Tarikh:
8 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Gukje Market - BIFF Square - Jagalchi Market - Seafood Restaurant - Nampodong Street - Yongdusan Park - Busan Tower
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kami berada di Jagalchi Station jam 2.45 petang. Dari situ, kami berjalan menuju ke Gukje Market yang terletak di bahagian utara. Sebelum ke Korea, saya mencari banyak info tentang market yang ada di area Busan. Antara yang terbesar ialah Gukje Market. Tak jauh dari Gukje Market ada satu lagi market iaitu Bupyeong Market atau nama lainnya Kkangtong Market yang bermaksud 'tin can' kerana kat situ banyak menjual barangan dalam tin. Walaupun Bupyeong Market ni beroperasi sampai tengah malam, tapi saya kurang berminat nak pergi. Mungkin sebab hanya barang makanan dalam tin yang banyak dijual. Bukannya boleh beli pun. Ntah apa isi dalam tin tu. Huhu.. Dari Jagalchi Market, kami keluar ikut Exit 7 dan melalui BIFF Square untuk ke Gukje Market.
|
Walking route from Jagalchi Station Exit 7 to Gukje Market area. |
|
Orang dah mula start meniaga sampai malam di sini |
@ Gukje Market
Dalam 10 minit berjalan kaki, kami dah sampai di kawasan Gukje Market. Besar betul market ni. Ada banyak section ikut jenis barang yang dijual. Kami hanya jalan-jalan cuci mata je. Serabut jugak tengok barang yang dijual dalam kedai. Takde kedai yang kami berminat untuk singgah dan belek-belek barang kat situ. Ikut je lah kaki melangkah masuk ke lorong-lorong. Huhu.. Kami berhenti kat kedai menjual kacang. Haa, kedai ni nampak menarik sikit. Best jugak dapat kunyah sesuatu sambil jalan ni. Kami beli kacang pistachios timbang. Cukupla beli KRW5,000 untuk kami berdua makan. Perut dah mula lapar. Makan kacang bukan boleh kenyang pun. Tak sesuai dijadikan sebagai alas perut. Takde effect. Huhu..
|
Gukje Market. Keadaan agak lengang di waktu siang |
|
Kat kedai kacang je kami berhenti. Nampak teruja untuk beli. Hehe.. |
@ BIFF Square
Dalam 15 minit je kami berjalan kat area Gukje Market. Kalau betul-betul nak explore kat sini, sepanjang hari pun belum tentu cukup. Hanya kacang je yang menjadi perhatian kami di situ. Hehe.. Kami berjalan semula ke arah Jagalchi Market yang terletak di seberang Jagalchi Station, arah selatan. Kami melalui BIFF Square lagi sekali. BIFF adalah singkatan kepada Busan International Film Festival. Kat sini lebih kurang macam Hollywood Walk of Fame, ada tanda tapak tangan dan sign artis kat sepanjang jalan.
|
Banyak pokok hiasan ala kobis bunga kat sepanjang jalan. Cantik.. |
|
Any halal foods? Fries maybe.. |
|
Tanda tapak tangan artis.. Orang ramai pijakkan aje. Huhu.. |
Takde apa yang menarik di BIFF Square ni. Masa festival mesti meriah punya kan. Yang ada cuma gerai tepi jalan yang kebanyakannya menjual makanan. Setakat tengok jelah. Nak beli rasa was-was walaupun ada sorang makcik ni jual keledek goreng je. Perut dah mula keroncong. Niat nak makan seafood kat area Jagalchi market kejap lagi. Kami cuma cuci mata je kat BIFF Square. Dan ambil bau makanan. Huhu..
|
Kawasan utama kat BIFF Square.. Orang makin ramai di sini. |
|
Banyak gerai jual makanan kat sini. |
Tak lama kami meronda di BIFF Square. Sebenarnya kami lalu je sebab nak ke Jagalchi Market, pasar basah yang terbesar di Korea. Teringin juga nak tengok ikan apa yang dijual walaupun takkan beli dan bawak balik Malaysia. Hehe. Makan je terus kat situ. Jam 3.20 petang kami meninggalkan BIFF Square dan melintas jalan besar ke arah Jagalchi Market.
|
Bye bye BIFF Square |
|
Di seberang jalan nampak gerbang ke Jagalchi Market |
|
Boleh refer map Busan sebelum nak lintas jalan |
@ Jagalchi Market
Keluar dari gerbang BIFF Square terus nampak gerbang Jagalchi Market kat seberang jalan. Kami melintas dan terus berjalan hingga ke hujung. Dah boleh tau kami di area Jagalchi Market sebab sepanjang jalan nampak orang menjual ikan. Jagalchi Market adalah satu bangunan yang besar kat tepi laut. Tengok kat luar bangunan dah nampak menarik. Banyak betul gerai menjual hasil laut. Memang betul bila dikatakan Jagalchi Market adalah pasar ikan yang terbesar di seluruh Korea! Mesti orang kat sini dah muak makan seafood. Hehe.. Tentang harga ikan tu tak pasti pulak mahal ke murah. Punya ramai orang kat pasar, kira murah la kot.
|
Walking route from Gukje Market to Jagalchi Market |
|
Signboard 'Visit Malaysia'.. Cayalah.. |
|
Bangunan Jagalchi Market di tepi laut |
|
Replika ikan kat pintu masuk |
Sebelum masuk ke dalam market, kami berjalan ke tepi laut dan melihat pemandangan waktu petang di Busan. Walaupun di situ adalah jeti tempat bot-bot nelayan yang besar tapi air laut amat jernih. Bau hanyir ikan pun takdelah kuat sangat. Mungkin cuaca sejuk main peranan, sebab tu bau tak kuat. Orang tak mandi berhari-hari pun tak berbau sangat kalau musim winter. Cuba kat KL tak mandi sehari. Dah tentu rasa melengas dan melekit satu badan. Bau jangan cakap le. Heheh.. Sebenarnya memang perkara biasa bagi penduduk negara 4 musim ni tak mandi setiap hari bila musim sejuk. Orang dari negara yang takde musim je yang mandi setiap hari. Dua kali sehari pulak tu. Huhu..
|
Bot nelayan tengah parking kat jeti |
|
Best kalau dapat memancing nih. Huhu.. |
|
Ramai juga orang melepak kat tepi jeti |
Setelah puas menikmati suasana petang di tepi laut, kami masuk ke dalam Jagalchi Market dan melihat hasil laut yang dijual. Macam-macam jenis ada. Yang tak pernah tengok seumur hidup pun ada. Huhu.. Eksotik betul hasil laut kat sini. Kebanyakannya ikan hidup yang dijual. Dah tentu fresh punya. Orang yang menjual pun ramah betul. Kalau mula bertanya kang takut melarat pulak. Tak pasal-pasal kena paksa beli king crab. Huhu..
|
Dalam Jagalchi Market. King Crab dan lobster antara yang popular kat sini. |
Dah tak larat mata melihat macam-macam jenis ikan hidup, kami keluar dan meronda pulak kat pasar di luar bangunan. Mungkin pasar kat luar ni untuk peniaga kecil-kecilan kot. Ikan yang dijual kebanyakannya dah mati macam kat pasar malam. Banyak juga jenis ikan yang tak pernah tengok seumur hidup saya. Lain macam spesis laut Korea nih. Huhu.. Kalau setakat selar, kembung dan kerisi tu tau la jugak. Dah itu je ikan yang selalu beli sebab harganya murah. Ikan yang pelik ni pun belum tau lagi sedap ke tak isinya.
|
Pasar di luar Jagalchi Market. Lagi meriah.. |
|
Macam-macam jenis ikan ada kat sini |
|
Ikan apa nih? Siap belah perut lagi.. |
|
Sotong kurita ke ni? Hidup lagi tuu.. Huhu.. |
@ Seafood Street
Dari tadi asyik tengok ikan fresh, perut pun makin kuat menyanyi. Huhu.. Kami mencari restoran seafood yang berdekatan. Kami nampak ada family melayu masuk ke dalam salah satu deretan kedai makan. Kami pun join sekali. Sebelum masuk, kami memilih jenis ikan yang kami nak makan. Harga belakang kira. Yang penting dapat merasa makan ikan fresh kat Jagalchi Market ni.
|
Pilih je mana yang berkenan. Semua fresh and alive.. |
Saya tak pasti ikan jenis apa yang saya pilih. Ikut je la apa yang tukang masak tu recommend kat kami. Masuk ke dalam kedai, ada la dalam 5-6 meja makan. Susunan dalam kedai pun nampak macam ruang tamu rumah tukang masak je. Huhu.. Tak kira lah, janji ada tempat untuk makan.
|
Macam kat ruang tamu rumah je. Huhu.. |
Dalam 15 minit kami menunggu, makanan pun sampai. Yeay, dapat juga kami merasa makan ikan fresh kat Jagalchi market ni. Alhamdulillah. Masa pilih ikan tadi tokey kedai tu bagitau set makan kami berharga KRW50,000. Wah! Kalau convert dah jadi RM160.00.. Memang mahal sesangat. Cadangan awal sebelum sampai ke sini kami nak merasa makan king crab. Kalau dah makan ikan pun sampai camtu punya mahal, tak taulah berapa pulak harga king crab. Huhu.. Takpelah, takde rezeki nak makan king crab. Kita layan ikan je lah bersama dengan macam-macam sayuran tambahan yang dihidang.
|
Makanan sudah sampai. Muka serius sebab fokus kat ikan tu. Hehe.. |
Banyak betul jenis sayur yang dihidang sekali dengan ikan tu. Semuanya sejuk-sejuk belaka. Kimchi dah tentu ada. Makanan utama orang Korea ketika musim sejuk. Rasa macam sayur jeruk yang diperam. Huhu.. Ada orang suka sangat makan kimchi. Tapi kami lebih kepada ikan tu je. Hehe.. Tak boleh masuk la tekak kami nak menelan kimchi tu. Cuma ada 2-3 sayur lain yang sedap dimakan. Free refill except the fish. Kalau ikan pun free dah tentu bertahan seminggu je kedai ni kot. Hahah..
|
Ikan clear tinggal tulang.. Kimchi belah kiri depan tu masam bebenor. Huhu.. |
Hampir sejam jugak kami duduk dalam kedai makan. Jam dah menunjukkan pukul 4.45 petang. Hari dah senja. Total makanan kami semuanya KRW52,000. Tadi masa masuk dia kata KRW50,000 je. Lagi KRW2,000 tu GST kot? Bukan ke ikan tak kena GST? Hehe.. Takpelah, nak argue pun tak tau camna nak explain kat tokey kedai. Keluarkan je la duit dalam wallet tu. Huhu.. This restaurant is not recommended to budget traveller. Sememangnya ada tempat lain yang lagi murah, tapi saya tak larat nak ronda jauh-jauh kat Jagalchi Market ni. Penat turun flight masih terasa lagi. Huhu.. Takpelah kena bayar mahal pun. Pertama kali dalam hidup. Huhu..
|
Sedih nak keluar duit dalam wallet. Hmm.. |
|
Amik gambar dulu dengan tokey kedai |
|
Deretan kedai makan. Boleh refer kat map (Seafood Street). |
Perut sudah kenyang!.. Baru bertenaga sikit nak berjalan. Cuaca dah makin gelap. Sebelum teruskan perjalanan, kami singgah kejap kat kedai roti. Beli roti plain untuk breakfast esok pagi. Seterusnya kami berjalan menuju ke Nampodong Street yang terletak berdekatan dengan BIFF Square tadi. Katanya kawasan ni paling happening waktu malam di Busan. Teringin nak tengok night scenery kat situ. Boleh menyambil ke Busan Tower yang terletak di atas bukit Yongdusan Park.
|
Walking route from Seafood Street to Yongdusan Park (Busan Tower) via Nampodong Street |
@ Nampodong Street
Dalam 15 minit berjalan kaki, jam 5.05 petang kami tiba di area Nampodong Street. Dari jauh dah nampak lampu liplap berbentuk seperti pokok krismas. Awal-awal lagi dah prepare untuk sambut Krismas. Cuaca belum gelap sepenuhnya. Dah malam kejap lagi mesti cantik kawasan Nampodong Street ni. Kami mencari jalan untuk ke Busan Tower. Disebabkan google map tak dapat membantu, kami mencari Tourist Information Centre yang terletak di sebelah balai polis. Kami bertanya pada staff yang menjaga kaunter di situ. Nasib baik dia boleh speaking. Siap bawak kami keluar dan tunjuk arah ke Busan Tower. Baguslah staff ni. Friendly dan amat membantu. Kamsahamnida!.. Itu je la yang kami tau cakap. Hehe..
|
Waktu senja di Nampodong Street.. |
Tak jauh dari Tourist Information Centre, kami mencari eskalator untuk naik ke Yongdusan Park seperti yang diterangkan oleh staff tadi. Lega bila nampak eskalator tu. Kalau tangga rasanya kami pandang dari bawah je la. Huhu.. Kaki saya terasa amat sakit, tapi terpaksa tahan sebab nak berjalan punya pasal. Baru first day dah sakit, macamana pulak hari berikutnya? Haish.. Malam ni sebelum tidur kena lumur minyak banyak-banyak kat kaki la jawabnya.
|
Eskalator untuk naik ke Yongdusan Park. Lega.. |
@ Yongdusan Park
Agak terselindung jugak kedudukan eskalator ni yang terletak di celah bangunan. Nasib baik jumpa. Ada la rezeki kami nak melawat Busan Tower. Terima kasih eskalator!. Hehe.. Di hujung eskalator kami kena menapak jugak naik tangga untuk sampai ke Yongdusan Park. Tapi takde la tinggi sangat. Tangga kat Busan Station lagi tinggi. Huhu.. Agak cantik pemandangan di Yongdusan Park ni. Ada banyak replika sejarah dan kawasan sekitar taman amatlah bersih. Kelihatan Busan Tower tegak berdiri di tengah taman. Sambil berjalan ke arah Busan Tower kami bergambar di kawasan sekitar Yongdusan Park.
|
Busan Tower di depan mata. Naik tangga lagi.. Huhu |
|
Kalau berani boleh la ketuk loceng tu. Hehe.. |
|
Gambar berlatarbelakangkan Busan Tower. Nice.. |
@ Busan Tower
Sampai di kaunter tiket Busan Tower, cuaca dah gelap sepenuhnya. Jam baru menunjukkan pukul 5.40 petang. Biasalah, musim winter memang waktu siang singkat. Sebab tu ramai pelancong tak suka pergi holiday dalam musim winter. Rugi masa siang katanya. Tapi pada kami takde masalah sangat. Yang penting cuaca sejuk. Nyaman!.. Hehe.. Pelancong tak ramai, nak beratur beli tiket pun senang. Takde sorang pun yang beratur beli tiket melainkan kami berdua. Harga tiket untuk naik ke atas Busan Tower adalah KRW4,000/person.
|
Sebelum naik kita bergambar dulu dengan awek keras ni. Hehe.. |
|
Pintu masuk ke Busan Tower. Lengang.. Staff lagi ramai dari pelancong. |
|
Takde orang beratur kat kaunter. Kami berdua je. Heheh.. |
Busan Tower mula dibuka pada tahun 1973. Ketinggiannya cuma 120 meter. Kalau dikira dari paras laut ianya setinggi 189 meter. Gayat jugak la bila dah ada kat atas tu. Saya naik rumah flat sampai tingkat 5 pun dah gayat, inikan pulak lebih 100 meter tingginya. Huhu.. Memang saya tak boleh nak layan aktiviti seperti bungee jumping. Bagi RM1000 pun belum tentu nak terima cabaran tu. Hahah.. Kami naik lif sampai ke atas. Ada beberapa pelancong di atas tower, tapi tak crowded. Mudah kami nak bergambar. Dari atas tower boleh lihat keseluruhan bandar Busan. Waktu malam cuma view lampu jalan dan bangunan je lah. Cantik jugak..
|
View bandar Busan di waktu malam. Meriah dengan cahaya lampu.. |
Dalam 15 minit kami layan pemandangan malam di Busan, tepat jam 6.00 petang kami turun ke bawah. Sebelum keluar dari Busan Tower sempat juga kami masuk ke kedai souvenirs yang terletak di tingkat bawah. Cuci mata tengok barang yang dijual. Selesai membelek souvenirs, kami berjalan keluar terus menuju ke eskalator tadi untuk balik ke Nampodong Street semula. Eskalator cuma untuk naik je. Turun kena ikut tangga. Time ni kaki saya terasa amat sakit untuk menuruni tangga. Tak sabar rasanya nak balik ke motel untuk berehat.
|
Melihat barang yang dijual sebagai souvenirs |
|
Gambar terakhir sebelum meninggalkan Yongdusan Park |
|
Tak kira pulak berapa anak tangga nak turun dari sini. Huh.. |
Kami berjalan sambil melihat suasana malam dan gelagat orang ramai di Nampodong Street. Cahaya lampu yang berwarna warni menerangi jalan di sini. Kami menyusuri sepanjang jalan untuk ke Nampo Station. Dalam hati teringin nak jalan-jalan lagi kat sini sebab jam baru pukul 6.15 petang. Tapi disebabkan kaki memang dah tak larat nak berjalan, kami amik keputusan untuk balik ke Top Motel. Baru first day sampai dah banyak tempat kami berjalan. Ini kelebihannya berjalan berdua. Kalau bawak anak-anak rasanya sampai takat Gamcheon Culture Village dan Jagalchi Market je la.
|
Melayan suasana malam di Nampodong Street |
|
Ada tempat khas untuk melepaskan gian. Hehe.. |
|
Walking route from Busan Tower to Nampo Station via Nampodong Street |
Jam 6.45 petang kami naik Metro Line 1 dari Nampo Station menuju ke Busan Station. Perjalanan hanya mengambil masa 5 minit. Dari Busan Station kami berjalan balik ke Top Motel. Lega bila nampak Top Motel depan mata. Terus naik ke bilik dan bersihkan diri. Sebelum baring di atas katil, saya lumur minyak kat kaki yang sakit tu. Huhu.. Banyak hari lagi nak explore Korea ni. Kenapalah first day lagi dah terasa sakit. Harap mujarab la hendaknya minyak yang dilumur. Tolong bagi kerjasama ye wahai kaki. Hehe.. Jam 9.00 malam kami berehat sambil tengok tv yang ada banyak channel tapi hanya beberapa channel je yang faham seperti english movie. Channel untuk 18 tahun ke atas pun ada tau. Jaga-jaga bila bawak anak-anak ye. Huhu. Kami melayan satu movie ni sampai tertidur.. Moga esok lebih banyak pengalaman baru yang bakal kami tempuhi. Wallahualam..
|
Metro route from Nampo Station to Busan Station |
|
Top Motel at night. It's a love motel!.. Hehe |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Snacks : RM16.00
- Seafood Dinner : RM166.40
- Breakfast Meals : RM15.70
- Busan Tower : RM25.60
- Jumlah : RM223.70
**Day 01 Expenses: RM610.90
*Website yang membantu:
Gukje Market
BIFF Square
Jagalchi Market
Nampodong Street
Yongdusan Park
Busan Tower
Salam Bro Anuar,
ReplyDeleteHuhuhu! Rupa-rupanya dah lepas ke Korea! Sekarang saya sedang merancang untuk ke New York dan Maine pada musim panas tahun depan. Nak sambung belajar 'clowning' dengan cikgu lama. Plan nak drive first time di US. Tapi gabra juga bila left hand drive ni. Kena cari duit dulu. Nanti lepas raya jemput datang ke rumah. Bukan open house. Datang makan-makan sambil cerita tentang travel.
Salam Bro Iskandar!.. Lama tak dengar berita.. Hihi.. Budget sikit, tu pasal dapat cari pengalaman kat Korea je. Wah, memang best la dapat merasa gi US. Saya dah dapat merasa left hand drive masa kat Korea. Setengah jam pertama je kekok, especially time jumpa roundabout. Confuse pulak clockwise atau anticlockwise. Hehe.. Apa-apa pun jangan lupa share pengalaman kat bandar besar New York tu. InsyaAllah ada masa kita jumpa. Tahun ni turn batch saya organise OBW. Agak bz la jgk kerja last minute ni. Huhu.. See u around bro!..
Deletemuka tuan serius sbb lapar tu haha
ReplyDeletesyok bila tak ramai org ni, tak berebut n tak sakit hati dgn perangai org.
seronok gila dpt jalan2 masa sejuk!
Serius tu sebab cuba kontrol ensem. Tak biasa nak buat muka-muka pelik bila bergambar sebab dah kontrol pun tak ensem jugak.. Heheh.. Memang syok dapat jalan-jalan time winter. Tapi kena la prepare apa yang patut. Jika tak, boleh jadi nightmare juga. Huhu..
Delete