Wednesday, 1 March 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 04 (Part #1)

TARIKH:
20 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
BOLU MERANTI - KEK LAPIS RIKA - BAZAR JALAN PERNIAGAAN - ISTANA MAIMUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.00 pagi. Pagi yang terakhir di Kota Medan. Anak-anak masih tidur lagi. Nak kejut untuk breakfast pun rasa tak sampai hati. Pagi ni aktiviti kami cuma berjalan-jalan di Kota Medan je. Irfan akan ambil kami di hotel jam 10.00 pagi. Bagi masa anak-anak tidur lama sikit. Semalam sampai hotel bukannya diorang tidur terus. Siap layan tengok tv channel kartun sambil makan keropok yang dibeli semalam. Takpelah, biar saya bersama wife dan Eirfan je yang turun ke cafe untuk breakfast. Diorang boleh breakfast kat dalam bilik je bila bangun nanti. Kami dah beli set breakfast kat Alfamaret semalam. Jam 7.15 pagi kami baru je nak keluar dari bilik, Elysha dah terjaga. Kami pun bawak dia sekali pergi breakfast.

Banyak pilihan makanan di sini
Dimulakan dengan nasi goreng dan ikan bercili dulu. Hehe..
Selesai breakfast, jam 8.30 pagi kami balik ke bilik. Saya kejut Eimran dan Eiman untuk mandi dan breakfast. Kami mengemas semua beg dan pastikan takde barang yang tertinggal. Bila bawa anak-anak ni kena check seluruh bilik. Selalunya ada je barang yang terselit celah tingkap atau bawah katil. Huhu.. Selesai mengemas beg dan bersiap, jam 9.45 pagi kami turun ke lobi hotel menunggu Irfan sampai. Kali ni tak perlu nak timbang beg. Naik MAS dah tentu luggage untuk anak-anak pun ada. Memang confirm tak lebih muatan. Hihi..

Thanks Hotel Polonia. Bilik amat selesa..
Jam 10.15 pagi Irfan sampai. Dia bantu uruskan hal check-out di reception counter. Selesai urusan, dia bantu loading beg kami dalam kereta. Baru nak mulakan perjalanan, hujan renyai pun turun. Keadaan yang sama macam petang semalam. Harap tak lebat la hujan pagi ni. Lokasi pertama yang Irfan akan bawa kami adalah ke Bolu Meranti, iaitu kilang membuat kek dan kuih. Kek gulung antara yang paling popular. Mesti beli kalau datang ke Medan. Kami ikut je la. Hihi.. Tapi sebelum ke sana, Irfan bawa kami pusing-pusing Kota Medan dulu sementara menunggu hujan berhenti.

Pagi yang hujan di Kota Medan
Boleh keluar duit kat sini kalau dah inform pada Maybank

@ BOLU MERANTI
     Jalan Kruing No. 2K, Medan Petisah, Kota Medan, 20111 Sumatera Utara

Jam 10.50 pagi kami sampai di Bolu Meranti. Sedang elok hujan pun berhenti. Irfan kata kat sini boleh la kalau nak beli kek gulung atau bika. Kalau nak beli kek lapis, Irfan akan bawa kami ke kedai lain yang lebih sedap katanya. Kami tak kisah pun. Takde nak beli banyak bawak balik Malaysia. Beli untuk kami makan sekeluarga je. Bagi cukup syarat datang ke Kota Medan ni. Hihi.. Jalan di depan kedai ni agak sempit dan banyak kereta yang parking di tepi jalan. Kami dapat parking agak jauh sikit. Hanya kami berdua je yang turun. Irfan tunggu di kereta menjaga anak kami. Kang kalau semua dah turun ada yang mintak macam-macam kat dalam kedai. Bila dah beli makannya sikit je, pastu masuk angin. Memang selalu terjadi kejadian macam tu. Huhu..

Driving Route: From Hotel Polonia to Bolu Meranti
Ramai juga orang beratur kat dalam kedai. Memang popular kek gulung kat sini.
Tak tahu nak pilih yang mana satu, kami beli je set 3-in-1 yang ada 3 perisa kek gulung. Jadilah buat syarat rasa sorang sikit. Hihi.. Macam saya ni tak berapa pandai nak bezakan kek yang mana paling sedap. Pada saya bai roti bawak motor yang datang tetiap malam lepas maghrib pun dah sedap kek lapis 3 segi dia.  Murah pulak tu. Tak perlu sampai ke Medan, kat depan rumah pun boleh dapat kek yang sedap. Hehe.. Satu lagi perangai saya, bila beli sesuatu seperti keropok atau roti kat kedai selalunya saya tak makan terus. Kadang-kadang sampai terlupa. Bila teringat nak makan je mesti dah takde sebab anak-anak dah makan habis. Huhu.. Terpaksalah beli lagi dan terus makan supaya tak menjadi seperti cerita batu belah batu bertangkup. Hahah.. Selesai membayar dan kembali ke kereta, Irfan bawa kami ke kedai menjual kek lapis yang terletak tidak jauh dari situ.


@ KEK LAPIS RIKA
     Jl. Sekip No. 32, Sekip, Medan Petisah, Kota Medan, 20111 Sumatera Utara

Driving Route: From Bolu Meranti to Rika
Nama kedai kek lapis ni Rika. Kedai kecik je dan terletak di simpang tiga jalan besar. Selain kek lapis, bika ambon dan brownies juga ada dijual di sini. Kami cuma beli satu kek lapis legit je. Dulu saya pernah beli kek lapis Sarawak bermacam-macam perisa masa outstation ke Kuching. Last-last perisa original juga yang menjadi pilihan. Yang lain buat souvenir bagi kat kawan-kawan. Sekarang ni boleh dikatakan semua jenis makanan ada variety dengan pelbagai jenis perisa. Tapi perisa asli juga yang tetap best. Hihi.. Paling terkenal masa trend orang jual burger bakar dan pisang goreng cheese. Bukan setakat cheese je, macam-macam style diorang buat kat pisang goreng tu. Tapi sekarang dah makin slow. Sebab utamanya kerana ramai orang dah berniaga benda yang sama. Pada saya pisang goreng biasa cicah dengan kicap pedas juga yang sedap. Burger pulak baik beli daging burger Ramly dan masak sendiri kat rumah. Confirm lagi sedap rasanya. Hehe..

Tengok bentuk kek lapis pun nampak sedap. Mmmm..

@ BAZAR JALAN PERNIAGAAN
     Jl. Perniagaan, Kesawan, Medan Bar, Kota Medan, 20111 Sumatera Utara

Selesai beli kek lapis, Irfan bawa kami ke bazar jualan yang dia tunjuk semalam iaitu di Jalan Perniagaan. Kat sini ada banyak kedai yang menjual kain serta barang keperluan harian yang lain. Kami sampai di Jalan Perniagaan jam 11.30 pagi. Kawasan masih belum sesak lagi dan masih ada kedai yang belum buka. Irfan parking kereta betul-betul di pintu masuk ke dalam bazar. Irfan bagitau kat belah dalam ada lagi banyak kedai menjual kain. Kat sini boleh tawar menawar tapi janganlah mintak murah sangat dari harga yang diletakkan. Kalau harga IDR100,000.00 jangan la tawar sampai IDR10,000.00, Tak logik sangat tu. Huhu.. Pandai-pandai la menawar ye.

Driving Route: From Rika to Jalan Perniagaan
Keadaan di Jalan Perniagaan
Sama seperti tadi, Irfan tolong jaga anak-anak kami di kereta. Hanya kami berdua je yang explore dalam bazar. Lebih mudah dan pantas. Hehe.. Kami terus masuk ke dalam kawasan bazar. Lorong di antara kedai amat sempit. Boleh dikatakan setiap kedai yang kami lalu akan disapa oleh tuan kedai untuk kami beli barang jualannya. Ada juga yang macam memaksa. Jadi kalau dah belek dan taknak beli kenalah cakap elok-elok. Apapun suasana jualan kat sini tak sama macam di Ben Thant Market di mana kat sana lagi kuat paksaannya. Huhu.. Cuma kat sini akan ada penjual yang akan ikut kita memujuk untuk beli barang yang dia jual. Selagi tak beli selagi itulah dia ikut kita dan memujuk. Brader ni jual hanger bertingkat, sesuai untuk gantung tudung yang banyak. Harga pun murah. Tetiba wife saya terdetik untuk beli banyak dan kemudian jual semula di Malaysia sebab kat Malaysia harga hanger ni agak mahal juga. Memang otak bisnes betul wife saya ni. Hihi.. Brader tu pun suka la sebab jual banyak kat kami. Lepas bayar barulah dia hilang dari pandangan. Cari pelanggan lain pulak la tu. Hehe..

Harga agak berpatutan di sini. Boleh tawar lagi sampai puas hati.
Kami tak ronda keseluruhan bazar ni. Tak sampai sejam kami dah keluar dan menuju ke kereta. Jadilah pengalaman membeli belah selama 45 minit kat bazar ni. Dah dapat barang yang dihajati dah cukup buat kami. Lagi lama kat sini boleh pening kepala dibuatnya. Dengan lorong yang sempit dan orang pulak dah mula ramai, tak larat nak bersesak-sesak kat sini. Ditambah pulak dengan pujukan dan rayuan di setiap kedai yang kami lalu, selesai beli terus keluar je. Huhu.. Irfan pun terkejut kami dah ada kat kereta padahal dia bagi masa sejam untuk kami ronda kat kawasan ni. Takpelah, suasana macam ni dah banyak kali kami lalui. Cuma tempat je berbeza. Kami teruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Saya baru teringat yang kami masih belum beli fridge magnet dan key-chain untuk kenangan kami di Kota Medan. Irfan kata kat destinasi seterusnya ada gerai menjual souvenir. Kenalan dia yang jaga gerai tu rupanya. Nanti boleh la beli kat situ.


@ ISTANA MAIMUN
     Jl. Sultan Ma'meon Al Rasyid No. 66, Medan Maimun, Kota Medan, 20151 Sumatera Utara

Jam 12.30 tengahari kami dah sampai di perkarangan Istana Maimun. Ramai juga pengunjung hari ni. Agak happening kawasan di luar istana ni. Irfan tunjukkan dimana letaknya gerai kawannya yang menjual souvenir. Lepas melawat istana nanti kami akan singgah. Irfan bagi masa sejam untuk kami ronda di sini. Kami jalan-jalan dulu di kawasan luar istana melihat rekaan senibina istana yang amat cantik dan unik. Istana Maimun adalah istana dari Kesultanan Deli yang didirikan pada tahun 1891. Sekarang ianya dijadikan sebagai muzium dan menjadi ikon utama bagi Kota Medan. Kepada yang datang ke Medan mesti kena singgah melawat Istana Maimun ni.

Driving Route: From Jalan Perniagaan to Istana Maimun
Kita amik gambar kat luar istana dulu..
Kami masuk ke dalam istana. Kasut kena buka dan letak di tangga. Tengok bilangan kasut kat tangga rasanya sesak kat dalam tu. Huhu.. Untuk masuk ke dalam istana kami dikenakan bayaran IDR5,000.00/pax untuk dewasa dan IDR3,000.00/pax untuk kanak-kanak. Elysha dan Eirfan masuk percuma. Bila dah masuk dalam perkarangan istana, memang betul keadaan amat sesak. Rupanya pengunjung boleh sewa pakaian adat dan bergambar di dalam istana. Patutlah ramai yang berpakaian ala Sultan kat dalam ni. Hihi.. Disebabkan takde benda lain yang menarik untuk dilihat dalam istana ni dan masa pun masih banyak lagi, maka kami pun ambil peluang untuk menyewa pakaian adat untuk kami sekeluarga. Walaupun terpaksa bersesak, tapi kami redah juga.

RM1.65/dewasa dan RM1.00/kanak-kanak. Murah je. Hihi..
Keadaan di dalam istana. Banyak barang antik kat dalam ni.
Agak lama juga kami menunggu giliran untuk menyewa pakaian adat. Bila sampai giliran pun lama juga nak bersiap sebab anak-anak pun kena pakai juga. Kedai agak sempit membuatkan pergerakan kena hati-hati. Takut terlanggar barang antik yang dijual. Jatuh kang tak pasal-pasal kena bayar. Huhu.. Sepatutnya disediakan satu ruang khas untuk menyewa pakaian je. Jadi tak perlulah nak berhimpit kat dalam kedai yang ada menjual barang-barang souvenir. Saje nak suruh orang langgar la tu supaya dapat gantirugi. Hihi.. Seperti biasa hal bersiap memang saya dan anak-anak selesai dulu. Permaisuri je yang lambat bersiap. Macam-macam aksesori yang nak dipakainya kot. Hehe.. Untuk sewa pakaian adat ni ada harganya. Kat depan kedai tulis IDR10,000.00 untuk sepasang. Bila kat dalam kedai untuk pakaian permaisuri jadi IDR20,000.00 sebab ikut saiz. Kalau nak pakai complete dengan semua aksesori jadi IDR60,000.00. Aik? Ada plus-plus rupanya. Takpelah, amik yang basic aje. Hehe..

Harga asas je tu tau. Hehe..
Kecik je kedai sewa ni. Nak salin baju pun kena hati-hati. Pergerakan agak limited. Huhu..
Prince and princess sudah bersedia
Selain sewa pakaian, khidmat jurukamera pun ada juga untuk ambil gambar dengan bayaran IDR10,000.00. Kami guna phone sendiri je amik gambar suafoto. Takut harga tu basic untuk gambar saiz kecik. Kalau saiz besar kena bayar extra. Huhu.. Kami mencari lokasi menarik untuk bergambar. Disebabkan ramai yang menjadi sultan hari ni, maka terpaksa la beratur sampai clear tempat tu untuk kami bergambar. Takpe, masih ada masa lagi untuk menunggu. Agak dah clear je cepat-cepat kami bergambar. Gambar satu family pun kami wefie je. Tak berani nak mintak orang lain amikkan gambar. Takut phone saya dibawa lari. Hari ni sultan takde hulubalang atau penjaga istana untuk kejar pencuri. Hehe..

Serba kuning kami sekeluarga. Si kecik tu je kaler lain sebab takde costume. Hihi..
Selesai bergambar sepantasnya, kami ke kedai tu semula untuk pulangkan pakaian. Walaupun sekejap je, ada la jugak kenangan kami sekeluarga di Istana Maimun ni. Kami terus keluar dari istana dan menuju ke gerai souvenir kepunyaan kawan Irfan. Kami beli beberapa jenis key-chain dan fridge magnet untuk memeriahkan lagi pintu peti ais kami di rumah. Hihi.. Ada lebih boleh la bagi kat kawan rapat di pejabat. Sebelum beredar, kat kereta pun ada sorang penjual dah menunggu dan memujuk kami untuk beli barang jualannya. Saya menolak dengan cara yang baik. Memang ramai penjual macam ni kat kawasan istana ni yang disebut sebagai pedagang kaki lima. Secara tak langsung aktiviti pedagang ini mencacatkan pemandangan di sekitar kawasan Istana Maimun. Harap pihak berkuasa di Kota Medan dapat berbuat sesuatu terhadap perkara ni kerana tak semua pengunjung terutamanya dari luar negara suka dengan keadaan macam ni. Ini kawasan pelancongan bersejarah. Kalau di bazar tadi lainlah ceritanya. Wallahualam..

Boleh la beli sikit buat kenangan..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
  - BOLU MERANTI   : RM28.00
  - KEK LAPIS RIKA   : RM29.70
  - ISTANA MAIMUN  : RM25.80
  - JUMLAH              : RM83.50

4 comments:

  1. tq atas perkongsian..2 nov 2018 nanti kumpulan citra budaya negeri sembilan akan ke sana menyertai festival GEMES 2018..harap kami akan dibawa ke tempat2 menarik yang dinyatakan selain membuat persembahan di sana nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akubudakmuo..
      Moga dapat buat persembahan yang terbaik di festival tu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. As-salam tuan. Nak tanye byrn msuk istana maimoon tu xtmasuk dlm arga pakej & kna byr sendri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Ya, untuk masuk ke Istana Maimun tak termasuk dalam pakej. Nilai bayaran masuk boleh lihat dalam post saya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete