Wednesday, 6 February 2019

Scandinavia: Maklumat berguna masih dicari..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Persiapan awal dimulakan dengan membuat draf route perjalanan harian di sana. Untuk perjalanan menggunakan public transport takde masalah. Yang perlu difikirkan adalah masa sewa kereta nanti. Saya kena pastikan semua destinasi cadangan dah dimasukkan dalam itinerary. Nampak macam mudah kan? Amat sukar sebenarnya sebab nak kena fikir sekali jarak perjalanan dalam sehari. Tak boleh terlalu jauh atau dekat sangat. Kalau jauh takut tak larat nak jalan atau drive. Kalau dekat pulak takut rugi banyak masa untuk cover tempat lain. Huhu.. Bukan setakat tu aje kena fikir. Waktu perjalanan pun kena ambil kira sebab waktu siang amat singkat. Maknanya bila sewa kereta nanti majoriti perjalanan dalam cuaca gelap. Itu belum fikir lagi pasal keadaan jalan raya kat sana time winter. Harap kereta tak sangkut dalam salji tebal. Huhu..

First time nak merasa pengalaman bawak kereta dalam salji. Huhu..

# TRAVEL PARTNER

Trip kali ni diserikan oleh 4 orang kawan saya iaitu Fa dan suaminya Abg Fikri serta Rama dan isterinya Sue. Fa kawan masa saya mengajar di sekolah lama dulu dan ini kali ke-3 dia dan suaminya join trip kami selepas Jepun dan Western Europe. Nampak sangat diorang dah serasi dan sesuai dengan cara travel saya. Rama pulak kawan masa saya belajar kat universiti dulu. Nama penuh Ramdhan, melayu tulen. Hehe.. Dari dulu lagi Rama nak ikut saya travel tapi tak berkesempatan sebab tarikh tak sesuai. Diorang mengajar kat Kota Kinabalu dan ada bisnes besar kat sana. Tu yang sibuk memanjang. Rama dan Sue pertama kali nak travel ke bumi Eropah. Hebat diorang, pertama kali travel ke Eropah terus ke Scandinavia. Hihi.. Saya dah explain kat dia, trip Scandinavia ni kos dia antara yang tertinggi di Eropah. Takut dia ingat semua negara Eropah kos tinggi macam ni. Lepas ni kalau dia ikut trip saya yang lain insyaAllah tak setinggi ini kosnya. Hehe.. Selamat datang ke dunia travel saya bro Rama dan sis Sue. Hope you guys enjoying Scandinavian adventures.

My travel partner for Scandiscovery trip 2018

# TEMA TRAVEL

Setiap kali saya travel mesti ada tema. Tema yang saya cipta adalah berkaitan tujuan utama dan modus operandi trip saya. Dalam post lama saya ada saya ceritakan tema travel untuk negara yang saya dah lawati. Contohnya ke South Korea pada 2014 adalah untuk merasai salji turun dari langit. Alhamdulillah berjaya. Hehe.. Kali ni trip ke Scandinavia saya dah set satu tema yang sesuai:

SCANDISCOVERY TRIP 2018
'The Unique & Magical of the Worlds'

Saya pilih tema ni sebab antara itinerary yang saya plan adalah untuk mencari sesuatu yang unik di Scandinavia seperti 'the longest, the oldest, the smallest, the first' dan macam-macam 'the' lagi. Hihi.. Antara website yang saya refer adalah Atlas Obscura. Harap dapatlah sampai ke semua tempat yang saya dah plan ni. Takut tak sempat je sebab waktu siang singkat. Andai kata sampai dah gelap pun layankan ajelah. Hehe..

Atlas Obscura banyak senaraikan tempat yang unik.

# TRAVEL ROUTE

Dari hari pertama hinggalah hari ke-5 tiada masalah sangat sebab guna public transport. Lepas turun flight di Copenhagen dari Helsinki nanti baru kena set betul-betul sebab terus sewa kereta dari airport. Tak tahu arah mana yang nak dituju dulu, sama ada clockwise atau anticlockwise route. Clockwise route bermula dari Denmark dan kemudian ke Sweden melalui Gothenburg, terus ke utara sampai Oslo dan masuk semula Sweden ke Stockholm dan akhirnya balik ke Copenhagen. Kalau anticlockwise route kami akan ke Stockholm dulu, kemudian Oslo dan baru la ke Gothenburg sebelum balik ke Copenhagen. Selesai buat pilihan saya kena pastikan dalam 18 hari, berapa hari allocation untuk setiap negara. Ikut pada map, Sweden adalah negara yang paling besar dan mungkin ambil masa yang banyak untuk travel. Berpandukan pada landmarks dan places of interest serta mileage perjalanan, saya ambil keputusan untuk ikut clockwise route dan itinerary saya akan jadi seperti berikut:

DAY 01 (08 DEC 2018) : KUALA LUMPUR - DOHA - COPENHAGEN
DAY 02 (09 DEC 2018) : COPENHAGEN
DAY 03 (10 DEC 2018) : COPENHAGEN - HELSINKI
DAY 04 (11 DEC 2018) : HELSINKI
DAY 05 (12 DEC 2018) : HELSINKI - COPENHAGEN - ODENSE
DAY 06 (13 DEC 2018) : ODENSE - RIBE - ESBJERG - ODENSE
DAY 07 (14 DEC 2018) : ODENSE - MALMO
DAY 08 (15 DEC 2018) : MALMO - GOTHENBURG
DAY 09 (16 DEC 2018) : GOTHENBURG - OSLO
DAY 10 (17 DEC 2018) : OSLO - AURLAND - LILLEHAMMER
DAY 11 (18 DEC 2018) : LILLEHAMMER - MORA
DAY 12 (19 DEC 2018) : MORA - VASTERAS - STOCKHOLM
DAY 13 (20 DEC 2018) : STOCKHOLM
DAY 14 (21 DEC 2018) : STOCKHOLM - LINKOPING
DAY 15 (22 DEC 2018) : LINKOPING - VAXJO - ALMHULT
DAY 16 (23 DEC 2018) : ALMHULT - COPENHAGEN
DAY 17 (24 DEC 2018) : COPENHAGEN - DOHA
DAY 18 (25 DEC 2018) : DOHA - KUALA LUMPUR

Cadangan perjalanan dengan kereta sewa
Ini baru perancangan awal sebab tempat penginapan tak cari lagi. Takut hotel tak available atau mahal harganya. Jadi kena lah cari hotel yang jauh sikit dari bandar. Itu pun kalau ada hotel kat kawasan kampung. Nanti pandai-pandai la adjust route tu bila jumpa mana-mana tempat yang sesuai dan harga berpatutan untuk tidur. Hihi.. Apa-apa pun, trip kali ni tak sampai ke utara Norway untuk mencari Aurora Borealis. Memang tak sempat nak cover sebab saya bercadang nak explore kawasan bandar utama dulu. Trip Aurora bakal menyusul bila sampai masanya untuk travel ke Iceland satu hari nanti, insyaAllah. Siapa yang tak teringin nak tengok langit bermacam warna tu kan. Satu keajaiban dunia dan tanda kekuasaan yang maha Esa.

InsyaAllah dapat tengok live satu hari nanti (Ihsan Google Images)

# WEATHER FORECAST

Cuaca untuk trip kali ni saya dapat jangkakan pasti berbeza dengan trip-trip sebelumnya. Daripada 4 negara yang akan saya pergi, rasanya Norway yang mungkin saya akan alami cuaca paling sejuk dalam hidup saya. Sebelum ni saya boleh tahan lagi tanpa pakai longjohn walaupun cuaca mencecah -5 degrees. Cuma trip kali ni saya akan standby bawa beberapa helai longjohn. Tak sanggup kejadian di Jepun berulang kembali. Cuaca dalam weather forecast hanya ramalan. Cuaca 'feels like' tu yang paling takut bila ada angin. Sejuk sampai ke tulang!. Huhu.. Walau sejuk macam mana pun cuaca, yang paling saya risau adalah bagaimana agaknya cara pemanduan kereta atas jalanraya yang dipenuhi salji. Takut juga kalau tergelincir. Jalanraya pun banyak yang tutup kerana salji yang tebal. Moga dipermudahkan dan dijauhkan dari sebarang kecelakaan. InsyaAllah..

Weather forecast hanya sebagai rujukan awal je. Realitinya? Huhu..

# ACCOMODATION

Setelah saya mencari di beberapa laman web seperti booking.com, agoda dan trivago, saya dapati harga hotel amat mahal di Scandinavia! Ingatkan musim winter yang bukan tourist season murah la harganya. Kalau winter pun harga mahal, masa summer tak tau la berapa pulak harganya. Huhu.. Jadi saya amik keputusan untuk menginap di homestay. Ini adalah pertama kali saya guna Airbnb.com untuk penginapan. Harga homestay di Scandinavia agak berpatutan memandangkan kami berenam dan boleh kongsi bayar untuk rumah 3 bilik. Kalau takde 3 bilik, dapat 2 bilik pun takde masalah. Even sebilik pun ok untuk buat salin pakaian dan tempat tidur perempuan. Yang lelaki tidur je la kat ruang tamu, senang cerita. Nama pun bajet kan. Lagipun hanya untuk berehat dan tidur je. Diorang pun setuju. Tu yang pentingnya dapat geng sekepala. Kalau dapat yang jenis cerewet memang pening kepala la dibuatnya. Nak bajet tapi banyak songeh. Huh.. Saya dengan wife rileks je tidur dalam kereta kat RnR Melbourne masa trip 2011. Siap bukak tingkap sikit bagi angin sejuk masuk. Hehe.. Sebenarnya masa tu tak plan betul-betul. First time dalam hidup travel ke luar negara sampai lupa nak book hotel masa hari terakhir kat sana. Kenangan drive sejauh hampir 1000km dari Melbourne ke Wollongong masih segar dalam ingatan. Berhenti sekali untuk rehat dan tidur sejam kat parking lot taman. Pukul 5.00 pagi bertolak dari Melbourne, pukul 10.00 malam baru sampai rumah abang kat Wollongong. Walaupun dah hampir 8 tahun cerita tu, tapi pengalaman tu amat berharga dalam hidup saya. Sampai bila-bila akan terkenang sebab itulah pemulanya sindrom 'travel bugs' dalam diri saya. Hihi..

Common search engine for accomodations (Ihsan Google Images)

# CAR RENTALS

Part ni kena cari maklumat yang betul. Ada info yang boleh dibuat rujukan dan ada juga yang tak perlu nak fikir sangat. Kenapa saya cakap macam tu? Kalau tak percaya, cuba buka website car rentals dan baca komen dari pelanggan yang pernah sewa kereta. Kalau baca semuanya, confirm kita takkan sewa kereta kat mana-mana company pun. Hihi.. Orang putih ni ada satu sikap. Nak kata jujur pun tak juga. Kadang-kadang benda kecik pun dijadikan isu serius. Macam-macam isu yang diorang komen sampaikan ada yang tak masuk akal. Banyak feedback yang negatif. Pengalaman saya sewa kereta di Melbourne (Thrifty), London (Green Motion), Jeju Island (KT Kumho) dan Paris (Avis) membuatkan saya lebih berhati-hati dalam pemilihan company sewa kereta. Kisah di London paling diingati bila ada customer yang return kereta kena bayar penalty sebab kereta calar. Dah la masa tu baru nak amik kereta. Jadi was-was dibuatnya. Huhu.. Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku terhadap kereta kami di sepanjang masa penyewaan. Jujurnya saya sendiri rasa sedikit risau dan kurang keyakinan bila sewa kereta di luar negara. Tapi bila lagi nak dapat pengalaman bawa kereta di negara orang? Apa yang saya tau, orang yang hebat memandu di negara sendiri belum tentu lagi berani nak bawak di luar negara. Sebab tu amik pakej travel agent, tak perlu fikir nak memandu sendiri. Dalam perjalanan boleh tidur. Kalau bas singgah di tempat yang kita tak suka pun kita boleh tunggu dan tidur dalam bas. Hehe..

Each company have pros and cons. Choose wisely (Ihsan Google Images)

# HALAL FOODS

Di negara Scandinavia agak sukar untuk mendapatkan makanan halal. Namun di bandar besar tetap ada. Kebab, burger dan pizza adalah menu yang wajib jumpa di luar negara. 3 hari pertama mungkin boleh layan lagi. Lepas tu dah rasa muak dan mula la mencari nasi. Saya berbincang bersama yang lain untuk prepare bawa beras dan juga makanan segera yang mudah dibawa. Ada banyak syarikat yang keluarkan makanan segera seperti Brahim's dan MyChef. Trip ke Western Europe sebelum ni kami bawa Brahim's. Entah kenapa saya langsung tak boleh nak makan. Mungkin tak kena dengan anak tekak kot. Kali ni wife saya kata nak cuba makanan segera jenama Sharifah. Saya dan yang lain ikut je asalkan dapat makan walaupun terpaksa. Huhu.. Agak dah boring makan kebab, boleh la makan nasi pulak. Selalunya saya akan plan dalam sehari akan makan berat sekali. Itupun jika singgah di bandar besar. Kalau dah masuk kawasan kampung memang tak jumpa la makanan halal. Maka terpaksa la prepare juga makanan di tempat penginapan sebelum bergerak ke destinasi.

Brahim's gagal. Kali ni kita try Sharifah pulak.

# CURRENCY

Denmark, Sweden dan Norway guna matawang mereka sendiri. Denmark guna Danish Krone (DKK), Sweden guna Swedish Krona (SEK) dan Norway guna Norwegian Krone (NOK). Walaupun nama hampir sama tapi nilai berbeza. Jangan salah guna duit kat sana nanti sudah la. Hihi.. Hanya Finland je yang pakai Euro. Jadi saya kena la survey currency rate bagi mendapatkan kadar yang paling sesuai untuk saya buat tukaran wang. Matawang Pound atau Euro mudah nak dapat di mana-mana money changer. Harga pun tak banyak beza. Tapi untuk matawang negara Scandinavia ni agak banyak juga beza. Saya ke beberapa money changer yang popular seperti di Mid Valley dan KL Sentral. Tak banyak kedai yang ada duit Scandinavia. Saya tak pasti betul atau tak, tapi cara nak pastikan mudah je. Tengok pada skrin currency rate, kalau takde senarai matawang yang kita nak, maka memang takde la jawabnya. Kalau ada pun selalunya kena order dulu sebab diorang tak simpan duit tu. Buat penat je beratur panjang. Hihi.. Sambil saya jalan-jalan di shopping complex, bila terjumpa money changer mesti saya singgah dan bertanya. Daripada survey yang saya buat, kedai money changer di Nu Sentral berikan rate yang paling murah.

DANISH KRONE (DKK) : 1 DKK = 0.660 MYR
SWEDISH KRONA (SEK) : 1 SEK = 0.485 MYR
NORWEGIAN KRONE (NOK) : 1 NOK = 0.535 MYR
FINLAND EURO (EUR) : 1 EUR = 4.77 MYR


Kedai GMT Currency Exchange yang terletak di Nu Sentral
Nampak macam rendah kan duit Scandinavia ni. Tapi hakikatnya takde barang yang berharga 1 DKK. Saya dah google harga air mineral 500ml kat sana dalam 10.00 DKK. Dah macam harga air mineral Evian kat Malaysia. Huhu.. Rate untuk Euro pun agak tinggi juga. Teringat masa 2012 ke UK dulu. Masa tu 1 EUR baru RM4.20 dan 1 GBP pulak bersamaan RM5.00. Indah sungguh waktu itu. Hihi.. Saya tukar duit di Nu Sentral pada 2 Disember 2018, 6 hari sebelum bertolak. Rama yang tak berapa faham nak tukar duit minta saya tukarkan duit dia sekali, sama amaun dengan nilai yang saya tukar.

Jumlah tukaran duit saya dan Rama
Tak banyak pun saya tukar sebab daripada maklumat yang saya cari, di Scandinavia credit card is king, not the cash. Boleh dikatakan semua transaksi kat sana menggunakan kad kredit. Even nak masuk tandas pun boleh bayar dengan kad kredit. Huhu.. Tapi cash masih boleh guna. Sebab tu saya tukar juga duit sana. Nanti boleh simpan helaian terakhir untuk letak kat money album saya. Manalah tau satu hari nanti Scandinavia jadi cashless country, adalah kenangan duit kertas sana dalam simpanan saya. Untuk perbelanjaan di sana kami kena guna kad kredit. Jadi kenalah clearkan kad kredit siap-siap sebelum ke sana.

Kali ni kena bawa cash dan credit/debit card
Selesai sudah urusan tukar duit dan mencari maklumat mengenai Scandinavia. Walaupun tak banyak maklumat yang diperolehi, sekurangnya saya dah dapat gambaran awal tentang keadaan dan suasana di sana. Seperti biasa, google maps akan sentiasa bermain dalam fikiran saya. Sampaikan Fa yang pernah ikut saya trip sebelum ni kata saya seperti sudah banyak kali sampai ke negara yang dilawati sedangkan saya juga pertama kali menjejakkan kaki di negara tersebut macam dia. Hihi.. Alhamdulillah saya masih dikurniakan ingatan yang kuat untuk menghafal jalan dan lokasi tujuan. Seterusnya dah boleh la saya plan dengan lebih terperinci lagi tentang perjalanan harian di sana. Segala maklumat tentang lokasi persinggahan telah saya kumpulkan. Google akan menjadi teman baik saya sehingga ke hari kejadian. Hehe.. Rancangkan kerja dan kerjakan rancangan!.. Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Salam Tuan,

    Penggunaan Kad Kredit di Scandinavia, kad kredit yang digunakan 6 digit atau 4 digit pin?
    Terutama sekali penggunaan untuk petrol station.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tuan Rodie,
      Di sana guna 4 digit pin. Tapi masa key-in boleh ja masukkan 6 digit. Saya guna kredit card di setiap petrol station dan tiada masalah. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete