Tuesday, 6 August 2019

JJCP Scandiscovery: Day 09 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh..

HARI/TARIKH:
@ AHAD, 16 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ ALLETIDERS SOUVENIR SHOP
@ HARD ROCK CAFE OSLO
@ AIRBNB - ANN-KRISTIN


Walaupun staff tadi bagitau kat sini takde stok citymug, tapi dah alang-alang lalu kami masuk jugalah. Punyalah nak kumpul citymug sampai sanggup mencari. Huhu.. Nasib baik kawan-kawan memahami. Diorang ikut ke ke mana saya pergi. Janji boleh jalan-jalan katanya. Fa dan Abg Fikri mungkin takde masalah sebab selalu join trip saya. Ini kali ketiga diorang ikut. Dah tentu faham macamana cara saya travel. Harap Rama dan Sue juga begitu. Setakat ni diorang takde masalah. Mana lah tau dalam hati kecil mereka sebaliknya. Huhu..

Masuk juga dalam Oslo City Shopping Complex mencari Starbucks
Starbucks Oslo City terletak di tingkat bawah. Saya bertanya pada staff bertugas. Walaupun sibuk melayan pelanggan, dia tetap buka almari mencari jika ada citymug. Malangnya memang tiada. Dah 2 Starbucks takde citymug. Dalam website Starbucks mengatakan You Are Here citymug dah tak keluar lagi. Yang tinggal hanya untuk habiskan stok. Takpe, tinggal satu lagi Starbucks yang boleh saya check, iaitu di Oslo Central Station. Kalau kat situ takde jugak kira takde rezeki saya nak simpan citymug Oslo sebagai kenangan. Huhu..

Walking Route: From Rahma Restaurant to Starbucks
Hampa 2 Starbucks takde citymug, kami ke Oslo Central Station. Ini peluang terakhir untuk mendapatkan Oslo citymug. Ada 2 Starbucks kat sini. Mula-mula kami ke tingkat bawah, namun tetap tiada stok. Lastly kami ke Starbucks di tingkat atas. Alhamdulillah citymug masih banyak lagi kat sini. Dapat juga saya simpan sebagai koleksi peribadi. Itulah susahnya bila ada hobi collectors ni. Mesti nak cari sampai dapat. Harap jangan ada tambahan hobi lagi sudah la. Cukuplah setakat Hard Rock Cafe dan Starbucks citymug je. Tak tau sampai bila nak menyimpan. Mungkin satu hari nanti saya akan let-go juga especially t-shirt HRC yang saya dah kumpul. Bukan apa, sekarang ni pun macam sayang je nak pakai. Daripada penuh satu almari lebih baik jual sebagai preluv items. Harap ada yang sudi membelinya. Hihi..

Jumpa juga akhirnya di Starbucks terakhir kat Oslo. Rezeki..
Selesai membeli, kami berjalan ke T-Bane Station yang terdekat, iaitu Jernbanetorget Station untuk teruskan perjalanan ke Stortinget Station. Sampai di Stortinget Station, kami berjalan lagi menuju ke kedai souvenir yang terletak di kawasan City Hall. Harap masih buka lagi kedai souvenir tu memandangkan cuaca dah gelap dan takut kedai tutup awal. Kena pergi juga sebab nak beli kenangan fridge magnet di Oslo. Dari Stortinget Station kami berjalan melalui satu kawasan taman sebelum sampai di kedai souvenir.

Metro route: Line 5 from Jernbanetorget Station to Stortinget Station
Happening sungguh kawasan ni waktu malam

@ ALLETIDERS SOUVENIR SHOP

Jam 5.25 petang kami sampai di Alletiders Souvenir Shop. Nasib baik masih buka lagi. Dapatlah kami melihat barangan yang dijual. Harga boleh tahan mahal. Nak buat macamana, terpaksa juga beli seketul dua fridge magnet sebagai kenangan sudah sampai di Oslo. Paling murah 3 ketul fridge magnet berharga NOK100.00. Fuhh, lebih kurang RM17.80 untuk seketul fridge magnet. Niat nak beli untuk kawan-kawan terpaksa ditangguh dulu kerana over budget. Huhu.. Kita tengok bandar seterusnya kalau ada yang lebih murah. Orang kata bila travel jangan fikir sangat nak belikan untuk orang lain. Fikir untuk diri sendiri dulu. Diorang yang pergi pun belum tentu nak bagi kita. Lagipun bukan kewajipan setiap kali travel nak beli untuk kenalan. Entah-entah diorang tak appreciate pun souvenir yang diberi. Harap jangan la sampai macam tu.

Walking route: From Stortinget Station to Alletiders Souvenir Shop
Kene pilih yang cantik-cantik sebab harga mahal. Hihi..
Dah selesai memilih, masa nak membayar ada satu masalah timbul. Staff kedai maklum duit 200 Kroner yang Abg Fikri bawa dah tak valid untuk digunakan. Duit tu hanya sah sehingga penghujung May yang lepas. Manalah kami tau. Abg Fikri pun tukar kat money changer Malaysia. Patutnya orang money changer la kena alert tentang perkara ni. Dikatakan duit 100 dan 200 Kroner je yang tak boleh pakai. Duit 500 Kroner yang saya bawa masih boleh digunakan. Staff kedai kata masih boleh tukar lagi duit tu kat money changer di sini. Harap dapat la tukar. Tinggi nilai 200 Kroner tu. Huhu..

Makluman tentang duit Kroner (Ihsan Google)
Selesai membeli souvenir yang berkenan di hati, kami patah balik ke jalan taman tadi sebab Hard Rock Cafe Oslo terletak di situ. Sambil tu kami mencari jika ada kedai money changer untuk Abg Fikri tukar duit. Kalau tak jumpa, esok lusa boleh cari lagi sebab masih di bumi Norway. Kami merentas taman yang dipenuhi dengan cahaya berwarna-warni. Sungguh happening malam ni. Orang pun ramai. Di seberang jalan kelihatan signboard Hard Rock Cafe memanggil kami. Dengan pantas kami masuk ke dalam Hard Rock Cafe Oslo. Dan secara rasminya ini adalah HRC ke-29 dalam senarai yang saya dah lawati.

Oslo City Hall (Radhuset) di waktu malam
Hard Rock Cafe Oslo yang terletak berhampiran dengan taman

@ HARD ROCK CAFE OSLO

Akhirnya sampai juga saya di Hard Rock Cafe Oslo. Teruja sungguh bila berada di dalam Rock Shop. Rasa macam nak beli macam-macam kat sini. Tapi apakan daya, kewangan agak bajet. Dapat sehelai t-shirt sebagai koleksi kenangan sudah memadai. Rama yang sudah mula meminati Hard Rock kelihatan agak galak dan teruja memilih design t-shirt dan barang souvenir yang lain. Memang benar, daripada beli t-shirt souvenir biasa di sini, lebih baik beli t-shirt HRC sebab lebih kurang je harganya. Hehe.. Staff bertugas amat friendly dan membantu mencari saiz t-shirt yang kami nak.

Walking route: From Alletiders Souvenir Shop to Hard Rock Cafe Oslo
Sampai juga di HRC Oslo
Memilih koleksi sendiri dan kiriman dari kawan-kawan
Dah puas memilih untuk koleksi peribadi saya dan juga pesanan dari kawan-kawan, saya buat pembayaran di kaunter. Di sini ada VAT. Dapatlah diskaun sikit. Macam biasa, saya bertanyakan tentang free gift, kalau ada. Staff bertugas kata takde free gift tapi yang ada hanya voucher makan di Hard Rock. Voucher ni boleh digunakan di mana-mana Hard Rock. Boleh la guna kat Malaysia nanti. Kat sini dah tentu tak boleh makan. Hehe.. Selesai semua urusan, kami mengucapkan terima kasih kepada staff bertugas kerana melayan kami sebagai pelanggan dengan amat baik. Itulah karakter yang sepatutnya ada pada seorang salesman atau salesgirl. Mesti kena layan pelanggan dengan senyuman walaupun penat. Jangan tunjuk sangat kepenatan tu pada pelanggan. Hihi..

Thank you Hard Rock Cafe Oslo!..
Jam 6.30 petang kami meninggalkan Hard Rock Cafe Oslo. Kami berjalan semula ke arah Stortinget Station. Sudah sampai masanya untuk balik ke kereta kami di Holmenkollen dan teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Walaupun hanya beberapa jam je berada di bandar Oslo, sudah cukup buat kami jadikan sebagai kenangan hidup pernah berada di sini. Tak ramai orang Malaysia nak datang ke sini berbanding UK dan negara Eropah yang lain. Antara sebab utamanya adalah cuaca dan juga shopping. Scandinavia bukan negara shopping. Harga barang pun mahal. Yang minat pada scenery je akan datang ke sini.

Pemandangan terakhir di bandar Oslo sebelum naik T-Bane
Kami sampai di Stortinget Station jam 6.40 petang. Train sampai lagi 10 minit. Saya buka emel dan baca review dari Marie-Louise. Nampaknya saya dapat komen yang kurang best. Huhu.. Dia komen bilik air basah dan kotor. Coffee pot atas meja kami tak bersihkan. Maaflah Marie-Louise, kami rasa macam dah bersihkan semuanya. Macam mana boleh tak perasan coffee pot tu. Bilik air kami dah lap lantai, cuma belum cukup kering lagi. Huhu.. Kan dah kata, melihatkan pada muka dia pun dah tau cerewet orangnya. Memang padan muka la kami kena sound dan dapat bad review dari dia. Tapi saya still bagi kredit pada review saya terhadap rumahnya. Orang Malaysia ni berbudi bahasa. Walaupun ada yang salah tetap bagi pujian. Takpe, lepas ni saya nak komen secara telus. Tiada selindung lagi. Hahah.. First time dapat komen negatif dari tuan rumah. Pengalaman tu.. Hihi..

Walking route: From Hard Rock Cafe Oslo to Stortinget Station
Aiseh, dapat negative feedback dari Marie-Louise. Huhu..
Menunggu train sampai dengan hasil dari HRC Oslo
Jam 6.50 petang train Line 1 tiba di platform dan kami naik untuk menuju ke Holmenkollen Station. Penat sungguh aktiviti hari ni. Main sledge punya pasal la ni. Hehe.. Apa-apa pun semuanya seronok dapat layan sledge. Walaupun penat, masih belum boleh berehat lagi. Saya perlu drive untuk sampai ke homestay yang agak jauh juga dari Oslo. Dengan keadaan cuaca yang amat sejuk dan salji tebal, saya dapat menjangkakan pengalaman memandu yang berbeza dari sebelum ni. Stay focus please..

Naik train buat kali terakhir di Oslo..
Jam 7.15 malam kami tiba di Holmenkollen Station. Hanya kami berenam je yang turun dari train. Cuaca bertambah sejuk dan salji makin menebal. Kami berjalan ke arah parking kereta. Hanya kereta kami je yang tinggal di kawasan parking. Kereta kami dalam keadaan selamat, cuma ais salji sudah melekat kat keseluruhan badan kereta. Rama bantu megikis ais pada cermin kereta menggunakan ice scraper. Paling penting cermin kena clear dari ais.

T-Bane route: Line 1 from Stortinget Station to Holmenkollen Station
Dah jadi satu kerja nak mengikis ais dari cermin kereta. Tq Rama..
Jam 7.35 malam kami mulakan perjalanan menuju ke homestay yang terletak di Nesbyen. Untuk ke sana kena ikut laluan biasa dan tiada motorway. Salji yang masih turun dengan lebatnya menyukarkan penglihatan saya ketika memandu. Jadi saya kena extra alert dengan keadaan sekeliling. Lain macam rasa licin pada tayar bila jalan atas ais. Risau je kalau terbabas di selekoh. Huhu.. Di pertengahan jalan saya terpaksa ikut belakang lori penyodok ais yang sedang bersihkan jalan daripada ais. Nak potong tak berani sebab jalan sempit. Tunggu sampai lori tu berhenti tepi jalan barulah dapat bawa laju sikit. Hihi..

Lebih setengah jam jugalah mengikut belakang lori penyodok ais ni
Lebih 2 jam memandu tapi masih belum sampai lagi. Saya berhenti seketika untuk meregangkan badan. Bila mata terlalu fokus boleh membuatkan badan jadi letih. Yang lain semua dah tidur kecuali wife saya yang sentiasa menemani di sebelah. Trip kali ni dia janji taknak tidur dan menjadi co-pilot yang paling bagus. Hehe.. Dulu masa trip Western Europe memang tidur je la kerja dia. Kesian saya drive sorang-sorang takde yang menemani.

Weather forecast at Nesbyen. Sejuk sangat ni. Huhu..
Berhenti seketika. Ais sampai melekat kat lampu jalan. Huhu..
Jam 10.10 malam kami sampai di simpang jalan ke homestay. Masalahnya sekarang saya tak pasti lokasi sebenar homestay sebab alamat yang diberikan tiada nombor rumah. Saya hanya ingat bentuk rumah seperti yang ditunjukkan dalam website AirBnb. Disebabkan cuaca gelap dan salji masih turun menyukarkan saya untuk kenalpasti rumah yang mana satu. Huhu.. Lebih 15 minit saya lalu jalan yang sama. Akhirnya kami jumpa juga. Itupun setelah nampak seorang perempuan sedang menunggu di tepi jalan. Bila buka tingkap kereta dan sebut nama Ann-Kristin, memang dialah orangnya iaitu tuan rumah homestay kami. Alhamdulillah..

Driving route: From Holmenkollen to AirBnb - Ann-Kristin

@ AIRBNB - ANN-KRISTIN

Address: Llagardane 171, Nes, Buskerud 3540, Norway

Ann-Kristin suruh kami parking di depan homestay tapi pintu pagar agak sempit dan salji tebal membuatkan tayar kereta kami tak bergerak untuk naik hingga di depan homestay. Jadi saya amibil keputusan untuk parking di tepi jalan. Terpaksalah angkat beg jauh sikit. Huhu.. Kami memperkenalkan diri kepada Ann-Kristin. Kami minta maaf kerana sampai lewat hingga membuatkan dia menunggu agak lama. Saya tak berani nak bawa kereta laju sebab takut jalan licin. Ann-Kristin kata hari ni salji turun macam biasa. Kalau semalam lagi lebat katanya. Fuhh, kami tengok sekarang ni pun dah cukup lebat, macamanalah agaknya keadaan semalam ye. Huhu.. Rumah Ann-Kristin di sebelah homestay. Kebetulan dia ada hal di pekan Nesbyen, jadi dia tak sempat nak terangkan tentang homestay. Andai ada apa-apa yang diperlukan dia suruh saya maklumkan padanya melalui mesej. Esok bila nak checkout tak perlu maklum pada dia. Rumah pun tak perlu kunci. Sungguh mudah.. Hihi..

Comel sungguh homestay ni. Tengok betapa tebalnya salji tu. Huhu..
Rumah Ann-Kristin dalam AirBnb

Kami mula mengangkat beg masing-masing keluar dari kereta. Walaupun dari luar nampak kecil homestay ni, tapi di dalamnya ada 3 tingkat!. Tingkat bawah tanah ada bilik air, tingkat tengah ada dapur, ruang tamu dan satu bilik manakala tingkat atas ada dua bilik. Hebat betul siapa yang design rumah ni. Luar nampak kecil, tapi dalamnya besar. Susun atur barangan dalam rumah amat teratur membuatkan rumah ni nampak luas. Tapi saya tak kisah pun, janji ada tempat untuk mandi dan tidur. Itu sudah cukup buat saya. Hihi..

Bilik air terletak di tingkat bawah tanah
Ruang di tingkat tengah. Complete..
Bilik di tingkat atas
Alhamdulillah, sekarang baru boleh berehat sepenuhnya hingga esok pagi. Nak makan pun dah tak larat. Kekenyangan nasi arab yang sedap tadi masih lagi terasa. Setelah bersihkan diri, kami keluarkan siap-siap makanan yang nak dimasak dan pakaian untuk dipakai esok hari. Saya sebagai driver sepenuh masa dah tak larat nak buka mata. Jam 11.00 malam saya dah mula off-light. Time to sleep! Menantikan hari esok yang lebih mencabar dan pastinya pengalaman hidup baru bakal tercipta. Ann-Kristin tanya kami nak ke mana esok hari. Saya jawab kami nak ke Flam. Dia kata semalam ada jalan tutup ke Flam sebab salji tebal. Esok dia check balik kalau jalan tu dah buka semula. Alamak, kalau tutup mana kami nak pergi? Moga dipermudahkan urusan kami esok hari. Wallahu 'alam..

Day 09 total driving mileage: 291 km
Jumlah penggunaan kaki hari ni




No comments:

Post a Comment