TARIKH:
18 NOVEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
RUMAH BOLON - AIR TERJUN SIPISO-PISO
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ RUMAH BOLON
Pematang Purba, Purba, Simalungun, 21165 Sumatera Utara
Dari Rest Area Simarjarunjung, kami menuju ke Berastagi. Di pertengahan jalan Irfan singgah di Rumah Bolon. Kami sampai di kawasan Rumah Bolon Purba pada jam 2.10 petang. Disebabkan keadaan kawasannya yang agak mistik, Irfan minta wife saya dan Eirfan tunggu di kereta. Takut jadi apa-apa yang tak diingini. Elysha dan Eimran masih tidur. Hanya saya dan Eiman je yang akan berjalan masuk ke kawasan Rumah Bolon.
|
Driving Route: From Rest Area Simarjarunjung to Rumah Bolon |
|
Selamat datang ke Rumah Bolon |
Dari parking kereta, kami melalui satu terowong lama yang sedang dibaikpulih. Agak creepy tempat ni. Kalau datang sorang time siang pun saya tak berani. Huhu.. Keluar dari terowong, kami dah berada di dalam kawasan Rumah Bolon di mana ada beberapa rumah yang pelbagai bentuk di situ. Irfan beri sikit penerangan tentang Rumah Bolon. Rumah Bolon adalah rumah adat di mana ianya telah didiami oleh 13 para raja di Sumatera Utara. Walaupun dah era zaman moden, tetapi kawasan Rumah Bolon ni akan dikekalkan sebagai sejarah. Bolon bermaksud besar, maka Rumah Bolon adalah Rumah Besar yang boleh didiami oleh lebih 10 keluarga. Tengok dari luar bentuk Rumah Bolon ni macam rumah panjang. Memang betul la boleh didiami oleh keluarga yang besar.
|
Kan dah kata, tak berani nak jalan sorang-sorang kat sini. Huhu.. |
|
Antara bentuk rumah yang ada di kawasan Rumah Bolon |
|
Irfan sedang beri penerangan tentang Rumah Bolon |
Kami masuk ke dalam Rumah Bolon. Untuk masuk ke dalam rumah, kami kena naik tangga yang amat curam dan agak tinggi. Kena guna tali yang disediakan untuk memudahkan kami naik ke dalam rumah. Binaan rumah dibuat menggunakan kayu tanpa paku. Ingatkan ada bilik tapi rupanya hanya ruang yang panjang. Hanya ada satu bilik khas je kat dalam rumah ni. Rumah ni pun saya takkan masuk sorang-sorang walaupun waktu siang. Lain macam je suasana dalam rumah ni. Nak amik gambar pakai flash pun serba salah, takut ada imej lain yang keluar. Huhu.. Selain ruang yang luas, kelihatan juga tempat dapur memasak, tempat alat muzik dan juga ada keranda. Lain macam nih. Hihi.. Kelihatan juga tanduk kerbau yang tersusun tergantung di atas pintu.
|
Keadaan di dalam Rumah Bolon |
Selesai Irfan beri penerangan dan bergambar, kami keluar dari Rumah Bolon dan berjalan di sekitar kawasan. Ada satu kawasan tugu peringatan raja yang terakhir mendiami Rumah Bolon ini iaitu Tuan Mogang (Raja Purba). Selepas dari kematian Tuan Mogang pada 1947, Rumah Bolon sudah tidak didiami lagi. Yang tinggal hanyalah sejarah. Rumah lain yang kelihatan di sekitar Rumah Bolon adalah rumah pengawal, tempat alatan muzik, tempat mesyuarat, tempat tumbuk padi dan banyak lagi aktiviti yang berlaku pada zaman itu. Semuanya struktur bangunan di sini akan dijaga dan dikekalkan identitinya sebagai salah satu tempat pelancongan di Sumatera Utara.
|
Kawasan di sekitar Rumah Bolon |
|
Tugu raja terakhir yang mendiami Rumah Bolon |
Habis pusing dan bergambar keliling kawasan, kami meninggalkan Rumah Bolon. Jam 2.40 petang kami sambung semula perjalanan. Semalam dari airport ke Danau Toba kami melalui kawasan perkampungan Melayu. Kali ni kami melalui kawasan perkampungan Batak. Banyak gereja dan perkuburan Kristian kelihatan di setiap kampung yang kami lalui. Kubur kelihatan ada di mana-mana. Katanya tuan tanah yang mati akan ditanam di tanah masing-masing. Patutlah kat setiap kebun nampak ada satu atau dua kubur. Yang takde tanah mungkin ada satu kawasan perkuburan khas kot. Macam-macam kepercayaan budaya masing-masing. Kita perlu hormat budaya orang lain, barulah orang hormat budaya kita.
|
Banyak kubur Kristian di kawasan kebun |
|
Terbaiklah teksi motor kat sini. Ada shield plastik kat depan. |
Jam 3.10 petang Irfan berhentikan kereta sekali lagi. Katanya di sini adalah view terakhir Danau Toba yang terdekat dari atas bukit. Lepas ni ada satu tempat lagi untuk lihat Danau Toba kali terakhir iaitu di Air Terjun Sipiso-Piso. Saya dan Eiman je keluar untuk bergambar. Kebetulan kabus baru naik dari bawah. Sempat juga ambil gambar sebelum kabus tutup semua view. Kemudian datang lagi satu group tapi malangnya diorang tak nampak apa-apa sebab kabus tebal meliputi seluruh kawasan. Langsung tak nampak Danau Toba di bawah.
|
Dalam masa 2 minit terus tak nampak apa-apa. Huhu.. |
@ AIR TERJUN SIPISO-PISO
Tongging, Merek, Karo, 22173 Sumatera Utara
Perjalanan diteruskan. 5 minit kemudian kami sampai di kawasan air terjun yang popular di sini iaitu Air Terjun Sipiso-Piso. Keadaan air terjunnya yang unik membuatkan tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Agak ramai juga pelancong yang berada di sini. Kami berjalan mencari view yang paling cantik untuk melihat air terjun tersebut. Malangnya kabus masih tebal dan meliputi semua kawasan. Harap kejap lagi kabus hilang. Rugi dah sampai sini tapi tak dapat nak tengok rupa air terjun.
|
Driving Route: From Rumah Bolon to Air Terjun Sipiso-Piso |
|
Sampai sudah di Air Terjun Sipiso-Piso |
|
Anak-anak dah mula nampak kedai jual keropok. Huhu.. |
|
Alahai, boleh berkabus pulak pemandangan kat sini |
Sementara kami menunggu hingga kabus hilang, kami ditegur oleh orang di sini yang buat servis ambil gambar dan print pada cawan sebagai souvenir. Agak ramai juga kumpulan remaja yang buat kerja ni bila dilihat pada yang membawa kamera DSLR. Mula-mula kami tak berapa yakin dengan servis mereka, takut ianya scam tetapi setelah bertanya Irfan, mereka ni orang kampung kat sini dan berniaga. Takde masalah asalkan terima bayaran yang dikenakan. Saya pun tanya berapa harga untuk satu cawan. Dia kata IDR50,000.00. Kalau buat dua cawan jadi IDR80,000.00. Gambar pulak IDR30,000.00 sekeping bersaiz besar. Kami taknak gambar, cuma nak dua cawan, satu background Danau Toba dan satu lagi Air Terjun Sipiso-Piso. Deal done. Tunggu kabus hilang sepenuhnya dulu.
|
Ok kabus dah mula menipis. Macam nampak air terjun di situ.. |
|
Kabus dah takde. Jelas pemandangan Danau Toba |
|
Air terjun pun nampak jelas |
Patutlah nampak unik Air Terjun Sipiso-Piso ni. Rupanya air tu dari dalam tanah, bukan dari sungai terbuka seperti air terjun yang lain. Tinggi jugak air terjun ni. Agak-agak ada ke orang yang terjun dari atas tu? Huhu.. Untuk ke bahagian bawah air terjun perlu turun beratus anak tangga. Nak turun takde masalah. Nak naik balik tu yang pikir sepuluh kali. Hihi.. Tengok dari atas je dah cukup buat kami. Budak tadi terus setting amik gambar kami sekeluarga untuk kedua-dua background. Lepas tu dia mintak kamera saya pulak untuk tolong amikkan gambar. Mula-mula takut juga kalau dia bawak lari, tapi lepas bergambar terus dia bagi balik kat saya. Lega.. Hihi.. Kami kena tunggu sekejap sementara dia buat printing pada cawan di kedai. Untuk tidak membuang masa tunggu di situ, kami pun pergi ke kedai mencari sesuatu untuk dimakan.
|
Kenangan di Air Terjun Sipiso-Piso |
Sementara menunggu cawan siap, perut pun dah lapar. Kami order 4 pinggan indomie goreng dan 4 gelas air es jeruk sebagai alas perut. Cuaca sejuk memang cepat lapar. Hihi.. Barulah merasa makanan selain minang. Sedang kami makan, cawan pun siap. Rupanya geng berempat tu pun beli gambar dari budak ni. Kira cantik juga la gambar kami yang print atas cawan ni. Boleh la saya bawa satu untuk letak kat opis walaupun di opis sedang berjalan amalan Eksa di mana tak boleh letak banyak barang atas meja. Huhu.. Biar kerja tak teratur asalkan Eksa dipatuhi. Sama seperti amalan 5S yang terkenal dulu. Nak ikut sistem Jepun di Malaysia? Tepuk dada tanya selera, indomie atau minang. Hahah.. Kat opis orang atas kemain berebut tempat parking bawah bumbung. Lagi mau ikut amalan Jepun. Di Jepun murid sekolah sampai melutut bersihkan lantai kelas setiap pagi. Di Malaysia duduk atas tar masa perhimpunan pun dah kecoh. Apa pun tak boleh. Hahah..
|
Ini la yang Elysha aim masa sampai tadi. Hihi.. |
|
Alas meja bertemakan Honda. I like.. |
|
Indomie dan es jeruk.. Sedap tapi pedas sangat. Huhu.. |
|
Kenangan di cawan kaca.. |
Agak lama kami di sini. Jam 4.30 petang kami sambung perjalanan terus ke Berastagi. Aktiviti seterusnya di sana adalah singgah di Pasar Buah Berastagi sambil makan jagung bakar. Lepas tu baru check-in hotel dan malamnya keluar makan di pekan Berastagi. Dalam perjalanan boleh pulak ikut belakang lori yang membawa babi. Walaupun nampak menggelikan, sekurangnya dapat anak-anak saya tengok rupa dan bentuk sebenar babi kerana sebelum ni diorang cuma tengok dalam internet atau tv je. Kali ni real life punya view. Hahah.. Boleh pulak lama lori ni ada kat depan kami. Tolong potong laju-laju ye Irfan. Huhu..
|
Maaf, pemandangan kurang menyenangkan. Huhu.. |
Jam 5.30 petang kami dah sampai di pekan Berastagi. Cuaca mendung dan hujan renyai. Dah tentu lagi sejuk cuaca di luar. Harap anak-anak dapat tahan kesejukan sebab kami memang tak bawak sweater atau jaket diorang. Cuma takut diorang demam kena air hujan. Kalau orang dewasa demam boleh tahan lagi. Tapi kalau budak-budak memang lembik abis. Lagi susah nak berjalan. Huhu.. Apa-apa pun berharap kesihatan kami berada di tahap yang terbaik sepanjang trip kami di sini. Wallahualam..
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
- MEALS : RM33.00
- JUMLAH : RM33.00
No comments:
Post a Comment