Tuesday, 28 February 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 03 (Part #2)

TARIKH:
19 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
MERDEKA PARK - RUMAH URUT TRADISIONAL - WARUNG BAKSO BERKAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 4.30 petang kami semua bersiap dan turun ke lobi hotel menunggu Irfan. Tepat jam 5.00 petang Irfan sampai di luar hotel. Kereta bergerak je hujan pun turun. Harap tak lebat la hujan petang ni sebab Irfan nak bawa kami jalan-jalan di Merdeka Park. Sementara hujan masih turun, Irfan bawa kami pusing Kota Medan sambil menunjukkan tempat yang menarik di sini. Irfan kata esok dia akan bawa ke tempat ni sebelum hantar kami ke airport. Kira shopping last day la ni. Hehe.. Memang itu kebiasaan kami bila travel. Last day baru boleh habiskan saki baki duit yang ada dalam wallet. Takdelah banyak sangat pun bakinya. Hihi..

Menunggu Irfan sampai di lobi hotel
Jalan-jalan pusing Kota Medan

@ MERDEKA PARK
     Jalan Pulau Pinang, Kesawan, Medan Bar, Kota Medan, 20236 Sumatera Utara

30 minit hujan renyai turun membasahi bumi Kota Medan. Nasib baik hujan tak lebat. Kalau lebat dan berterusan nampaknya kena jalan-jalan kat dalam shopping complex la jawabnya. Kami berhenti di Merdeka Park. Irfan kata Merdeka Park adalah kawasan yang paling happening di Kota Medan. Banyak aktiviti atau program besar dijalankan di sini. Selain padang dan amusement centre untuk anak-anak bermain, kedai makan juga banyak di sini. Waktu malam lagi ramai orang. Masuk je dalam kawasan anak-anak dah nampak amusement centre. Saya kata kat anak-anak kejap lagi kita masuk amusement centre tu. Kita jalan-jalan dulu kat kawasan ni sementara masih siang lagi. Bila dah mula main faham-faham je lah. Mesti sampai gelap tak puas lagi bermain. Huhu..

Driving Route: From Hotel Polonia to Merdeka Park
Kawasan dataran di pintu masuk Merdeka Park
Besar pulak amusement centre ni. Habislaa.. Huhu
Eimran dan Eiman target nak naik benda ni
Selain restoran, gerai pun banyak di sepanjang jalan
Setiap restoran yang kami lalu akan ada pelayan yang tegur dan pelawa kami untuk singgah makan di restoran mereka. Kami sampai di McDonalds yang terletak di hujung sekali. Sebenarnya kami nak cari Starbucks tapi rupanya ia terletak di hujung satu lagi. Mana tau kalau ada citymug bertulis Medan, boleh beli untuk tambah koleksi. Dah la kat Medan takde Hard Rock Cafe. Tak dapat nak tambah koleksi t-shirt HRC untuk trip kali ni. Huhu.. Kami berpatah semula ke tempat tadi. Anak-anak dah tak sabar nak ke amusement centre. Saya ajak makan aiskrim McDonalds pun diorang taknak. Sabar je lah.. Sampai di tengah dataran, kami terus bertanya tentang permainan macam kereta beroda tu. Dah la takde orang yang main. Yang duduk kat sekeliling ramai la. Maka layan la diorang tengok Eimran dan Eiman main benda alah tu. Susah juga nak kawal sebab benda ni sentiasa berayun. Sampai terkeluar dari dataran. Nasib baik tak langgar kerusi dan meja kat situ. Ramai pulak tu yang melihat. Hihi.. Layankan aje..

Diorang ingat senang nak kawal kereta beroda ni. Hihi..
Haa, kan dah terlajak. Nasib baik tak rempuh kerusi dan meja tu.
Abangnya dah main, takkan adiknya tengok je kan. Elysha pun mula la ajak masuk dalam amusement centre. Tempat ni pakai sistem kad, jadi kena la beli kredit minimum untuk dapatkan kad tu. Habis semua permainan kat dalam tu dia layan. Abangnya dah habis kat luar join sekali kat dalam pulak. Bagi peluang diorang bermain sebab malam ni diorang kena teman ayah dan maknya berurut pulak. Hihi.. Jenuh juga nak habiskan kredit dalam kad. Terpaksalah saya layan sekali supaya cepat kredit habis. Hehe..

Guna kad dan swipe pada setiap permainan
Layan la sampai puas ye. Kumpul tiket sampai banyak. Nanti boleh redeem hadiah..
Seperti yang dijangka, keluar je dari tempat tu dah gelap. Huhu.. Kami berjalan di hujung satu lagi untuk sampai ke Starbucks. Sementara menunggu waktu mengurut malam ni, kami berehat dulu di Starbucks. Kami cari kalau ada citymug bertulis Medan tapi takde. Nampaknya tiada sebarang penambahan koleksi untuk trip kali ni. Huhu.. Pelik juga kenapa Starbucks tak buat citymug sebab Medan antara bandar yang terkenal di Indonesia. Yang ada dalam koleksi dari Indonesia setakat ni cuma Jakarta dan Bandung je. Nanti ada rezeki datang Indonesia lagi kita cari citymug lain pulak seperti Bali, Jogja atau Surabaya. Itupun kalau ada rezeki ke sana la lepas ni. Hihi..

Kita lepak minum dulu sebelum kena urut
Jam 7.30 malam kami meninggalkan Starbucks menuju ke kereta. Irfan dah set dengan makcik dia jam 8.00 malam. Sempat perjalanan 30 minit dari Merdeka Park katanya. Makcik dia urut kat rumah je. Takde kedai pun. Tapi memang kena booking awal sebab ramai juga yang ingin dapatkan khidmat urut. Kalau datang walk-in mungkin kena tunggu lama atau tak dapat nak berurut langsung. Huhu.. Apa specialnya kaedah urutan makcik Irfan ni agaknya ye sampaikan ramai yang ingin berurut dengannya? Tu yang kami teringin nak try tu. Hihi.. Harap berbaloilah hendaknya.

Malam pun jem. Tapi tak seteruk di Jakarta. Huhu..
Driving Route: From Merdeka Park to Gang Karya

@ RUMAH URUT TRADISIONAL

Sebenarnya saya kurang pasti exact location tempat urut ni. Rasanya dekat area seperti map di atas. Apa-apa pun kalau dah guna khidmat supir Irfan, memang dia boleh bawak terus ke sana. Rumah makcik dia, takkan la dia boleh lupa pulak kan. Confirm tak sesat. Hehe.. Tepat jam 8.00 malam kami sampai di rumah makcik Irfan. Wife saya dulu yang berurut. Sambil menunggu di luar rumah, saya dihidangkan dengan kerepek dan air. Eirfan dan Elysha ada sekali dalam bilik. Tinggal saya bersama Eimran dan Eiman melayan kerepek kat luar.

Makcik Irfan jemput kami masuk ke rumahnya
Lepas hampir sejam menunggu, sampai giliran saya untuk mengurut. Saya masuk ke dalam bilik mengurut di tepi pintu masuk rumah. Eirfan dan Elysha tidur rupanya. Wife saya takde, mungkin sesi kedua kat bilik lain kot. Setelah tukar pakaian dan berkain pelikat, sesi urutan bahagian belakang pun bermula. Terkejut saya bila terasa macam berus sabut menggosok belakang saya. Pedih yang amat!. Huhu.. Mula-mula taknak tanya apa yang makcik ni guna untuk gosok belakang saya. Tapi bila dah semakin pedih tak tertahan saya tanya jugak la. Huhu.. Rupanya dia guna bawang putih je. Biar betul guna bawang putih boleh pedih macam ni. Macam nak terkoyak kulit. Huhu.. Makcik tu siap kupas kulit bawang putih tu depan saya lagi. Memang betul dia guna bawang putih, bukan berus sabut. Hihi.. Tahan jugak la walaupun rasa nak menjerit sekuat hati. Huhu.. Lepas selesai belakang, dia gosok kat depan pulak, kemudian tepi badan saya. Kali ni memang dah tak tertahan. Sampai melentik hujung kaki menahan kepedihan. Wife saya yang dah masuk semula dalam bilik boleh gelak tengok gelagat dan gaya saya menahan pedih. Tadi dia tak kena gosok dengan bawang putih, patutlah suka kemain. 45 minit mengurut, 30 minit saya tersiksa. Lega bila makcik tu kata dah selesai. Huhu.. Ingatkan sesi dah tamat, tapi belum habis lagi. Makcik tu suruh saya ke bilik stim yang terletak di bahagian dapur rumah. Bilik kecik je tapi cukup panas dan ada keluar wap berbau herba. Kali ni saya layan. Syoknya dapat duduk dalam steam room berbau herba macam ni. Dalam setengah jam juga saya duduk dalam tu sampai wap habis. Barulah tamat keseluruhan sesi urutan dan mandi wap herba malam ni. Kali ni betul-betul lega. Hehe..

Haaa amekau.. Ini semua bawang putih punya kerja. Haha..
Dah macam kena dera je rupa badan saya. Hihi.. Kami berborak dengan makcik di dapur rumahnya sambil minum air halia yang dihidangkan. Rupanya makcik ni bukan setakat popular di Medan, tapi juga di Malaysia. Ada orang pernah jemput makcik ni datang ke Malaysia hanya kerana skill urutnya. Umur makcik ni dalam 50an tapi nampak masih muda. Patutlah kuat betul tangan dia mengurut. Huhu.. Habis segelas air halia, kami minta diri untuk balik ke hotel. Sebelum datang ke sini saya bertanya Irfan berapa bayaran untuk mengurut. Irfan kata sorang dalam IDR100,000.00 dah memadai. Biar betul RM33.00 je untuk seorang. Saya bagi IDR300,000.00 kepada makcik tu untuk bayaran kami berdua. Makcik tu terima dengan senyuman. Kira cukup la tu kot. Huhu.. Terima kasih makcik kerana beri kami pengalaman mengurut yang paling rare dalam sejarah hidup kami. Ada rezeki datang ke Medan insyaAllah kami akan datang lagi untuk mengurut walaupun lepas ni rasa macam taknak tengok bawang putih dah. Hihi.. Jam 10.30 malam kami teruskan perjalanan untuk makan malam sebelum balik ke hotel.


@ WARUNG BAKSO BERKAH
     Pasar 4, Jalan Veteran No. 42, Tj. Gusta, Sunggal, Kota Medan, 20241 Sumatera Utara

Driving Route: From Gang Karya to Warung Bakso Berkah
Jam 10.45 malam kami sampai di Warung Bakso Berkah. Malam ni dinner kami makan bakso je. Walaupun saya kurang gemar makan bakso tapi bila dah berada di Indonesia memang tetap kena makan. Takde pelanggan lain yang ada kat warung ni. Elysha dah mula merengek sebab penat dan mengantuk. Sebenarnya ada benda yang dia nak tu. Takpe, kejap lagi sebelum balik hotel kita singgah ke Indomaret dulu. Mesti tak merengek punya. Hihi.. Irfan orderkan bakso dan es jeruk untuk kami. Disebabkan takde pelanggan lain, cepat je bakso dah sampai atas meja. Boleh tahan sedap juga bakso kat sini. Meatball dia pun besar juga. Letak dengan sos cili untuk lebih menyelerakan. Hihi..

Bakso Berkah. Nak naik harga la tu. Hehe..
Menunggu bakso untuk dinner kami
Warung ni cuma jual bakso dan mie ayam je
Ok dah sampai. Nampak sedap meatball tu. Hihi..
Ada orang buat-buat mengantuk taknak makan. Huhu..
Selesai makan, jam 11.10 malam kami teruskan perjalanan balik ke hotel. Saya mintak Irfan singgah di mana-mana Alfamart atau Indomaret. Nak mencari jajan untuk anak-anak dan barang lain yang menarik. Irfan berhenti di Indomaret yang agak besar juga. Elysha yang mengantuk tadi kemain laju masuk ke dalam. Huhu.. Memang dah tau taktik dia tu buat-buat letih. Hihi.. The only princess dalam family la katakan, manja sikit. Tapi takleh nak manja lebih-lebih, susah bila dah terbiasa nanti. Sikit-sikit boleh la. Ayah memang lemah sikit dengan anak perempuan. Mak pulak dengan anak lelaki. Hihi.. Maka sesi memborong pun bermula kat dalam Alfamaret.

Malam terakhir kita shopping kat Indomaret je. Hehe..
Memang banyak barang harian yang murah di Indomaret jika dibandingkan dengan di Malaysia. Selalunya ke luar negara mesti nak shopping souvenir. Tapi kalau ke Indonesia kami beli barang harian seperti bedak, kopi, syampu dan lain-lain. Ikutkan hati susu Pediasure pun nak beli sebab amat murah. Hihi.. Setiap kali ke Indonesia kopi Tora Bika takkan dilupakan. Mesti kena beli sebab pada saya amat sedap rasanya. Nak bagi souvenir kat kawan-kawan pun boleh. Takdelah mahal sangat. Ini asyik bagi keychain dengan fridge magnet je. Kali ni nak buat kelainan sikit. Hihi.. Selesai shopping, jam 11.50 malam kami meninggalkan Indomaret menuju ke hotel. Kami sampai di hotel jam 12.15 tengah malam. Sedang elok untuk bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Esok tinggal separuh hari lagi di Medan sebelum balik ke Malaysia. Masih sempat lagi mencari sesuatu di Medan untuk dibawa pulang. Wallahualam..

Ada separuh lagi ruang dalam beg ni. Hehe..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
  - AMAZONE       : RM33.00
  - STARBUCKS    : RM46.20
  - URUT             : RM99.00
  - INDOMARET   : RM82.50
  - JUMLAH         : RM260.70

**DAY 03 TOTAL EXPENSES: RM260.70

2 comments:

  1. ha3..berbirat2 badan tu x tahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jelas kepedihannya. Haha.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete