Wednesday, 1 February 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 01 (Part #2)

TARIKH:
17 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
RESTORAN SIMPANG TIGA PERBAUNGAN - DODOL PODO SENENG - ROTI KACANG CAP RAJAWALI - PATEN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dari Kuala Namu International Airport, kami menuju ke Parapat di Danau Toba. Hotel malam pertama kami terletak di situ. Jarak perjalanan agak jauh. Dalam perjalanan kami akan singgah di beberapa lokasi menarik di sini. Sebelum tu kena mencari dulu simcard untuk kami guna data internet. Memang tak boleh hidup kalau takde line internet zaman sekarang ni. Kami tak perlu sangat call data sebab anak-anak ada bersama. Apa-apa pun whatsapp call dan skype kan ada. Hehe.. Sungguh maju dunia sekarang ni ye. Tapi dengan kemajuan ni juga ramai yang salah gunakan. Viral benda yang belum sahih. Dunia sekarang berada di zaman fitnah. Huhu..

Dari highway ke jalan lama. Jalan-jalan cuci mata lihat pemandangan
Saya beri siap-siap duit RM1800.00 kepada Irfan. Takut nanti saya terguna pulak duit tu. Hihi.. Berkali-kali Irfan terangkan kepada saya kadar bayaran yang dia kenakan. Dia takut ianya terlalu mahal buat kami, padahal kami takde masalah pun. Lagipun belum sampai hari terakhir kami di sini. Nanti dah selesai baru boleh tau berbaloi atau tidak bayaran yang dikenakan dengan servis yang diberikan. Buat masa ni kami bayar tanda setuju dengan kadar tu. Agak ramah juga Irfan ni bila berborak. Setiap kali lalu kawasan pekan atau kampung, dia akan ceritakan sikit tentang perkara menarik mengenai tempat tu. Baru la betul supir yang bagus. Takde la duduk diam memandu sambil layan lagu Rhoma Irama. Hehe..

Sekali imbas macam jalan kat Kedah je. Hehe..
Irfan mula bercerita secara umum tentang bumi Sumatera Utara. Cerita detail pun bukannya saya nak amik exam sejarah Indonesia. Hihi.. Kota Medan adalah ibu negeri bagi Sumatera Utara. Selain Medan, ada banyak lagi wilayah di sini. Saya sendiri tak pasti penggunaan perkataan yang betul untuk menggambarkan wilayah. Banyak betul perkataan yang berbeza tapi nampak macam sama maksudnya. Contohnya seperti kabupaten, kota, kotamadya, kecamatan, keluharan dan propinsi. Tak tau macam mana nak bezakan. Mungkin sama macam di Malaysia seperti kampung, mukim, seksyen, presint dan daerah kot? Huhu.. Apa-apa pun saya guna perkataan wilayah je lah ye dalam blog ni. Huhu.. Kuala Namu International Airport berada dalam wilayah Deli Serdang. Maknanya kami belum jejakkan kaki di wilayah Medan.

Melintasi sempadan wilayah Deli Serdang - Serdang Bedagai
Boleh tahan ganas juga Irfan ni memandu. Setiap kali ada motor atau orang di tepi jalan dia akan bagi hon. Nak memotong pun dia bagi hon. Katanya kat sini memang begitu, kena bagi alert supaya kemalangan tak berlaku. Saya masih ingat lagi masa di Jakarta dan Bandung dulu, kalau nak buat u-turn kena bagi hon baru dapat lepas. Kadang-kadang ada budak muda tolong bagi laluan. Pastu kena la hulur duit sikit sebagai upah bantuan. Hihi.. Kat KL kalau hon tak tentu hala dah tentu kena kejar balik. Siap videokan dan viral nombor plate dalam FB. Pastu beratus la orang komen macam-macam. Sebab tu saya tak gemar sangat layan FB. Baca mana yang penting je. Yang lain agak buang masa kalau melayan. Baik tulis blog, dapat share ilmu yang berguna. Hihi..

Antara nama tempat di sini. Rasa macam kat Malaysia pulak..

@ RESTORAN SIMPANG TIGA PERBAUNGAN
     Jalan Perintis Kemerdekaan, No. 17, Batang Terap, Perbaungan, Serdang Bedagai, 20986 Sumatera Utara

Irfan bertanyakan jika nak berhenti minum pagi atau makan ringan dulu. Tapi kami kena bayar sendiri sebab makanan dalam pakej bermula masa lunch nanti. Tak kisah, boleh je berhenti kejap sebab memang dari rumah pagi tadi tak makan apa-apa. Cuma kek sekeping dan air oren dalam flight je yang ada dalam perut sekarang ni. Tambah dengan ihsan coklat mintak kat anak. Tu lah, diorang tak mintak makanan lebih kat steward tadi. Hihi.. Kami berhenti seketika di Restoran Simpang Tiga yang terletak di pekan Perbaungan. Restoran yang menghidangkan masakan minang ini ada banyak cawangan, sama seperti Restoran Sederhana dan Restoran Simpang Raya yang terletak merata di Indonesia.

Driving Route: From Kuala Namu International Airport to Restoran Simpang Tiga Perbaungan
Salah satu cawangan Restoran Simpang Tiga yang terletak di Perbaungan
Kebiasaan restoran minang di mana pelbagai lauk akan dihidangkan walaupun tanpa diminta. Yang mana kami pilih baru kena caj. Jadi kalau dah cuit sikit tu baik habiskan terus. Hehe.. Mula-mula ingat nak makan ringan je. Tapi dah hidang macam ni, perut pulak memang dah sedia lapar. Eimran dah tak pandang tempat lain. Jadi kami pun makan je la walaupun kena bayar sendiri. Rezeki depan mata jangan ditolak. Hihi.. Sedap pulak tu makanan minang ni. Selesai makan kami dikenakan bayaran IDR180,000.00. Makan punya hal, tak kisah la bayar berapa pun.

Perut lapar dihidangnya macam ni. Huhu..
Masing-masing sudah kekenyangan. Jam 10.10 pagi kami teruskan perjalanan. Terlupa simcard belum beli lagi. Irfan berhenti di tepi jalan dan kami ke gerai menjual simcard. Kat sini gerai jual simcard memang sentiasa kelihatan kat tepi jalan di kawasan pekan. Cuma pilihan jenis simcard je yang kena pilih betul-betul. Ada yang bagi kuota tinggi tapi harga pun tinggi la. Ikut pada kesesuaian penggunaan. Macam saya cuma nak guna untuk tengok whatsapp, check email dan google beberapa lokasi. Wife saya dah tentu nak upload gambar kat FB. Jadi terpaksa la beli kuota banyak sikit untuk cover sampai hari terakhir di sini. Hihi.. Untuk wife saya belikan 10GB berharga IDR80,000.00 dan saya cuma 4GB berharga IDR40,000.00. Harap tak perlu topup lagi sampai balik. Huhu.. Saya mintak budak yang jual simcard tu tolong settingkan sampai ada line kat phone kami.

Tak kisah la jenis apa janji boleh online. Hihi..
Bila dah ada line je terus mesej whatsapp tak berhenti berbunyi. Hampir seribu mesej diterima. Rasanya baru je dalam 3 jam takde line. Memang begitulah jadinya bila banyak sangat group whatsapp. Huhu.. Dan banyak juga group yang saya jadi pemerhati je. Nak exit group nampak macam sombong pulak sebab taknak berkawan. Jadi terpaksa la set mode mute/silent untuk group yang saya tak berapa aktif. Huhu.. Kami teruskan perjalanan menuju ke Danau Toba. Irfan menjangkakan kami akan sampai di sana dalam pukul 3 atau 4 petang, bergantung kepada berapa lama kami singgah di beberapa tempat lagi. Takde masalah, kami ikut je seperti yang dirancangkan oleh Irfan. Sebenarnya Irfan ada satu lagi group 4 orang dewasa dari Malaysia yang sampai semalam. Jadi dia mintak kawannya bawa satu lagi kereta dan diorang ikut kami sekali.

Banyak juga masjid yang kelihatan di sepanjang jalan

@ DODOL PODO SENENG
     Jl. Besar Ps. Bengkel, Perbaungan, Serdang Bedagai, 20986 Sumatera Utara

Jam 10.35 pagi kami melalui kawasan kampung yang terkenal dengan makanan dodol. Gerai menjual dodol berderet di sepanjang jalan. Kami singgah sebentar di kedai Dodol Podo Seneng. Saya tak berapa suka sangat makan dodol. Tapi boleh je nak cuba dodol made in Indonesia. Dapat rasa sikit pun jadilah buat syarat. Dodol yang dijual di sini ada macam-macam perisa. Pada saya yang original tetap sedap. Sekarang ni dah jadi trend jual makanan banyak perisa. Sampaikan lemang pun dah ada macam-macam jenis. Itu belum kira goreng pisang lagi. Kreatif betul orang zaman sekarang ni ye. Makanan tradisional pun dijadikan fusion. Tapi rasa yang original tetap kekal di hati. Hihi..

Driving Route: From Restoran Simpang Tiga Perbaungan to Dodol Podo Seneng
Deretan kedai menjual dodol di kawasan Desa Bengkel
Boleh la bagi kawan kat opis merasa sorang sikit. Itu pun kalau sempat sampai opis la. Hehe..
Pisang goreng raja pun ada dijual. Tapi tak beli sebab dah kenyang. Hihi..
Sedap juga la rasa dodol kat sini. Sama je macam dodol kat Malaysia. Hihi.. Kami beli 3 paket dodol berlainan perisa yang berharga IDR45,000.00. Nampaknya memang tak sempat la dodol ni nak sampai opis. Silap haribulan tak sempat sampai Malaysia pun. Hihi.. Selesai urusan merasa dan membeli dodol, jam 10.50 pagi kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan saya nampak banyak signboard yang bertulis 'doorsmeer'. Saya tanya pada Irfan apa benda tu. Rupanya doorsmeer adalah carwash, tempat cuci kereta. Macam mana boleh dapat nama doorsmeer pulak. Lain macam je nama dia. Perkataaan doorsmeer asalnya adalah dari Dutch, semasa zaman penjajahan Indonesia. Perkataan dutch yang sebenar ialah doorsmeren yang bermaksud lubricate, bukannya cuci kereta. Entah macam mana boleh digunakan nama doorsmeer ni untuk cuci kereta sejak dari dulu lagi di sini. Satu ilmu baru yang saya dapat di sini. Rasanya tak pernah saya jumpa signboard ni kat Bandung dan Jakarta sebelum ni. Hehe..

Antara signboard doorsmeer yang saya sempat snap. Hihi..

@ ROTI KACANG CAP RAJAWALI
     Jl. Negara, Sei Rampah, Serdang Bedagai, 20995 Sumatera Utara

Jam 11.10 pagi kami sampai di pekan Sei Rampah. Di pekan ini terletaknya kilang membuat roti kacang yang paling popular di Sumatera Utara iaitu Roti Kacang Cap Rajawali. Ada banyak cawangan kedai yang menjual roti kacang ni tapi lebih baik beli di kilang terus sebab masih segar roti kacang yang dibuat. Kami singgah sekejap dan melihat bagaimana rupa roti kacang ni. Nampak macam sedap untuk dimakan. Saya pun beli la 2 kotak kecil yang berharga IDR50,000.00. Cukup la untuk kami makan sekeluarga. Tak perlu nak bawak balik Malaysia kot. Nanti mesti dah tak sedap kalau dibiar lama. Hehe..

Driving Route: From Dodol Podo Seneng to Toko Roti Kacang Cap Rajawali
Boleh la nak merasa roti kacang yang dikatakan popular di sini
Kami teruskan perjalanan lagi. Masih jauh Danau Toba dari sini. Saya perasan dah tiga kali kami melalui jalan di mana tong diletakkan di pembahagi jalan dan ada beberapa orang berdiri sambil memegang karung jaring. Saya tanya pada Irfan apa yang diorang buat. Rupanya diorang mintak derma dari pemandu yang lalu. Ada macam-macam jenis derma ikut pada kawasan tersebut. Ada yang mintak derma untuk buat longkang tepi jalan, ada juga yang mintak derma untuk besarkan masjid dan macam-macam lagi. Tiada paksaan dalam pemberian derma. Kalau nak bagi cuma perlahankan kenderaan dan letak duit dalam karung jaring tu. Macam tu punya stail derma pun ada ye kat sini. Ingatkan ada roadblock ke atau ada majlis kenduri kahwin kat tepi jalan. Huhu..

Yang ni mungkin derma untuk masjid kot. Wallahualam..
Semalam saya dan wife tidur agak lewat kerana mengemas beg anak-anak. Bila cahaya matahari dah terpancar mulalah mata jadi kuyu. Pemandangan lebih kurang sama je dari tadi membuatkan mata jadi mengantuk. Tak sedar bila saya tertidur. Saya terjaga bila Irfan tanya nak singgah beli lemang tak. Raya lambat lagi tapi dah ada orang jual lemang pulak ke? Kat sini lemang dijual setiap hari, bukan hanya musim raya je. Nak tanya wife saya, dia pun tengah syok tidur. Tak jadi la nak beli. Nak makan kat mana pun tak tau. Huhu.. Lemang To'ki kat Bentong pun dah cukup sedap buat saya. Rasanya dah lama tak ride ke sana. Balik nanti nak ajak kawan-kawan makan lemang la. Tengok lemang kat sini tetiba teringin nak ke Bentong. Hahah..

Gerai menjual lemang pulut asli di sepanjang jalan

@ PATEN
     Jl. Medan, KM 9, Sinaksak, Tapian Dolok, Simalungun, 21154 Sumatera Utara

Saya sambung tidur semula. Sedar je kami dah sampai di satu kedai bernama Paten yang terletak di wilayah Simalungun. Kedai ni menjual macam-macam jenis kacang, sesuai untuk dijadikan souvenir. Ada 13 jenis kacang termasuk dodol dijual di sini. Nama setiap jenis kacang pun amat senang nak ingat. Harga bagi sekotak kacang Paten ni adalah IDR25,000.00. Kami tak amik semua jenis. Yang sedap dimakan je kami beli. Daripada semua jenis, hanya 4 je yang sedap pada kami. Jadi kami pun beli la 4 kotak kacang berlainan jenis. Habis IDR100,000.00 kat sini. Huhu.. Nak merasa punya pasal. Nanti menyesal pulak kalau tak beli. Rasanya takkan datang lagi ke sini.

Driving Route: From Toko Roti Kacang Cap Rajawali to Paten
Kena cuba dulu. Puas hati dengan rasa dia barulah beli. Hihi..
Cer tengok nama kacang dia. Senang nak ingat kan? Hehe..
Selesai membeli, jam 12.40 tengahari kami sambung perjalanan ke Danau Toba. Tepat jam 1.00 petang kami melalui bandar Pematang Siantar. Irfan menceritakan tentang orang di sini yang terkenal dengan skill pick-pocket. Tak pasti betul ke tak atau Irfan ada agenda tersendiri terhadap orang di sini. Mungkin dia pernah kena kot. Hehe. Apa-apa pun orang di sini dah sama level dengan orang di Paris yang juga terkenal dengan skill yang sama. Hihi.. Sejak dari melawat Paris pada 2012, setiap kali travel saya tak pernah letak wallet kat poket belakang. Langkah berjaga-jaga. Cuma kat Jepun je saya berani sebab agak yakin sikit takkan kena pick-pocket di sana. Manusia macam-macam ragam walau di mana sekalipun. Kenalah sentiasa alert dengan keadaan persekitaran. Huhu..

Keadaan di bandar Pematang Siantar
Maybank pun ada kat sini. Mari cucuk duit.. Hehe
Bila bercerita tentang penduduk di Sumatera Utara, majoriti penduduk adalah dari suku bangsa Melayu dan Batak. Melayu beragama Islam dan Batak pula kebanyakannya beragama Kristian. Ada juga Batak yang beragama Islam. Cuma bila tengok rupa orang kat sini memang tak boleh nak bezakan sama ada beragama Islam atau Kristian. Lebih kurang sama je bentuk muka orang kat sini. Nak bagi salam pun serba salah. Huhu.. Wilayah Deli Serdang dan Serdang Bedagai yang kami lalu dari airport pagi tadi adalah kawasan penempatan utama bangsa Melayu. Irfan kata time balik ke Medan nanti kami akan lalu kawasan penempatan bangsa Batak pulak. Boleh la tengok macam mana keadaan dan suasana di sana nanti.

Cuaca dah mula mendung di depan
Lepas je dari bandar Pematang Siantar, cuaca dah mula mendung dan gelap. Tak sampai 5 minit hujan pun turun dengan lebatnya. Irfan kata dalam 45 minit lagi kami akan sampai di kawasan Danau Toba. Saya masih teringat dulu ada kawan saya cerita dari Medan nak ke Danau Toba agak jauh jaraknya. Makan masa hampir 8 jam untuk sampai. Macam tak betul je info tu. Kami dari airport tadi jam 9.00 pagi. Jika betul Irfan kata sampai lagi 45 minit, maknanya hanya 5 jam je perjalanan. Itu pun sebab banyak tempat kami singgah. Kalau tak berhenti rasanya 3 jam lebih dah sampai. Nak kata masa kawan saya pergi tu ikut jalan lama, rasanya masih sama kot keadaan jalan dulu sampai sekarang. Takde pun highway baru yang kami lalu kecuali kat airport tadi. Huhu.. Maklumlah, cerita lama. Masa tu saya tak pandai guna google map lagi. Kalau tak dah tentu boleh estimate berapa lama perjalanan dari Medan ke Danau Toba. Mungkin kawan saya tu berhenti makan 12 kali kot, tapi dia lupa nak cerita. Sebab tu perjalanan dia makan masa 8 jam. Hihi..

Lebatnya hujan kat sini.
Hujan lebat membuatkan air-cond kereta menjadi lebih sejuk. Takde yang lebih menarik selain dari tidur. Nak amik gambar pun tak guna sebab pemandangan tak berapa jelas. Wife dan anak-anak dah lama dilamun mimpi. Saya mintak kebenaran Irfan untuk tidur sekejap. Takut dia nak ajak berborak. Nanti tak pasal dia cakap sorang-sorang. Hehe.. Harap bangun tidur nanti nampak terus tasik terbesar di Indonesia iaitu Danau Toba di depan mata. Wallahualam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
  - BRUNCH   : RM59.40
  - SIMCARD  : RM39.60
  - JUMLAH   : RM99.00

No comments:

Post a Comment