Monday, 5 August 2019

JJCP Scandiscovery: Day 09 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ AHAD, 16 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ KORKETREKKEREN
@ ISLAMIC CULTURAL CENTRE NORWAY
@ RAHMA RESTAURANT

Jam 12.35 tengahari kami sampai di kedai menyewa peralatan untuk bermain sledge. Ada beberapa kedai di sini tapi kami pergi ke kedai yang paling ramai orang dan paling menarik perhatian kami. Di luar kedai kelihatan ramai orang dah siap sedia dengan sledge masing-masing. Takut sledge habis, kami terus masuk ke dalam kedai dan menunggu giliran untuk urusan penyewaan sledge dan helmet. Alhamdulillah, masih ada lagi sledge untuk kami sewa. Tuan kedai minta kami test dulu saiz helmet yang sesuai. Agak dah selesa dengan saiz helmet masing-masing barulah kami berurusan dengan staff bertugas di kaunter.

Walking route: From Frognerseteren Station to Sledge Rental Shop
Inilah dia kedai sewa sledge dan aksesori ski
Jom sewa sledge sementara stok masih ada
Staff tu berikan kami sekeping kertas untuk kami isi sebagai bukti penyewaan. Harga sewa bagi dewasa adalah NOK150.00/person. Helmet akan diberi sekali. Yang bestnya tiada limit masa untuk bermain sledge. Nak main sampai kejung kesejukan pun boleh. Hehe.. Track yang paling famous di sini ialah Korketrekkeren. Track sepanjang 2.1 km menuruni bukit sampai dan sampai penghujungnya di Midtstuen Station. Kalau nak main lagi boleh naik metro ke Frognerseteren. Layan la sampai kena frostbite. Hihi.. Kami tengok dulu, kalau semua seronok dan tak puas seround, kita layan lagi untuk round berikutnya. Hehe.. Kami diberi pilihan sama ada untuk hantar semula sledge dan helmet ke kedai atau tinggalkan di Midtstuen Station. Kami pilih untuk hantar di Midtstuen Station dan dikenakan bayaran tambahan NOK25.00/person. Kalau hantar kat kedai, nanti kena jalan balik ke Frognerseteren Station. Baik dari Midtstuen Station terus ke bandar.

Harga sewaan sledge di sini
Resit sewaan sledge dan helmet
Sledge rental done..
Dah selesai urusan sewa sledge, kami pun keluar dari kedai dan masing-masing mula praktis duduk atas sledge. Mana pernah naik benda alah ni. Hehe.. Sebenarnya kalau nak layan sledge kat mana-mana area sini pun boleh sebab semua jalan bersalji. Jadi sebelum ke Korketrekkeren boleh la kami test macam mana cara handling sledge ni. Jalan lurus takde masalah. Bila time corner je takut terlebih baring. Hahah.. Practice makes perfect. Dapat cuba sekali dalam hidup pun dah cukup bersyukur. So, let's jom to Korketrekkeren!..

Kita kasi warm up dulu walaupun tetap cold. Hehe..

@ KORKETREKKEREN

Kami berjalan sambil menarik sledge masing-masing ke tempat permulaan Korketrekkeren. Semua dah berdebar-debar sebab pertama kali nak layan sledge. Wife saya yang paling takut. Hihi.. Track dia menuruni bukit di celah hutan. Salah kontrol boleh terlajak masuk dalam semak. Itu yang dia risau sangat tu. Saya dah check, setakat ni takde lagi kes kehilangan nyawa atau hilang di Korketrekkeren. Kes gelak beramai-ramai sebab jatuh hilang kawalan tu ada. Hahah..

Sledge route: From Sledge Rental Shop to Korketrekkeren
Nak mulakan pun kena tengok orang ramai dulu. Bukan apa, malu kalau salah handle. Hihi.. Agak dah clear barulah kami mula duduk dan meluncur menuruni bukit. Lain macam track dia. Siap ada part berbonggol-bonggol. Corner pun baring habis. Sampaikan ada yang terlajak masuk semak sebab nak elak orang di depan. Hehe.. Tapi memang layan abis la sledge ni. Yang membuatkan kurang smooth sebab kami bawa beg. Kalau takde beg memang laju mencanak perginya. Sebenarnya takdelah curam sangat track ni. Hanya kat beberapa tempat je yang curam sikit. Jadi takdelah rasa takut sangat. Budak-budak pun selamba je naik sledge sorang-sorang. Kita yang dewasa ni kenalah cover sikit ketakutan tu. Hahah..

Kita releks dulu di pertengahan jalan
Hampir setengah jam jugak la kami nak habiskan track sepanjang 2.1 km untuk sampai ke bawah. Masa standard 15 minit je. Hihi.. Takpelah, pengalaman baru. Dulu masa main ski pun layan setempat je. Serius tak berminat dengan ski. Nampaknya saya memang tak suka permainan yang seangkatan dengannya seperti kasut roda, rollerblade, skateboard dan ice skating. Jiwa ni lebih kepada sukan permotoran. Hehe.. Jam 1.55 petang kami sampai di hujung track iaitu di Midtstuen Station. Ramai pengunjung yang naik metro untuk teruskan lagi bermain sledge. Kami berbincang untuk dapatkan kata putus, sama ada nak layan lagi atau nak ronda bandar Oslo. Semua bersetuju untuk ke Oslo walaupun masing-masing rasa seronok dan teruja melayan sledge. Jadilah 30 minit life experience bermain sledge ni. Nanti ada rezeki trip negara lain time winter boleh layan lagi. Hehe.. Kelihatan seorang staff sedang menunggu untuk pick-up sledge kami.

Korketrekkeren route: From Frognerseteren to Midtstuen
Menunggu yang lain sampai di garisan penamat
Time tu return our sledge. Seronok sangat. Hehe..

Korketrekkeren Toboggan Ride

Kami berjalan ke Midtstuen Station dan menunggu ketibaan train yang akan menuju ke Oslo. Masing-masing masih bergelak ketawa lagi pasal sledge tadi. Semuanya tak boleh nak move-on. Hihi.. Ikutkan hati memang nak layan lagi seround, tapi masa yang tak mengizinkan kami untuk berbuat demikian. Hanya tinggal beberapa jam je lagi untuk kami mencari pengalaman di bandar Oslo. Rugilah kalau dah sampai sini tapi tak melawat pusat bandar. Walaupun ada yang dah sampai sini kata bandar Oslo tak berapa menarik berbanding bandar-bandar besar lain di Scandinavia, tapi pengalaman menjejakkan kaki adalah lebih penting. Orang kata kalau singgah berhenti kejap di Oslo untuk ke toilet pun sudah memadai. Janji dah sampai. Hehe..

Menunggu train sampai di Midtstuen Station
Jam 2.00 petang train Line 1 menuju ke bandar Oslo pun tiba. Kami naik dan turun di Gronland Station. Metro train di Oslo mudah, sekejap je dah boleh faham route dan destinasi yang ingin dituju. Jam 2.35 petang kami sampai di Gronland Station. Kami keluar dan teruskan berjalan dengan pantas menuju ke masjid untuk menunaikan solat jamak. Masih sempat lagi sebelum masuk waktu Maghrib.

T-Bane route: Line 1 from Midtstuen Station to Gronland Station

@ ISLAMIC CULTURAL CENTRE NORWAY

Nasib baik jarak antara Islamic Cultural Centre Norway dari Gronland Station dekat je. Sampai di masjid, kelihatan ramai jemaah di dalam sedang mengambil wuduk. Waktu Maghrib hari ni jam 3.11 petang. Ada lagi 30 minit untuk kami solat jamak sebelum masuk waktu Maghrib. Ada hadis mengatakan bahawa tak elok solat sekurangnya 15 minit sebelum masuk waktu maghrib kerana haram solat ketika saat matahari hampir terbenam hingga terbenam sepenuhnya. Wallahu 'alam..

Walking route: From Gronland Station to Islamic Cultural Centre Norway
Di depan Islamic Cultural Centre Norway
Tempat letak jaket, kasut dan bilik wudhuk
Selesai solat jamak, kami tunggu sehingga masuk waktu Maghrib. Makin lama makin ramai jemaah yang berada di ruang solat. Melihat kepada muka majoritinya orang Islam dari negara Timur Tengah. Muka kami je la dari Malaysia. Huhu.. Diorang pun macam pelik je bila tengok kami. Mungkin jarang orang Malaysia berada di masjid ni. Kalau ada pun boleh dikira dengan jari. Takpelah, yang penting kami berasa selamat apabila berada di masjid dan dikelilingi oleh orang Islam bila berada di negara bukan Islam.

SubhanAllah.. Budak kecik je yang melaungkan azan Maghrib..
Alhamdulillah, dapat juga kami merasa solat Maghrib berjemaah bersama dengan jemaah Islam di sini. Selesai solat, kami berkumpul di luar untuk berbincang tentang di mana lokasi makan pada malam ni. Ada satu kedai halal saya dah tagging untuk dinner kami, tapi agak jauh dari sini. Di sebelah masjid ni ada satu restoran halal. Jadi kami ambil keputusan untuk makan di sini je untuk menjimatkan masa. Lepas makan di sini boleh jalan-jalan kejap di kawasan bandar untuk mencari souvenir.

Senja di Islamic Cultural Centre Norway

@ RAHMA RESTAURANT

Rahma Restaurant terletak betul-betul di sebelah masjid. Kami masuk ke dalam. Kelihatan ramai pelanggan lelaki sedang menikmati makan malam. Memandangkan kami berenam dan ada perempuan, staff kedai bawa kami duduk di satu sudut kedai yang agak terpisah dengan meja yang lain. Mungkin nak jaga privacy sebab ada pelanggan perempuan. Kami melihat menu yang diberi. Antara menu utama restoran ini adalah nasi arab beserta ayam atau daging. Tengok gambar pun dah rasa menyelerakan. Harap memang betul sedap sebab boleh tahan mahal jugak harganya. Huhu..

Rahma Restaurant terletak bersebelahan masjid
Tu dia Rahma Restaurant
Disebabkan seharian kami tak makan, jadi saya dan wife buat pilihan makanan masing-masing. Lepas layan sledge memang terasa lapar yang amat sangat. Kongsi takut tak cukup pulak. Hihi.. Saya pilih Lamm med ris iaitu nasi arab dengan kambing yang berharga NOK100.00 manakala wife saya order Kyllingstek med ris iaitu nasi arab dengan ayam stik yang juga berharga NOK100.00. Air kosong diberikan percuma. Tak sampai 10 minit menunggu, makanan pun sampai. Terkejutnya saya bila portion makanan kami agak besar. Huhu.. Kita cuba habiskan. Kalau tak habis boleh tapau makan kat homestay malam ni.

Menu yang amat menyelerakan. Hihi..
Sekali sampai terus penuh meja. Huhu..
Dari suapan pertama dah boleh tau sama ada makanan ni boleh dihabiskan atau tak. Masuk je mulut terus tersenyum. Amat sedap makanan dia. Nampaknya tak perlu tapau sebab confirm boleh habiskan. Hehe.. Bila makan makanan Arab ni teringat saya masa hari pertama makan nasi beriyani di Osaka. Saya order dua pinggan. Ingatkan portion sikit, rupanya lagi banyak dari ini. Tapi masalahnya tak berapa nak kena dengan tekak saya. Jadi lagi sepinggan terpaksa la ditapau untuk dimakan di hotel. Tapi kali ni memang sedap. Recommended kepada yang datang Oslo dan solat di Islamic Cultural Centre Norway untuk singgah makan di Rahma Restaurant. Terbaik!..

Jemput makan semua.. nasi arab ini amat lazat. Hehe..
Alhamdulillah berjaya juga saya dan wife habiskan makanan kami. In shaa Allah boleh bertahan kekenyangan sampai esok pagi. Hehe.. Selesai makan dan buat bayaran, jam 4.30 petang kami mula berjalan ke destinasi berikutnya. Di hujung blok ada Starbucks. Saya masuk ke dalam untuk bertanyakan tentang citymug tapi takde stok. Staff yang bertugas amat baik. Dia siap call cawangan yang lain untuk check stok citymug. Cawangan berhampiran pun tiada. Taknak susahkan dia, saya ucapkan terima kasih kerana membantu. Takpe, saya tau kat mana lagi cawangan Starbucks di Oslo. Thanks to Google Maps. Hehe.. Kami teruskan perjalanan menempuh kesejukan untuk sampai di pusat bandar. Moga berjumpa dengan Starbucks citymug sebagai tambahan koleksi peribadi saya. Wallahu 'alam..

Baru lepas hujan menambahkan lagi kesejukan. Huhu..
Dalam ni ada Starbucks tapi staff tadi kata takde stok juga..


No comments:

Post a Comment