Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ SABTU, 8 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT
@ AIRBNB - RUNE
Kami melangkah keluar dari flight menuju ke dalam terminal. Terasa excited dah ni. Hehe.. Maklumlah, ini pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Scandinavia. Masih tak dapat terima kenyataan yang saya akan sampai juga di sini pada tahun 2018. Walaupun memang ada dalam wishlist saya untuk ke sini, tapi sebenarnya Scandinavia adalah negara Europe yang terakhir dalam planning saya setelah selesai cover negara wishlist lain seperti Spain, Iceland dan Eastern Europe. Ingat nak kumpul duit banyak-banyak dulu sebab dah sedia maklum negara Scandinavia antara negara yang serba-serbi mahal. Masa mencari tiket flight, antara destinasi yang saya fokus dalam pencarian adalah Greece dan Germany sebab masa tu hanya Scoot Airlines je yang offer harga murah. Kalau beli Greece boleh cover Turkey sekali dan kalau beli Germany (Berlin) boleh buat Eastern Europe trip. Sambil tu saya tengok juga harga tiket untuk ke Barcelona dan Rome. Tapi pengakhirannya ke Copenhagen juga yang saya beli sebab Qatar Airways offer harga yang agak berpatutan. Saya rasa inilah masa dan peluang yang terbaik untuk saya menjelajah mencari pengalaman di Scandinavia. Alhamdulillah..
|
Weather forecast di Copenhagen |
|
Sempat lagi snap gambar kat tingkap sebelum keluar flight |
@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT
Masuk je dalam terminal, perkara pertama dah tentu mencari WC. Sudah menjadi seperti kewajipan pulak bila turun dari flight mesti cari WC dulu. Hehe.. Dan seperti biasa, penumpang lain dah lama hilang dari radar, tinggal kami je yang baru nak berjalan mencari arah ke kaunter imigresen. Sambil jalan sempat lagi bergambar. Bukannya ada time limit untuk berurusan di kaunter. Jadi tak perlulah rushing. Lebih baik jalan santai sambil menikmati pemandangan di dalam terminal. Saya dah study bahawa public train di Copenhagen beroperasi sehingga tengah malam dan Metro pulak beroperasi 24 jam. Lagipun malam ni kami takde aktiviti lain, hanya nak check-in homestay yang saya dah booking melalui Airbnb. Cool..
|
Tinggal kami berenam je. Relaks.. Keep calm.. Hehe.. |
Dalam 5 minit berjalan kami sampai di kaunter imigresen. Terkejutnya kami bila sorang penumpang pun takde yang berurusan di kaunter. Cepat betul diorang ni. Tapi sebenarnya kami yang slow. Hahah.. Rama berurusan dulu di kaunter. Pegawai yang bertugas tanya dia apa tujuan kami ke sini. Jangan buat cerita nak pergi rumah sedara atau apa-apa alasan yang meragukan. Lebih baik bagitau tujuan sebenar iaitu holiday trip. Pegawai tu tanya di mana kami akan menginap di Copenhagen. Rama dah tentu tak tau nak cakap apa. Saya pun bantu dan maklumkan yang kami akan menginap di Friheden. Berkali-kali dia ulang soalan yang sama sampai tinggi juga suara dia. Sama ada saya salah sebut nama tempat tu atau dia tak dengar. Dia siap kata takkan la kami semua nak tidur kat tepi jalan. Huhu.. Akhirnya saya keluarkan dokumen booking Airbnb dan tunjuk kat dia. Barulah dia faham dan senyum. Lega bila dia cop dan pulangkan pasport kami. Thank you!.. Hehe..
|
Kaunter clear!.. |
|
Senyum setelah selesai urusan di kaunter. Hehe.. |
|
Hello Copenhagen!.. |
Seterusnya kami berjalan menuju ke baggage belt di Row 6 untuk mengambil beg. Harap-harap semua beg kami muncul. Risau juga kalau beg kami salah masuk flight masa transit kat Doha tadi. Kalau tertinggal kat airport takpe lagi, boleh tunggu flight berikutnya. Dibuatnya beg kami masuk dalam flight lain, tak ke haru dibuatnya. Huhu.. Agak lama juga kami menunggu. Mungkin belum keluar habis lagi sebab ramai juga penumpang lain yang menunggu beg masing-masing.
|
Bila la nak muncul ni. Huhu.. |
10 minit menunggu akhirnya muncul satu-persatu beg kami. Setelah semua beg dah ada, kami mencari jalan untuk keluar dari terminal. Ini pun antara perkara wajib bila sampai di airport. Mesti kena keluar layan suasana dan cuaca buat pertama kalinya. Cuaca di luar agak sejuk tapi tiada salji. Tahap kesejukan masih boleh diterima lagi, belum cecah negatif. Sambil melayan angin malam, kami set pocket wifi masing-masing. Ada yang dah tak sabar nak upload status. Hehe.. Saya keluarkan itinerary untuk aktiviti seterusnya, iaitu mencari di mana kami nak naik train untuk ke Friheden. Sebelum tu kena cari dulu kat mana nak beli tiket. Masih banyak masa lagi untuk malam ni. Saya cadang nak ronda dulu dalam kawasan terminal sebab lusa nak ke sini balik untuk naik flight ke Helsinki. Jadi lebih baik study dulu environment dalam terminal ni supaya tak kelam kabut masa hari kejadian nanti. Susun strategi siap-siap. Hehe..
|
Melayan kesejukan malam sambil meng'update' status. Hahah.. |
Ketiga-tiga pocket wifi kami berfungsi dengan baik. Gunalah kuota yang ada dengan sebaiknya ya. Hehe.. Agak dah puas layan kesejukan di luar, kami masuk semula ke dalam terminal mencari info tentang tiket train dan di mana letaknya terminal untuk kami naik flight ke Helsinki nanti. Daripada info yang saya cari, flight Norwegian Air beroperasi di Terminal 2. Kat sini hanya ada dua terminal je iaitu Terminal 2 dan 3. Tak pasti kenapa takde Terminal 1. Mungkin orang sini tak suka nombor 1 kot, sama macam bangunan yang takde tingkat 4. Hehe.. Airport ni tak besar sangat jika dibandingkan dengan KLIA. Walaupun tak besar, boleh sesat juga dibuatnya jika pertama kali ke sini. Jadi jangan malu bertanya jika taknak sesat jalan. Hahah..
|
Mencari maklumat berguna di airport |
|
Kastrup International Airport Map |
Semasa saya mencari maklumat tentang Scandinavia, info public transport antara yang paling lama saya study. Semua maklumat tentang bandar yang kami akan naik public transport saya cari. Saya google tentang bagaimana cara untuk beli tiket. Sudah sedia maklum kad kredit atau debit digunakan secara meluas dalam transaksi di Scandinavia. Hinggakan nak masuk toilet berbayar pun boleh pakai kad kredit. Huhu.. Perkara pertama yang merisaukan saya adalah jenis kad yang saya bawa boleh pakai atau tidak di sini. Daripada maklumat yang saya dapat, kad di Scandinavia menggunakan 4-digit pin code sedangkan di Malaysia kita guna 6-digit. Saya search kat website bank untuk dapatkan kepastian. Macam-macam input yang saya dapat. Antaranya ada yang kata boleh guna 6-digit pin code kat sana. Masa guna nanti hanya tekan 4 digit yang pertama je. Ada juga sumber yang mengatakan kalau tak boleh guna mesin, hanya pergi ke kaunter untuk buat pembayaran secara manual dan resit yang perlu ditandatangan. Saya terfikir macamana pulak kalau nak isi minyak di stesen yang takde kaunter dan hanya guna terminal? Selalunya stesen di kawasan pedalaman takde kedai, hanya self-service. Wife saya bertanya pada bos di bahagian kad kredit. Bos dia kata setakat ni takde isu pun yang diorang dapat tentang penggunaan kad di Scandinavia. Biar betul.. Tapi bos dia yakinkan kami bahawa kad kredit kita boleh digunakan kat sana. Berpandukan keyakinan itu membuatkan saya gamble je di hari kejadian nanti. Hahah..
|
Jawapan dari Maybank tentang penggunaan PIN. Masih kurang yakin. |
|
Kenyataan dari website Denmark. Lagi la tak yakin dibuatnya. Huhu.. |
Tibalah masa untuk kami beli tiket public transport di Copenhagen buat pertama kalinya. Saya mencari kaunter untuk beli melalui staff yang bertugas tapi tak jumpa. Saya bertanya di information centre. Staff bertugas kata tiket mesti dibeli melalui mesin. Nampaknya kena berdoa banyak-banyak agar kad kami boleh digunakan untuk buat pembayaran di mesin. Harap-harap 6-digit pin code tak menjadi isu. Huhu..
|
Ada banyak mesin menjual tiket. Pilih la nak guna yang mana satu |
Ada banyak jenis public transport di Copenhagen. Metro Line hanya beroperasi dari airport ke pusat bandar. S-Train paling banyak cover di kawasan luar bandar. Selain tu, jaringan bas juga banyak di sini. Sebelum beli tiket kena study dulu map sebab di sini harga tiket mengikut zon. Kat sini zon dia special sikit dan agak pening berbanding bandar-bandar lain yang saya pernah lawati sebelum ni. Kat sini ada 99 zon!. Fuhh, punyalah banyak. Tapi jangan risau sebab yang perlu tau adalah 8 zon utama je sebab cover seluruh bandar Copenhagen dan harga tiket berbeza mengikut zon yang dilalui. Maknanya kalau lalu 1 hingga 8 zon harga tiket berbeza. Lebih dari 8 zon harga jadi sama. Jadi kita kena pastikan stesen mana yang kita nak turun dan kira berapa stesen yang kita kena lalu untuk sampai ke destinasi. Perlu kira ke? Sebenarnya tak payah pun sebab mesin dah tolong kirakan. Andai kata nak cek kat rumah, boleh refer kat apps yang saya mention pada post terdahulu.
|
Metro di Copenhagen tak cover banyak tempat |
|
S-Train cover paling banyak destinasi di Copenhagen dan sekitarnya |
|
Bismillah.. First time nak guna kad kredit kat mesin |
Ingatkan susah, rupanya mudah je guna mesin tiket ni. Tapi make sure pilih English dulu ye. Hehe.. Lepas tu akan keluar pilihan jenis tiket dan destinasi yang nak dituju serta jumlah tiket yang nak dibeli. Dah confirm semua tu barulah mesin mintak masukkan kad. Inilah masanya untuk pastikan adakah kad 6-digit boleh digunakan atau tidak. Lepas mesin dah recognise kad, dia akan mintak kita masukkan 4-digit pin code. Walaupun ada 4 star kat skrin, tapi saya cuba tekan semua 6-digit nombor pin saya. Boleh rupanya. Hahah.. Maka persoalan tentang isu bilangan digit pin code pun terjawab. Jadi kesimpulannya, kita masih boleh tekan 6-digit walaupun mesin mintak 4-digit. Haha.. Satu kemusykilan yang merisaukan hati dah berjaya diselesaikan. Legaa.. Untuk malam ni saya beli single tiket sebab kami akan berada lebih kurang sehari setengah di Copenhagen sebelum berangkat ke Helsinki. Jadi esok pagi baru kami akan beli 24-hour ticket untuk seluruh perjalanan kami di Copenhagen.
|
Ikut je arahan kat skrin dan.. Tadaaa!... Keluar tiket dan resit.. |
|
Harga single ticket untuk 2 orang. Mahalnya!.. Huhu |
Untuk single ticket, harga berbeza ikut zon laluan. Kami nak ke stesen Friheden dan kami perlu lalu 4 zon yang berharga 48.00DKK/person dan valid selama 1 jam 45 minit dari tarikh pembelian. Maknanya bila dah beli tiket tu kena terus naik train. Pertama kali buat pembelian di bumi Scandinavia terus terasa mahal sangat harga tiket tu. Kalau tiket pun mahal, benda lain dah tentu mahal juga. Huhu.. Lama lagi nak duduk kat sini. Pandai-pandai la uruskan duit masing-masing sampai hari terakhir ye. Hehe.. Setelah selesai semua membeli tiket, kami berjalan menuju ke train station yang terletak di bawah tanah. Kena pastikan dulu sama ada nak naik Metro ataupun S-Train sebab kedua-duanya terletak di stesen berlainan di airport. Macam kami yang nak ke Friheden, naik S-Train atau Intercity train lebih cepat. Naik Metro pun boleh tapi nanti kena transfer juga naik S-Train di stesen tertentu. Sebab tu kena study train map untuk pastikan journey yang paling cepat dan mudah tanpa perlu banyak kali tukar train.
|
Let's jom to train station |
|
Sebelum train sampai kita amik gambar dulu |
Jam 9.50 malam, train yang ditunggu pun tiba. Keadaan agak lengang di dalam train, tak ramai penumpang. Biasalah musim winter. Tak kuasa diorang nak berjalan sampai tengah malam. Kedai pun banyak yang tutup awal bila musim winter ni. Seawal jam 6 petang semua kedai dah mula tutup pintu. Train mula bergerak. Tiada direct train dari airport ke Friheden Station. Jadi kami kene tukar train. Dari airport kami naik train regional dan turun di Copenhagen Central Station untuk tukar kepada S-Train A menuju ke Friheden Station. Mula-mula agak pening juga nak fahamkan tentang route dan exchange train kat sini. Tapi mengikut sejarah saya naik train di tempat lain sebelum ni, selalunya bila dah 2-3 kali turun dan naik train mesti dah boleh faham. Harapnya begitulah untuk train kat Copenhagen ni. Hehe..
|
First time nak naik train kat Copenhagen. Excited.. |
Train station kat sini tiada barrier atau mesin untuk cek tiket melainkan jika kita beli travel card yang boleh top-up seperti kad touch 'n go. Selalunya local je yang pakai kad ni dan ada mesin yang boleh cek baki duit dalam kad. Untuk tourist yang beli single ticket, 24-hour ticket atau City Pass tak perlu nak touch kat mana-mana panel. Jadi lepas beli tiket boleh la simpan elok-elok dalam poket atau wallet. Kiranya kalau taknak beli tiket pun masih boleh lagi naik train secara illegal. Tapi, kalau ada staff yang datang check tiket memang habislah. On-the-spot kena bayar denda 750.00DKK tuu. Huhu.. Sebagai penumpang yang berhemah dan bertanggungjawab kenalah beli tiket ye. Jangan buat perangai kat negara orang. Buat malu je nanti. Hahah..
|
Kami je yang ada dalam train. Tenang.. |
Jam 10.00 malam train sampai di Copenhagen Central Station (Kobenhavn H). Kami turun dan mencari platform untuk naik S-Train A menuju ke Friheden Station. Ada banyak platform di sini. Kenalah cari signboard platform yang dituju. Dengan menarik beg masing-masing, agak letih juga menapak dalam terowong mencari pintu keluar ke platform. Akhirnya kami jumpa signboard platform yang terletak di pintu terakhir di hujung terowong. Huhu.. Tak sampai 5 minit menunggu, train pun sampai. Tak susah nak kenal pasti train mana yang patut dinaiki kerana setiap station ada skrin elektronik yang menunjukkan waktu dan train yang bakal tiba di platform. Yang penting kena pastikan train mana yang menuju ke destinasi.
|
Panjang terowong ni. Sampai ke hujung lak tu. Huhu.. |
|
Ada info tentang station stops kat skrin. Selamba je kami duduk kat coach basikal. Hehe.. |
Penggunaan basikal di Copenhagen amat meluas. Jadi tak hairanlah setiap train ada disediakan coach untuk basikal. Boleh je nak duduk kat coach tu kalau takde basikal. InsyaAllah tak kena denda. Hehe.. Tapi kalau peak hour dan ramai yang bawa basikal, terpaksalah beri keutamaan sebab diorang kena beli tiket untuk bawa naik basikal dalam train. Rama yang amat minat dengan basikal dah bagitau saya awal-awal jika lalu di kedai basikal nanti dia nak singgah. Manalah tau ada basikal yang rare dan diminati, boleh la beli dan pos ke Kota Kinabalu. Tentang kos postage nanti kita boleh check kat post office. Paling kurang 3 bulan sampai la kat Malaysia, insyaAllah.. Daripada menyesal dan tidur tak lena sebab mengenangkan basikal yang rare, lebih baik la beli. Bukannya selalu datang sini. Silap haribulan inilah pertama dan terakhir jejakkan kaki di sini. Menyesal kemudian tiada gunanya. Hahah..
|
Tempat khas untuk basikal dalam train |
|
Train route: From Kastrup International Airport to Friheden Station |
Jam 10.30 malam kami sampai di Friheden Station. Hujan renyai turun menyambut kedatangan kami. Kali ni barulah terasa amat sejuk. Huhu.. Hari pertama masih boleh tahan lagi. Homestay kami terletak dalam 600 meter dari station. Ada bas yang lalu di depan homestay. Tapi disebabkan kami bawa beg yang besar dan tak pasti bagaimana kaedahnya jika bawa beg besar naik bas, saya ambil keputusan untuk berjalan kaki. Boleh la merasa angin malam pertama di Copenhagen. Tak jauh pun 600 meter tu. Jauh berjalan, luas pemandangan, walaupun cuaca gelap. Hehe.. Kami lalu di sebelah padang bola dan lintas beberapa simpang jalan. Rumah-rumah yang ada kat sini semuanya dah gelap. Awal betul diorang tidur ye. Apa yang nak dibuat pun musim sejuk ni. Tidur la perkara yang paling best. Hehe..
|
Walking route: From Friheden Station to Airbnb (Rune) |
@ AIRBNB - RUNE
Address: Hvidovrevej 376, Hvidovre, 2650 Copenhagen, Denmark
Tak sampai 15 minit menarik beg, kami sampai di luar homestay. Dalam website Airbnb, tuan rumah yang bernama Rune ada berikan instruction bagaimana nak masuk ke dalam rumahnya. Homestay dia rumah banglo dan ada beberapa bilik yang disewakan. Jadi tak pasti pintu yang mana satu untuk kami. Saya ikut instruction yang diberi dan masukkan kod di lockbox untuk mengambil kunci rumah. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya masuk ke dalam rumah. First time check-in guna lockbox. Maklumlah, baru menjinakkan diri dalam dunia Airbnb. Agak mudah juga guna sistem Airbnb ni. Nampaknya boleh kumpul banyak point Airbnb lepas ni. Hehe.. Seperti biasa, sebelum rumah diserikan dengan barang-barang kami, gambar keadaan rumah kena amik dulu untuk buat review.
|
Details tentang homestay Rune di website Airbnb |
|
Rumah Rune terletak di persimpangan jalan besar |
|
Rumah amat selesa dan bersih. Thanks Rune!.. |
Seronoknya bila nampak katil di depan mata. Rumah ni ada 3 bilik. Dapatlah kami tidur kat bilik masing-masing. Tapi rasa tak syok pulak tidur dengan perut yang kosong. Lapar sangat sebenarnya ni. Huhu.. Sebagai usaha untuk habiskan seberapa banyak ration supaya berat beg kami lepas untuk naik flight ke Helsinki nanti, maka kami pun keluarkan la makanan segera Sharifah untuk dimasak. Seperti biasa, Fa mesti bawa sesuatu penambah selera dalam makanan kami. Dulu masa ke Jepun dia bawak sambal ikan bilis. Tapi malangnya bekas sambal bocor masa sampai di Osaka. Huhu.. Kali ni dia bawak ikan masin goreng cili. Sedapnya.. Apa lagi, pukul 11.30 malam baru kami dinner bersama. Layan..
|
Bersih sangat dapur dia ni |
|
Sharifah in da house. Jom dinner.. |
Sebelum ke sini saya ingat nak try dulu makanan Sharifah ni. Tapi entah macam mana boleh terlupa. Daripada review orang kata Sharifah lagi sedap dari Brahim's. Saya dah pernah makan Brahim's dan akui tak kena pada tekak saya. Tak sempat try kat Malaysia, kita makan terus kat sini. Lepas beberapa suap, saya boleh katakan betul review yang saya baca. Sharifah taste better than Brahim's. Kepada yang nak beli nanti, lebih baik cuba dulu kedua-dua produk ya. Review saya ni berdasarkan tekak sendiri. Mungkin ada yang kata Brahim's lagi sedap. Ikut la mana-mana pun. Yang penting tak kebulur kat negara orang. Hehe.. Sambil makan kami berbincang tentang aktiviti esok. Kena set betul-betul pukul berapa nak bangun dan bersiap. Tandas ada satu je. Jenuh nak tunggu sorang-sorang abis mandi. Jadi lebih baik set bangun awal sikit supaya dapat keluar dari rumah seperti yang dijadualkan. Esok banyak tempat nak berjalan ni.
|
Jam tu memang cepat sejam. Set masa daylight saving kot. |
Habis makan dan kemas meja, kami semua masuk bilik dan bersiap untuk tidur. Esok dijangka keluar rumah untuk mulakan aktiviti seawal jam 7.00 pagi. Setelah mengambil kira masa untuk mandi, solat dan bersiap, termasuk tandas yang ada satu je, maka waktu bangun yang paling afdal adalah selewat-lewatnya jam 6.00 pagi. Harap semua boleh bangun dengan ceria. Hehe.. It's a long journey tomorrow.. Wallahu 'alam..
|
Jumlah penggunaan kaki hari ni |
Terbaik bro, keep update...
ReplyDeleteSedang mencari masa terluang bro.. Hehe
Deletemacam mana nak isi zipcode or billing code kat payment airbnb?
DeleteBahagian mana tu bro kai? Saya isi poskod rumah saya. Tq for reading my blog!.. :)
Delete