Hari yang ditunggu hampir tiba!. Esok bermulalah trip mencari pengalaman hidup saya yang terbaru. Entah kenapa trip kali ni saya agak excited berbanding trip-trip sebelum ni. Mungkin kerana saya sendiri tak sangka akan jejakkan kaki di bumi Scandinavia, negara yang jarang pelancong lawati berbanding common Europe countries seperti UK, France dan Italy. Dalam excited tu ada juga rasa nervous sebab yang bakal saya hadapi nanti sudah tentu musim winter yang paling sejuk dalam hidup saya. Nak drive pulak tu. Boleh tahan ke? Huhu.. Moga dipermudahkan.
Weather forecast mengikut itinerary. Kat Oslo yang paling sejuk katanya. Huhu.. |
Malam terakhir saya masih lagi di depan komputer. Rasanya macam banyak lagi info tentang Scandinavia yang saya perlu cari. Sementara line Unifi yang kuat dan guna desktop lebih baik saya google segala maklumat yang ada. Dah sampai sana kang susah nak cari pakai smartphone dan line pun limited. Huhu.. Takpe, perjalanan dalam flight yang panjang nanti saya boleh berehat. Harap jangan jetlag sudah la. Mengikut sejarah travel saya, tak pernah lagi kena jetlag masa pergi. Masa balik je yang kena. Itupun takdelah melampau sangat sampai melarat berhari-hari. Mungkin kerana saya ni jenis susah tidur malam kot membuatkan jetlag pun malas nak ganggu hidup saya. Hehe..
Flight esok jam 9.20 pagi. Dulu rumah di Wangsa Maju. Kali ni bertolak dari Kota Damansara. Wife saya yang amat prihatin dengan masa flight cadang untuk bertolak awal dari rumah. Jam 6.00 pagi paling sesuai tiba di KLIA katanya. Boleh la terus solat subuh di airport. Dia dah booking siap-siap runner yang dia selalu guna untuk hantar barang. Kali ni runner tak hantar barang, tapi hantar kami ke KLIA. Haha.. Wife saya set untuk ambil kami di rumah seawal jam 4.30 pagi. Saya ikutkan aje. Biar sampai awal daripada terkejar-kejar nak naik flight. Hihi.. Kami mengemas beg dan pastikan semua barang yang penting dibawa bersama. Dokumen penting saya dah print dan buat copy seperti trip-trip sebelum ni. Duit yang dah ditukar saya susun ikut bilangan hari, takut terlebih guna untuk hari-hari tertentu. Untuk itinerary yang akan masuk bandar besar, saya akan set duit lebih daripada hari yang lalu kawasan kampung. Yelah kan, kat bandar nak beli fridge magnet, key-chain atau apa-apa souvenir yang berkenan di hati. Kawasan kampung setakat ambil gambar dan singgah beli makanan ringan kat mana-mana supermarket je untuk jadi peneman masa drive nanti. Hihi.. Dokumen berkaitan booking kereta sewa dan homestay pun dah banyak kali saya check. Takut tertinggal.
Bawa semua dokumen yang penting. |
Document holder dan buku nota untuk catatan perjalanan. |
Alhamdulillah selesai kemas beg. Cukup untuk semua barang keperluan. Beg extra pun saya bawa siap-siap sebab sejarah lalu beg kami akan beranak bila balik nanti. Hahah.. Mungkin kali ni tak beranak banyak kot sebab macam mahal je barang shopping kat sana. Kita standby juga la beg lipat satu untuk hal-hal yang tak terjangka. Hehe.. Kali ni saya buka order untuk yang nak pesan t-shirt atau merchandise Hard Rock. Buat masa ni dah ada beberapa order yang masuk. Nanti masa kejadian bila saya dah amik gambar kat dalam Rock Shop dan update, barulah ramai yang akan pm saya, percayalah. Hehe.. Jadi, beg lipat tu penting juga untuk bawa balik barang pesanan kawan-kawan.
Dah 6 tahun beg ni berjasa pada saya waktu travel. |
Selain dari pakaian dan makanan, trip kali ni saya bawa alatan untuk memasak sebab dah confirm akan bermalam di homestay. Kuali kecil, sudip buruk, sudu dan garfu murah, pinggan plastik yang dah kusam kat rumah menjadi mangsa dibawa bersama dalam trip kali ni. Last day nanti boleh la tinggalkan terus kat sana. Walaupun dah buruk, tapi ia bakal menjadi warga Scandinavia. Hehe.. Makanan saya bahagikan kepada 6 bahagian untuk dibawa sorang sikit dalam beg masing-masing. Saya dah maklum pada semua untuk save kan ruang dan berat 2kg dalam beg untuk isi makanan. Ini lah perkara yang amat penting bila travel sesama kawan-kawan ke negara yang tak banyak option halal foods. Bukan terpaksa, tapi wajib prepare makanan untuk dibawa ke sana. Kalau ada restoran halal pun sudah pasti makanan seperti kebab dan seangkatan dengannya. Lalu ke nak makan kebab sepanjang 18 hari ni? We want rice and sambal belacan!.. Hahah..
Selain dari makanan, aksesori ni juga wajib dibawa. |
Saya sempat lagi download beberapa apps yang dirasakan penting untuk digunakan di sana terutamanya public transport apps. Sekurangnya bila di sana nanti boleh la refer live update perjalanan train dan bot. Itinerary yang saya buat hanyalah anggaran, belum tentu tepat mengikut masa yang saya set. Jadi apps ini akan bantu saya untuk tahu live status public transport di sana, especially di bandar besar. Manalah tau tetiba ada train yang delay atau cancel sebab cuaca buruk. Bila terjadinya kejadian yang tak terjangka, maka saya boleh pilih option lain dengan merujuk pada public transport apps.
Apps untuk public transport di bandar utama Scandinavia |
Selain wife saya yang akan menjadi peneman setia semasa drive, saya dah siap copy lagu mp3 dalam cd dan pendrive untuk dipasang semasa dalam perjalanan naik kereta sewa nanti. Masa trip ke Western Europe dulu saya dah buat benda ni. Teringat masa drive kereta di Jeju Island, Korea. Tak bawak mp3, dengar radio dah tentu tak faham apa yang deejay tu sembang. Huhu.. Jadi lepas je trip tu saya dah set kalau sewa kereta je mesti bawa mp3. Boleh la nyanyi sambil drive. Hehe.. Wife saya siap cadang nak bawak portable microphone lagi. Tak payah la, yang tu kita pakai kat Malaysia je. Hahah..
Siap download lagu yang akan menemani saya semasa drive nanti |
Masa berlalu amat pantas bila banyak kerja yang dilakukan. Sedang asyik mencari maklumat, tak sedar lagi sejam runner akan sampai untuk pick-up kami. Tak sempat nak tidur nampaknya. Dengan pantas saya tutup komputer, mandi dan bersiap dalam keadaan mata yang mengantuk. Huhu.. Tahan la wahai mata. Dalam flight nanti kita bayar hutang tidur ye. Moga diberikan kekuatan fizikal dan mental pada kami dalam perjalanan mencari pengalaman hidup yang amat berharga ini. Wallahu 'alam..
Slm sdr, FYI negara di Scandinavia mengamalkan cashless transaction. Leh guna kredit kad di mana-mana jua. Tak perlu tukar cash byk.
ReplyDeleteSalam..
DeleteYep, cashless country. Cash untuk standby dan simpan sikit dalam money album. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)
Semoga tn. dan kwn2 selamat smpi dan dipermudah segala urusan travel disana.
ReplyDeleteTak sabar nk baca kisah 2 mggu kenangan di SCADINAVIA..update bloq cpt2 naa..
Waalaikumsalam mokcik gamat.
DeleteTq.. Sedang mencari masa terbaik untuk bercerita. InsyaAllah dalam masa terdekat ni. Tq for reading my blog!.. :
Scandi ni, bukan jarang org gi. Ni negara2 semua menda mahal! Kami pun tak sampai lg. Anyway, tahniah sampai sana.
ReplyDeleteSalam..
DeleteYea tuan. Amat sukar nak dapatkan info tentang Scandinavia. Pergi kerana nak cari pengalaman baru dalam hidup. InsyaAllah satu hari nanti tuan akan ke sana jua. Tq for reading my blog!.. :)