Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ SABTU, 8 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ KUALA LUMPUR INT' AIRPORT
@ QATAR AIRWAYS QR0845
Jam 4.00 pagi, setelah selesai mandi dan sedang bersiap-siap, kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Kereta Hakim runner kami dah sampai la tu. Kelam kabut jugalah nak bersiap. Huhu.. Sebelum keluar saya pastikan dulu rumah dalam keadaan selamat untuk ditinggalkan. Semalam dah bagitau kat jiran sebelah mintak tolong tengokkan rumah kami sehingga Krismas. Saya cabut siap-siap bateri kereta. Dulu dah terjadi bateri kereta kong sebab lama tak start. Setelah yakin tingkap dah tutup, plug dah cabut dan lampu, aircond serta kipas ditutup barulah rasa lega nak tinggalkan rumah. Cuma peti ais je dibiarkan bukak. Kalau tutup mau busuk barang dalam peti ais bila balik nanti. Huhu.. Semua barang dah dimasukkan dalam kereta. Last check pastikan pintu dan pagar dah dikunci dan dimangga. Jumpa semula pada hari Krismas nanti.. Tepat jam 4.40 pagi kereta Hakim bergerak meninggalkan my home sweet home menuju ke KLIA. The adventures begin!..
|
Meninggalkan Kota Damansara di pagi hari |
@ KUALA LUMPUR INT' AIRPORT
Dalam perjalanan Rama call saya bertanyakan di mana nak berjumpa. Rupanya dia dah sampai KLIA. Ingatkan kami yang paling awal. Saya minta dia tunggu di pintu departure yang paling hujung sekali. Selalunya pintu paling hujung tak banyak kenderaan yang berhenti menurunkan penumpang. Jam 5.30 pagi kami tiba di KLIA. Banyak kenderaan yang parking berlapis untuk menurunkan penumpang membuatkan jalan agak sesak. Seperti dijangka, yang paling hujung kosong. Kenapa la agaknya nak berhenti berjemaah kat pintu yang dah sedia banyak kereta. Guna pintu lain pun boleh masuk dalam terminal juga. Hahah.. Hakim bantu keluarkan beg kami dari kereta. Dia caj RM90.00 tapi saya bayar lebih sikit sebab dia banyak bantu wife saya deliver barang jualan, tak kira siang dan malam. Terima kasih banyak ye Hakim..
|
Sesi punggah keluar beg kami |
Baru je nak keluarkan phone untuk call Rama, kedengaran satu suara memanggil nama saya di pintu masuk. Awal betul dia sampai KLIA. Excited katanya sebab first time nak pergi Europe. Haha.. Sementara menunggu masuknya waktu Subuh, saya bahagikan dulu siap-siap makanan untuk diisi dalam beg masing-masing. Fa maklumkan yang dia baru je nak bertolak dari rumahnya. Dalam sejam lagi baru sampai KLIA. Mungkin masa dia sampai nanti kaunter check-in dah dibuka. Boleh jumpa dan check-in sama-sama. Sebelum ke surau, saya dan Rama turun ke tingkat Arrival untuk mengambil pocket wifi kami sebab dah set dalam booking form untuk pickup wifi pada jam 6.00 pagi.
|
Tu dia Rama dan Sue. Kali ni penampilan saya agak licin. Hehe.. |
|
Ramai betul yang nak naik flight pagi ni |
Kami berdua mencari kiosk Hotlink. Sama seperti company wifi yang kami sewa dulu iaitu Visondata, company Wifibaby juga tiada kedai di KLIA. Mereka hanya tumpangkan wifi di kiosk yang ada kat sini untuk pelanggan ambil sebelum berlepas. Nak kata company Wifibaby ni kecik sampai tak mampu nak buka kiosk di KLIA tak juga sebab saya dan wife pernah ke pejabat mereka yang terletak di Intermark. Tujuan kami ke head office Wifibaby adalah kerana 2 sebab. Pertama, semua nombor contact yang diberi tak dijawab bila saya call. Kedua, saya nak pastikan betul-betul adakah device yang mereka tawarkan dapat cover seluruh perjalanan kami di sana nanti. First impression bila kami sampai di level 28 bangunan Intermark, kami tak dilayan oleh staff yang menjaga kaunter. Mungkin saya pakai selipar Bata dan t-shirt tak berkolar membuatkan saya tidak patut dilayan kot. Huhu.. Nasib baik la ada sorang staff dari dalam datang kepada kami dan melayan soalan yang kami berikan. Disebabkan harga yang diberi murah dan dapat jaminan coverage yang baik membuatkan saya ambil juga wifibaby ni. Tapi next trip mungkin cari yang lain. Ini semua adalah kerana layanan dari staff kaunter tu. Saya cam muka dia sampai bila-bila. Hahah..
|
Main office dan lokasi ambil wifi di KLIA |
|
Jumpa juga kiosk dia di Arrival Hall KLIA |
Saya menunjukkan resit booking Wifibaby pada staff yang bertugas. Macam baru bangun tidur je rupa dia. Hehe.. Tak kisahlah, janji 3 unit device kami ada dalam simpanan dia. Dia mencari mana satu device kepunyaan kami. Jangan bagi salah device sudah la. Susah pulak nak online kat sana nanti. Dalam booking form ada extra option untuk sewa powerbank sekali berjumlah RM6.00/day. Zaman sekarang ni semua orang ada powerbank. Jadi tak payah la nak sewa. Selain tu, device ni ada juga option untuk insurans sebanyak RM10/day. Rasanya tak perlu juga. Pandai la kami jaga elok-elok device ni insyaAllah. Kalau hilang nanti standby je la duit gantirugi ye. Hihi..
|
Boleh tahan jugak bayaran gantirugi dia. Harap tak hilang. Huhu.. |
Setelah pastikan semua aksesori device dalam keadaan baik, saya berikan resit booking pada staff tu. Saya tanya bagaimana nak return semula device ni sebab saya takde apa-apa bukti dokumen. Hanya resit booking tu je yang saya ada. Staff tu bagi balik resit dan suruh saya tunjukkan bila return nanti. Lain macam je. Bukan ke mesti ada satu salinan yang dia pegang. Takpelah, ikut je la apa yang dia suruh. Jangan balik nanti macam-macam hal pulak yang timbul. Saya minta Rama untuk ingatkan saya masa balik nanti untuk return device ni. Setiap hari lewat akan dikenakan late charges. Tambah pulak kalau Rama dah balik Kota Kinabalu lagi la haru dibuatnya. Saling ingat-mengingati ye kawan. Umur dah meningkat hujung remaja ni memang mudah lupa. Hehe..
|
Device yang bakal jadi bestfriend kami sepanjang trip. |
Kami naik semula ke Departure Hall dan terus berjalan ke Anjung Tinjau yang berada nun di hujung terminal untuk menunaikan solat Subuh. Setelah selesai solat kami menuju ke check-in counter Qatar Airways yang terletak di Row K sambil menunggu Fa dan abang Fikri. Tepat jam 7.00 pagi Fa dan abang Fikri sampai. Sedang elok kaunter check-in pun dibuka. Sebelum beratur saya bagi dulu pack makanan yang perlu disimpan dalam beg masing-masing. Powerbank dan peralatan yang menggunakan bateri kami keluarkan dan simpan di hand carry baggage. Kalau tinggalkan di dalam checked baggage berkemungkinan besar powerbank kami tiada masa mendarat nanti. Huhu.. Saya setuju dengan undang-undang tentang powerbank ni. Isu keselamatan penumpang dalam flight adalah yang paling utama.
|
Ok dah sedia untuk check-in |
|
Economy class je yang termampu. Maaf sedikit ber'sinar' di situ. Hehe.. |
Tak ramai penumpang yang beratur di lorong Qatar Airways. 10 minit menunggu, sampai giliran kami untuk check-in. Excited rasanya sebab dah lama tak merasai situasi check-in flight macam ni. Itulah susah kalau sindrom travel-bugs dah meresap dalam diri. Tapi saya masih lagi dalam kategori traveller biasa, bukan tahap frequent lagi. Ada orang tu setahun sampai 5-6 kali pergi overseas. Ada lagi yang lebih dari tu, tapi atas urusan kerja la. Tak pun full-time job menjadi traveller. Saya ni dapat setahun sekali travel pun dah kira bersyukur. Dapat tambah pengalaman baru dalam hidup. Alhamdulillah. Masa ni timbang berat beg tak menjadi masalah. Confirm tak terlebih berat. Tunggu la masa balik nanti. Mungkin ada barang yang terpaksa tumpang kat beg kawan-kawan yang ringan. Hahah..
|
Bawak pinggan mangkuk dan periuk pun masih ringan lagi. 46.8kg senyum lebar. Hehe.. |
Masa pack barang kat rumah saya dah standby kira siap-siap berat beg masa nak naik Norwegian Air dan SAS nanti. Baggage allowance lebih rendah berbanding Qatar Airways. Agak-agak lepas tak berat beg kami berdua maksimum 40kg untuk checked baggage Norwegian Air dan 46kg untuk SAS? Nampaknya terpaksa habiskan makanan yang dibawa semaksimum mungkin masa hari pertama dan kedua di Copenhagen. Rasanya boleh lepas sebab hand carry untuk Norwegian Air 10kg/person. Sumbat la mana-mana barang yang berat bawak naik atas flight. Hihi.. InsyaAllah berjaya. Jam 7.30 pagi selesai urusan kami semua di kaunter check-in tanpa sebarang masalah. Seterusnya kami bercadang nak breakfast. Tapi memandangkan ramai juga orang yang beratur kat kaunter imigresen, kami ambil keputusan untuk beratur dulu. Dah selesai di kaunter imigresen barulah senang hati nak mencari breakfast.
|
Ada lagi 50 minit sebelum ke boarding gate |
|
Adakah anda berdua bersedia? |
Agak lama juga kami beratur. Hampir 20 minit kami menunggu giliran di kaunter imigresen. Departure gate kami di C2, bermakna kena naik aerotrain untuk ke Satellite Terminal Building. Saya tak ingat di sana ada banyak pilihan kedai tak untuk kami breakfast. Rama yang amat peramah orangnya bertanya pada staff yang menjaga di pintu aerotrain. Dia tanya ada nasi lemak tak kat terminal sana. Ingatkan dia main-main je tanya soalan tu. Rupanya dia memang teringin sangat nak makan nasi lemak. Kat Kota Kinabalu katanya punyalah susah nak cari nasi lemak yang sedap. Yang ada pun teramatlah jauh dari rumah dia. Macam tak berbaloi nak drive jauh semata-mata nak makan nasi lemak. Tapi kalau dah mengidam layankan juga. Haha.. Staff tu tak pasti ada kedai jual nasi lemak kat terminal sana. Departure time kami jam 9.20 pagi. Jadi logiknya kami ada masa lagi nak mencari breakfast. Tak semestinya tepat jam 8.20 dah terpacak kat boarding gate. At least lagi 30 minit dah kena ada di gate C2. Dengan sedikit keyakinan, kami naik aerotrain dengan harapan ada kedai menjual nasi lemak di Satellite Terminal Building. Takkan la takde kedai yang menjual makanan breakfast kegemaran rakyat Malaysia. Hehe..
|
Bersesak juga naik aerotrain |
Sampai di Satellite Terminal Building, kami mula mencari kedai makan. Daripada directory yang kami lihat, nampaknya tak banyak option yang ada. Bila kedai makan limited dan orang pulak ramai, maknanya panjang la kena beratur. Nasi lemak confirm takde. Jadi kami cari la mana-mana kedai yang paling tak ramai orang beratur. Akhirnya kami breakfast kat Burger King di tingkat atas. Nak pergi western country, awal-awal dah makan burger ala western sebagai breakfast. Sesuai sangat. Haha.. Kecewa nampaknya Rama sebab tak dapat makan nasi lemak. Takpe kawan, balik nanti sebelum bertolak ke Kota Kinabalu kita makan nasi lemak kat Kampung Baru ok. Tunggu lagi 18 hari ye. Hihi..
|
Mohon Burger King buat menu burger nasi lemak lepas ni ye. |
Jam 8.50 pagi setelah selesai breakfast burger, kami bergerak ke Gate C2. Bermula Disember KLIA dan KLIA2 akan menjalankan kempen Silent Airport, dimana tiada lagi pengumuman tentang penerbangan dibuat. Penumpang kena cek melalui digital information board untuk mengetahui status penerbangan masing-masing. Kami tengok penerbangan kami dah status panggilan akhir. Nasib baik Gate C2 dekat je dengan center, tak perlu nak jalan jauh sampai ke hujung terminal. Sampai je di depan Gate C2, takde sorang penumpang pun kelihatan. Semua dah masuk dalam flight. Dengan pantas kami beratur untuk pemeriksaan akhir dan terus menuju ke pintu masuk flight QR0845 Qatar Airways ke Doha. Alhamdulillah lega bila dah masuk dalam flight. Santai sangat makan burger tadi. Hahah..
|
Lepas ni semua penumpang kena self-alert dengan status flight masing-masing |
|
Final call untuk QR0845. Cepat!.. |
@ QATAR AIRWAYS QR0845
Kami mencari seat 34E dan 34F. Kali ni kami duduk berasingan, tapi masih bersebelahan dengan pasangan masing-masing. Jadi tak perlu nak deal dengan penumpang lain seperti trip ke Western Europe dulu supaya dapat duduk bersama. Hihi.. Flight jauh kena duduk sebelah. Tidur berbunyi ada orang sedarkan. Hehe.. Kalau setakat 2-3 jam je takpe duduk berasingan sebab tak sempat nak tidur pun. Tambah flight ke Medan. Dari KLIA pukul 8.00 pagi, sampai Kuala Namu pukul 7.50 pagi. Nak membuang pun tak sempat. Haha.. Agenda pertama bila naik flight buat pertama kali, dah tentu amik gambar space tempat duduk, tv dan suasana dalam flight. Agak cantik juga flight yang kami naik ni. Semuanya bersih dan nampak baru. Banyak aksesori yang diberi untuk keselesaan penumpang. Sebab tu la Qatar Airways dapat no. 2 dalam senarai World's Best Airlines. Belum berlepas lagi dah puas hati. Yang peliknya kenapa Qatar Airways boleh bagi harga yang murah berbanding flight yang lain. Teringin juga nak naik Emirates atau Ettihad tapi tak pernah murah harga tiketnya. Flight jiran Singapore Airlines yang dapat no. 1 lagilah sukar nak turun harga. Huhu.. Terima kasih Qatar Airways sebab bagi harga tiket yang berpatutan dan paling murah dalam list pencarian. Nanti bagi lagi tiket murah ye. Hehe..
|
Qatar Airways, flight pilihan saya. Saya mesti pilih!.. c.c. Bank Rakyat. Hehe.. |
Tepat jam 9.20 pagi flight Qatar Airways QR0845 berlepas dengan lancarnya meninggalkan ruang udara KLIA. Mata dah mula rasa berpasir. Apa lagi, terus tidur la jawabnya. Tapi baru sejam perjalanan saya dikejutkan untuk pilih menu makanan. Bila tengok pilihan menu, terus teringat kat Rama. Mana taknya, salah satu menu adalah nasi lemak!.. Haha, nampaknya memang rezeki dia dapat makan nasi lemak hari ni. Set lengkap bersama roti croissant dan buahan, breakfast pagi ni amat bermakna buat kami especially Rama. Confirm dia senyum lebar kat depan tu. Tak cukup boleh la tanya stewardess kalau ada lebih. Disebabkan kenyang burger king pun masih ada lagi, memadai satu set je.
|
Qatar Airways memahami keinginan anda. Hehe.. |
|
Set sudu besi. Best kalau mintak buat souvenir ni. Hihi.. |
Lepas makan saya sambung tidur balik sambil layan lagu. Boleh tahan best juga senarai lagu yang ada. Movie pun banyak yang latest. Disebabkan masih mengantuk lagi saya hanya dengar lagu sampai tertidur. Next flight boleh layan movie pulak. Ada 3 lagi peluang naik flight ni. Sedang sedap melayan mimpi, saya dikejutkan lagi selepas 2 jam. Ingatkan dah sampai, rupanya ada lagi makanan yang sampai. Kali ni dapat pai dan muffin je. Nasib baik tak mengidam kuih koci macam kes nasi lemak pagi tadi. Kalau tak mesti dapat kuih koci kan. Hehe.. Kali ni lepas makan tak nak tidur dah. Tak tahan tengok list movie yang best. Nak layan tengok movie Equaliser 2. Cerita Denzel Washington memang confirm takkan mengecewakan. Saya jarang tengok wayang. Selalunya hantar anak pegi tengok wayang, lepas tu jalan-jalan dalam shopping complex sementara menunggu wayang habis untuk jemput anak. Umur dah hujung remaja ni makin kurang minat nak tengok wayang. Dulu masa bujang dan baru kahwin boleh dikatakan setiap minggu tengok sneak preview, sampaikan kawan-kawan jadikan saya sebagai bahan rujukan rating movie. Kira up-to-date la cerita wayang latest, semuanya saya tengok. Sekarang ni bagi peluang anak-anak pulak nak layan cerita yang diorang suka. Tapi anak yang sulung dan kedua je la. Yang lagi dua tu tak boleh. Masih perlukan ibubapa untuk bawa ke tandas. Hehe..
|
Makan lagi.. |
|
Banyak pilihan lagu rock. Remote macam smartphone. Layann.. |
Habis layan movie, saya tengok apa lagi features yang ada dalam in-flight entertainment ni. Wife saya kata ada wifi free dalam flight. Pantas sungguh dia kalau bab-bab wifi ni. Hihi.. Wifi free hanya diberikan selama 30 minit je. Kalau nak tambah masa dah tentu kena bayar la kan.. Takpelah, 30 minit pun cukup untuk wife saya browse dan update status. Jangan dia senyap-senyap tambah masa sudah la. Tunggu bila mendarat nanti ye. Time tu boleh la browse sepuasnya sebab pocket wifi hanya kita berdua je guna, tak kongsi dengan yang lain. Cuma tinggalkan sikit kuota untuk saya browse map jika berlaku kecemasan nanti. Siap ingatkan tu. Hehe..
|
Benda free rugi kalau tak guna. Hihi.. |
Syok melayan movie Equaliser 2 sampai habis dan disambung dengan mendengar lagu rock kegemaran, tak sedar dah lebih 7 jam kami berada atas flight. Pilot buat pengumuman flight akan mendarat di Hamad International Airport, Doha dalam 20 minit lagi. Nampaknya kene set semula jam ikut waktu di Doha, iaitu 5 jam lewat dari Malaysia. Takut salah tengok waktu nak naik flight seterusnya. Huhu.. Dah boleh bersiap-siap untuk turun. Pertama kali nak jejakkan kaki di bumi Qatar, walaupun hanya dalam terminal je. Stewardess mula meronda di setiap lorong membawa plastik sampah. Headphone tak pulak dikutipnya. Mungkin bagi peluang kepada penumpang untuk dijadikan sebagai souvenir kot. Hehe. Berapa sangat la harga headphone tu jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi. Tak baik tau amik senyap-senyap. Adalah lebih baik mintak dengan penuh harapan. InsyaAllah dapat secara legal. Hahah..
|
Info pendaratan di Hamad International Airport |
Boleh dikatakan agak balance masa berada dalam flight jika transit di Doha kerana ia terletak hampir di pertengahan perjalanan kami. Masa trip ke Western Europe dulu transit kat Ho Chi Minh. Jadi flight seterusnya ke Paris agak jauh dan lama. Bosan juga duduk lama dalam flight. Asyik kerja pergi pantry je cari benda yang boleh dimakan. Paling banyak saya amik kat pantry masa tu dah tentu la aiskrim Magnum mini. Best betul dapat makan aiskrim dalam flight. Hehe.. Jam 12.20 tengahari flight mula terbang rendah untuk mendarat. Maka bersiap-sedialah kami untuk turun dan melihat suasana Hamad International Airport yang dikatakan airport ke-9 terbesar di dunia dan ke-5 dalam kategori airport mewah. Wallahu 'alam..
|
Pengalaman pertama naik Qatar Airways yang memuaskan hati |
|
Flight route: From KLIA to Hamad International Airport |
No comments:
Post a Comment