Sunday, 14 June 2015

JJCP Korea: Day 01 (Departure)

Tarikh:
7 & 8 Disember 2014
Lokasi kejadian:
KL Sentral - KLIA - KLIA2 - Air Asia X

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semua barang dah pack. Kali ni wife cadang bawak luggage bag. Senang nak tarik katanya. Takde masalah, janji barang boleh dibawa. Kalau nak bawak beg plastik je pun ok. Hehe.. Kali ni perjalanan dari rumah ke KL Sentral ada orang hantar. Yeay.. Abang saya tumpang duduk di rumah saya sebab dia baru bertukar kerja di KL. So dia tolong hantarkan kami. Nak mintak tolong hantar ke KLIA macam menyusahkan, walaupun sebelum ni saya hantar sampai ke sana. Anak bongsu, kenalah hormat abang dan kakak. Hmm.. Dapat hantar sampai ke KL Sentral pun sudah bersyukur.

@ KL Sentral

Jam 9.15 malam kami bergerak ke KL Sentral. 20 minit perjalanan dah sampai. Tq Abang Halim!.. Jasamu dikenang. Hehe.. Selepas bersalam kami terus ke kaunter tiket KLIA Express. Sekarang train dah boleh sampai ke KLIA2. Tapi kami nak ke KLIA dulu. Ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Kalau tak, trip ke Korea akan jadi tak best. Huhu.. Selesai beli tiket sehala, kami turun ke bawah dan menunggu train untuk ke KLIA.. Platform lengang. Tak ramai orang yang nak ke KLIA hari ni..

New stop @ KLIA2.. Yess..
Our luggages. Ringan.. Tunggu balik nanti. Huhu..
Tepat jam 10.00 malam, train sampai dan mula menuju ke KLIA. Seronok naik ERL ni. Bersih, smooth dan nampak ekslusif. Sebab tu tiket pun harga ekslusif. Huhu.. Train ni la yang pertama akan jumpa tourists dulu dari airport. Mesti nak tunjuk betapa bagusnya public transport kita, betul tak? Dah sampai KL nanti lantak la tourists tu. Menunggu la kau kat LRT yang selalu delay tu. Hehe..

Nice and clean interior.. Kipidap!.. Hehe
@ KLIA

Tepat 28 minit kami tiba di KLIA. Memang on-time ERL ni. Bagus untuk orang yang naik flight. Takde la menggelabah lambat sampai kerana train delay. Lambat pergi kerja sebab LRT delay takpe. Bos memahami. Hehe.. Di KLIA kami singgah sekejap di kedai Visondata. Itulah tujuan kami stop kat KLIA dulu. Penting pocket wifi tu. Dah bayar RM240 takkan tak amik pulak kan. Kami diberikan set pocket wifi berserta charger. Powerbank kami tak amik sebab kena extra charge. Baik guna powerbank sendiri.

Inilah kedai Visondata di Arrival Level @ KLIA
Pocket wifi beserta charger yang diletak dalam pouch. Nice..
Selesai amik pocket wifi, kami turun semula ke platform untuk naik KLIA Transit ke KLIA2 pulak. Harap lepas ni Visondata boleh buat cawangan kat KLIA2. Takyah nak naik turun train kalau flight kat KLIA2. Huhu.. Terpaksa menunggu lagi train untuk ke KLIA2. Takpe, ada banyak masa lagi sebelum flight berlepas. Sempat layan candy crush seround dua lagi. Hehe..

Taking note for my blog!.. Rajinnya dia.. Hehe
@ KLIA2

Tak sampai 5 minit pun perjalanan dari KLIA ke KLIA2. Menunggu train sampai lagi lama. Huhu.. Kami tiba di KLIA2 tepat jam 11.15 malam. Kami buat luggage check-in dulu. Dah selesai, kami lepak di Starbucks sambil menunggu masa untuk check-in. Agak happening kedai-kedai di KLIA2 berbanding KLIA. Orang pun ramai. Mungkin tempat baru dan semua low-cost flight mendarat dan berlepas dari KLIA2. Kebetulan rombongan pelajar SMK Seri Hartamas ke Korea juga sama dengan kami. Cuma diorang naik flight jam 1.00 pagi ke Seoul. Mungkin kami tak dapat nak berjumpa diorang sebab melawan arus. Kalau dapat jumpa pun masa nak balik nanti sebab diorang naik flight yang sama dengan kami. Wallahualam..

Perjalanan dekat pun nak duduk.. Huhu
Sedang leka kami melayan internet di Starbucks, masa dah agak lewat untuk check-in. Kelam kabut kami berjalan ke pintu masuk. Baru teringat KLIA2 ni jarak departure gate dari pintu masuk agak jauh. Kami pulak dapat Gate Q14, antara yang paling hujung sekali. Huhu.. Jenuh nak berjalan kaki. Selesai check barang-barang kat imigresen, Kami terus berjalan laju ke Gate Q14. Cadangnya nak jumpa kejap si Huda dengan budak sekolah, tapi tak sempat. Kami lalu depan gate diorang tapi semua dah masuk dalam flight. Gate kami jauh di depan lagi. Bagus betul kontraktor yang buat KLIA2 ni. Sambil bercuti dia bagi kita exercise dulu ye. Hehe.. Bila sampai je Gate Q14, kelihatan orang ramai mula beratur masuk ke dalam flight. Selamat..

Gambar standard bila ke luar negara. Haha..
Orang dah mula nak masuk ke dalam flight..
@ Air Asia X

Dalam flight  Air Asia ni taktau nak buat apa. Kalau MAS boleh la tengok movie atau layan lagu sambil tidur. Tapi Air Asia takde semua tu. Ada sebenarnya tapi kena extra charge le. Bagus taktik Air Asia ni. Nasib baik guna toilet tak kena bayar. Hehe.. Tak kisah la, asalkan penerbangan selamat walaupun kurang selesa. Saya tak berapa kisah sangat. Dapat tiket flight ke UK separuh harga tapi kena duduk bersila pun saya sanggup. Haha..

Mari kita tengok couple dan bunga rafflesia tu sampai mendarat. Huhu..
Senyum sikit bole? Hehe..
Kalau flight ke Jakarta boleh terima lagi. Setakat 2 jam, nak layan movie pun tak sempat. Tapi flight ke Busan lebih 6 jam. Dah sama jauh macam ke Osaka dulu. Rasanya tidur adalah option yang paling baik sebab sampai Busan waktu pagi. Dah tentu nak berjalan terus. So, kumpul tenaga semaksimum yang boleh, walaupun keenakan tidur duduk tidak semanis tidur di atas katil.. plus aircond.. Huhu..

Bahan bacaan.. Pemangkin untuk tidur..
Tak lena sangat tidur dalam flight ni. Kejap-kejap terjaga. Ada bunyi nyaring kat sayap flight ni. Rasanya memang begitu kot kalau naik Airbus. Masa ke Melbourne dulu pun ada bunyi yang sama. Lagi kuat bila flight menaik. Naik boeing tak dengar bunyi camtu. Time ni boleh teringat kat MH370 dan MH17 pulak. Tawakal je lah. Mohon perjalanan diberkati dan selamat sehingga mendarat. Tidur pun on-off.. Haish.. Jangan fikir yang bukan-bukan..

Nasi lemak di awal pagi.. Kaya Pak Nasser dapat jual dalam flight. Hehe..
Kena lengkapkan declaration form sebelum mendarat..
Tengok kat tingkap, cuaca dah mula cerah. Lupa pulak masa di Korea awal sejam dari Malaysia, sama seperti di Jepun. Nasib baik pakai jam dual time. Tak perlu nak adjust masa. Dua-dua masa boleh tengok. Tak kisah sangat sebab beza cuma sejam dari Malaysia. Kalau UK memang kena set betul-betul sebab beza 8 jam. Takut call anak-anak tengah membuta. Huhu.. Tengok jam dah pukul 7.00 pagi (waktu Korea). Lagi sejam lebih kakiku akan menjejaki bumi Korea buat pertama kali. Wallahualam..

Sudah cerah di luar..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - KLIA Express   : RM70.00
  - KLIA Transit   : RM 4.00
  - Jumlah            : RM74.00

*Website yang membantu:

KLIA2

2 comments:

  1. kalo flight gi UK separuh harga duduk bersila mmg kelakar bila bayangkan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh.. Itu pun kalau ada flight company yang offer. Confirm takde la kan.. Sebab harga standard tiket flight memang mahal sangat. Kena selalu check kat internet..

      Delete