TARIKH:
18 NOVEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
PASAR BUAH BERASTAGI - GREEN GARDEN HOTEL - GERAI IKAN BAKAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ PASAR BUAH BERASTAGI
Jalan Gundaling, Berastagi, Karo, 22152 Sumatera Utara
Hujan renyai menyambut kedatangan kami di Berastagi. Makin sejuk la dibuatnya. Huhu.. Boleh la samakan Berastagi ni dengan Cameron Highlands kerana kedudukannya di tanah tinggi. Irfan bawa kami ke Pasar Buah Berastagi. Dia bagi kami masa dalam sejam untuk jalan-jalan di pasar ni. Rasanya tak lama kot kami kat sini. Setakat nak tengok buah je tak perlu sampai sejam. Takpe, lepas tengok apa yang ada kat Pasar Buah ni boleh la makan jagung bakar di sebelah pasar ni. Cuaca hujan dan sejuk memang sedap layan makanan panas. Kalau ada stimbot lagi best. Hehe..
|
Driving Route: From Air Terjun Sipiso-Piso to Pasar Buah Berastagi |
|
Dah sampai di pekan Berastagi |
|
Sempat lagi Eiman layan arnab kat sini |
Nasib baik la pasar buah di sini berbumbung. Jadi takde masalah nak jalan-jalan tengok buah-buhan yang dijual. Yang paling saya geram sekali adalah buah mangga. Saya memang pantang tengok buah mangga. Pada saya buah mangga paling sedap ialah mangga lemak. Tak masam dan tak juga manis. Sedang elok gitu. Kunyah pun rangup je. Memang menjadi all-time favourite saya. Kalau kat KL cari kat Pasaraya Hero mesti ada punya. Hihi.. Selain dari mangga, buah limau menjadi tarikan di sini. Dalam perjalanan tadi memang banyak jumpa gerai jual buah limau, cuma tak sempat nak singgah sebab hujan. Selain dari buah-buahan, sayuran dan anak pokok juga banyak dijual di sini. Sama seperti di Cameron Highlands, pokok amat subur ditanam di tanah tinggi.
|
Rasa macam nak beli semua jenis buah kat sini. Hihi.. |
|
Anak pokok dan sayuran fresh juga ada dijual di sini |
Selesai meronda dalam pasar buah, kami ke gerai jagung bakar di seberang jalan. Irfan dan kawannya tengah sedap makan jagung bakar. Kami pun tak lepaskan peluang untuk merasa jagung bakar yang memang nampak menarik bila dihidang. Mungkin kerana hujan dan cuaca sejuk membuatkan jagung tu nampak menyelerakan. Hihi.. Kami order 2 jagung rebus dan 2 jagung bakar. Kedua-duanya amat sedap. Rugi kalau tak cuba bila dah sampai di sini. Nampaknya tak cukup 4 batang jagung. Tapi takde rezeki nak tambah sebab jagung dah habis dan gerai nak tutup. Jadi lah dapat rasa sikit sorang. Nanti kat KL kita amik jagung rebus kat kedai dan makan time hujan turun. Hehe..
|
This is sooo sedap. Hehe.. |
@ GREEN GARDEN HOTEL
Jl. Jamin Ginting, Sempajaya, Karo, 22152 Sumatera Utara
Lepas makan jagung, kami naik kereta dan terus ke Green Garden Hotel yang terletak tidak jauh dari situ. Tak sampai 10 minit perjalanan, jam 6.40 petang kami dah sampai di depan hotel. Hujan renyai masih turun. Agak besar juga hotel ni bila kami masuk ke dalam lobi. Design hotel agak lama sikit. Harap bilik yang kami dapat selesa untuk kami sekeluarga. Selesai sahaja Irfan berurusan di kaunter, kami dibawa ke bilik oleh pekerja hotel. Anak-anak dah mula teruja bila nampak swimming pool yang besar di tengah hotel. Nasib baik hujan je, kalau tak dah lama diorang memujuk nak mandi. Cuaca sejuk dah tentu air kolam pun sejuk. Tapi diorang tak kisah pun. Janji ianya swimming pool, tak kira berapa sejuk pun airnya. Sukahati korang la nak, janji bahagia. Huhu.. Saya janjikan esok pagi diorang kena bangun awal. Lepas breakfast boleh la mandi kejap. Saya yakin diorang boleh bangun sendiri. Siap kejut kami lagi. Kalau la sekolah tu sama taraf seronoknya dengan swimming pool kan bagus. Takde lah diorang susah nak bangun pagi. Hihi..
|
Driving Route: From Pasar Buah Berastagi to Green Garden Hotel |
|
Hotel reception counter |
|
Siap ada set sofa kat lobi |
|
Anak-anak amat suka dengan perkataan free wifi. Hehe.. |
|
Besar pulak swimming pool dia. Nasib baik hujan. Huhu.. |
Kami dapat bilik di tingkat bawah yang berdekatan dengan swimming pool. Lagilah anak-anak teruja. Esok janji kena ditepati lagi la nampaknya. Huhu.. Bila bilik dibuka kami amat berpuas hati sebab bilik amat luas dan selesa. Bagus la Irfan pilihkan bilik untuk kami. Nampaknya kena promote Irfan lebih sikit. Hihi.. Untuk makan malam Irfan cadang makan ikan bakar. Kami amat setuju sebab dah tak larat nak makan masakan minang. Irfan set jam 8.00 malam tunggu di lobi hotel. Cukup masa untuk kami bersihkan diri dan bersiap. Eiman masih cuba memujuk kalau hujan turun kejap lagi nak mandi kat swimming pool. Mana ada orang mandi swimming pool waktu malam. Eiman memang pandai cari peluang. Anak no. 2 la katakan. Full of tactical. Hehe..
|
Kami amat berpuas hati dengan bilik yang diberikan. |
@ GERAI IKAN BAKAR
Jl. Veteran-Berastagi, Karo, 22152 Sumatera Utara
Tepat jam 8.00 malam kami dah berada di lobi hotel. Irfan sudah menunggu di situ. Hujan dah mula berhenti. Dari hotel Irfan bawa kami ke gerai ikan bakar yang terletak di tepi jalan di kawasan pekan Berastagi. Keluar je dari kereta dah terbau ikan yang sedang dibakar. Sedapnya bau ikan bakar. Tak kira la ikan apa pun. Campuran bau arang dan air ikan yang dibakar sememangnya sedap. Belum makan pun dah boleh agak kesedapannya. Hihi.. Selain ikan gurame bakar, ayam bakar juga dijual di sini. Saya lebih gemar makan ikan daripada ayam. Jadi kami mintak Irfan order 3 set ayam bakar dan satu set ikan gurame bakar. Cukup la tu untuk kami sekeluarga. Eiman dan Elysha memang takkan habis makan sorang satu. Buat rugi je bagi satu set sorang walaupun tau akhirnya Eimran yang akan habiskan. Tanggungjawab seorang abang sulung. Hihi..
|
Driving Route: From Green Garden Hotel to Gerai Ikan Bakar @ Berastagi |
|
Nampak sedap ikan gurame bakar ni. Hihi.. |
Selain dari makanan bakar, Irfan bertanya jika kami nak makan satay padang. Saya takde masalah. Anak-anak memang tak pernah makan satay padang sebelum ni. Boleh la bagi diorang merasa sebab saya tak berapa suka sangat. Satay Zainah Ismail @ Keramat adalah satay yang paling sedap saya pernah makan seumur hidup saya. Satay Station yang mahal tu pun kalah teruk. Hihi.. Cuma sekarang ni harga satay pun dah naik. Dulu masa mula-mula kenal satay Keramat, harga secucuk satay daging hanya 80 sen. Tapi sekarang ni dah jadi RM1.30. Takpe, Malaysia masih aman. Hehe.. Walaupun naik harga, tapi kerana kesedapannya saya tetap beli. Saiz satay dia yang besar membuatkan saya makan 5 cucuk pun dah kenyang.
|
Dinner time!.. Lazat sungguh. Hehe.. |
Alhamdulillah.. Selesai semua makanan yang dihidang. Yang tinggal cuma lidi satay dan tulang je. Hehe.. Kami berborak-borak sambil minum air panas. Masa ni baru kami berkenalan dengan group berempat yang join kami sejak dari Medan semalam. Mereka adalah 2 couple suami isteri. Dah lama kahwin tapi masih belum ada rezeki dikurniakan cahayamata. Mereka datang ke Medan kerana ada seorang saudara Irfan yang pandai mengurut. Mungkin ini adalah salah satu cara ikhtiar untuk mendapatkan cahayamata. Makcik yang pandai mengurut tu agak tekenal juga di Medan. Bukan setakat urut sistem peranakan, tapi urut untuk buang angin dalam badan pun boleh. Kami teringin juga nak cuba. Irfan call makcik tu untuk set masa mengurut malam esok. Nampaknya kami ada aktiviti baru. Urut memang takde dalam itinerary. Tengok esok, macamana keadaannya. Dah lama tak layan urut tradisional ni. Hihi..
|
Keadaan di sekitar gerai ikan bakar |
Selesai berborak, sebelum balik ke hotel kami singgah sebentar di Indomaret yang terletak di seberang hotel mencari makanan ringan untuk anak-anak. Sambil tu tengok juga barang-barang lain. Agak murah juga barang yang dijual di Indomaret. Esok ada masa free boleh pergi lagi. Indomaret dan Alfamart adalah supermarket yang paling banyak cawangannya di Indonesia. Boleh dikatakan ia berada di mana-mana kampung dan daerah di Indonesia. Asal masuk kawasan pekan atau bandar je mesti nampak signboard kedua-dua supermarket ni. Saya dah nampak barang yang murah dan sesuai untuk diberi souvenir pada kawan-kawan. Asyik bagi keychain dan fridge magnet je. Kali ni ingat nak bagi benda lain pulak. Hehe..
|
Jom kita survey barang dalam Indomaret. Hihi.. |
Indomaret ni tak besar sangat. Tak banyak benda menarik yang kami lihat. Cuma kami dapat tau harga susu Pediasure di sini lebih murah dari di Malaysia. Kepada yang pernah beli susu Pediasure dah tentu maklum dengan harga dia kan. Memang murah betul kat sini. Takpe, esok kat Medan kita cari Alfamart atau Indomaret yang besar sikit. Barulah rambang mata nak membeli. Hihi.. Jam 9.20 malam kami balik ke hotel. Anak-anak terus tidur sebab esok pagi nak bangun awal katanya. Saya janji bagi diorang mandi kolam, tapi dengan syarat saya takkan kejut diorang bangun tidur. Deal done. Bersemangat sungguh. Huhu.. Saya layan tengok tv sampai tertidur. Menunggu hari esok di mana ada orang akan terjun kolam yang sejuk tu . Hihi. Wallahualam..
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
- JAGUNG BAKAR : RM18.00
- JUMLAH : RM18.00
**DAY 02 TOTAL EXPENSES: RM60.90
Mkn ikan bakar & kmudianny sambung mkn sate pulak smuany masuk dlm arga pakej ke tuan?
ReplyDeleteYa betul, semua makan minum dah termasuk dalam pakej, kecuali yang saya nyatakan dalam kos untuk sekeluarga. Yang itu memang kami bayar sendiri. Tq for reading my blog!.. :)
Delete