Entah kenapa trip kali ni banyak sangat persiapannya. Mungkin kerana banyak trip yang dah pergi membuatkan saya lebih 'pandai' bercerita. Hehe.. Itulah, bila dah mula bercerita, memang susah nak berhenti. Share segala pengalaman yang ada. InsyaAllah dapat membantu sesiapa yang inginkan trip yang susah payah macam ni, especially bab persediaan sebelum pergi.
# Train tickets
Tiket train untuk balik ke Busan dari Seoul di hari terakhir saya belum booking lagi. Dah cuba book awal tapi hanya boleh buat sebulan sebelum tarikh travel. Silap saya jugak, kenapa tak beli sekali tiket flight ke Busan masa book hari tu. Bila bukak balik website Air Busan, harga tiket jadi 2 kali ganda dari yang saya beli. Uish, mahal sungguh. Tapi mungkin ada hikmahnya. Kebetulan tiket flight balik ke Malaysia waktu pagi, jadi malam sebelumnya bukan boleh buat apa-apa pun. Daripada book hotel di Busan semata-mata untuk tidur, baik tidur dalam train je. Sampai pepagi buta di Busan boleh terus ke airport. Ada beberapa jenis train yang boleh dibeli. Train yang paling laju ialah KTX. Laju means mahal le harga tiketnya. Huhu.. Option yang paling sesuai dengan kami adalah naik Mugunghwa Train. Mugunghwa adalah train terawal di Korea, dan paling lama sekali masa perjalanannya. Yang bestnya, paling murah dari semua train yang ada. Hehe..
Saya pilih train no. 1227 sebab waktu sampai paling lewat di Busan. Nice.. |
Last train untuk ke Busan waktu tu adalah jam 11.00 malam, tapi naik KTX. Waktu sampai Busan jam 1.36 pagi. Nak buat apa awal sangat sampai. Nanti kena tidur kat train station pulak. Huhu.. So saya pilih Mugunghwa train jam 10,50 malam. Sampai kat Busan jam 4.04 pagi. Ok lah tu, takyah tunggu lama kat Busan Station. Boleh terus ke airport.
Harga tiket lebih kurang macam tiket flight yang saya beli hari tu. Huhu.. |
Mugunghwa train ni slow sebab train dia agak 'season' dan banyak stop kat station. Tak kisahlah train tu lama, asalkan jangan rosak sudah. Kang tak balik Malaysia pulak kami ni. Huhu.. Ala-ala train senandung malam. Dah lama saya tak naik train kat Malaysia. LRT tu selalu la jugak. Maksud saya train jarak jauh. Last sekali masa time sekolah dulu, naik train guna waran dari Ipoh ke KL. Seronok rasanya naik beramai-ramai dengan kengkawan. Kenangan masa sekolah yang takkan dilupakan. Best!..
Selesai sudah urusan booking tiket train Mugunghwa dari Seoul ke Busan. |
# Wifi Rental
Haa.. Ini yang paling penting ni. Walaupun ramai yang berkata banyak port free internet kat sana, tapi saya tetap akan sewa pocket wifi. Memang betul kat area bandar especially kat coffee shop dan hotel ada free internet, tapi tak semua tempat ada. Tambah pula kami ni jenis bergerak sentiasa. So, untuk mengelakkan berlakunya 'putus line internet', saya sewa siap-siap di Malaysia. Kat mana lagi kalau bukan Visondata di KLIA. Masa saya ke Jepun dulu memang amat membantu pocket wifi ni. Amat berpuas hati membuatkan saya akan sewa lagi kalau ke luar negara.
Haa.. Ini yang paling penting ni. Walaupun ramai yang berkata banyak port free internet kat sana, tapi saya tetap akan sewa pocket wifi. Memang betul kat area bandar especially kat coffee shop dan hotel ada free internet, tapi tak semua tempat ada. Tambah pula kami ni jenis bergerak sentiasa. So, untuk mengelakkan berlakunya 'putus line internet', saya sewa siap-siap di Malaysia. Kat mana lagi kalau bukan Visondata di KLIA. Masa saya ke Jepun dulu memang amat membantu pocket wifi ni. Amat berpuas hati membuatkan saya akan sewa lagi kalau ke luar negara.
RM30/day @ Korea. Berbaloi la jugak.. |
Malas nak mencari free wifi kat setiap coffee shop, saya terus booking satu unit pocket wifi di Visondata. Disebabkan dah pernah sewa sebelum ni, maka tak menjadi masalah buat saya mengenai prosedur penyewaan pocket wifi ni. Mudah dan cepat servis dari Visondata ni. Saya book dari 7/12 hingga 15/12 (8 hari). Harap pocket wifi ni bagi kerjasama masa kami kat sana nanti, sama seperti di Jepun dulu.
Selesai sudah. I'm online everytime and everywhere @ Korea!.. |
# Korean Foods
Saya pernah sekali merasa makanan Korea. Tak ingat nama makanan tu sebab dah lama sangat. 5-6 tahun yang lalu kot? Huhu.. Pernah juga plan dengan wife nak merasa makanan Korea tapi tak menjadi. Sebelum pergi ni kena jugak merasa makan sekali, nak tengok camna penerimaan perut kami terhadap makanan Korea. Meragam atau tidak. Hehe.. Biasalah, perut selalu terima masakan lemak berkrim dan juga asam pedas. Takut perut terkejut bila terima Korean food ni.
Seoul Garden.. Time to taste Korean food!.. |
Seoul Garden. Dekat dengan rumah tapi tak pernah makan. Kali ni kena try juga. Buffet style, bayar ikut kepala dan makan la apa yang ada kat situ. Banyak jenis sos yang boleh dipilih. Saya try semuanya sikit-sikit. Daripada semua sos, rasanya satu je yang boleh diterima tekak. Huhu.. Apasal lain macam rasa sos Korea ni? Makanan mentah semua saya try, masak sendiri dan cuba rasa. Aduh, memang tak boleh 'masuk' la. Tapi nak buat camna, dah bayar mahal jugak tu. Layan jelah mana yang boleh masuk. Huhu.. Frankly speaking, saya boleh terima Japanese food berbanding Korean food. Takpe, makanan tetap makanan. Makan kerana nak bagi tenaga, biarpun tak sedap. Yang paling saya concern adalah penerimaan perut saya dengan makanan 'baru' ni. Accepted or rejected? Dalam masa beberapa jam nanti boleh tau. Hehe..
Dah bayar, pilih la apa saja yang terhidang.. |
Selang beberapa jam lepas melayan Seoul Garden, nampaknya takde effect kat perut kami. Kira accepted la tu. Hehe.. Tapi betul la, saya kurang meminati makanan Korea ni. Setakat makan mungkin boleh, tapi nak jadikan favourite food memang tidak le. Ok, lulus ujian makanan Korea walaupun markah atas pagar je. Hehe..
# Currency Exchange
Yea.. Main part. Sejak dari beli tiket flight saya sentiasa check currency. Tengok masa bila harga Won yang sesuai untuk ditukar. Takde lah beza banyak setiap minggu saya google. Akhirnya, seminggu sebelum kami bertolak barulah gi tukar duit. Kat mana lagi kalau bukan kat money changer sebelah eskalator @ MidValley. Pemandangan yang biasa, ramai betul orang beratur. Rate yang agak competitive di situ. Kalau tukar banyak memang berbaloi, sebab banyak bezanya. Setakat tukar sikit-sikit tu rasanya kat area rumah pun boleh. Tapi saya pun tak tukar banyak, cuma family suka berjalan. Alang-alang ke MidValley, boleh la tukar duit terus.
Memang biasa beratur panjang camni. |
Agak crowded juga suasana kat situ. Ramai betul orang Malaysia ni nak gi bercuti ye? Mesti tukar juta-juta punya ni (rupiah). Hehe.. Terdengar juga orang yang beratur sekali berborak tentang trip mereka. Nak gi europe, pusing banyak negara.. Seronok mendengarnya walaupun curi-curi dengar. Hehe.. Biasalah, excited nak ke luar negara, especially first timer. Sama le, saya sendiri kalau nak ke luar negara rasa excited, walaupun ke Singapore je. Huhu.. Hampir 20 minit saya beratur, akhirnya sampai jugak di barisan depan.
Dah nak sampai giliran saya. Berapa nak tukar ni? |
Sambil beratur tu saya tengok orang yang sedang mengira duit. Tak tau currency negara mana, tapi berkepuk jugak la. Huhu.. Tebalnya.. Banyak betul diorang tukar duit. Nak shopping apa agaknya ye? Kita ni siap berkira-kira lagi berapa nak bawak dengan duit yang tak sebanyak mana. Masing-masing punya duit, ikutlah nak bawak berapa banyak pun kan. Yang penting diorang tak mintak duit kat saya. Hehe.. Sampai juga turn saya tukar duit. Rate yang saya dapat untuk tukaran wang Korean Won adalah KRW1000 = RM3.165. Selama beberapa bulan ni tak banyak beza nilai Won. Mungkin standard rate yang saya dapat. Saya bundarkan kepada RM3.20 untuk mudahkan pengiraan dalam blog saya.
Bajet RM4,000 dapat KRW1,250,000. Cukup kot.. |
# Last touch-up
Selesai part yang penting untuk ke Korea. Tinggal nak prepare untuk diri sendiri je. Sambil jalan-jalan kat MidValley tu, sempat juga kami meronda mencari barang-barang terakhir sebelum ke sana. Manalah tau ada benda penting yang terlupa nak beli. Tapi rasanya dah complete. Barang untuk hadapi musim winter dah sedia ada masa trip sebelum ni. Masih boleh pakai lagi. Takyah nak membazir. Ada kawan saya kata tak best ke luar negara time winter. Tak banyak benda yang menarik dan pakaian pun sama je kalau amik gambar. Ye memang betul. Saya akui winter trip tak menarik seperti summer trip. Pemandangan nampak serba putih je sebab salji. Masa siang pun singkat. Pakaian pulak sama je setiap hari sebab takkan nak bawak jaket tebal 3-4 helai kan. Tapi pada saya ada kelebihannya kalau dibandingkan dengan negara kita. Bila lagi nak merasa cuaca sejuk? Nak merasa main salji? Nak merasa pemandangan yang serba putih? Apalah salahnya amik 10 hari dari 365 hari yang panas tu untuk melayan cuaca sejuk. Lagipun tiket flight time winter ni murah sikit sebab bukan tourist season. Pakaian sama? Apa masalahnya? Hehe..
Hujung tahun Daiso selalu jual barang winter. Murah.. |
Ada satu lagi kedai yang saya pernah pergi sebelum ni untuk beli winter pants. Kedai terletak di Jalan Loke Yew, KL. Cuma harganya agak mahal pada saya. Tapi ramai juga orang ke situ. Nama kedai tu Kok Kong Winter Shop. Kebanyakan barang kat kedai tu diambil dari China. Jenama pun banyak yang tak dikenali. Tapi sesuai untuk first timers yang nak ke luar negara pada musim salji dengan kewangan yang limited. Kalau duit banyak boleh pergi terus ke butik The North Face kat e-Curve Damansara. Hehe.. Ada lagi option barang winter yang murah, tapi kat luar negara la. Kat Malaysia jaket tebal bukan keperluan. Sebab tu harganya agak tinggi. Tapi kat luar negara, ianya menjadi keperluan ketika musim sejuk. So, harganya agak murah berbanding di sini. Boleh je pergi dari sini takyah bawak jaket tebal. Sampai sana terus cari sehelai. Tapi kalau turun airport dah sejuk menggila, dah tu tak jumpa pulak kedai jual barang winter, memang masalah jadinya. Kat airport dah tentu serba mahal walaupun dikatakan duty free. Paling murah beli kat luar airport. Satu lagi option yang termurah iaitu kedai bundle. Pandai cari memang boleh jumpa yang cantik-cantik, macam baru pun ada. Tapi biasalah, ada orang tak suka beli benda 2nd hand ni. Tepuk wallet tanya duit dalam tu. Hehe..
Kedai Kok Kong di Jalan Loke Yew. Banyak pilihan untuk winter wear.. |
# Korea Plaza @ Menara Hap Seng
Pencarian terakhir saya sebelum ke Korea adalah pergi ke Korea Plaza yang terletak di Menara Hap Seng. Kat situ macam-macam info tentang Korea boleh kita cari. Staff yang bertugas pun melayan dengan baik. Tujuan saya ke sana sebab nak cari satu lagi info tentang cara nak ke Ski Resort. Dalam website, saya terjumpa ada free shuttle dari Seoul untuk ke Ski Resort. Saya tak pasti adakah kena book dulu atau pergi terus ke station yang dinyatakan. Takut dah sampai kat station, driver bus tak bagi naik pulak sebab tak buat booking. Lagipun website tu dalam bahasa Korea. Camna nak faham? Huhu.. Staff tu bagitau saya kena ke sana dulu dan cuba buat booking dengan bantuan staff hotel tempat saya menginap tu. Boleh caya ke ni? Belasah je la.. Susah-susah naik public transport je. Jangan silap naik sampai masuk North Korea sudah. Hehe..
Korea Plaza @ Menara Hap Seng. Boleh dapat info yang banyak kat sini |
Seminggu sebelum trip, saya hantar anak-anak pulang ke kampung. Suka betul diorang kalau dapat balik kampung. Sepupunya ramai yang melayan. Bagus juga untuk kami. Dapat la gi jalan-jalan setahun sekali tanpa bawa anak-anak. Hehe.. Ada kawan-kawan yang mengkritik kami ke luar negara tak bawak anak-anak. "Tak sayang anak ke?" Huish, sampai macam tu sekali orang berkata. 'Kawan' ke yang kata macam tu? Pada saya ia bukan soal sayang atau tidak. Adakah kes dera yang berlaku datangnya dari parents yang selalu tinggalkan anak-anak? Itulah, kadang-kadang yang mengkritik tu tak pernah pun bawak anak-anak berjalan. Melaka pun tak lepas, inikan pulak Singapore (bak kata wife saya. Hehe).. Sekurang-kurangnya kami pernah juga bawa anak-anak ke Singapore dan Indonesia. InsyaAllah, setakat SEA takde masalah. Dalam Malaysia rasanya banyak sangat dah tempat menarik yang kami bawa anak-anak. Maklumlah, family suka berjalan. Duit habis kat petrol dan tol je lah. Huhu.. Cuma kalau trip yang agak adventure rasanya tak sesuai nak bawa anak-anak. Biarlah, bukan manusia kalau tak mengkritik ni. Tengok dalam facebook pun cukup. Yang penting saya tak mintak satu sen pun duit diorang untuk ke luar negara. Sekian. Hehe..
Baik peluk anak dari peluk K-Pop. Hehe.. (Ihsan Google Images) |
Selesai sudah pencarian info tentang Korea dan juga persediaan awal yang agak complicated. Huhu.. Yang tinggal hanya persediaan untuk diri sendiri. Apa yang nak dibawa dan dimana kaki nak berpijak. Main attraction dah sedia disusun, harap menjadi la trip ke Korea ni. Biar penat, asalkan puas hati dengan setiap Won yang digunakan. Kalau boleh jangan ada penyesalan bila balik ke Malaysia. Itu prinsip saya. Moga menjadi satu pengalaman baru yang terindah dan akan diingati sampai bila-bila. Persediaan trip sebelum ni takdelah rumit sangat seperti ke Korea ni. Google map adalah penyebab utama yang membuatkan saya berusaha mencari sebanyak info yang mungkin. Kalau la google map berfungsi dengan baik, senang je saya nak susun itinerary. Melalui 3-D views dah cukup untuk saya susun langkah perjalanan saya di sana. Penyebab kedua adalah mengenai kerjaya saya. Tahun 2014 banyak perkara yang penting perlu saya selesaikan. Pindah sekolah dan jawatan baru yang dipegang. Itu lebih penting. Tanpa kerjaya, mana mungkin saya dapat peluang nak ke luar negara. Wallahualam..
Ubat jangan lupa dibawa. Multivitamin kena makan sebulan sebelum trip.. |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Train Tickets : RM183.00
- Pocket Wifi : RM240.00
- Jumlah : RM423.00
*Website yang membantu:
Korean Train
Pocket Wifi
Seoul Garden
Currency Converter
Kok Kong Winter Wear
Korea Tourism Organisation
waaaah, asik kisahnya ni
ReplyDeletewaaah, mekasih yaa.. Tq for reading my blog!.. :)
Deletepost ni sgt membantu.! dan serius baru tau pasal visondata.
ReplyDeleteMemang niat nak membantu traveller yang lain. Visondata is recommended!.. 24/7 ada line internet kat oversea.
Deletesalam bro, nak tanya,, mugunghwa tu mcm mana, dah beli tiket online.. dimana nak redeem? station mana kene pergi untuk depart to busan?
ReplyDeleteSalam bro Nas Vista,
DeleteRedeem kat Seoul Station. Masuk je terus nampak kaunter tiket. Tunjuk slip booking tu nanti dia akan bagi tiket train. Tq for reading my blog!.. :)
Salam,masa booking tiket mugunghwa tu kan guna credit card ke debit card? huhu
ReplyDeleteSalam,
DeleteSaya guna credit card masa booking tiket mugunghwa. Tak pasti boleh ke tak guna debit card.
Tq for reading my blog!.. :)
Thank you reply, btw sy da book guna debit card Maybank dan boleh guna. You are welcome. :)
DeleteOoo boleh yea guna debit card. Saya kalau booking online selalu guna credit card. Terima kasih atas perkongsian info. :)
DeleteSalam. Kalau contoh nak beli tiket terus dekat seoul utk ke busan boleh ke? Ke memang kena booking online dulu?
ReplyDeleteSalam..
DeleteBoleh je nak beli terus kat airport. Takde masalah. Cuma takut flight full dan harga pulak mahal. Saya book online sebab dapat tiket murah. Tq for reading my blog!.. :)
Salam.saya nak tanya cara pembelian pocket wifi dari vison data tu.beli masa hari nak berangkat atau kene booking awal?berapa hari sebelum?ada caj deposit tak? Tq
ReplyDeleteSalam Noreen..
DeleteCall Visondata dan inform tarikh nak sewa pocket wifi. Bayar online pun boleh. Booking awal depends pada destinasi yang kita nak pergi, sebab pocket wifi ni limited. Takut dah abis orang booking. Deposit masa nak amik kat airport. Dia akan verify kad kredit je.
Harap info membantu. Tq for reading my blog!.. :)
Terima kasih saudara khairul
DeleteSama-sama :)
DeleteSalam nak tnya poket wifi tu kan kat pulau mcm nami, jeju pun ok tk laju dia?
ReplyDeleteSalam..
DeleteSetakat yang saya pakai takde masalah pun kat mana-mana tempat di Korea. Sebab wife saya sentiasa update fb on-time. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)
Salam. nak tanya naik mugungwha selesa tak? Hehe dalam train mugungwha tu ada tak wifi mcm KTX?
ReplyDeleteSalam..
DeleteBoleh tahan jugak la selesanya. Boleh turunkan seat untuk tidur dah kira ok. Luar je nampak buruk train dia. Hihi. Rasanya takde wifi dalam train. Saya memang standby untuk tidur je sepanjang perjalanan. Tq for reading my blog!.. :)
salam,
ReplyDeletemasa booking tiket train mugunghwa. ada first name dengan last name. perlu letak nama bapa? and perlu letak binti tak?
terima kasih
Salam anoi.
DeleteFirst name tu nama bapa. Last name nama kita. Letak je. Masa saya amik tiket kat kaunter, takde pun dia check apa-apa. Mungkin kalau tiket hilang ke atau terjadi perkara lain, baru senang diorang nak trace. Rasanya lah.. Tq for reading my blog!.. :)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya nak tnye, naik train mugunghwa tu memang seat dah ditetapkan or sapa cepat dia dapat?? Saya nk p korea hujun g march ni..nak naik mugunghwa ni dr seol ke busan..kwn kata spa cpt dia dpt seat..tu y risau tu..hehe
Waalaikumsalam kinah..
DeleteAda nombor seat pada tiket. Naik dari Seoul atau Busan takde masalah sebab first station. InsyaAllah akan dapat seat. Tak tau la kalau naik di stesen pertengahan. Tapi sepanjang perjalanan tak nampak pulak ada yang berdiri dalam train tu. Hihi.. Tq for reading my blog!.. :)