Saturday, 1 August 2015

JJCP Korea: Day 02 (Part #1)

Tarikh:
9 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
40 Gyedan Cultural Tourist Theme Street - Gwangalli Beach - Haeundae Beach - Cappadocia Restaurant - Busan Al-Fatah Masjid

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Kami bersiap-siap untuk sambung pengalaman di Busan. Roti yang dibeli semalam kami jadikan breakfast. Kami kena packing beg terus sebab nak bawak turun dan tinggalkan kat lobi bawah. Dah tentu tak sempat nak balik semula sebelum waktu check-out. Kang tak pasal-pasal kene extra charge sebab lewat check-out. Huhu.. Tinggal separuh hari je nak jalan-jalan kat Busan ni. Itulah, memula memang nak ke Seoul je terus. Tapi tiket murah hanya untuk ke Busan. Dah alang-alang di Busan, boleh layan ke Jeju Island terus. Huhu.. Memang tak cukup sehari berada di Busan ni. Tapi dapat cover beberapa tempat yang menarik pun dah cukup baik.

Babai Room 307 @ Top Motel Busan
Kami turun ke bawah tepat jam 8.00 pagi. Sampai di lobi kami terus check-out dan mintak tumpangkan beg sementara kami habiskan masa jalan-jalan di Busan. Nasib baik tak kena bayar apa-apa kos tumpang beg tu. Pada saya, motel ni sesuai untuk budget travellers macam kami ni. Yang penting boleh tidur dengan nyenyak. Hehe.. Kami meneruskan perjalanan ke Busan Station. Sampai di Busan Station, saya tukar duit kecil kat bill exchanger machine sebelum naik train. Dari Malaysia memang bawak duit note KRW besar-besar je. Sememangnya kalau tukar duit kat money changer, diorang takde tukaran wang kecil. Huhu.. Sebab tu setiap kali nak balik Malaysia saya akan simpan setiap jenis helaian duit kecil sebagai kenangan. Takkan dapat kat money changer punya. 

Bill exchanger machine ada di setiap station
Our first destination for today is walking along 40 Gyedan Cultural Tourist Theme Street area. Lokasi area ni tak jauh dari Busan Station. Awal pagi banyak kedai tak bukak lagi, so boleh la jalan-jalan tengok monument dan patung sejarah yang banyak kat situ. Free tourist spots. Hehe.. Kami beli lagi sekali 1-day Metro Pass yang berharga KRW4500/person untuk naik train. Walaupun hanya untuk separuh hari, dari kiraan yang dibuat dan lokasi yang nak dituju, rasanya beli 1-day Metro Pass ni lebih jimat dari beli single ticket.

Tekan button English kat atas kanan tu untuk lebih memahami. Hehe..
@ 40 Gyedan Cultural Tourist Theme Street

Dari Busan Station, kami naik Metro Line 1 (orange) dan turun di hentian berikutnya, Jungang Station. Tak sampai 3 minit perjalanan dalam train, jam 8.25 pagi kami dah berada di Jungang Station. Kami keluar ikut Exit 13, terus ke area 40 Gyedan Cultural Tourist Theme Street. Keluar je dari station dah boleh nampak replika dan monument sejarah di sepanjang jalan. Orang pun tak ramai lagi waktu tu. Mudah kami nak mengambil gambar di setiap replika tanpa sebarang gangguan.

Metro route from Busan Station to Jungang Station & 40 Gyedan Cultural Tourist Theme Street Area @ Exit 13
Takde apa yang menarik kat sini melainkan replika patung yang macam-macam bentuk dan gaya yang menggambarkan sejarah Busan di masa Korean War pada 1950. Di sinilah tempat pertemuan pelarian Korea dengan keluarga masing-masing setelah lama terpisah. Kami tak lepaskan peluang bergambar dengan replika yang ada di situ. Kat hujung jalan terdapat tangga yang dinamakan 40 Steps Memorial Hall. Ada satu replika lelaki bermain accordian kat tengah tangga. Kami tak naik ke atas melalui 40 Steps tu. Kami naik ikut spiral walkway yang terletak berdekatan dengan tangga tu. Sampai di atas terus nampak 40 Gyedan Cultural Centre. Masih awal pagi, tempat tu pun tak bukak lagi. Huhu. Lagipun kami cuma nak bergambar di kawasan sekitar je. Tak perlu menunggu sampai bukak. Hehe..

Antara replika yang ada di area 40 Gyedan Cultural Tourist Theme Street
Spiral walkway untuk ke 40 Gyedan Cultural Centre
Di hadapan 40 Gyedan Cultural Centre
Man playing accordian @ 40 Steps
Hampir setengah jam kami meronda dan bergambar di kawasan sekitar. Sebelum meninggalkan kawasan, kami sempat masuk ke dalam Starbucks untuk mencari citymug tulisan Busan tapi takde. Harap dapat jumpa sebelum kami tinggalkan Busan petang ni. Collectible items tu. Hehe..

Tiada citymug Busan kat sini. Hampa.. Huhu
Jam 8.55 pagi kami turun semula ke Jungang Station untuk ke destinasi berikutnya, Gwangalli Beach. Dari Jungang Station kami naik Metro Line 1 (orange) menuju ke Seomyeon Station. Kat Seomyeon Station kami tukar ke Metro Line 2 (green) terus ke Gwangan Station. Dalam setengah jam jugak kami duduk dalam train.

Metro route from Jungang Station to Seomyeon Station (Line 1) to Gwangan Station (Line 2)
Keadaan di dalam Busan Metro
Jam 9.30 pagi kami tiba di Gwangan Station. Kami keluar ikut Exit 5. Dari situ kami kena menapak lebih kurang 1 km untuk sampai di Gwangalli Beach. Cuaca punya la sejuk. Berangin sampai tak sanggup nak bukak glove. Cahaya matahari macam kat Malaysia je tapi teramatlah sejuknya. Huhu.. Sekali sekala dapat merasa cuaca macam ni best jugak. 365 hari bercuaca khatulistiwa, apa salahnya amik seminggu dua dari setahun tu untuk merasa suasana sejuk. Hehe.. Berjalan musim sejuk ni peluh tak keluar tapi kaki rasa terasa macam senang nak cramp. Huhu. Kaki saya yang sakit dari semalam masih terasa lagi. Nasib baik kasut Columbia yang saya pakai dapat membantu sikit. Kasut ni sejak dari trip pertama saya ke Australia tahun 2011 sampailah sekarang masih elok lagi dan menjalankan tugas dengan amat baik. Kadang-kadang kita takleh nak kedekut sangat bab membeli kasut ni. Keluar duit lebih sikit untuk yang berkualiti tapi tahan lama. I love Columbia!. Hehe.. Mungkin trip oversea seterusnya kena beli lain kot sebab dah nampak tanda-tanda nak keluar mulut buaya kat depan kasut tu. Huhu.. Cukuplah 4 tahun dia berkhidmat untuk saya. Nak simpan buat kenangan dan buat penuh rak kasut kat rumah. Hihi.. Kasut Columbia wife saya pun sama juga usianya, masih elok lagi. Thumbs up Columbia!..

Walking route from Gwangan Station to Gwangalli Beach
Setengah jam perjalanan akhirnya kami sampai di Gwangan Station
View perjalanan dari Gwangan Station ke Gwangalli Beach
Tunggu orang kaler hijau keluar dulu baru lintas ye. Hehe.
@ Gwangalli Beach

Lebih kurang 20 minit berjalan kaki, jam 9.50 pagi kami tiba di kawasan Gwangalli Beach. Kawasan pantai yang amat luas dan kelihatan Gwangan Bridge yang panjang merentangi pantai. Sebenarnya Gwangalli Beach ni sesuai datang waktu malam sebab boleh enjoy light show kat Gwangan Bridge tu. Memang cadangan asal nak ke sini malam tadi, tapi disebabkan kaki dah tak larat nak berjalan, maka kami decide untuk datang pagi ni. Walaupun nampak macam Pantai Sepat tanpa jambatan kat kampung saya, at least tercapai juga niat nak ke Gwangan Beach ni. Huhu.. Kawasan pantai dijaga dan amat bersih. Kami melayan bergambar sampai lebam.. Hihi..

Pemandangan sekeliling Gwangalli Beach
New equipment for this trip.. Monopod!.. Heheh..
A sunny day at Gwangalli Beach. Lagi best kalau datang waktu malam..
Hampir 20 minit kami melayan angin pantai, jam 10.10 pagi kami bergerak semula ke Gwangan Station. Masa sampai tadi ingat nak singgah kat Starbucks sebelum balik. Camna boleh terlupa pulak. Dah separuh jalan takkan nak patah balik. Huhu.. Takpe, kat tempat lain mesti jumpa Starbucks lagi. Dalam perjalanan balik, saya baru perasan ada kondominium baru yang nak siap. Agak-agak berapa la harga sebijik kondo tu ye. Kalau kat Jepun memang confirm melampau mahal. Kat sini mungkin tak semahal Jepun dan murah sikit berbanding Seoul. Wallahualam.

Design rumah lebih kurang macam PPR kat Setapak je. Tapi harga dah tentu tak sama. Huhu..
Kami tiba semula di Gwangan Station jam 10.30 pagi. Ada satu lagi kawasan pantai yang kami nak terjah. Selain dari Gwangan Beach yang cantik di waktu malam, Haeundae Beach pulak menjadi tempat yang happening di waktu siang. Orang ramai datang ke sini untuk layan macam-macam jenis aktiviti air. Dah alang-alang kami ke Gwangalli Beach, kami sambung perjalanan ke Haeundae Beach pulak. Kami naik train Metro Line 2 (green) dari Gwangan Station dan turun di Haeundae Station selepas lebih 15 minit berada di dalam train. Kami keluar melalui Exit 5 untuk ke Haeundae Beach.

Metro route from Gwangan Station to Haeundae Station
Walking route from Haeundae Station to Haeundae Beach
Sama seperti Gwangalli Beach, kami perlu jalan lebih kurang 1 km untuk sampai ke Haeundae Beach. Cuma bezanya kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan lagi menarik untuk kami explore. Apa yang saya perhatikan semenjak dari sampai semalam, majoriti penduduk tempatan di Busan ni terdiri dari golongan warga emas. Yang muda remaja tak ramai. Mungkin diorang semua berhijrah ke Seoul kot, meninggalkan warga emas yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan di Busan. Setakat ni saya tak jumpa lagi orang Korea yang cantik dan hensem seperti artis K-Pop tu. Huhu.. Kebanyakan rupa orang Korea yang saya tengok semuanya macam rupa Chinese from mainland. Bila saya google, rupanya orang Korea ni antara yang paling ramai buat plastic surgery. Hmm, patutlah nampak cantik dan hensem belaka sampai orang Malaysia pun fanatik habis dengan K-Pop ni. Kalau saya buat plastic surgery pun dah tentu nampak macam Brat Pitt kot. Hahaha.. Kesimpulannya, a typical Korean face is not like a K-Pop artists. Nak tau rupa sebenar, tunggu lepas diorang kahwin dan tengok rupa anaknya. Huhu.. Dah sampai sini baru la tau rupa sebenar orang Korea ni. Orang Malaysia lagi ramai cantik dan hensem kot. Tapi M-Pop tak wujud lagi. Yang ada akademi fantasia je. Hihihi.. For me Japanese look is better than Korean look.

Exit 5 for Haeundae Beach
Daiso pun ada. Cuma harga lebih mahal dari di Jepun
Jalan menuju ke Haeundae Beach
Nasib baik kedai ni tak bukak lagi.. Fuhh legaa.. Hihi
It's a Malaysian flag!.. Atas halal, bawah jual pork. Huhu..
Inilah permulaan perjalanan seorang artis K-pop
Thai massage ada cawangan di seluruh dunia rasanya. Huhu..
Sempat lagi dia membelek barang kat kedai ni..
@ Haeundae Beach

Hampir setengah jam kami berjalan untuk sampai ke Haeundae Beach. Kelihatan ramai orang berada di kawasan pantai, tapi takde yang tengah mandi. Air sejuk macam ais, biawak kulit keras pun pikir dua kali nak mandi ke tak. Huhu.. Rupanya yang ramai tu adalah rombongan pelajar sekolah ke Busan Sealife Aquarium yang terletak di situ juga. Patutlah nampak happening je kawasan pantai kat Haeundae Beach ni. Kami tak melepaskan peluang bergambar di kawasan ini. Pemandangan kawasan pantai, yang ada pasir dan air laut, sama je view pantai macam kat kampung saya. Yang berbeza cuma pantai ni kat Korea. Huhu.. Seperti wife saya kata, kalau kita orang luar dan datang melawat Malaysia, batu yang tersusun kat keliling roundabout AU2 Keramat tu pun teruja nak amik gambar. Dah macam Stonehenge je rupanya. Hehe.. Kadang-kadang kita tak appreciate pemandangan dan tempat-tempat menarik di negara kita sendiri. Tapi alhamdulillah, kami dah banyak merantau mencari pengalaman di dalam negara. Orang suka berjalan la katakan. Hihi.. Bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini.

Pemandangan di sekitar Haeundae Beach
Dalam 20 minit kami menikmati pemandangan di Haeundae Beach, kami berjalan semula menuju ke Haeundae Station. Masa dah agak suntuk untuk explore lebih banyak tempat menarik di Busan. Takut terlepas pulak flight ke Jeju Island petang ni. Huhu.. Tepat jam 12.00 t/hari kami dah berada semula di Haeundae Station. Memula cadangnya nak singgah sekejap di Shinsegae Centum City Department Store yang terletak di Centum City Station. Teringin nak tengok tempat yang dikatakan telah didaftarkan di Guiness Book of World Records sebagai shopping complex yang terbesar di dunia. Tapi takut lama sangat kat dalam tu. Yelah, dah tentu banyak kedai kat situ. Sekali dah rambang mata, susah jadinya. Huhu.. Tak jadi nak singgah, kami teruskan perjalanan ke Dusil Station.

Kedai pretzel makcik Anne.. My favourite is sour cream and onion..
Menunggu train sampai di Haeundae Station
Dari Haeundae Station, kami naik Metro Line 2 (green) menuju ke Suyeong Station. Kemudian kami tukar ke Metro Line 3 (brown) menuju ke Yeonsan Station dan tukar lagi ke Metro Line 1 (orange) terus ke Dusil Station. Perjalanan keseluruhan termasuk masa menunggu train dari Haeundae Station ke Dusil Station mengambil masa 40 minit. Apa yang menariknya kat Dusil tu sampaikan kami beriya sangat nak ke sana? Pada orang Islam yang datang ke Busan, tak sah kalau tak ke area Dusil ni kerana di sinilah satu-satunya masjid yang ada di Busan dan kawasan kejiranan komuniti Islam. Dah tentu ada restoran halal dan tempat untuk solat. Perut pun dah lapar, dari pagi cuma berisi roti je. Memang tak sabar nak sampai ke Dusil ni walaupun perjalanan agak jauh.

Metro route from Haeundae Station to Suyeong Station (Line 2) to Yeonsan Station (Line 3) to Dusil Station (Line 1)
Walking route from Dusil Station to Cappadocia Restaurant and Busan Al-Fatah Masjid
Kami keluar melalui Exit 8 di Dusil Station dan berjalan tak sampai 10 minit ke arah utara sehingga jumpa satu simpang yang ada kedai tayar dan signboard Islam Center. Dari situ masuk ke kanan, lintas jambatan dan Cappadocia Restaurant berada di sebelah kanan. Confirm takkan terlepas pandang restoran ni melainkan terpandang gadis dan jejaka K-Pop yang cantik dan hensem, itupun kalau terjumpa la. Buat masa ni kami masih belum berjumpa lagi. Hehe..

Perjalanan menuju ke Islam Center di Dusil
Landmark kedai tayar dan signboard Islam Center di simpang masuk
@ Cappadocia Restaurant

Kami sampai di pintu masuk Cappadocia Restaurant tepat jam 1.00 petang. It's a lunch time!.. Kat dalam restoran kelihatan cuma sorang je customer. Baguslah, cepat sikit makanan kami sampai. Kami dilayan oleh sorang waiter perempuan berbangsa Korea. Cappadocia Restaurant adalah dari Turki dan serve makanan tradisional Turki. Kebab la specialty dia, apa lagi.. Huhu.. Tengok kat menu makanan semuanya nampak sedap. Kami order mana yang berkenan nak disumbat dalam perut kami yang dah berbunyi ni. Hehe..

Tada!.. Sudah sampai. Yeay!..
Menu di Cappadocia Restaurant. Makanan utama adalah Turkish Kebab
Amat menarik view dalam restoran ni. Cappadocia Restaurant ni digelar "Little Turkey" di Busan kerana selain dari menu makanan tradisional Turki yang dihidangkan, restoran ni juga sebagai tempat untuk orang Korea belajar dan memahami Turkish culture. Banyak buku-buku tentang Turki yang boleh dibaca kat sini. Rupanya masa sejarah Korean War dulu, Turki dan Korea adalah allied force. Sebab tu Korea amat menghormati Turki sehingga ke hari ini. Ok, dah abis cerita sejarah. Makanan dah sampai.. Hehe..

View di dalam restoran. Memang terasa suasana seperti di Turki
Amat sedap makanan kat sini especially Adana Kebab. Must try!..
Habis licin semua makanan. Memang betul-betul lapar. Hehe.. Alhamdulillah.. Setelah bayar KRW26,500.00 kami keluar dari Cappadocia Restaurant dan melangkah ke Busan Al-Fatah Masjid yang terletak di belakang belakang restoran ni. Di sebelah restoran ni ada satu lagi restoran halal dari negara Morocco. Kalau duduk dua hari kat Busan boleh la try Moroccan cuisine pulak. Sebenarnya saya tak tahu ada satu lagi restoran kat kawasan ni sebab masa google sebelum datang ke sini yang ada cuma Cappadocia Restaurant je. Mungkin Morocco bukan allied force kot? Sebab tu kurang diberi highlight oleh website Visit Korea. Huhu.. 

@ Busan Al-Fatah Masjid

Disebelah restoran Morocco ni terletaknya Busan Al-Fatah Masjid. Inilah satu-satunya masjid yang ada di Busan. Takde la besar mana kalau nak dibandingkan dengan masjid yang ada kat Malaysia. Ada masjid di negara bukan Islam pun dah cukup bertuah. Masjid besar tapi saf 2-3 baris tak guna jugak. Hehe..

Busan Al-Fatah Masjid.. The only mosque in Busan
Di bahagian bawah masjid adalah Islam Center. Ruang solat utama terletak di Tingkat 1 manakala ruang solat untuk perempuan di Tingkat 2. Takde jemaah yang lain masa tu, kami berdua je. Sejuk betul air paip dan ruang solat. Nasib baik ada mesin heater. Kalau kat Malaysia kemain cari port dekat dengan kipas dan aircond. Kat sini semuanya sejuk. Kalau boleh nak sorok celah dinding. Hihi..

Islam Center di bahagian bawah masjid
Tempat ambil wuduk di tepi masjid. Sejuk airnya.. Huhu
Tabung sedekah masjid
Tangga untuk naik ke ruang solat
Interior was decorated on behalf of Turkey
Ruang solat utama.. Amat cantik ukirannya
Selesai solat dan bergambar, kami meninggalkan Busan Al-Fatah Masjid. Jam dah menunjukkan pukul 2.10 petang. Nampaknya dah tak sempat nak ronda dah. Kena cepat balik ke Top Motel untuk amik beg kami. Dari Dusil Station, perjalanan menaiki Metro Line 1 (orange) menuju ke Busan Station mengambil masa 35 minit. Kami berjalan keluar menuju ke Top Motel. Saya notice sesuatu tentang Busan ni. Kat sini susah nak nampak tong sampah. Kebanyakan tempat buang sampah cuma dilonggokkan aje. Huhu.. Mungkin mudah lori sampah nak angkut kot. Kan ke lebih cantik kalau diletakkan tong sampah. Syarikat tong sampah boleh buat duit kat Busan ni. Hehe..

Metro route from Dusil Station to Busan Station
Bangunan Samsung di luar Busan Station
'Tong sampah' yang berada di sepanjang jalan di Busan
Sampai di simpang nak masuk ke Top Motel, saya ternampak Starbucks di hujung jalan. Baru teringat citymug Busan tak beli lagi. Mungkin ini last Starbucks yang saya akan jumpa di Busan. Kat airport rasanya takde. Kami singgah sekejap mencari citymug. Akhirnya kami dapat juga satu citymug bertulisan Busan. Bertambahlah koleksi citymug kami kat rumah. Hehe.. Kami terus balik ke Top Motel untuk amik beg kami. Setelah mengucapkan kamsahamida kat staff yang jaga beg kami dengan baik, kami berjalan semula menuju ke Busan Station. Jam dah menunjukkan pukul 3.00 petang. Wife saya cadang suruh naik teksi je, sebab takut tak sempat nak check-in kat airport. Agak jauh jugak perjalanan nak naik train menuju ke airport dari Busan Station. Saya pulak takut tambang teksi mahal. Dengan penuh yakin kami naik jugak train menuju ke airport. Kami naik domestic flight je, lagi sejam nak depart pun boleh check-in lagi, insyaAllah.. Tak sabar nak naik domestic flight luar Malaysia buat pertama kali dalam hidup kami. Harap semuanya berjalan dengan lancar.. Wallahualam..

Goodbye Top Motel Busan!..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Metro 1-day Pass : RM28.80
  - Lunch                   : RM84.80
  - Jumlah                 : RM113.60

4 comments:

  1. bagus la motel ni, tak berkira sgt

    melalui gmbr, kami tgk busan mcm tak ramai org je. jln, train, kedai semua lengang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai motel ni kalau setakat nak tidur. Ada katil, aircond dan bilik air dah kira bagus. Ramai orang muda Busan yang dah migrate ke Seoul. Yang tinggal cuma orang lama je kat sini sebab main business kat sini adalah nelayan dan hasil laut. Mana ada orang muda nak kerja jual ikan. Baik kumpul duit pegi plastic surgery, boleh jadi artis K-Pop.. Orang Malaysia dah tentu jadi peminat punya. Hehe..

      Delete
  2. As salam...nk tanye skit bley? Ms uolls cek in Top Motel ni pkl bape ek? Rs2 klo cek in awal lepas x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Niessa Nassir..
      Kami check in Top Motel kul 11.30 pagi. Mula-mula cadang nak letak beg je sebab waktu check-in selalunya kul 2-3 camtu. Rupanya dapat kunci bilik terus. Kira lepas la nak check-in awal kat motel ni. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete