Monday, 10 August 2015

JJCP Korea: Day 02 (Part #2)

Tarikh:
9 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Gimhae International Airport (Domestic) - Air Busan - Jeju International Airport - Jeju Auto House - Art Airport Guesthouse

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perjalanan dari Busan Station ke Gimhae International Airport (Domestic) melalui jalan yang sama masa kami sampai semalam. Nasib baik semalam saya dah cek siap-siap kat mana lokasi domestic airport. International dan domestic airport kat Gimhae terletak bersebelahan je tapi bangunan yang berbeza, tak sama macam KLIA. Takut jadi macam kes saya hantar maid akak saya balik Indonesia dulu. Masa tu saya takde experience langsung dalam hal check-in flight ni. Passport pun tak pernah ada dalam hidup. Pergi KLIA setakat hantar dan amik orang je. Huhu.. Kebetulan saya la satu-satunya ahli keluarga yang duduk di KL. So, akak mintak tolong hantar maid dia naik flight. Saya dengan yakinnya drive sampai KLIA dan masuk parking yang mahal tu. Huhu.. Sampai dalam KLIA tak tau nak check-in kat mana. Saya tanya kat kaunter. Rupanya silap airport. Mana la saya tau Air Asia tak boarding kat KLIA. Huhu.. Kena keluar balik pergi ke LCCT. Masa dah suntuk. Takut tak sempat nak check-in. Sampai kat LCCT punya la ramai orang beratur. Panjang giler!.. Saya slow talk dengan staff Air Asia yang jaga lane. Dia tengok tiket, memang dah lewat nak check-in. Terus dia bawak saya gi kaunter setelkan. Huhu.. Akhirnya berjaya jugak maid akak saya naik flight. Selamat.. Tapi itu citer dulu la.. Sekarang insyaAllah dah mahir sikit. Hehe.. Learning from experience..

Same route, different directions
@ Gimhae International Airport (Domestic)

Kami turun di Gimhae Light Rail Transit Station jam 4.10 petang. Kami ke domestic flight terminal di bangunan sebelah kiri dari station. Flight kami ke Jeju Island jam 5.35 petang. Kami terus ke kaunter untuk check-in flight dan beg yang terletak di Tingkat 2. Takde orang pun yang tengah beratur. Mungkin semua dah check-in atau tak ramai yang naik domestic flight petang ni. Jumlah berat beg untuk seorang cuma 15 kg je bagi domestic flight. Kalau lebih kena extra charge. Tapi biasalah, dah sedia timbang masa kat bilik tadi. Tak sampai pun 15 kg. Hehe..

Bergambar dulu kat pintu masuk terminal
Menunggu jumlah berat beg yang diyakini tak sampai 15 kg. Hehe..
Hahah.. Just nice. Boleh shopping sikit kat Jeju Island nanti.
Selesai urusan check-in beg, kami diberi boarding pass. Seperti yang dijangka awal tadi, naik domestic flight tak perlu nak check-in seawal 2 atau 3 jam macam international flight. 15 minit sebelum departure baru boleh boarding. Tak perlu nak rushing dan tunggu lama kat dalam terminal. Sambil menunggu tu kami berjalan-jalan di dalam kawasan terminal. Daripada bosan duduk menunggu, baik ronda tengok kedai-kedai yang ada kat situ.

Gambar standard dalam fb: Boarding pass + passport. Hehe..
Pemandangan di dalam terminal
Dah agak puas meronda, kami terus check-in untuk sambung rondaan di dalam pulak. Hehe.. Tak banyak kedai yang ada kat terminal domestic flight ni. Makanan halal memang takde la. Kalau ada restoran Lotteria boleh la layan shrimp atau squid burger bersama air coke. Saya dah google kat Jeju International Airport ada Lotteria. Kebab dari Cappadocia tadi dah mula hilang dalam perut kami. Hmm.. Bosan juga duduk dalam terminal yang tak banyak kedai ni. Huh.. Apa boleh buat, duduk je la sampai gate dibuka..

Kita check-in dan ronda kat dalam pulak
Wefie tanpa monopod. Lupa nak keluarkan dari beg besar.
Punyala bosan sampaikan gambar tong sampah pun ada. Huhu
Cepatlah bukak Gate 16 ni. Shrimp burger memanggil kat pulau tu..
Tepat jam 5.20 petang, Gate 16 dibuka untuk boarding. Agak teruja juga kami sebab inilah first time kami naik domestic flight kat luar negara, dan first time juga kami naik flight selain MAS dan Air Asia. Harap-harap selesa la hendaknya. Hihi.. Rasanya flight kami naik ni tak penuh sebab tak ramai yang beratur untuk boarding. Bagus juga stewardess yang jaga pintu boarding tu, sebelum bagi penumpang masuk dia tunduk dulu dan cakap sesuatu. Dah macam style Jepun je kami tengok. Teringat staff cek tiket train dalam Shinkansen tahun lepas. Amat berdisiplin la diorang ni. Bagus.. Thumbs up!..

Beratur untuk masuk ke dalam flight
Senyum sampai ke telinga. Hihi..
@ Air Busan

We're in Air Busan flight!.. Tengok pada lantai dan seat rasanya flight baru setahun dua ni. Kali ni baru la nampak orang Korea yang cantik sikit. Stewardess la katakan. Pretty sure muka original, takde cucuk apa-apa. Hehe.. Seat agak selesa dan ruang antara kaki dan kerusi depan agak jauh. Really comfort for a domestic flight. Kalau international flight tak tau la camna luasnya ye? Cerita tentang keselesaan dalam flight, saya suka membaca komen orang ramai dalam internet. Ada yang puas hati dan ada juga yang komen negatif sampai nak ban forever flight yang dia naik tu. Huhu.. Pada saya, kebanyakan yang tak puas hati tu kerana dia selalu naik flight. Banyak airline company dia dah naik, sebab tu boleh compare dan komen macam-macam. Tapi kami ni jenis tak kisah sangat. Walaupun tau Air Asia tu sempit, tapi pada kami yang penting adalah dapat tiket flight yang murah. Hehe.. Penah saya bergurau bagitau kat wife saya, kalau MAS bagi tiket separuh harga gi Europe tapi kena duduk bersila dalam flight pun saya sanggup. Dapat pergi Indonesia separuh harga tapi berdiri sepanjang perjalanan pun takde masalah. Tapi berdiri untuk flight bawah 2 jam je boleh la. Hehehe.. Sampai macam tu sekali. It's all about cheap flight tickets and a safe journey.. Itu dah cukup baik pada kami.

Kerusi yang agak selesa di dalam flight Air Busan
Ruang kaki yang luas dan agak jauh dari kerusi depan. Best..
Jam 5.35 petang flight kami berlepas ke Jeju Island. Kami cuma dihidangkan dengan fruit juice untuk perjalanan selama sejam. Tak hidang pun takpe. Hehe.. Naik flight lebih bagus berbanding dengan naik feri yang mengambil masa separuh hari. Huhu.. Beza tiket takdelah banyak sangat. Kalau banyak masa dan nak rasa romantic leisure boleh la naik feri. Tak perlu nak kejar masa macam kami ni. Spend masa semaksimum yang boleh kat Jeju Island.

Inside Air Busan Flight BX8135
@ Jeju International Airport

Jam 6.30 petang flight Air Busan BX8135 mendarat di Jeju International Airport dengan selamatnya. Disebabkan flight tak penuh, pergerakan keluar dari flight lebih cepat. Sempat lagi wife saya bergambar kenangan dengan stewardess yang menjaga pintu flight. Sama seperti di Busan, kami kena naik shuttle bus untuk masuk ke dalam terminal. Sampai di terminal, kami terus ke bahagian baggage claim. Tak tahan lapar dah ni. Huhu..

Air Busan flight BX8135 from Gimhae International Airport to Jeju International Airport
Malu-malu K-Pop pulak stewardess ni. Heheh..
Tq Air Busan!.. Will see u again in 2 days time!..
Dalam shuttle bus menuju ke terminal
Menunggu beg keluar di baggage claim area
Selesai amik beg, seperti biasa kami mesti keluar dari terminal dulu untuk layan angin Jeju Island buat pertama kali. Lepas tu masuk balik ke dalam terminal mencari Lotteria untuk dinner kami. Sambil tu saya mencari juga kaunter kereta sewa. Nanti senang nak cari lepas makan nanti. Dalam booking saya pilih jam 8.00 malam untuk amik kereta. Sempat pegi makan dulu.

Amik angin dulu..
Tourist Information di Jeju International Airport
Ada mall kat dalam terminal ni
Walupun terletak di pulau, Jeju International Airport adalah airport yang kedua terbesar di Korea selepas Incheon di Seoul. Kami naik hingga ke Tingkat 4 mencari Lotteria. Akhirnya kami berjumpa. Dari blog yang saya baca, ramai tourist muslim yang makan di Lotteria. Tapi cuma shrimp dan squid burger bersama fries je lah. Lotteria adalah fast-food chain yang terbesar di Korea. Lebih besar dari McDonalds dan KFC. Kami order set Shrimp Burger dan Wild Shrimp burger yang berharga KRW12,600. Alhamdulillah, kenyang perut kami untuk malam ni.

Lotteria di Jeju International Airport
Ini je pilihan yang ada..
Selesai makan, kami terus ke kaunter sewa kereta di tingkat bawah. Nasib baik tak ramai orang yang berada di kaunter. Saya tunjuk salinan sewa kereta yang saya booking masa di KL. Nak cakap banyak pun tak faham. Huhu.. Rupanya staff tu tau speaking. Mestilah kena tau, dah tentu tourist yang nak sewa kereta kan. Hihi.. Staff tu mintak saya tunjukkan passport dan setelah puas hati, dia tunjukkan kami shuttle bus yang kami kena naik untuk ke tempat kereta sewa. Kami menunggu tak sampai 5 minit, shuttle bus pun sampai. Cuma kami dan sorang lelaki je yang naik shuttle bus ni. Driver bus terus bawa kami ke tempat sewa kereta yang tak berapa jauh dari airport. Saya pulak dah rasa teruja nak bawak kereta kat Jeju Island ni. Memang dah pernah bawak kereta sewa kat oversea sebelum ni, cuma kali ni left-hand drive. Entah camna la agaknya saya nak sesuaikan diri dengan pemanduan belah kiri ye. Harap-harap cepatlah boleh catch-up. Huhu..

Banyak pamphlet tentang Jeju Island yang boleh amik kat sini
Booking and passport verification process @ car rental help desk. Settle!.. 
KT Kumho Shuttle Bus
@ Jeju Auto House

Tak sampai 5 minit perjalanan, tepat jam 8.00 malam kami sampai di Jeju Auto House. Tempat ni sebelah dengan airport je. Kami masuk ke dalam dan saya ambil nombor giliran. Tak sampai seminit nombor saya naik. Ada 2 orang je customer kat situ, sebab tu la cepat. Hehe.. Staff yang menjaga kaunter boleh speaking, memudahkan saya untuk bertanya soalan. Masa saya booking kereta, saya mintak GPS in English tapi malangnya tak ada. Saya cuba nasib lagi sekali. Mana la tau, tetiba ada penyewa dah return GPS in English. Negative, still tak ada. Huhu.. Nasib baik saya dah standby awal-awal masa booking haritu. Sebagai alternatif lain jika takde GPS in English, saya study google map. Google map kurang membantu sebab Jeju Island tak boleh nak tengok 3D live view macam di Jepun. Saya cari option yang lain. Akhirnya saya dapat tau Waze boleh digunakan di Jeju Island! Yeay.. Tapi ada kekurangan jugak sebab map Jeju Island agak limited dalam Waze. Dapat bantu sikit-sikit pun dah kira ok dah. Hehe.. Sebagai tambahan info, saya tulis siap-siap alamat tempat yang saya nak pergi dalam itinerary. Nombor telefon pun saya tulis sebab katanya kalau guna GPS in Korean, taip je nombor telefon, dia akan bawak kita ke destinasi tersebut. Entah ye ke tidak, saya cubalah mana-mana option yang ada asalkan sampai tempat yang dituju. Huhu..Yang penting kami takkan keluar dari Jeju Island walau sesat macam mana sekalipun. Hehehe..

Shuttle bus route from Jeju International Airport to KT Kumho rent-a-car (Jeju Auto House)
Sampai sudah di Jeju Auto House
Kat kaunter amik kereta
Ruang menunggu. Takde yang sedang menunggu pun.. 
No. giliran. Translate: Anda akan dilayan sebentar lagi. Hihi
Proses penyewaan kereta berjalan dengan lancar..
Perjanjian sewa kereta. Nasib baik dalam English. Senang sikit nak faham. Hehe
Setelah selesai urusan di kaunter, kami dibawa ke bahagian tepi bangunan untuk amik kereta sewa di parking lot. Ada 2 orang staff yang membantu kami. Tapi mamat 2 orang ni tak pandai speaking. Setakat tolong angkat barang dan tunjuk apa yang patut kat dalam kereta tu. Huhu.. Kami check keseluruhan kereta. Kami dapat kereta yang sama masa saya booking aritu, iaitu Kia Morning. Kereta ni takde kat pasaran Malaysia, tapi amat cantik. Saiz dan bentuk lebih kurang macam Myvi. Yang penting kereta baru dan amat selesa untuk kami berdua jalan-jalan sepanjang sehari setengah kat Jeju Island ni. Rules sewa kereta kat sini, minyak yang diberi full. Maknanya masa return kena isi full juga. Kalau tak isi nanti kena extra charge. Daripada kena charge nilai yang merapu, baik isi sendiri. Kena ingat tu..

Sedang belajar cara pemanduan.. Risau pun ada. Huhu..
Nice GPS.. Yang kurang nice dalam bahasa Korea. Pening..
Selesai cek semua condition kereta, dengan lafaz bismillah dan doa naik kenderaan, maka bermulalah pengalaman pertama dalam hidup saya memandu di sebelah kiri. Perlahan betul saya bawak. Huhu.. Baru lagi. Tengok esok camna. Hehe.. Sebelum gerak tadi, saya tunjukkan pada staff tu alamat Art Airport Guesthouse dan dia tolong setkan dalam GPS. So, takde masalah la nak ke sana. Cadangan asal nak jalan-jalan dulu kat kawasan sekitar untuk sesuaikan diri dengan kereta left-hand drive ni. Tapi disebabkan cuaca gelap dan badan pun dah penat, jadi kami terus menuju ke Art Airport Guesthouse. Esok bila dah terang baru berani sikit kot. Huhu.. Wallahualam..

Serius sebelum memulakan pemanduan di sebelah kiri. Hahah..
Driving route from KT Kumho rent-a-car (Jeju Auto House) to Art Airport Guesthouse
@ Art Airport Guesthouse

Biar lambat asal selamat. Hehe.. Kami tiba di Art Airport Guesthouse jam 8.45 malam. Staff perempuan yang menjaga front desk sambut kami dengan begitu mesra sekali. Dia cuba speaking walaupun tak berapa fasih. Yang penting kami faham apa yang nak dia sampaikan. Hehe.. Dia pun cerita la sikit pasal guesthouse rules dan info tentang Jeju Island. Saya tanya kat Jeju Island ada salji turun tak. Dia kata kadang-kadang salji turun jugak kat kawasan bandar, tapi kalau kat area bukit mesti ada. Kalau nak merasa salji turun dari langit boleh la pegi kat atas bukit awal-awal pagi. Bila matahari dah naik, dapat merasa salji kat tanah je la. Ok, esok kami cuba keluar seawal pagi yang boleh. Misi ke Korea kena selesai. Dah la masa mendarat kat Busan semalam tak sempat sebab beg lambat keluar. Huhu.. Kami diberi bilik di Tingkat 6 yang ada bilik air sendiri seperti yang saya pilih masa booking aritu. Takkan la nak duduk dorm berasingan atau berkongsi dengan orang lain. Kalau solo trip takde masalah. Breakfast disediakan tapi hanya roti, jem dan air panas. Cukup la tu. Jangan memilih. Serunding yang kami bawa sedap jugak makan dengan roti. Hehe..

Art Airport Guesthouse via Booking.com @ KRW120,000 for 2 nights
Bilik kami di Art Airport Guesthouse. Cukup selesa untuk kami berdua..
Bilik yang kami dapat amat bersih, luas dan selesa. Lantai diperbuat dari kayu. Takdelah rasa sejuk sangat berbanding lantai simen atau jubin. Bila musim winter lantai pun kemain sejuk kalau takde carpet atau heater. Huhu.. Masa untuk bersihkan diri. Bila tengok tuala yang diberi, saya buat satu kesimpulan. Masa kat Top Motel Busan kami dapat tuala kecik je. Sama macam saiz tuala muka. Ingatkan sebab ianya love motel, maka saiz tuala pun kecik la. Bila kat Art Airport Guesthouse rupanya sama jugak. Huhu.. Nak buat camna. Pakai je la sampai lenjun. Kami memang tak pernah bawak tuala kalau gi oversea. Biar kecik dari takde terus. Masa ni la teringat kedai tuala yang kami lalu masa jalan kat Gukje Market semalam. Kenapa la tak beli ye. Yang kami beli kacang pistachios kat kedai sebelah. Hehe..

Besar ni je tuala yang diberi. Huhu.. Sedihnya..
Selesai bersihkan diri dengan tuala yang super comel tu, kami menyusun barang-barang dalam beg. Setting barang untuk dibawa berjalan sepanjang hari esok. Setiap malam kami janji kat anak-anak untuk call diorang. Simcard Korea kami tak beli. Tapi pocket wifi kan ada. Kami guna video call via Skype untuk bercakap dengan anak-anak. Lagi best sebab dapat tengok muka diorang. Kami ni agak 'rabun IT'. Tak buta lagi sebab tau la jugak sikit-sikit. Hehe.. Teknologi video call yang dah berzaman ada kat dunia baru kami cuba. Phone canggih tapi mainly guna untuk call, sms, whatsapp dan fb je. Main game pun jarang. Tak berbaloi beli phone mahal. Huhu.. Selesai melapor diri kat anak-anak, kami keluar ke ruang tamu untuk buat air. Layan makan roti cicah dengan serunding sambil tengok TV yang satu hapa pun kami tak paham. Hehe..

Milo panas + roti cicah serunding = Lazatss..
Banyak jugak roti dan serunding yang kami makan. Kalau kat Malaysia, 2 keping roti pun susah nak habis. Musim sejuk memang lain macam selera makan. Hehe.. Milo yang panas, tak sampai 5 minit dah jadi suam. Itu air panas. Kalau air suam dah tentu jadi milo sejuk. Kalau air sejuk pulak dah tentu jadi milo ais. Hehe.. Perut dah kenyang, kami berehat kat dalam bilik sambil merancang tempat yang nak dituju esok pagi. Kalau keluar awal pagi ada harapan nak pegang salji yang turun. Pengalaman pertama yang kami nantikan. Jam 11.00 malam kami tidur. Menantikan esok hari yang penuh dengan aktiviti di Jeju Island. Wallahualam..

Kia Morning bakal bekerja keras esok hari..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Lotteria                        : RM40.30
  - Art Airport Guesthose  : RM384.00
  - Jumlah                         : RM424.30

**Day 02 Expenses: RM537.90

8 comments:

  1. Salam..nk tmya..pasal Air Busan,bln 8 sy ada book ticket dri Air Busan, tp skrg, bila saya nk check balik booking saya, dekat puchase history, xda la..kenapa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam apple_green
      Lepas saya buat payment thru online, saya print out resit pembayaran dan no booking tu. Masa di sana baru saya tunjukkan resit tu untuk dapatkan boarding pass. Saya tak pernah check dekat purchase history. Ada simpan lagi resit tu? Boleh guna sebagai bukti pembelian. Option lain, boleh terus email kepada Air Busan. Hope it helps. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
    2. Yg ticket notification puchase ke?tunjuk yg 2 je ek?

      Delete
    3. E-Ticket Receipt. Separuh kertas A4 je saiz dia bila print..

      Delete
  2. kami yg baca ni pun terbayang2 tahap lapar sepanjang trip sementara nak sampai lotteria. fuhhh

    kat sana bila mkn serunding mesti rasa mcm mkn ayam goreng sbb susah nak dpt mknn halal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim sejuk memang cepat lapar.. Huhu.. Memang berbaloi bawak serunding dari Malaysia. Bukan setakat rasa macam ayam goreng, macam-macam boleh rasa bila mengunyah tu. Hihi.. Setakat seafood boleh je nak makan, yakin dengan tak je. Nak try makan sotong hidup pun boleh. Menggeletik sotong tu dalam pinggan. Huuu..

      Delete
  3. salam, nak tanya, untk kereta sewa dkt jeju tu kene bayar cash ke pakai credit card?? mcm mana nak apply gps untk kereta yg kita booking?? terima kasihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna kredit card untuk sewa kereta di Jeju Island. GPS tu kena apply awal masa booking kereta. Saya agak lewat, jadi dapat GPS bahasa Korea. Menangis jugak la nak setting. Terpaksa cari wording tempat dalam tulisan Korea dan set kat GPS tu. Hehe.. Alhamdulillah sampai juga tempat yang dituju. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete