Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Bila tiket flight dah beli, barulah saya bersemangat nak mencari maklumat lanjut tentang Scandinavia. Banyak maklumat dari internet saya cari. Hotel, kereta sewa, landmarks, places of interest, makanan halal, masjid dan mana-mana maklumat yang dirasakan berguna semuanya saya cari dan study. Inilah antara kerja yang wajib dibuat kalau nak travel sendiri tanpa menggunakan travel agent. Nak budget punya pasal kan, terpaksalah berkorban masa. Huhu.. Kalau duit dalam bank sentiasa ada 6 atau 7 angka tak payah la nak buat kerja yang meletihkan ni. Bayar dan tunggu je la masa nak travel nanti. Paling pening pun masa nak pack barang dalam beg. Itupun tak pening sangat memandangkan semuanya dah diuruskan oleh travel agent. Pada saya, kalau la saya ada duit yang banyak pun rasanya saya nak travel sendiri. Bukan sebab kedekut nak budget bagai, tapi kerana life experience yang amat berbeza bila travel sendiri. Ia membuatkan kita lebih menghargai setiap masa yang digunakan ketika travel. Entah lah, saya sendiri tak pernah ada duit yang banyak pun. Jadi tak pasti bila kaya nanti nak travel macam mana. Mungkin bila dah tua dan tak larat saya akan guna juga travel agent. Alhamdulillah, buat masa ni badan masih kuat dan berani lagi untuk travel sendiri. Syukur..
|
Antara perkara utama dalam perancangan itinerary |
Lebih 2 bulan juga saya mencari maklumat tentang Scandinavia sebab bukannya setiap masa saya di depan komputer. Kerja harian lebih utama dan perlu diselesaikan dulu. Buku nota dan latihan murid kena semak dan kertas peperiksaan kena disiapkan. Lepas exam kena tanda paper pulak. Jadi kenalah susun elok-elok jadual harian supaya dapat curi masa sikit untuk study tentang Scandinavia. Selalunya masa tidur la yang menjadi korban. Daripada 5-6 jam menjadi 3-4 jam waktu tidur sebab nak cari maklumat punya pasal. Huhu.. Demi pengalaman hidup, sanggup mata merah setiap hari pergi kerja. Janji jangan tidur masa mengajar. Takut murid bagi nama Cikgu Shaari je. "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu... tidur. Mari kita main".. Hahah.. Maka dengan masa sejam dua yang ada setiap hari tu dapatlah saya kumpul maklumat tentang negara Scandinavia. Tu yang amik masa sampai 2 bulan tu. Huhu..
|
Lawak bola Cikgu Shaari. Hehe.. (Ihsan Google Images) |
Maklumat yang saya perolehi mengenai Scandinavia tak banyak berbanding negara Eropah yang saya dah pergi sebelum ni. Saya terfikir juga kenapa orang Malaysia tak ramai yang travel ke sana. Setakat London dan Paris tu dah menjadi kebiasaan. Terlalu common. Info punyalah banyak. Tapi nak dapat cerita dan maklumat tentang Scandinavia memang payah. Setelah saya kumpul segala maklumat berguna yang bakal saya share dalam blog ni saya dah buat satu kesimpulan awal tentang Scandinavia dan kenapa tak ramai orang pergi ke sana. Pertama, currency di Scandinavia dan harga barang di sana amatlah tinggi. No wonder kalau tengok harga pakej travel ke Scandinavia sampai berbelas ribu seorang untuk trip selama 2 minggu. Pergi London pun tak sampai berbelas ribu macam tu. Huhu.. Kedua, places of interest di Scandinavia tak banyak seperti di negara Eropah yang lain. Kat sana lebih kepada scenery trip. Kalau nak shopping sakan, Scandinavia bukanlah tempatnya. Ketiga, musim winter di Scandinavia amatlah sejuk especially di Norway. Nak berjalan pun tak best bila cuaca sejuk ni. Di tambah pula dengan waktu siang yang amat pendek. Jam 9.00 pagi baru nak siang dan seawal 3.00 petang dah mula gelap balik. Nak berjalan kene set time betul-betul supaya waktu siang yang pendek tu dapat dimanfaatkan semaksimanya.
|
Waktu sunrise dan sunset di Oslo. Kejap je siang dia kan? Huhu.. (Ihsan Google Images) |
Kesimpulannya, apa yang menarik tentang Scandinavia ni? Pada saya, setiap negara tu ada keistimewaannya tersendiri. Kalau di negara Eropah yang famous seperti London dan Paris mungkin kerana banyak landmarks dan tempat yang menarik untuk dilawati dan factory outlet yang membuatkan duit keluar macam air. Hehe.. Tapi di Scandinavia secara general lebih kepada suasana dan pemandangan yang cantik. Kira ada positif dan negatifnya. Positif sebab tak perlu nak shopping sakan habiskan duit. Negatifnya, duit yang tak shopping tu dibuat untuk perbelanjaan wajib kat sana seperti hotel, makan dan petrol sebab terlalu mahal. Hehe.. Tapi yang pentingnya saya dapat pengalaman hidup baru yang tak ternilai. Itu je tujuan saya nak pergi Scandinavia ni. Buat apa nak tengok Big Ben sampai 3-4 kali. Dapat tengok sekali dalam hidup pun dah cukup bersyukur. Macam Eiffel Tower tu dah 2 kali saya tengok. Kali kedua tu rasa macam local je sebab dah mahir dengan public transport kat Paris. Itupun sebab flight trip Western Europe saya turun di Charles de Gaulle Airport. Dah alang-alang turun di Paris, macam tak syok pulak kalau tak meronda, tambahan pula bawa Fa dan Abg Fikri yang pertama kali jejakkan kaki di bumi Eropah. 2 kali tengok Eiffel Tower, takde perubahan pun yang saya nampak. Hahah.. Lain lah kalau travel tempat yang sama banyak kali atas tujuan shopping dan berniaga. Yang tu pergi setahun 2-3 kali pun takpe sebab bisnes trip. Tapi untuk life experience, better find another place. Bumi Allah itu luas..
|
Paris 2012 dan 2015. Eiffel Tower tetap tak berubah. Hehe.. |
Dengan maklumat yang tak seberapa yang saya dapat cari, dah boleh la saya plan dengan lebih detail lagi. Kali ni nak bawak 4 orang kawan, jadi kena lah prepare itinerary sebaiknya. Paling penting semua puas hati dengan pengalaman hidup baru yang bakal diperolehi setimpal dengan bayaran yang dibuat. Kepada yang pernah ikut trip saya, mereka tau saya akan pastikan trip value for money. Kalau tak fikir budget, hotel 5 bintang kat puncak gunung saya boleh bookingkan. Hahah.. Semoga trip ke Scandinavia berjalan dengan lancar dan sempurna, insyaAllah.. Mungkin tak sempurna semuanya, tapi diharapkan berjaya dan mencapai objektif. Yang penting keselamatan diri di sepanjang perjalanan. Niat travel untuk mencari pengalaman hidup yang berguna. Moga dilindungi oleh-Nya. Wallahu ' alam..
No comments:
Post a Comment