Tuesday, 12 March 2019

JJCP Scandiscovery: Day 01 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 8 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT
@ QATAR AIRWAYS QR0163

Tepat jam 12.30 tengahari, flight Qatar Airways QR0845 mendarat di Hamad International Airport, Doha. Alhamdulillah, pendaratan yang amat baik dari pilot. Kami bersiap-siap sementara menunggu giliran untuk keluar dari flight. Pengalaman yang terindah dapat naik flight kedua terbaik di dunia. Ada 3 kali lagi peluang naik flight Qatar. Bagus juga naik flight transit ni. Merasalah banyak kali naik turun flight. Untuk leisure atau holiday trip oklah. Tapi kalau business trip better naik direct flight sebab agak letih jugaklah nak turun naik flight ni. Banyak masa yang terbuang. Huhu..

Sampai sudah..

@ HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT

10 minit kami menunggu hingga pintu flight dibuka. Seperti biasa, kami antara yang terakhir keluar dari flight. Nak buat apa rushing, bukannya nak kejar flight seterusnya. Kalau sakit perut lain cerita. Hahah.. Kami mengucapkan terima kasih pada stewardess yang sentiasa tersenyum di pintu keluar. Thanks for the smooth journey. Superb hospitality from Qatar Airways. Pertama kali kami nak jejakkan kaki di bumi Qatar walaupun hanya di terminal. Sampai di dalam terminal kelihatan keadaan amat lengang. Hanya penumpang dari flight kami je yang ada. Agak besar airport ni dan semuanya nampak baru walaupun dah lebih 5 tahun airport ni beroperasi.

Besar dan lengang airport ni masa kami sampai
Sementara menunggu masing-masing berurusan di WC, hanya tinggal kami berenam je yang ada kat sini. Penumpang lain dah lama menghilang. Staff yang menjaga airport pun takde untuk kami bertanya tentang di mana arah tujuan kami seterusnya. Dengan berpandukan signboard, kami berjalan menuju ke kaunter imigresen. Sebelum sampai di kaunter, saya amik gambar flight information board dan saya ditegur oleh pegawai imigresen. Tak boleh amik gambar katanya. Mungkin kerana itu dan hanya kami berenam je yang ada di kaunter imigresen, maka pegawai yang periksa beg kami pun menjalankan tugas dengan amat bersungguh-sungguh. Semua isi perut beg kami diperiksanya. Huhu.. Beg saya digeledah kerana ada satu benda yang mereka rasa was-was. Saya ingatkan apa dia, rupanya diorang nak tengok selfie stick saya. Zaman sekarang kan ada macam-macam jenis selfie stick. Saya punya boleh dilipat menjadi saiz yang kecil untuk mudah dibawa. Diorang tanya apa benda tu. Jadi saya pun tunjuklah cara macamana nak bukak selfie stick tu. Lepas diorang puas hati barulah saya boleh simpan balik. Takkan la selfie stick pun nak dirampasnya. Kalau berminat nak amik pun takpe, takde masalah la. Hehe..

Check next flight kami sebelum ditegur pegawai imigresen.
Selfie stick yang menjadi isu. Pen tu buat size comparison je. Hehe..
Strict juga imigresen kat sini. Tak kisah la, janji kami lepas masuk ke dalam terminal. Hihi.. Sampai di terminal barulah nampak orang ramai. Tapi tetap juga tak seramai seperti kebiasaan di airport. Mungkin hari ni tak banyak flight kot. Turun dari eskalator, kami disambut oleh satu replika kayu besar yang terletak di tengah terminal. Ada banyak replika kayu kat sini. Tak pasti apa maksud sebenar replika ni diletakkan di airport. Nak kata melambangkan Qatar pun tak juga. Mungkin artis terkenal di Qatar yang reka replika ni dan buat display di sini. Kali ni boleh amik gambar tanpa ditegur. Hahah..

Orang tak ramai, boleh la amik gambar gaya replika. Hehe..
Kami ada masa lagi 2 jam setengah sebelum naik flight berikutnya. Kami duduk di foodcourt dan saya mencari surau untuk solat. Kat Doha dah tentu ada disediakan surau sebab negara Islam. Kat negara Europe je nanti kena cari tempat sesuai untuk solat. Surau agak besar dan selesa. Disebabkan takde orang lain, pekerja surau melayan saya dari mula amik wuduk sampai la selesai solat. Dia tolong angkat kasut saya dan letak di rak. Lepas amik wuduk dia berikan saya tisu untuk lap kaki. Keluar je dari surau dia dah sedia letakkan kasut saya kat sebelah kerusi. Lain macam layanan yang diberikan. Nasib baik dia tak jadi imam atau makmum masa solat tadi. Hehe.. Sama ada orang tak ramai atau memang job description dia macam tu. Boleh vote untuk employee of the month ni. Hahah..

Mencari tempat duduk yang sesuai sementara menunggu flight berikutnya
Surau amat bersih dan selesa. Tambah ada pekerja cemerlang kat situ. Hehe..
Selesai solat jamak, saya berjalan-jalan di kawasan terminal. Setiap kali berada di airport luar negara, saya akan lihat harga barangan duty-free yang dijual dan compare dengan harga di Malaysia. Kadang-kadang ada barang yang murah namun ada juga yang lebih mahal. Antaranya rokok di sini teramatlah murahnya. Qatar antara negara yang tiada tax untuk tembakau. Kepada perokok tegar, pastikan anda borong rokok kat sini sebab murah. Hihi.. Tapi daripada sumber yang saya baca, mulai tahun 2019 harga tembakau dan minuman di Qatar naik dua kali ganda. Huhu.. Tak pasti harga baru ni termasuk barangan duty-free. Selain tu saya tengok juga harga perfume. Sorang kawan saya mintak tengokkan perfume kalau murah, tapi tak jumpa pulak perfume yang dia nak. Yang pastinya harga perfume kat sini lebih kurang sama dengan harga di Malaysia. Kita survey dulu. Ada yang berkenan masa balik nanti boleh beli. Ada coklat yang murah kat sini. Hehe..

Produk tembakau paling murah kat sini. Siap ada free gift lagi.
Selesai meronda saya kembali ke foodcourt dan berborak sementara menunggu masa untuk ke departure gate. Nak layan internet tak best sebab wifi kat sini slow. Huhu.. Setiap kali trip mesti ada gadjet baru yang saya bawa. Daripada kamera biasa, viewcam dan gopro cap ayam yang dibawa sebelum ni, trip kali ni ada kelainan yang pastinya membuatkan gambar dan video kami berbeza dari trip terdahulu. Rama bertanya pada saya boleh ke dia bawa drone untuk trip ni. Saya mencari maklumat tentang drone dan had penggunannya di Scandinavia. Daripada maklumat yang saya dapat, di Sweden dulu pernah banned pasal penggunaan drone tetapi telah ditarik balik dan ada had-had tertentu dalam penggunaannya di ruang udara Sweden. Maknanya ada tempat-tempat yang langsung tak dibenarkan untuk terbangkan drone. Saya tak berapa pandai tentang drone ni. Jadi saya berikan semua maklumat pada Rama kerana dia lebih arif tentang drone. Rama kata daripada maklumat yang saya bagi, macam tak best je nak bawak drone sebab terlalu limited kegunaannya. Tapi akhirnya dia bawa juga. Nanti pandai-pandailah dia tanya pihak berkuasa kat sana tentang penggunaan drone. Nampaknya trip kali ni akan pasti ada gambar dan video kami diambil dari drone. Terbaiklah. Hehe..

Rama tengah adjust drone dia. Saya hanya dapat bantu tengok je. Hehe..
Jam 2.30 petang, setelah Rama selesai setup drone dia, kami bersiap untuk berjalan ke departure gate. Tengok pada terminal map, agak jauh juga kami kena berjalan. Memang besar airport ni. Lebih baik jalan dulu daripada kena berlari. Hihi.. Saya mencari di mana tempat untuk bergambar yang ada tulisan nama airport. Dari tadi saya cari tapi tak jumpa. Yang kami jumpa hanyalah dinding construction yang ada tulisan nama airport. Itupun kecik je tulisannya. Jadilah bergambar buat bukti dah sampai di sini. Selesai bergambar kami teruskan berjalan naik travelator beberapa kali menuju ke Gate B6. Dalam perjalanan saya terdengar bunyi train di tingkat atas. Rupanya kat sini juga ada aerotrain seperti di KLIA. Dah nak sampai pintu gate baru perasan. Huhu.. Balik nanti boleh la naik aerotrain tu.

Let's jom to Gate B6
Bukti berada di Hamad International Airport. Jadilah..
Jauh perjalanan luas pemandangan. Itu pun pasal tak tau ada aerotrain dalam ni. Hahah..
Hampir 20 minit berjalan akhirnya kami sampai di ruang legar untuk masuk ke pintu gate. Ini belum sampai lagi ke gate B6. Kat sini barulah nampak ramai sikit orang dan butik yang ekslusif. Barulah betul dikatakan airport ni antara airport yang mewah di dunia. Masa duduk kat foodcourt tadi tak nampak pun kedai atau butik yang mewah. Rupanya ada kat kawasan ni. Nak ronda macam malas walaupun ada masa lagi. Takut syok cuci mata sampai terlajak masa, kami terus berjalan masuk ke laluan Gate B. Tak tau berapa jauh lagi nak berjalan sampai ke Gate B6. Lebih kurang macam di KLIA2, serius jauh nak menapak. Huhu..

Banyak betul map Hamad ni dalam website dia. Huhu..
Baru sampai ruang legar ke Gate. Perjalanan masih jauh..
Kami berjalan lagi 10 minit untuk sampai ke Gate B6. Dah ramai penumpang yang duduk di ruang menunggu. Kami duduk di satu sudut kosong menunggu pintu boarding dibuka. Sempat lagi saya berjalan di kawasan sekitar sambil mencari WC. Rugi kalau duduk saja tanpa melihat apa-apa. Bukannya selalu datang ke sini. Meronda cuci mata pun boleh dapat pengalaman baru dan belajar sesuatu daripada apa yang dilihat. Harap-harap flight kami tak delay. Kalau Air Asia mungkin harapan tinggi untuk delay. Bukan saya kata, tapi ramai penumpang Air Asia yang cerita. Siap delay keesokan harinya lagi. Huhu.. Siapa nak bayar harga bilik hotel untuk malam tu kalau dah booking? Ada yang kata jangan harap boleh claim kat Air Asia. Takde komen dari saya sebab belum pernah lagi alami keadaan macam tu sepanjang saya naik Air Asia. Paling teruk saya pernah kena adalah masa kerja dulu. Saya sangkut kat airport Kuching. Flight sepatutnya pukul 1.00 petang tapi delay sampai 10.00 malam. Dapat info delay masa dah sampai airport. Apa lagi, berjanggut la tunggu kat situ. Dah la takde apa yang menarik nak dibuat kat airport tu. Duduk la kat Starbucks dengan sorang kawan sampai tertidur dibuatnya. Nasib baik tak kena halau dengan staff Starbucks sebab beli air satu je tapi duduk lebih 8 jam. Huhu.. Bertabahlah ye..

Menunggu dengan penuh kesabaran
Hasil dari meronda. Ilmu juga ni. Hahah..

@ QATAR AIRWAYS QR0163

Jam 3.20 petang boarding Gate B6 dibuka. Semua penumpang beratur untuk masuk ke dalam flight. Alhamdulillah flight kami tak delay. Kami dapat duduk sebaris di seat 25. Kali ni kami naik flight B-777 yang memuatkan seat sebaris 3X4X3, lebar sikit dari flight pagi tadi iaitu B-787 yang mana sebaris seat hanya 3X3X3. Tak kisah la besar ke kecik, yang penting saya dapat seat dan flight selamat di sepanjang perjalanan. Hehe.. Ada orang yang agak cerewet tentang seating, tak nak duduk kat belah tingkap la, nak duduk paling depan la. Kalau saya hanya nak satu je, dapat duduk sebelah dengan pasangan. Itu pun kalau jarak penerbangan jauh. Setakat 2-3 jam je tak kisah bagi seat mana-mana pun. Cuma sekarang ni saya lebih gemar pilih seat belah tengah dan tepi lorong sebab senang nak bangun pergi ke lavatory atau saja jalan-jalan betulkan urat. Tapi kalau dapat tepi tingkap pun layankan aje. Hihi..

Sila beratur. Tak lari flight dikejar. Hehe..
Cukup selesa untuk sampai ke destinasi, insyaAllah..
Tepat jam 3.50 petang, flight Qatar Airways QR0163 meninggalkan Doha menuju ke destinasi impian kami, Copenhagen. Rasa teruja pulak. Hihi.. Saya terus paksa untuk tidur sambil melayan lagu yang ada dalam list. Listing untuk movie dan lagu semuanya sama seperti flight pagi tadi. Dah company pun sama kan, takkan lain pulak. Hehe.. Lebih 2 jam perjalanan, saya dikejutkan dengan pilihan makanan. Kami pilih dua makanan yang berbeza. Dapat la rasa sikit sorang. Menu stew daging dengan mashed potato yang paling sedap. Rasa macam tak cukup je. Bukan apa, lepas ni tak pasti sedap ke tak makanan kami sepanjang trip nanti. Bila pergi negara bukan Islam, makanan halal memang ada tapi sukar nak cari dan tiada pilihan. Makan je apa yang ada. Cerewet sangat baik pergi time bulan puasa. Takyah makan siang. Hahah..

Yang bawah tu teramatlah sedapnya. Err, ada lebih tak? Hehe..
Selesai makan saya sambung melayan lagu. Kali ni tak nak tidur. Cukup lah tidur 2 jam tadi untuk cover sehingga sampai di Copenhagen. Terlebih tidur takut malam karang terjaga. Esok hari pertama trip di Copenhagen dan boleh dikatakan agak pack juga itinerary yang saya buat dan perlu banyak berjalan kaki. Jadi malam ni kena tidur sepuasnya untuk kumpul tenaga. Rama yang duduk disebelah saya tengah syok melayan movie. Bagus juga dia tak tidur. Takut juga kalau dia penat esok pagi sebab tak boleh tidur malam. Maklumlah pertama kali dia travel ke Europe dan pertama kali juga dia join trip saya ni. Macam Fa dan Abg Fikri takde masalah sebab dah tau macam mana keadaan dan perjalanan itinerary yang saya buat. Kali ni kita tengok macam mana Rama dan Sue adapt dengan itinerary saya. Harap diorang boleh sesuaikan diri. Andai kata ok, insyaAllah next trip dia join lagi. Tapi kalau tak ok, dah tentu diorang tolak awal-awal sebab dah merasa 'terseksa' dengan itinerary saya. Hehe..

Penumpang lain tidur, kami berdua je yang masih teruja lagi. Hahah..
Hampir jam 8.00 malam, pilot maklumkan bahawa flight akan sampai di Copenhagen dalam masa setengah jam lagi. Saya set semula jam mengikut waktu Denmark iaitu 2 jam lewat dari Qatar dan 7 jam lewat dari Malaysia. Sekarang ni di Malaysia pukul 3.00 pagi. Kiranya perjalanan kami hari ni walaupun menolak waktu tapi masih tetap sampai pada tarikh yang sama iaitu 8 Disember 2018. Masa balik nanti menambah waktu dan pasti akan sampai di Malaysia pada hari esoknya. Sebab tu saya pilih tarikh 24 Disember 2018 untuk pulang kerana tiba di KLIA pada malam 25 Disember 2018. Esoknya dah start mesyuarat pertama di sekolah. Masak lemak la dibuatnya. Ditambah pulak dengan jetlag, hanya body je la yang ada dalam bilik mesyuarat tu. Apa yang dibincangkan memang tak faham satu pun. Huhu..

Sikit lagi nak sampai. Excited!..
Tepat jam 8.25 malam, flight mula menurun dan mendarat dengan selamatnya di Kastrup International Airport, Copenhagen. Alhamdulillah kami sudah tiba di bumi Scandinavia buat pertama kali dalam hidup kami. Dari tingkap tak nampak pun ada salji malam ni. Tapi cuaca sudah pasti sejuk di luar tu sebab penumpang lain dah mula pakai jaket masing-masing. Kami bersiap-siap untuk keluar dari flight menuju ke terminal. Setelah pastikan semua barang dibawa kami mengucapkan terima kasih pada stewardess yang bertugas. Our adventures in Scandinavian begins! Moga dipermudahkan semua urusan kami di sepanjang trip ini. Wallahu 'alam..

Terima kasih Qatar Airways kerana merealisasikan impian kami..
Flight route: From Hamad International Airport to Kastrup International Airport

2 comments:

  1. wahh strict gak airport doha ni kannn., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan strict jugak la. Mungkin airport baru agaknya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete