu penutup tangki biru yang terletak di tangki minyak diesel. Itulah tangki untuk AdBlue. Kat panel bagitau AdBlue boleh bertahan lagi 2400 km. Walaupun masih jauh lagi, tapi bila dah keluar amaran mulalah saya tak senang hati. Sambil memandu mata saya asyik pandang je amaran tu. Hilang fokus dibuatnya sebab amaran tu berkelip-kelip. Nak hilangkan tak tau nak tekan button mana satu. Susah betul la pakai kereta continental ni. Ada pulak cecair lain kena isi. Sama macam motor 2 lejang kena isi minyak 2T. Huhu..
|
Alaa, time ni pulak dia nak bagi warning. Huhu.. |
Saya minta wife google tentang AdBlue dan apa kesannya jika ia kering atau habis terus dalam tangki. Wife saya kata AdBlue ni berfungsi meneutralkan asap yang keluar dari ekzos kenderaan diesel untuk menjaga alam sekitar. Kalau AdBlue ni habis, kereta masih boleh gerak lagi tapi power kurang. Nasiblah, apasal Europcar tak isi penuh sebelum bagi sewa kat pelanggan. Takkan la kami nak kena beli dan isi sendiri. Takde pun tertulis dalam kontrak perjanjian sewa kereta. Yang ada cuma diesel full-to-full. Walaupun enjin kereta tak mati jika AdBlue habis, tapi saya tetap tak puas hati. Nampaknya sampai Aurland nanti kena beli juga AdBlue ni. Dah jadi satu kerja nak mencarinya. Buang masa betul lah. Buat masa ni kita layan dulu pemandangan. Masih jauh lagi nak sampai Aurland. Huhu..
|
Alhamdulillah, ada cahaya menemani walaupun tak selisih dengan kereta lain.. |
|
Berhenti kejap untuk bergambar kenangan |
Setengah jam memandu, hanya sebiji kereta je yang selisih dengan kami. Lori penyodok ais kami jumpa 2 kali. Hihi.. Kesian juga dengan orang yang kerja bawa lori penyodok ais ni. Mesti diorang kena kerja 24/7 bila salji turun sebab nak bagi jalan clear untuk laluan orang ramai. Kalau kena kerja kat jalan bandar ok lagi. Adalah lampu jalan menemani. Kena kerja kat jalan yang jauh dari penempatan macam ni memang bosan la dibuatnya. Takpe, daripada mencuri menyusahkan orang baik kerja macam ni. Kalau orang muslim banyak pahala yang dapat sebab memudahkan urusan orang lain.
|
Macam ni rupa lori penyodok ais. Dah siang baru jelas kelihatan.. |
Norway road trip #2
@ GEITERYGGEN TUNNEL
Jam 11.15 pagi kami melalui satu terowong. Saya pernah lihat terowong ni dalam satu video di youtube. Ada sorang lelaki rekodkan perjalanan dia melalui jalan ni untuk ke Aurland. Tapi dia pergi masa summer dengan pemandangan rumput pergunungan yang hijau dan tasik yang cantik. Nama terowong ni Geiteryggen Tunnel (Geiteryggentunnelen). Konsep pembinaan sama je dengan terowong yang ada di Malaysia. Tapi terowong ni agak unik sebab ia ada pintu pagar. Jika ada kenderaan yang lalu barulah ianya terbuka. Tujuannya untuk menjaga suhu dalam terowong ketika musim winter dan untuk mengelakkan dari dimasuki oleh haiwan untuk berteduh. Alhamdulillah, dapat juga saya melihat bagaimana pintu pagar terowong ni berfungsi.
|
Driving route: From Shell Nesbyen to Geiteryggen Tunnel via Hagafoss and Myrland |
|
Sudah sampai di Geiteryggen Tunnel |
|
Kat dalam ni kene tunggu pintu pagar buka secara automatik |
|
Geiteryggern Tunnel lurus sepanjang 3.3 km |
Geiteryggen Tunnel
Keluar dari Geiteryggen Tunnel, kami teruskan perjalanan dengan pemandangan yang sama dan melalui beberapa tunnel. Norway adalah negara Eropah yang mempunyai terowong yang paling banyak. Ada 1,400 terowong di seluruh Norway. Untuk ranking dunia, Norway berada di tempat ketiga. China negara yang paling banyak terowong (16,229) dan diikuti oleh Jepun (9,760). Semakin hampir sampai di Aurland, jalan semakin sempit menuruni bukit. Sampaikan ada terowong yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta melaluinya. Jadi kenalah alert pada lampu isyarat sebelum masuk terowong. Kalau lampu merah bermakna ada kereta tengah lalu dari arah bertentangan. Mencabar sungguh la drive kat jalan Norway ni. Nasib baik lah lalu waktu siang. Waktu malam tak tau la macam mana keadaannya. Huhu..
|
Driving route: From Geiteryggen Tunnel to Vetleli Parking |
|
Singgah rehat kejap sebelum layan turun bukit ke Aurland |
|
Lain macam route turun bukit dia. Huhu.. |
@ AURLAND
Sampai je bawah bukit barulah tenang sikit keadaan jalan. Salji pun dah kering. Jam 12.25 tengahari setelah hampir 2 jam meredah jalan yang mencabar, akhirnya kami sampai di pekan Aurland. Keadaan persekitaran amat tenang di sini. Yang kelihatan hanya auntie dan uncle sedang membeli belah di supermarket. Yang muda mudi masih tidur lagi kot. Hihi.. Aurland adalah sebuah perbandaran yang terletak di daerah Sogn og Fjordane. Pusat pentadbiran Aurland terletak di tempat kami berhenti di sini iaitu Aurlandsvangen. Kita rehatkan minda sekejap sementara teruskan misi tambahan yang tiada dalam itinerary iaitu mencari AdBlue. Huhu..
|
Driving route: From Vetleli Parking to Aurlandsvangen |
|
Weather forecast di Aurland |
|
Pekan Aurland yang menenangkan jiwa. Cantik sungguh kawasan di sini.. |
Nak rehat lama-lama tak boleh sebab dah lewat. Tinggal lagi 3 jam sebelum matahari mula terbenam. Rama yang sentiasa peramah menegur seorang lelaki di luar supermarket untuk bertanyakan tentang AdBlue. Lelaki tu kata kebanyakan stesen minyak ada jual AdBlue. Sebelum sampai sini tadi kami nampak satu stesen minyak. Tanpa membuang masa kami terus patah balik ke roundabout sebelum masuk ke sini. Stesen minyak kat sini takde penjaga la. Self-service rupanya. Memang confirm la takde kedai. Huhu.. Saya dan Rama berjalan ke seberang jalan. Ada satu kedai hardware di situ. Tuan kedai tak jual AdBlue. Dia kata ada satu stesen minyak Esso di seberang pekan. Kat situ confirm ada jual AdBlue. Haishh, bengang pulak bila dibuat macam bola pingpong. Kejap ke sini, kejap ke sana. Sabar je lah..
|
Driving route: From Aurland to Circle K (self-service) and Esso |
Sampai di Esso, saya terus masuk ke dalam kedai dan bertanyakan tentang AdBlue. Alhamdulillah, AdBlue ada dijual di sini. Nasib baik tuan kedai hardware tadi berkata benar. Hehe.. AdBlue dijual paling kecil 10 liter berharga NOK169.00. Ingatkan boleh beli seliter-dua je. Rupanya paling kecik 10 liter. Huhu.. Nak buat camna, terpaksa la beli juga. Saya nak simpan resit. Nanti masa return saya nak claim semula sebab takde dalam perjanjian kena isi AdBlue. Mana lah tau dapat refund. Kami terus ke kereta untuk isi AdBlue dalam tangki biru. Dah pukul 1.10 petang ni. Ada lagi 2 jam lebih sebelum senja. Destinasi berikutnya kena pergi waktu cerah. Dah gelap nanti tak nampak pulak pemandangan yang cantik.
|
Haaa.. 10 liter terus kami beli. Claim jangan tak claim. Haha.. |
|
Ok Rama.. Jalankan tanggungjawab anda.. |
Kami isi AdBlue sampai penuh tangki. Adalah baki sikit. Memang betul la tinggal sikit je AdBlue dalam tangki. Takkan Europcar tak bagi refund kot. Reputable company tu. Lainlah kalau company cap ayam baru nak naik, memang confirm la banyak alasan diberi supaya kami tak boleh claim. Hehe.. Kira redha je lah nanti masa return kereta. Apa-apa pun jangan masukkan AdBlue dalam kos wajib dulu. Masih menaruh harapan nampaknya. Hihi.. Dah selesai isi AdBlue, saya check kat panel meter. Daripada 2400 km dah bertukar pada 6000 km. Tapi indicator tu masih ada, cuma tak berkelip je. Tak berani saya nak tekan mana-mana butang kat panel tu. Nanti lain pulak jadinya. Tak kisah la, janji kami dah isi penuh AdBlue. Lega sikit rasa hati ni. Kami teruskan perjalanan ke destinasi utama yang membuatkan kami berada di sini. Harap apa yang saya lihat dalam internet sama seperti yang saya akan lihat kejap lagi. Wallahu 'alam..
|
AdBlue refill done! |
No comments:
Post a Comment