Sunday, 19 March 2017

JJCP Indonesia (Medan): Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian cerita pengalaman saya selama 4 hari berada di bumi Medan. Duit habis, badan penat dan letih, tapi ianya tak melemahkan semangat saya untuk mencari pengalaman hidup yang mungkin datang sekali sahaja dalam hidup saya. Walaupun hanya trip ke seberang Selat Melaka yang mana perjalanan flight tak sampai sejam untuk ke Medan, tapi ia cukup memberikan seribu kenangan buat kami. Mula-mula pun dah dapat satu pengalaman baru, iaitu turn back time di mana jam 8.00 pagi saya bertolak dari Malaysia, saya sampai di Medan jam 7.50 pagi. Haha.. Dan pengalaman yang paling tak boleh dilupakan adalah bila bawang putih bertemu kulit masa urut di rumah makcik Irfan. Memang akan terkenang sampai bila-bila kejadian tu. Huhu.. Di sini saya kongsikan beberapa maklumat hasil dari pemerhatian saya ke Medan. Let's jom..


#KOS

Jumlah keseluruhan kos satu keluarga daripada mula beli tiket flight sampailah kami sampai semula di rumah pada hari terakhir adalah sebanyak RM3463.10. Agak tinggi juga jika dibandingkan dengan kos self-drive masa saya ke Thailand pada awal tahun bersama kawan-kawan. Sememangnya tak dapat nak dielakkan jika trip dilakukan menggunakan khidmat travel agent atau supir. Kalau travel sendiri mungkin lebih murah. Namun disebabkan ianya adalah Indonesia dan trip kami sekeluarga bersama anak-anak, maka guna travel agent adalah option yang terbaik walaupun agak costly. Yang penting pengurusan anak-anak terjaga di sepanjang perjalanan.

Bagi anak-anak merasa pengalaman berjalan di Medan

#KEPUASAN

Trip selama 4 hari 3 malam dah cukup buat kami untuk mencari pengalaman di Medan. Yang paling penting dapat merasa melihat tasik Danau Toba yang amat popular di sini. Naik bot menyusuri tasik adalah satu bonus. Anak-anak dapat mandi kolam dah kira puas habis. Hehe.. Cuma keadaan jalanraya menuju ke Danau Toba dan Brastagi agak memeningkan kepala membuatkan si Elysha muntah 2 kali. Huhu.. Cuaca ketika itu juga agak kurang baik dimana keadaan hujan di kebanyakan perjalanan membuatkan pemandangan terbatas. Yang lain takde masalah. Keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan servis dari Irfan sebagai supir kami. Boleh recommend kepada tourist yang nak jalan-jalan di Medan. Hotel yang dia provide pun amat memuaskan hati kami.

Boleh dapatkan khidmat supir Irfan jika ke Medan

#TERKILAN

Sebenarnya takde apa pun yang membuatkan saya terkilan ketika di Medan. Cuma kecewa sebab Starbucks tak buat citymug untuk Medan. Hehe.. Yang lain tiada masalah besar. Mungkin kerana tak banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Medan membuatkan kami rasa semuanya berjalan dengan baik. Sampaikan urutan tradisional pun kami baru tau masa sampai di Medan. Dan jika ada yang terkilan, dah tentu tentang matawang rupiah yang dah makin tinggi. Bulan September 2013 saya ke Indonesia tukaran wang RM296.00 untuk IDR1juta, tapi bulan November 2016 jadi RM329.000 untuk IDR1juta. Beza RM33.00 dalam masa 3 tahun. Huhu.. Yang ni memang saya tak boleh nak buat apa. Hanya boleh berdoa mengharapkan matawang kita lebih stabil untuk masa akan datang, insyaAllah..

Cawangan di Medan dah banyak tapi takde citymug. Huhu..
#RAKYAT

Rakyat di Medan sama sahaja seperti di Jakarta dan Bandung. Cuma di sini kebanyakan rakyatnya tinggal di kawasan kampung. Kalau di Jakarta mungkin lain sikit perwatakan mereka sebab duduk di bandar besar. Kenalah stylo sikit. Hihi.. Tapi keseluruhannya sama je, especially penjual yang sememangnya pandai memujuk. Cuma di sini lebih ramai nampak rakyatnya yang berbangsa Kristian dan pemandangan gereja serta haiwan ternakan yang perlu disamak lebih kerap dilihat. Huhu.. Selain dari itu Indonesia tetap Indonesia, rakyat yang hidup penuh dengan adat. Rasa bersyukur apabila dapat melihat keadaan di serata bandar dan kampung di Indonesia. Ada rezeki boleh ke tempat lain pulak seperti Acheh, Surabaya, Bali dan Lombok. Tunggu duit tabung penuh dan peluang dapat tiket flight murah je. Hehe..

Teksi motor berbumbung ni tak pernah nampak kat Jakarta. Unik..

#SHOPPING

Walaupun dikatakan Bandung adalah tempat shopping paling best di Indonesia hingga membuatkan ramai pelancong dari Malaysia ke sana, pada saya di mana-mana tetap sama je. Bergantung pada apa yang nak dibeli. Memang tidak dinafikan di Bandung ada banyak factory outlet yang murah, tapi kualiti barangan juga kena diambil kira. Ada juga kawan saya yang mengatakan shopping di Jakarta lebih menarik dari di Bandung. Ikut pada pilihan masing-masing. Di Medan juga sama. Ada barang yang murah seperti kain. Pandai tawar-menawar lagi murah la dibuatnya. Hihi..

Jalan Perniagaan antara tempat shopping di Medan

#KESELAMATAN

Di mana-mana sahaja jenayah tetap ada. Sepanjang trip kami di Medan tak nampak pulak kes kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah. Hihi.. Kami pun takde lah duduk melepak sampai tengah malam kat tempat sunyi. Kalau ya mungkin akan ada benda tak baik berlaku ke atas kami. Dari segi pemanduan pula memang agak kurang selamat. Dengan kenderaan yang banyak di tengah bandar dan jalan kampung yang berlopak, agak bahaya juga kalau kereta rosak kat tengah jalan dalam kawasan hutan. Masa Elysha muntah dalam perjalanan dari Danau Toba ke Brastagi, Irfan selamba je berhenti kat tepi jalan sunyi. Kalau la saya yang memandu, dah tentu tunggu sampai di kawasan pekan baru berhenti. Biarlah tahan bau muntah sekalipun, takdenya saya nak berhenti kat tempat sunyi. Huhu..

Jalan sempit, sunyi dan dikelilingi hutan. Jangan la kereta buat hal time ni. Huhu..

#KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, Medan adalah lokasi yang menarik untuk dilawati sekeluarga. Walaupun Jakarta dan Bandung menjadi tumpuan orang ramai especially pelancong dari Malaysia, tapi Medan juga ada sesuatu yang menarik untuk dijadikan tambahan pengalaman dalam hidup. Jika shopping adalah tujuan utama pelancong, maka Bandung adalah tempat yang sesuai. Tetapi jika pengalaman hidup yang dicari, maka pergilah ke tempat yang masih belum dilawati. Dapat merasa sekali pun dah cukup dalam seumur hidup. Ada peluang mungkin bandar lain di Indonesia yang akan dituju selepas ini. Wallahualam..

Thank you Sumatera Utara!. Thank you Kota Medan!..

MY POINT OF VIEWS

Only based from my own experience, where I went and what I do. It does not represent the whole country


@ LOCALS: 7/10
    - Quite friendly dan kuat memujuk. Hihi..

@ LANGUAGE: 9/10
    - Bahasa Indonesia, agak mudah untuk berbicara

@ SCENERY: 6/10
    - Di Danau Toba view yang paling menarik

@ CLEANLINESS: 5/10
    - Biasa-biasa aja. Agak kurang bersih sebenarnya. Huhu..

@ PUBLIC TOILET: 5/10
    - Macam attitude orang Malaysia. Boleh agak tahap kebersihannya

@ PUBLIC TRANSPORT: Nil
    - Hanya naik kereta supir sepanjang trip. Teringin juga nak naik coaster padat tu. Hihi..

@ ACCOMODATION: 8/10
    - The best hotel for families. Besar dan selesa

@ ISLAMIC: 8/10
    - Masih ramai muslim di sini mengikut kawasan

@ HALAL FOODS: 7/10
    - Baik cari kedai yang quite established berbanding kedai di kawasan kampung

@ CURRENCY: 6/10
    - Walaupun masih murah tapi kenaikan RM33.00 dalam masa 3 tahun agak menyedihkan

@ SHOPPING: 6/10
    - Ada juga la tempat nak shopping murah

@ WEATHER: 4/10
    - Sama seperti Malaysia. Cuma musim hujan yang buat pemandangan terbatas

@ REPEAT: 7/10
    - Akan repeat ke Indonesia, tapi di bandar lain pulak

@ OVERALL: 6/10
    - Dapat pengalaman hidup baru yang bermakna


4 comments:

  1. Terbaik tuan. Saya singgah di blog tuan semasa google tentang travelog ke Medan. Cadangnya nak travel dengan family. Penceritaan yang lengkap. Memang kaki travel tuan ni.. :)
    Banyak post-post travelong tuan yang lain yang saya boleh jadikan panduan untuk travel. Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tuan. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum
    Numpang share tuan.
    Fadly menyediakan pakej muslim berbaloi, untuk perjalanan tuan dan puan di Tasik Toba,Brastagi,Medan
    Fakej sudah termasuk
    Hotel di Tasik Toba
    Hotel di braBrast
    Hotel di Medan
    Makan Siang,malam dan sarapan
    Transport,driver muslim dan petrol
    Tiket kapal ke Tomok dan tiket masuk tempat lawatan.
    Bila ada yg nak di pertanyakan boleh wa atau call saya di
    +6281376455045
    Di setiap perjalanan sholat di utamakan dan berhenti di mesjid.
    Terima kasih tuan atas tempatnya di blog ini.
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Fadly,
      Dipersilakan. Moga dipermudahkan urusan..

      Delete