Sunday, 12 February 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 03 (Part #1)

TARIKH:
19 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
RESTORAN SIMPANG TIGA LESEHAN - HOTEL POLONIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.10 pagi kami terjaga. Seperti yang dijangka, Eiman yang kejut saya. Bukan main excited dia nak mandi kolam pagi ni. Hihi.. Selesai solat subuh kami bersiap untuk pergi breakfast. Anak-anak dah standby pakai baju mandi terus. Lepas breakfast nak mandi terus katanya. Huhu.. Jam 6.50 pagi kami ke cafe hotel yang terletak di lobi. Cafe agak besar dan hanya ada beberapa orang je yang tengah makan. Awal betul kami turun breakfast. Hehe.. Menu makanan agak limited, tidak seperti di Atsari Hotel. Tak kisah la, janji dapat alas perut pagi ni. Dari tingkap cafe boleh tengok swimming pool. Eiman asyik tengok je tingkap tu kalau ada orang yang tengah mandi. Awal pagi takde orang nak mandi kolam sejuk tu. Hihi..

Simple breakfast pagi ni
Selesai breakfast, anak-anak terus berlari ke kolam. Seperti biasa, saya minta Eimran check dulu kedalaman kolam. Ada 2 bahagian kolam. Yang besar agak dalam juga. Bahagian lagi satu cetek sedikit, sesuai untuk Elysha mandi kat situ. Terpaksa la saya memantau diorang mandi. Kadang-kadang tak boleh percaya juga kat abang dia. Tengah syok mandi memang tak kisah apa pun yang terjadi. Sejuk betul air kolam pagi-pagi ni. Macam air sungai sejuknya. Tahan betul kulit diorang ni. Huhu.. Eimran cuba mandi di tengah kolam. Rupanya makin jauh makin dalam kolam ni. Ada satu garis penanda pada lantai kolam. Jadi jangan mengada nak lintas garis tu sebab saya sendiri tak pasti berapa dalam kolam ni. Huhu..

Sejuk-sejuk pun korang layan mandi kolam. Huhu..
Lebih sejam juga diorang layan mandi kolam. Jam 8.30 pagi saya panggil semua naik dan masuk ke bilik. Jam 10.00 pagi dah janji dengan Irfan untuk check-out dan bertolak ke Medan. Kelihatan group berempat yang join kami sebelum ni dah bersiap untuk check-out. Flight diorang balik ke Malaysia malam ni. Setelah mengucapkan selamat jalan, kami masuk ke dalam bilik untuk mandi dan bersiap. Anak-anak menggigil kesejukan. Tak kisah tangan kecut janji dapat mandi kolam. Hihi.. Si kecil Eirfan dah lama siap dan tengah tidur. Kami mengemas barang masuk ke dalam beg. Satu beg kami khaskan untuk isi barang hasil belian di sini. Masih ada kosong lagi. Boleh sambung kat Indomaret atau Alfamart di Medan pulak. Hehe..

Sedapnya budak ni tidur. Hihi..
Jam 10.00 pagi setelah periksa semua barang dalam bilik untuk pastikan tiada barang yang tertinggal, kami bergerak ke lobi hotel. Saya beri kunci bilik pada Irfan untuk urusan check-out. Anak-anak dah mula mengantuk. Biasalah, asal mandi kolam je mesti letih punya. Hihi.. Baguslah camtu sebab Irfan kata perjalanan dari Berastagi ke Medan sama seperti semalam, jalan bengkang-bengkok. Harap diorang tidur sampai Medan. Apa-apa pun wife saya dah siap keluarkan baju extra dari dalam beg, standby kalau jadi lagi kejadian muntah tak bagitau. Hehe.. Sementara menunggu urusan check-out selesai, saya meronda melihat keadaan persekitaran hotel.

Design hotel agak lama, tapi bilik amat selesa.
Sebelum mulakan perjalanan, Irfan bertanya kalau kami nak masuk ke Theme Park di sini iaitu Funland yang terletak di Mikie Holiday Resort. Tiket untuk masuk ke Funland adalah IDR120,000.00/person dan kanak-kanak ketinggian di bawah 90cm masuk percuma. Rasanya tak payah masuk kot sebab anak-anak kalau dah masuk Theme Park ni memang lama. Selalunya sampai tempat tu tutup baru keluar. Huhu.. Nasib baik Irfan cuma cakap kat saya dan wife tanpa didengari oleh anak-anak. Kalau diorang dengar dah tentu nak pergi punya. Kita layan Theme Park kat Malaysia je lah ye. Hehe.. Jam 10.15 pagi kami mulakan perjalanan menuju ke Medan.

Kita lalu je sebelah Funland. Hehe..
Perjalanan meninggalkan Berastagi menuju ke Medan
Jalan bengkak-bengkok sudah bermula. Standby plastik. Hehe..
Dalam perjalanan, kami dapat melihat kawasan perkampungan bangsa Batak. Ada beberapa perkara menarik yang saya dapat lihat di sini. Antaranya bas berbentuk seperti coaster yang amat banyak di jalanraya. Yang menariknya bas tersebut berwarna-warni. Dah macam perarakan kereta berhias pulak. Hihi.. Bagaimana pula yang duduk dalam bas tu. Tak tau la macam mana keadaannya. Padat-sepadatnya penumpang dalam bas. Kalau la ada penumpang yang tak mandi atau berpeluh-peluh, ditambah pulak dengan angin yang tak diundang terperangkap dalam tu dan jalanraya pulak bengkang-bengkok. Boleh muntah dibuatnya. Huhu.. Tapi orang di sini mesti dah lali dengan keadaan macam tu. Kalau kami la yang duduk dalam tu tak tau la apa yang terjadi. Saya sanggup duduk atas bas daripada bersesak kat dalam tu. Huhu..

Banyak bas berhias macam ni. Di luar nampak menarik, tapi di dalam?. Huhu..
Saya juga perasan beberapa poster menarik yang ditampal di batang pokok di sepanjang jalan. Ada satu poster tu memang menarik perhatian saya. Kat Malaysia tak pernah nampak lagi poster iklan macam ni. Selalunya poster jual rumah dapat percuma kitchen cabinet ke, atau percuma bayaran guaman ke. Tapi kat sini lain percumanya. Beli rumah boleh dapat isteri atau suami percuma. Hahah.. Memang tujuan nak menjual pada yang bujang atau yang nak berkahwin dua. Betul-betul hebat pakej yang diberi. Mungkin tuan rumah tu bujang, anak dara, duda atau janda kot. Kiranya beli dan tinggal terus dengan tuan rumah. Kepada yang nak kepastian, boleh la call bertanya. Hihi..

Tinggal 8 suami dan 8 isteri je yang manjadi buruan. Hehe..
Sampai di satu kawasan perkampungan, kelihatan banyak sangkar kelawar di tepi jalan. Irfan kata kelawar ni dijual untuk kegunaan perubatan. Eiman yang dah bangun teringin nak tengok kelawar. Asyik tengok cerita batman je. Hihi.. Sebenarnya saya pun tak pernah tengok dari dekat. Dulu masa layan jungle trekking selalu juga masuk gua dan tengok kelawar tergantung kat dinding gua, tapi tak pernah tengok dari dekat macam mana rupa kelawar ni. Irfan pun berhenti di salah satu rumah yang menjual kelawar bagi memberi peluang kami untuk melihat kelawar yang tergantung dalam sangkar. Sebelum tu kena jumpa dengan tuan punya sangkar untuk minta kebenaran melihat kelawar yang dijual sebab kami bukan nak beli pun. Cuma nak lihat dan bergambar je. Hihi..

Batman dah jumpa tapi Robin di mana? Hehe..
Selesai bergambar dan ucap terima kasih pada tuan sangkar, kami teruskan perjalanan ke Medan. Perut dah mula lapar. Sampai di Medan nanti Irfan akan bawa kami makan tengahari. Di mana lagi kalau bukan restoran minang. Takpelah, bila lagi nak makan masakan minang banyak kali kalau bukan di Indonesia. Di Malaysia memang tak makan punya. Hihi.. Di kawasan perkampungan Batak agak ragu-ragu untuk makan walaupun ada tertulis halal di pintu kedai. Bukan apa, ada banyak kedai yang tak halal di sini. Jadi lebih baik makan di Medan daripada singgah di kedai tepi jalan di sini. Kelihatan banyak juga signboard kedai yang bertulis BPK. Saya tertanya-tanya apa benda BPK tu. Malas nak bertanya Irfan, saya tunggu sampai jumpa signboard yang memberi maksud BPK. Akhirnya berjumpa juga..

Dah faham apa maksud BPK..
Lebih sejam melalui jalan bengkak-bengkok, jam 11.30 pagi kami sampai di kawasan pekan Pancur Batu. Keadaan trafik agak sesak di sini kerana kami kena melalui kawasan pasar di depan. Pekan Pancur Batu menjadi tumpuan kepada kawasan kampung disekitarnya untuk membeli belah dan urusan yang lain. Mereka tak perlu nak pergi ke Medan yang lebih jauh jaraknya. Patutlah lain macam sesak di kawasan ni. Kebetulan hari ni adalah hari Sabtu. Di sini murid-murid masih bersekolah pada hari Sabtu. Cuma Ahad je diorang cuti. Kira untung la murid-murid kat Malaysia. Dah la Sabtu tak sekolah melainkan ada koko, cuti am pun banyak. Itu pun ramai anak murid yang ponteng sekolah. Dulu masa saya mengajar dan menjadi guru kelas memang selalu macam tu. Kalau Khamis cuti am, hari Jumaat memang tak ramai yang datang ke sekolah. Sambung cuti sampai Ahad. Huhu..

Jalan agak sesak di pekan Pancur Batu
Lepas dari pekan Pancur Batu, jalan kembali lancar seketika sehingga kami masuk ke bandar Medan. Di Medan trafik agak sesak tapi boleh diterima lagi. Takdelah sesak macam di Jakarta. Dulu masa ke Jakarta memang tension bila jalan jem. Boleh dikatakan kat mana-mana tempat pun sesak di Jakarta. Huhu.. Pencemaran udara di Jakarta pun boleh tahan teruk juga. Mungkin kepadatan penduduk di Jakarta yang tinggi dan peluang kerjaya yang banyak di situ membuatkan ia menjadi sesak dan tidak terkawal. Nama pun ibu negara, dah tentu la padat sama seperti Kuala Lumpur. Kalau la saya dan wife dapat peluang bekerja di luar KL dah lama saya amik. Bila umur dah meningkat ni lebih suka duduk di tempat yang kurang crowded. Pening kepala tetiap pagi menghadap jem kat KL. Huhu..

Dah masuk kawasan Kota Medan
Satu lagi perkara menarik yang saya dapat lihat di sini adalah papan iklan bunga yang dipamerkan jika ada sesuatu majlis seperti perkahwinan, annual dinner ataupun ada kematian. Pasti akan kelihatan papan iklan dengan tulisan bunga yang berwarna-warni diletakkan di sepanjang tempat majlis berlangsung. Papan iklan ini disewa atau ditempah oleh seseorang atau kumpulan untuk mengucapkan sesuatu pada majlis tersebut. Kiranya lagi banyak papan di tepi jalan tu lagi terkenal la orang yang diraikan. Nampak menarik bila berderet papan iklan berbunga ni diletakkan di sepanjang jalan. Boleh la orang ramai tau siapa yang beri ucapan dan siapa yang diraikan. Hihi..

Macam-macam bentuk papan iklan berbunga di sepanjang jalan.

@ RESTORAN SIMPANG TIGA LESEHAN
     Jl. Wolter Monginsidi No. 26, Anggrung, Kota Medan 20149 Sumatera Utara

Jam 12.20 tengahari, setelah 2 jam perjalanan dari Berastagi, kami sampai di Restoran Simpang Tiga Lesehan. Anak-anak yang baru bangun tidur dah tentu kelaparan setelah mandi kolam pagi tadi. Seperti biasa, pelbagai jenis lauk dihidang di atas meja. Berselera sungguh kami makan. Masakan minang ni kalau kena lauk yang dipilih memang confirm tambah nasi. Cuma risau je berapa harga lauk yang dipilih. Takut amik macam-macam jenis lauk, nanti bayarannya pun macam-macam juga. Hihi.. Kalau dah dalam pakej takde masalah. Makanlah sepuas-puasnya.

Driving Route: From Green Garden Hotel to Restoran Simpang Tiga Lesehan
Kita isi perut masing-masing dulu..
Alhamdulillah masing-masing dah kenyang. Barulah anak-anak bertenaga semula. Hihi.. Jam 1.00 petang kami teruskan perjalanan ke Hotel Polonia yang terletak tidak jauh dari sini. Irfan call dulu hotel tersebut jika boleh check-in awal. Kalau tak boleh lagi, dia nak bawa kami jalan-jalan di bandar Medan dulu. Nasib kami baik kerana kami boleh check-in awal. Jadi boleh la kami berehat seketika di bilik hotel dan petang sikit baru keluar jalan-jalan di bandar Medan. Eiman dah bertanya pasal swimming pool lagi. Irfan kata kat saya hotel ni ada swimming pool tapi jauh dari bilik. Takpe, tau la saya nak explain macamana kat Eiman nanti. Hihi..

Driving Route: From Restoran Simpang Tiga Lesehan to Hotel Polonia

@ HOTEL POLONIA
     Jl. Jend Sudirman, No. 14, Madras Hulu, Medan Polonia, Kota Medan 20152, Sumatera Utara

Jam 1.15 petang kami dah sampai di Hotel Polonia. Irfan berurusan di kaunter sementara kami menunggu di lobi hotel. Selesai mendapatkan kunci, kami berjalan ke arah bilik yang agak jauh dari lobi. Bilik kami terletak di tingkat 1. Sampai di tingkat 1 kelihatan ada kerja renovation sedang dilakukan. Peluang untuk saya terangkan pada Eiman bahawa hotel ni tengah renovate, termasuklah swimming pool. Huhu.. Dia dah nampak signboard swimming pool kat lobi tadi. Sebab tu kena bagi alasan. Nasib baik dia terima alasan saya. Hehe.. Bilik yang kami dapat amat besar dan selesa. Nampaknya ketiga-ketiga hotel yang kami dapat amat memuaskan hati kami. Terima kasih Irfan kerana pilih hotel yang selesa untuk kami sekeluarga.

Menunggu di lobi hotel sementara Irfan berurusan di kaunter
Bilik kami amat luas dan selesa. Alhamdulillah..
Untuk aktiviti hari ni, Irfan akan jumpa kami semula dan bawa kami berjalan di bandar Medan jam 5.00 petang. Malam ni pulak dia akan bawa kami pergi berurut di rumah makciknya. Kami ada masa dalam 3 jam untuk berehat di bilik. Saya ambil peluang untuk meronda seorang diri di kawasan hotel. Niatnya untuk mencari di mana letaknya swimming pool. Anak-anak tak boleh ikut. Hehe.. Agak complicated lorong yang ada di dalam hotel ni sampai sesat saya dibuatnya. Mulanya saya ingat boleh ikut floor yang sama untuk ke lobi hotel tapi tak berjumpa. Terpaksalah ikut jalan tadi balik. Huhu.. Saya turun lif semula dan berjalan ke arah lobi. Kemudian saya naik lif kat lobi pulak untuk ke tempat swimming pool. Akhirnya jumpa juga di mana swimming pool hotel ni. Takdelah besar sangat kolamnya. Orang pun takde kat sini. Ada satu meja pool menghadap kolam. Kalau ada kawan dah tentu layan main pool seround dua. Hihi..

Ada sofa di luar bilik kami
Takde orang di swimming pool
Syoknya kalau ada kawan join trip ni..
Takde apa yang menarik selain dari swimming pool dan meja pool di sini. Kebanyakan kemudahan di sini takde kerana hampir separuh bangunan sedang dibaikpulih. Renovate habis-habisan ni. Dah selesai renovate mesti menarik hotel ni. Tapi mungkin saya dah tak datang ke sini lagi. Huhu.. Saya balik semula ke bilik. Anak-anak layan tengok tv. Saya baring seketika untuk mencari tenaga tambahan bagi aktiviti petang dan malam ni. Badan dah mula letih sejak dari hari pertama datang ke sini. Harap berbaloi la dapat urut tradisional malam ni. Wallahualam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - TIADA -

2 comments:

  1. As-salam. Pelik jugak sbb supir xbwa naik bukit gundaling...nk kata ni acara wjib bg plancung dr malaya sbb xde d tempat kita pmandangn gunung brapi (sibayak & sinabung) yg masih aktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Wife saya yang uruskan itinerary bersama supir. Kami pilih yang mudah je memandangkan bawa baby baru 2 bulan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete