Segala persiapan yang memerlukan booking atau bayaran awal telah saya selesaikan. Yang tinggal sekarang hanya persiapan diri seperti barang yang nak dibawa dan menyusun itinerary harian mengikut anggaran masa perjalanan. Trip winter sudah pastinya kena bawa jaket tebal. Jenis jaket juga memainkan peranan penting memandangkan cuaca di sana dijangka amat sejuk. Cadangannya nak bawa 3 jenis jaket mengikut ketebalan. Tapi takut beg penuh dan tak muat nak masuk barang yang lain. Bawak satu je takut ada masa tak sesuai nak dipakai. Inilah dilema yang melanda diri bila menyiapkan diri untuk travel di musim winter. Jaket paling tebal jenama Columbia saya yang dulu tu dah saya jual. Nampaknya kena cari jaket tebal yang lain. Huhu..
Kedua-dua jaket tebal Columbia ni kami dah jual. Huhu.. |
# WINTER APPARELS @ BUNDLE
Kat mana lagi nak cari jaket tebal yang berpatutan harganya kalau bukan di bundle. Amat merugikan kalau beli baru seperti yang dijual di kedai dan butik barangan winter. Bukannya nak pakai sepanjang tahun, hanya untuk trip ni je. Gila apa nak pakai jaket tebal dengan cuaca Malaysia sekarang ni. Pakai t-shirt pun boleh berpeluh inikan pulak nak pakai jaket tebal. Haha.. Lepas habis trip jaket tu pun duduk la diam kat dalam almari, menunggu trip winter yang berikutnya. Kalau tak nak pakai dah boleh jual balik kat mudah.my. Ada je orang yang beli. Hihi.. Sebagai permulaan saya tengok-tengok dulu jaket yang dijual kat Uniqlo. Walaupun tau harga jaket di Uniqlo agak tinggi, tapi saya tetap nak survey juga. Minat betul saya dengan jenama Uniqlo ni. Pada saya harganya agak mampu milik untuk beberapa jenis pakaian yang dijual. Lagi best bila ada sale untuk habiskan stok pakaian yang lama.
Pakaian yang dijual di Uniqlo mengikut musim di Jepun. Harga agak tinggi tapi acceptable la.. |
Kedai bundle di Jalan Kebun, Klang. Yang harga RM50 tu tak berkenan pulak. Huhu.. |
Kedai bundle ni terletak kat rumah lama saya di Setapak |
Habis cuci mata di Uniqlo, saya pergi ke kedai bundle di Jalan Kebun, namun takde yang menarik minat saya untuk membelinya. Kemudian saya ke Baden Baden Bundle yang terletak di Setapak. Kedai bundle ni saya selalu pergi di cawangan Port Dickson sebab banyak pakaian yang berkualiti dan masih cantik. Kat Setapak ni baru je mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017. Ada jaket yang menarik tapi saiz pulak tak ngam. Huhu.. Mana lagi nak cari kedai bundle yang menarik. Saya baru teringat masa jaga exam SPM saya ternampak satu kedai bundle yang agak besar di Bandar Sri Damansara. Saya pun ke sana untuk melihat jika ada jaket yang berkenan di hati dan yang paling penting harganya murah. Saya sampai di JBR Bundle waktu malam. Terkejutnya saya bila tengok keadaan barang yang dijual. Kedai bundle ni amat besar dan panjang ke dalam. Semua barangan tersusun dengan cantik. Ada beberapa bahagian mengikut jenis barang yang dijual. Di tingkat atas ada menjual barang yang dikategorikan sebagai premium branded items. Saya pun apa lagi, terus la mencari mana-mana jaket winter yang berkenan di hati.
JBR Bundle. Kedai bundle paling besar, kemas dan tersusun yang saya pernah tengok. Terbaik.. |
Alhamdulillah, berjumpa juga jaket yang saya berkenan. Bukan tu aje, seluar winter pun banyak dijual di sini. Harga tak tinggi pun, sekitar RM25 - RM30 untuk seluar winter dan RM30 - RM50 untuk jaket winter. Memang berbaloi la beli kat JBR Bundle ni. Rama yang susah nak mencari kedai bundle di Kota Kinabalu, saya suruh dia pergi ke kedai JBR Bundle ni bila dia turun KL. JBR Bundle ni ada 9 cawangan semuanya. Nanti ada rezeki travel lagi boleh pergi survey kat cawangan lain pulak. Untuk trip kali ni di cawangan Bandar Sri Damansara pun dah cukup puas hati. Terbaiklah JBR Bundle. Pencarian jaket winter berakhir dengan jayanya. Hihi..
Lokasi JBR Bundle cawangan Bandar Sri Damansara yang terletak di Jalan Kuala Selangor |
# RATION
Kami berbincang bersama mengenai barang makanan yang perlu dibawa ke sana. Saya akan sediakan semua barang yang utama seperti beras, gula, kopi/teh, periuk nasi travel dan alatan memasak. Yang lain boleh la nak bawak makanan extra seperti mee segera, sambal ikan bilis, kicap dan mana-mana yang dirasakan mudah, sesuai dan sedap untuk dimakan di sana nanti. Untuk menu utama, saya dah set lokasi kedai yang menjual daging dan ayam halal. Nanti boleh la beli sikit kat sana. Barulah rasa macam makan kat Malaysia. Hehe.. Wife saya dah order makanan segera jenama Sharifah untuk kami semua. Saya cuma minta semua allocate ruang dalam beg masing-masing untuk sama-sama bawa barang makanan. InsyaAllah takkan terlebih berat beg tu sebab selalunya masa pergi beg tak berat sangat. Bila time balik je mungkin beg akan beranak. Hehe.. Lagi satu yang perlu diambil perhatian adalah jenis plugpoint dan voltage di sana. Nasib baik voltage di Scandinavia 230V/50Hz, kurang 10V dari Malaysia. Jadi boleh la guna barang letrik kita kat sana dengan optimum. Jangan jadi macam kat Jepun, lambat betul nasi nak masak sebab voltage Jepun hanya 100V je. Tak pakai voltage converter pulak masa tu. Huhu..
Senarai barang makanan untuk kami berenam. InsyaAllah mencukupi.. |
Jenis plugpoint di Scandinavia. Jangan lupa bawa adapter ye. |
# MEDICATIONS
Yang ni setiap kali travel mesti kena bawa. Senang jika ada yang pening kepala atau demam dalam perjalanan. Tak perlu nak beli ubat kat sana yang tak tau berapa harganya. Seperti biasa, multivitamin saya dah mula makan seawal 2 bulan sebelum tarikh travel. Harap badan bertenaga dan bersiap sedia untuk travel mencari pengalaman hidup yang baru dan pastinya mencabar. Antara ubat yang wajib saya bawak setiap kali travel adalah multivitamin, minyak angin, handiplast, ubat sakit perut dan koolfever. Ubat lain yang dirasakan sesuai juga dibawa sekali. Heat pack yang dijual di Daiso jangan dilupakan. Sebelum ni saya tak pernah pun pakai heat pack sebab masih boleh tahan cuaca sejuk. Untuk kali ni rasanya akan pakai juga. Huhu.. Ubat-ubat yang dibawa ni pasti akan digunakan semasa di sana nanti. Moga diberikan kesihatan yang baik di sepanjang perjalanan kami.
Ubatan dah disediakan. Heat pack paling murah boleh beli kat Daiso |
# TRAVEL LUGGAGE
2 minggu sebelum hari kejadian saya dan wife dah mula mengemas apa yang patut untuk dibawa. Nasib baik kami cek beg kami awal. Rupanya baru perasan tayar beg kami dah pecah. Huhu.. Nak beli baru rasa macam tak berbaloi sebab beg yang sedia ada ni masih elok lagi, cuma tayar je yang pecah. Saya google kedai repair beg yang berhampiran dan harga yang berpatutan. Berdasarkan review yang saya baca, kedai membaiki beg di Jalan Pudu mendapat komen yang positif dari pelanggan dan kedai tu dah beroperasi berpuluh tahun lamanya. Hari tiada exam SPM saya pergi ke kedai tersebut. Harga yang dikenakan untuk sebiji tayar adalah RM20.00. Walaupun memang satu tayar je yang pecah, tapi alang-alang repair baik tukar semua tayar. Takut sampai sana nanti tayar lain pulak yang buat hal. Huhu.. Saya mintak tokey kedai tukarkan kesemua tayar bagi beg besar dan medium. Jumlah semuanya RM160.00. Kira oklah harga tu daripada beli beg baru. Saya tanya tokey, bila boleh siap beg saya. Dia kata paling cepat 3 minggu boleh siap. Haduii, tak sempat la macam ni. Nak pergi lagi 2 minggu. Jadi saya pun bagitau la yang saya urgent nak pakai beg ni minggu depan sebab flight saya hari khamis. Sebenarnya flight hari Sabtu, tapi jangan la bagitau yang betul. Kang dia kata siap hari Jumaat tak ke kelam kabut nak kemas barang. Hari Rabu nampak munasabah sikit. So tokey tu pun kata Selasa depan boleh amik. Dia suruh datang petang sebelum kedai tutup jam 6.00 petang. Terbaik la tokey. Nanti saya kasi viral baik punya kedai tokey bagi ramai orang datang hantar repair beg. Bukan setakat tayar je yang dia repair tapi semua yang rosak tentang beg dia boleh baiki. Tengok keadaan dalam kedai memang banyak pun beg yang orang hantar. Well-known juga kedai ni walaupun nampak kecik je dari luar.
Nasib baik sedar awal tayar beg pecah. Huhu.. |
Lokasi kedai repair beg kat Jalan Pudu |
Dah siap tayar luggage yang baru, mestilah nak pasang luggage tags kan. Ada info mengatakan jangan letak alamat pada luggage tags. Cukuplah hanya letak nama dan nomber telefon atau e-mel sahaja. Dikuathiri penyeludup dadah akan buka dan simpan dadah dalam beg kita. Jika beg kita lepas imigresen, penyeludup tu akan datang ke alamat rumah kita untuk ambil balik dadah tu. Tapi jika beg kita kena tahan, maka dengan kita sekali kena masuk lokap. Huhu.. Orang lain buat jahat tapi kita yang kena. Itulah bahayanya bila travel. Bukan setakat kena jaga beg dari pick-pocket, tapi dengan penyeludup dadah pun kena berhati-hati. Haishh, susah betul nak travel dengan aman dan sentosa ye. Huhu..
You've been warned!.. Be careful.. |
# OFFLINE MAP APPS
Sebelum ni saya amat percaya pada apps HERE Maps (sekarang HERE WeGo) dalam membantu saya menjadi penunjuk arah semasa drive di luar negara. Masih teringat lagi kesilapan teknikal ketika trip Western Europe 2015 yang lalu di mana tetiba apps asyik suruh saya keluar dari highway dan ikut jalan dalam. Rupanya bila cek setting, entah macam mana boleh tick dekat option avoid tunnel. Patutlah dia suruh keluar sebab highway ada banyak tunnel. Haha.. Jadi untuk trip kali ni saya ingin mencuba apps yang lain pulak. Daripada review yang dibaca, Maps.Me antara apps paling reliable dan terbaik untuk offline map. Saya pun download dan cuba gunakan Maps.Me untuk ambil wife saya balik kerja di KL. Agak complicated juga Maps.Me berbanding HERE WeGo yang lebih user-friendly. Jadi untuk tidak peningkan kepala, saya pun beralih semula kepada HERE WeGo dan download kesemua map negara Scandinavia. Janji dia jangan buat perangai tetiba tukar option avoid tunnel lagi. Hahah..
Masih setia dengan HERE WeGo walaupun dia penah buat hal dulu. Haha.. |
Alhamdulillah, selesai perkara-perkara yang penting dalam persiapan sebelum fly ke bumi Scandinavia. Baki beberapa hari yang tinggal ni saya cuba lagi mencari info mengenai Scandinavia. Serius amat sedikit maklumat yang saya kumpul. Moga perjalanan kami berenam mencari pengalaman hidup yang baru di bumi Scandinavia berjalan dengan lancar dari mula hingga akhirnya. Ingat dalam diri masing-masing tujuan travel di bumi milik Allah. InsyaAllah dilindungi oleh-Nya. Wallahu 'alam..
Slm Sdr., saya turut mengikuti blog sdr yang penuh dengan informasi untuk kaki travel macam saya. FYI saya telah ke negara Scandinavia (Helsinki, Stockholm, Gothenburg, Oslo & Bergen) pada Mac 2018 lepas. Sdr boleh baca catatan saya di https://tripsdepartures.blogspot.com/. Selamat melancong
ReplyDeleteWaalaikumsalam tuan jurnaltravelku..
DeleteConfirm akan baca. Anyway tq for reading my blog!.. :)
Hi Ankita Singh. Thanks for reading my blog!.. :)
ReplyDelete