Thursday, 20 August 2015

JJCP Korea: Day 03 (Part #1)

Tarikh:
10 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Yongduam Rock - Mysterious Road - Jeju Love Land - Eorimok - 1100 Highland Resting Area - Georinsaseum Observatory - Jusangjeolli Cliff - Seongeup Folk Village

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.15 pagi kami dah bangun. Bersiap-siap untuk explore Jeju Island. Hari ni je yang ada untuk melawat tempat yang menarik di pulau ni. Tak cukup sebenarnya nak jalan-jalan di Jeju Island dalam masa sehari. Tambahan pulak waktu siang singkat. Saya susun perjalanan di Jeju Island supaya jadi satu loop yang besar mengelilingi pulau dan melalui tempat menarik untuk dilawati. Dah la google map tak membantu langsung kat Jeju Island ni. Huhu.. Nak guna GPS pun tak berapa nak faham. Nasib baik Mr Waze dapat membantu sikit perjalanan kami. Apa-apa pun kita breakfast dulu sebelum memulakan perjalanan..

Roti dan kopi sebagai alas perut..
Selesai breakfast, jam 8.00 pagi baru kami turun ke bawah. Cadangan semalam nak bangun awal-awal pagi untuk lihat salji yang turun kat area bukit. Cadangan tinggal kenangan je la. Hehe.. Cuaca di luar agak mendung. Mesti pagi tadi salji turun kat area bukit. Takpelah, takde rezeki nak tengok. Penangan tidur dengan selimut tebal ketika cuaca sejuk memang layan. Huhu.. Kami mulakan perjalanan dengan memandu Kia Morning. Saya dah mula yakin memandu di sebelah kiri. Destinasi pertama kami adalah ke Yongduam Rock, sebab paling dekat dengan guesthouse. Let's jom!..

Good morning Kia Morning!..
Nampak macam tau je guna GPS dalam bahasa Korea ni kan. Huhu..
@ Yongduam Rock

Kami cuba guna GPS tapi rasa macam tak yakin je sampai tempat yang dituju. Huhu.. Wife saya bukak Waze dan menjadi co-pilot penunjuk arah. Banyak kali jugak tersilap masuk simpang. Nasib baik awal pagi, kereta tak banyak lagi atas jalanraya. Kat Jeju Island ni banyak lorong kecil dan sempit. Sebab tu banyak kali terlepas simpang. Huhu.. Hampir 20 minit memandu, akhirnya kami sampai di Yongduam Rock. Berjaya juga sampai di destinasi pertama kami. Yeay!.. Kami berhenti di kawasan parking yang luas. Ada pondok bayaran parking kereta, tapi masa kami masuk takde pulak kena tahan. Mungkin nak keluar nanti kena bayar parking kot. Kami berjalan dari kawasan parking ke tebing laut untuk melihat Yongduam Rock. Di pintu masuk kelihatan patung batu yang dinamakan Dol Hareubang. Patung ni amat famous di Jeju Island. Ianya simbolik kepada unsur kesuburan dan menurut kepercayaan orang di sini, Dol hareubang berfungsi sebagai penjaga kawasan dari dimasuki oleh makhluk halus yang jahat. Entah ye atau tidak tapi kita sebagai pelancong haruslah menghormati kepercayaan orang lain. Cantik jugak patung Dol Hareubang ni. Kalau ke Jeju Island jangan lupa beli sebagai souvenirs. Hehe..

Driving route from Art Airport Guesthouse to Yongduam Rock
Signboard Yongduam Rock
Kat hujung tu tempat untuk melihat Yongduam Rock
Dol Hareubang sebagai penjaga kawasan
Tak sah kalau tak beli patung Dol Hareubang di Jeju Island
Hanya satu bas pelancong yang ada masa kami sampai. Senang sikit nak bergambar sebab tak crowded lagi. Hehe.. Yongduam Rock atau dikenali sebagai Dragon Head Rock adalah formasi batu yang terhasil dari arus angin dan air laut yang kuat sehingga batu tersebut berbentuk seperti kepala naga. Banyak versi cerita lagenda dan mitos tentang batu ni. Realitinya kita akan nampak batu yang berbentuk seperti kepala naga yang memandang ke langit. Apa yang buat kami datang ke sini adalah kerana takde bayaran masuk dikenakan untuk tengok Yongduam Rock ni. Hihihi..

Pemandangan Yongduam Rock dari angle yang sesuai.
Patung mermaid ni for sure bukan terjadi dari angin dan air laut. Hehe..
Hanya 10 minit je kami berada di Yongduam Rock. Jam 8.55 pagi kami bergerak menuju ke bandar Seogwipo yang terletak di bahagian selatan Jeju Island. Perjalanan untuk ke sana kena melalui jalan berbukit di Hallasan National Park. Ada banyak tempat yang boleh disinggah sebelum sampai ke Seogwipo. Hentian kedua kami adalah di Mysterious Road yang terletak di kaki bukit sebelum melalui Hallasan National Park. Di kawasan situ juga terletaknya Jeju Love Land, a sex themed park. Kami kena melalui bandar di Jeju sebelum masuk ke simpang untuk ke Hallasan National Park.

Setting Mr Waze dulu sebelum bergerak
Pemandangan bandar di Jeju sebelum menuju ke jalan bukit Hallasan National Park
Banyak signboard yang menunjukkan tempat-tempat menarik di Jeju Island, tapi semuanya dalam tulisan Korea. Kadang-kadang rasa tak yakin je Waze ni tunjuk arah. Huhu.. Untuk kepastian, saya cari signboard untuk ke Eorimok, iaitu kawasan yang terletak di atas bukit. Kami ikut arah signboard ke Eorimok sehingga jumpa satu simpang yang tertulis Jeju Love Land. Haa, kira betul dah jalan yang kami lalu. Hihi..

@ Mysterious Road

Driving route from Yongduam Rock to Mysterious Road
Hampir setengah jam jugak kami memandu untuk sampai ke Mysterious Road dari Yongduam Rock. Kami parking kereta di tempat yang disediakan dan berjalan di kawasan Mysterious Road. Ramai jugak tourist yang ada di situ. Kebanyakannya tourist dari China mainland. Kami berjalan ke arah jalaraya yang dikatakan misteri sepanjang 100 meter tu. Jalan nampak berbukit, tapi kereta boleh bergerak naik bukit dengan gear neutral. Inilah yang dikatakan fenomena ilusi optik. Ada yang letak botol atas jalan, tengok bergolek naik ke atas. Ada jugak yang tuang air atas jalan, tengok ke mana air tu mengalir. Masing-masing agak jakun juga tengok fenomena tu. Kami pun sama le jugak. Hihi.. Kawasan sekitar yang berbukit juga main peranan dalam fenomena ilusi optik ni. Ada banyak lagi kawasan macam ni atau dipanggil gravity hill kat dunia ni. Kalau kat Malaysia boleh pergi ke Keningau, Sabah.

Banyak gerai jualan di sekitar Mysterious Road
The start and the end of the Mysterious Road @ Jeju Island
Patung dan monumen yang ada di kawasan sekitar Mysterious Road
15 minit kami berdiri di tepi jalan melihat kenderaan yang bergerak sendiri menaiki bukit. Lepas tu kami berjalan sikit ke Jeju Love Land yang terletak berhampiran dengan Mysterious Road. Tempat ni adalah khas untuk orang dewasa yang ingin melihat hasil seni pelajar universiti di Korea. Semuanya berkenaan seks!. Huhu.. Budak-budak memang tak sesuai masuk tempat ni. Ada disediakan bilik khas untuk kanak-kanak bermain sambil parents berjalan di dalam taman. Tapi kalau anak-anak jenis tak boleh berjauhan dengan parents, baik takyah datang terus. Hehe.. Takut parents teruja kat dalam tu sampai berjam-jam pulak kang susah pulak jadinya. Tempat ini tidak sesuai kepada yang sensitif. Tambahan pulak pegi dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan. Lain pulak jadinya nanti. Manusia kan kuat berimaginasi. Hehe.. Kepada yang cintakan seni dan keunikan, tempat ini adalah sesuai untuk dilawati.

@ Jeju Love Land

Locations of Mysterious Road and Jeju Love Land
Jam 9.40 pagi kami dah berada di depan pintu masuk ke Jeju Love Land. Kami terus ke kaunter untuk beli tiket yang berharga KRW9,000/person. Kami masuk kerana kami rasakan taman ni amat unik dan takkan ada di Malaysia. Kebetulan tak ramai pun tourist yang ada hari ni. Takdelah rasa malu sangat. Hehe.. Lagipun suami isteri yang masuk, apa nak malunya. Sex is a one type of education. Otak tu jangan kotor sangat ye sampai pikir yang bukan-bukan. Hihi.. Pengalaman baru pun muncul ketika masuk ke dalam Jeju Love Land..

Di luar Jeju Love Land
Di kaunter tiket. Takde orang lain pun yang beratur. Hihi..
Baru beberapa langkah masuk ke dalam Jeju Love Land, kami melihat banyak patung yang berkonsepkan seks. Kadang-kadang terpikir jugak saya, kenapa la nak buat patung macam ni ye? Kan ke banyak lagi patung yang boleh dibuat. Itulah yang uniknya. Manusia ni ada macam-macam idea dan imaginasi. Mungkin ini diantara konsep yang terdetik pada budak-budak universiti sampai sanggup buat bermacam jenis patung seksual. Kawasan Jeju Love Land ni agak luas dan lebih kurang 140 sculptures berkenaan seks dipamerkan di sini. Mau amik masa dalam sejam jugak kalau nak explore keseluruhan taman ni. Kami berjalan dan melihat kesenian yang dipamerkan. Macam-macam gaya patung-patung ni. Pelik ada, kelakar pun ada. Huhu..

Tu tanda anak panah ke apa tu? Hihi..
Map dalam taman. Besar juga tempat ni..
Antara patung bertemakan seks yang ada kat dalam Jeju Love Land. For 18 years and above only ye. Hihi..
Kat dalam taman ni ada 2 bangunan galeri yang berunsur seks. Kami cuma masuk ke salah satu bangunan je. Terdapat aksesori berkaitan seks yang dipamerkan di dalam galeri. Kedai menjual barang-barang seksual pun ada. Bukan setakat barang-barang, tayangan video tentang seks pun ada. Huhu.. Tapi kami tak tengok pun video tu. Takut makan masa pulak kat sini. Banyak lagi tempat nak explore. Setakat dapat pengalaman dan ilmu sikit-sikit cukuplah. Yang lain boleh belajar sendiri. Google kan ada. Hihihi..

Pintu masuk ke galeri pertama
Ruang pameran dan kedai menjual aksesori seks di tingkat bawah galeri
Di tingkat atas galeri . Patung kecik dalam kaca menceritakan tentang imaginasi harian berkaitan seksual..
Jam dah menunjukkan pukul 10.15 pagi. Tak sedar dah lebih setengah jam berada kat dalam Jeju Love Land ni. Huhu.. Daripada imaginasi menjadi bertambah buruk, kami keluar dari galeri dan berjalan ke pintu keluar sambil amik gambar patung yang kami lalu. Cukuplah ilmu selama setengah jam kat dalam ni. Kalau banyak masa di Jeju Island, takde masalah nak duduk berjam-jam dalam Jeju Love Land ni. Yang penting kami dah merasa pengalaman berada di alam Love Land yang tak mungkin wujud di Malaysia. Ia bukanlah satu pengalaman yang besar dan penting, tapi akan tetap menjadi kenangan kami sampai bila-bila.

Galeri yang kedua. Cuma bergambar di luar je..
Bergambar kenangan di Jeju Love Land
Good-bye Jeju Love Land!.. What an experience!..
Habis dah cerita 18 tahun ke atas. Hihi.. Keluar dari Jeju Love Land, kami berjalan semula ke parking kereta di Mysterious Road. Saya memandu terus ke arah Hallasan National Park. Jalan agak kecil dan banyak selekoh. Dah macam jalan dari Seremban ke Kuala Klawang je rupanya. Huhu.. Kelihatan ais salji di tepi jalan. Saya set map dalam Waze menuju ke Seogwipo. Entah macamana saya boleh terasa yang kami dah terlepas simpang sebab hampir 3 km jalan yang kami lalui menuruni bukit dan ais salji pun dah takde kat sepanjang jalan. Memang ada 2 jalan di Hallasan National Park ni untuk ke Seogwipo. Jika set pada Waze, dia akan bagi route yang paling dekat, tak lalu puncak bukit. Boleh terlupa pulak nak tengok signboard ke Eorimok. Saya berhenti dan buat u-turn. Akhirnya jumpa simpang menuju ke Eorimok. Camna boleh terlepas tadi? Masih teringat pasal Love Land kot? Huhu.. Nasib baik baru 3 km. Kalau dah sampai Seogwipo memang takkan patah balik dah.

Dol Hareubang 'penjaga' Mysterious Road.
Lagi 8 km nak sampai Eorimok
Ais salji mula kelihatan di sepanjang jalan
Rumah tempat saya buat u-turn sebab ais salji dah takde. Huhu..
Inilah simpang yang kami terlepas tadi.. Ada pondok polis di situ..
Ada satu pondok polis di simpang masuk ke Eorimok. Mungkin polis disitu menjaga keadaan jalan naik ke atas. Jika salji tebal jalan akan ditutup. Tapi alhamdulillah masa kami lalu jalan untuk ke puncak dibuka. Saya memandu perlahan sampai ke puncak sebab nampak salji yang ada di tepi jalan agak tebal juga. Takut kalau jalan licin dan terbabas. Huhu.. Masa sewa kereta semalam, company tu ada bagi rantai untuk diikat pada tayar jika lalu jalan bersalji. Ada rantai pun kalau tak tahu pakai buat apa. Huhu.. Sambil memandu tu risau jugak saya kalau kat atas puncak nanti salji penuh atas jalan. Kena tengok kat youtube cara pemakaian rantai tayar la nampaknya.

Salji tebal di sepanjang jalan menuju ke puncak
@ Eorimok

Sambil menikmati pemandangan bersalji di sepanjang jalan yang berbukit, jam 10.55 pagi kami sampai di persimpangan Eorimok. Eorimok adalah tempat popular untuk kaki hiking di Hallasan National Park. Hallasan Mountain adalah gunung yang tertinggi di Korea dan ianya terletak di Jeju Island!. Jika salji tebal dan kereta pulak takde rantai tayar, ada kawasan parking di simpang dan hiker boleh berjalan dari situ untuk ke Eorimok. Kami berhenti kejap untuk ambil gambar. First time merasa pijak salji yang tebal. Huhu.. Pemandangan serba putih. Ada tourist yang tak suka pergi time winter sebab pemandangan semuanya sama je. Putih mata memandang. Tapi bagi tourist yang datang dari negara yang takde 4 musim macam kami ni, inilah masanya untuk merasai pengalaman yang memang takkan dapat di negara sendiri.

Driving route from Mysterious Road to Eorimok
Simpang ke Eorimok. Kita park dulu kat sini..
Pemandangan Hallasan Mountain dari bawah..
Melayan salji tebal di kawasan Eorimok. Sejuknyaa.. Huhu..
@ 1100 Highland Resting Area

Dah puas amik gambar, kami teruskan perjalanan. Dalam 10 minit perjalanan, kami tiba di 1100 Highland Resting Area. Tempat ni adalah kawasan yang paling tinggi boleh dinaiki oleh kenderaan. Kami berhenti dan berjalan di kawasan sekitar. Ada satu trail disitu iaitu 1100-Altitude Wetland Nature Discovery Trail. Trail ni kurang sesuai kalau jalan time winter sebab pathway dipenuhi salji. Rasanya kalau pergi musim lain, boleh nampak sungai dan pokok yang cantik kat situ. Time winter sungai nampak macam longkang tepi rumah je. Huhu.. Kami pun jalan la ikut trail tu dalam beberapa meter, bagi cukup syarat je. Hehe.. Kemudian, kami masuk ke dalam kedai yang ada di situ. Ada cafe dan barang souvenir yang dijual. Kami cuma cuci mata je..

Driving route from Eorimok to 1100 Highland Resting Area
Sudah sampai di 1100 Highland Resting Area
Starting point 1100-Altitude Wetland Nature Discovery Trail
Pemandangan yang serba putih di 1100-Altitude Wetland Nature Discovery Trail
Bangunan kedai yang menempatkan cafe dan jualan souvenirs
Dol Hareubang lagi..
Antara barangan souvenirs yang dijual
Banyak juga kereta yang singgah di sini
Memang tebal sungguh salji kat sini..
@ Georinsaseum Observatory

Jam 11.40 pagi kami meneruskan perjalanan menuruni bukit. Makin lama salji makin kurang di tepi jalan. Tak sampai 10 minit perjalanan, kami singgah sebentar di Georinsaseum Observatory. Dari sini kami dapat melihat pemandangan bandar Seogwipo. Itu yang bestnya naik kereta, boleh berhenti kat mana-mana yang kita suka. Kami berhenti sebab teringatkan cerita KKKK. Diorang ada buat mini games kat sini. Main baling guli. Hehehe.. Team Myo dan Wak Doyok kalah dan kena belanja minum kopi kat kedai di situ. Ntah apa-apa game yang diorang buat dalam KKKK tu. Tapi syok jugak tengok. Kelakar.. Hihi..

Driving route from 1100 Highland Resting Area to Georinsaseum Observatory
Kita stop kat sini kejap..
Pemandangan sekitar Georinsaseum Observatory
Tempat KKKK main guli.. Meniru gaya diorang. Hehe..
Selesai bergambar, jam 11.55 pagi kami meneruskan perjalanan menuruni bukit. Lokasi seterusnya adalah menuju ke Seogwipo. Ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sini. Tapi kami cuma pilih mana yang bersesuaian dan yang paling penting bayaran tiket murah. Hehe.. Sepanjang perjalanan, kami nampak banyak ladang buah limau mandarin yang dikenali sebagai Hallabong Orange. Ingatkan masa winter takde musim buah. Boleh la merasa sebijik dua nanti. Katanya Hallabong orange ni rasa dia tak macam oren biasa yang kita makan. Bentuk dia pun lain dari oren biasa. Nak bawak balik Malaysia macam tak logik pulak. Lagipun selalunya buah yang menjadi specialty sesuatu tempat, hanya sedap makan disitu je. Macam jagung mutiara kat Cameron Highlands. Bawak balik KL rasa terus jadi lain. Faktor cuaca sejuk main peranan agaknya. Kat sini buah oren ni selain makan macam tu je, ianya dibuat coklat. Haa, kalau coklat boleh bawak balik bagi souvenir kat family dan kawan-kawan. Hehe..

Gaya seorang co-pilot.. Huhu..
Kami ikut route ke Jungmun. Harap betul lah..
Pemandangan ladang buah Hallabong orange di sepanjang jalan..
@ Jusangjeolli Cliff

Kami memasuki bandar Jungmun. Berpandukan Mr Waze, kami menuju ke Jusangjeolli Cliff, salah satu tourist spots yang popular di kawasan ni. Jam 12.15 t/hari kami dah tiba di kawasan parking Jusangjeolli Cliff. Agak banyak juga tourist bus yang parking kat situ. Dari parking, kami berjalan ke kaunter tiket melalui beberapa kedai yang menjual souvenir dan Hallabong orange. Kami beli tiket yang berharga KRW2,000/person dan berjalan menuju ke tepi laut. Sama seperti di Yongduam Rock, pemandangan yang kami lihat adalah formasi tebing laut yang berbentuk kiub dan bertingkat-tingkat. Macam ada 'orang' susun je batu-batu tu. Huhu.. Sebenarnya ia adalah hasil dari lava gunung berapi Hallasan Mountain yang mengalir ke laut pada zaman dulu. Selain dari tengok tebing batu tu, kat sini ada taman mini yang penuh dengan replika hidupan laut. Kat sini juga ada pathway untuk sesiapa yang nak trekking kat tepi laut. Kami dapat tengok tebing tu cukup la. Hihi.. Tourist agak ramai, nak amik gambar angle yang sesuai pun susah. Ada ruang dan peluang terus kami bergambar. Hehe.. Selesai bergambar, kami berjalan semula ke taman mini. Ada beberapa orang berniaga kat situ. Sorang makcik ni jual siput (tak pasti siput apa). Selamba je dia kopek kulit siput yang keras dan keluarkan isi. Mungkin dah lama dia buat keje camtu, sebab tu nampak pro je. Saya teringin jugak nak makan, nak tau camna rasa siput tu. Tapi rasa was-was lebih kuat pulak. Yang dapat cuma rasa seronok je tengok makcik tu keluarkan isi dari siput. Hehe..

Driving route from Georinsaseum Observatory to Jusangjeolli Cliff
Deretan kedai di pintu masuk
KRW2,000/person. Yang tulis KRW10,000 tu tak tau apa dia. Huhu..
Arah ke Jusangjeolli Cliff (Jusangjeollidae)
Ada pathway untuk ke tebing laut
Jusangjeolli Cliff. Pemandangan sekitar amat cantik. Sungguh indah bumi Tuhan..
Selamba je makcik tua ni kopek siput yang keras tu. Huhu..
Kawasan taman mini dipenuhi dengan replika hidupan laut
Tengah pilih Hallabong orange
Boleh la nak beli souvenir dari Jusangjeolli Cliff kat sini
Inilah bentuk siput yang makcik tu kopek..
Jam 12.35 t/hari kami meninggalkan Jusangjeolli Cliff. Masa nak keluar dari parking tu kami dikenakan bayaran KRW500. Ingat free tadi. Heheh.. Kami meneruskan perjalanan merentasi bandar Seogwipo. Perut dah terasa lapar. Takkan nak makan Hallabong orange je kot. Dah la limau tu berasid, nanti lagi sakit perut dibuatnya. Huhu.. Dalam buku 'Korean Restaurant Guide for Muslim Visitors' yang saya amik masa Matta Fair haritu, ada satu restoran halal kat area Seogwipo. Saya cuba cari guna Waze tapi tak dapat. Guna GPS lagi la tak tau. Huhu.. Lastly saya search Seongeup Folk Village kat Waze sebab dalam buku tu kata restoran ni terletak 7 minit dari situ dan ke arah Ilchul Land. Harap dapat la jumpa, insyaAllah..

Kulit buku dan lokasi Wagaengi Restaurant di Seogwipo
@ Seongeup Folk Village

Kami sampai di Seongeup Folk Village jam 1.45 petang. Agak jauh juga perjalanan kami. Seongeup Folk Village adalah salah satu perkampungan zaman dulu yang masih wujud lagi. Penduduk di sini masih mengekalkan kehidupan harian sama seperti dulu kala. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat Seongeup Folk Village. Kami cuma lalu je kawasan kampung ni. Tak turun dari kereta pun. Sebenarnya dalam perancangan awal, ada beberapa tempat yang kami nak pergi di Seogwipo. Tapi disebabkan masa amat limited kerana keluar pagi tadi agak lewat, ditambah pulak dengan perut yang lapar, maka kami decide untuk terus gi makan dulu. Huhu.. 

Driving route from Jusangjeolli Cliff to Seongeup Folk Village
Jauh perjalanan luas pemandangan
Akhirnya jumpa sign ke Seongeup. Yeay!..
Keadaan rumah di Seongeup Folk Village.. Seperti berada di zaman dulu!..
Dari Seongeup Folk Village kami cuba mencari jalan untuk ke Ilchul Land, tapi Waze tak dapat nak recognise the location. Huhu.. Nak tanya orang dah tentu tak faham punya. Saya cuba tengok option jalanraya yang ada kat GPS. Dari situ cuma ada dua arah jalan je, ke utara atau ke timur. Saya yakin jalan ke timur sebab masih ingat lagi lokasi Ilchul Land dalam google map. Main ingat camtu je. Huhu.. Kalau lebih sepuluh minit drive tak jumpa-jumpa, maknanya salah jalan la tu. Hihi.. InsyaAllah jalan yang dipilih akan sampai ke Wagaengi Restaurant. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Jeju Love Land      : RM57.60
  - Jusangjeolli Cliff   : RM12.80
  - Parking                  : RM1.60
  - Hallabong Orange : RM32.00
  - Jumlah                  : RM104.00

4 comments:

  1. as salaam.. trip ke Jeju bulan Oct'2018 - tak dpt singgah Love Land sebab ank pempuan umur 18 ikut sekali - har har har. Ank n isteri dh 3x ke Jeju .. akan tambah trip ke sana in syaa Allah tp bulan lebih sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Orang dewasa ja sesuai masuk Love Land tu. Hehe.. Dah selalu ke Jeju, taknak cuba tempat lain pula ke? Anyway, tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Salam. Klau sy pergi jeju 12 mac 2020, agaknya ada tak jumpa snow kat tpi jln to hallasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Sepatutnya Mac dah masuk musim spring. Bergantung juga pada global climate. Mungkin ada lagi snow kat puncak tapi mungkin juga dah mula mencair. Wallahu 'alam.. The best month untuk main snow adalah Januari. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete