Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Rasa amat bersemangat bila ada kawan yang sudi join trip saya hujung tahun 2018. Dari bulan Mac hingga Hari Raya Puasa saya cuma survey harga destinasi yang menjadi pilihan untuk diterokai. Dah confirm ada 6 orang semuanya barulah saya fokus dalam pencarian tiket flight. Saya create price alert di website Skyscanner. Setiap hari dapat alert tentang harga tiket flight terkini. Dalam 10 alert, hanya sekali je yang turun. Itupun seringgit je. Naik pulak bukan main banyak. Huhu.. Agak lama juga saya survey harga tiket sebab masih ada keyakinan dalam diri bahawa akan turun juga harga tiket satu hari nanti. Saya tunggu sampai pertengahan bulan Ogos 2018. Kalau tak berubah dan makin menaik, nampaknya saya kena grab juga. Sekarang susah nak dapat harga super murah macam dulu. Dapat harga yang rendah sikit dari harga standard dah cukup baik.
|
Bila dah create benda ni, tetiap hari dia hantar update. |
Untuk tarikh travel, saya kena set betul-betul. Tahun ni nama saya naik untuk menjadi pengawas SPM. Biasalah, kalau guru baru di sekolah mesti kena jadi pengawas. Memang kebetulan kot asal guru baru masuk je, guru yang lama kat sekolah tu semuanya dah jadi pengawas. Ngam-ngam rotation kena kat guru baru kan. Sama jugalah dengan jawatan Kelab Guru dan AJK PIBG. Semuanya kebetulan dah habis rotation semua guru lama dan guru baru mesti kena. Hmmm.. Tahun 2018 tarikh mula dan tamat SPM agak lambat dari tahun-tahun sebelumnya. Selalunya minggu pertama Disember dah habis semua paper. Tahun ni SPM start 13 November dan habis 13 Disember 2018. Jadi boleh la saya set untuk travel at least seminggu sebelum tamat SPM, sebab minggu last hanya paper elektif je dan tak perlu ramai pengawas bertugas. Kadang-kadang calon cuma 2-3 orang je untuk paper tu. Pandai-pandai la deal dengan Ketua Pengawas untuk mintak pelepasan supaya tidak bertugas di minggu akhir SPM. Mungkin offer diri jadi pengiring sepanjang 2 minggu pertama SPM ke. Ramai guru yang tak nak jadi pengiring sebab kena datang bilik kebal awal dan balik lambat. Hihi.. Nasib baik nama saya tak naik jadi Ketua Pengawas. Kalau tak terpaksa la stay sampai penghujung SPM. Legaa..
|
Jadual SPM 2018 hari pertama dan terakhir |
# TARIKH TRAVEL
Saya set tarikh travel bermula 8 Disember hingga 25 Disember 2018. Jumlah hari termasuk perjalanan dalam flight adalah 18 hari 17 malam. Fuhh, lagi lama travel kali ni. Sebenarnya ini jelah tarikh yang sesuai untuk dapat harga tiket flight yang paling murah. Kalau tarikh diawalkan harga tiket lebih mahal. Nak tambah hari lagi dah tak boleh sebab mulai 26 Disember sekolah dah mula mesyuarat guru yang pertama. 25 Disember tu kami sampai KLIA waktu malam. Esok paginya kena ke sekolah. Confirm tidur sepanjang mesyuarat kalau kena jetlag. Hahah.. Dah set tarikh travel, akhirnya pada 26 Ogos 2018 saya beli tiket flight untuk kami berenam ke negara yang jarang orang Malaysia travel, iaitu negara Scandinavia. Saya compare harga tiket untuk 3 pilihan destinasi. Daripada semuanya, hanya tiket ke Copenhagen dan Barcelona yang paling menarik. Cuma harga Barcelona naik mendadak sepanjang bulan Ogos. Jadi keputusan muktamad kami akan menjelajah ke bumi Scandinavia pada hujung tahun 2018.
|
Ke Scandinavia ke kita Disember 2018 ni. Yeayyy.. |
# TIKET FLIGHT: QATAR AIRWAYS
Saya beli tiket ke Copenhagen berharga RM2,822.00/person return flight termasuk processing fee, hand baggage 7kg/person dan checked baggage 30kg/person. Tarikh bertolak pada 8 Disember 2018 dan pulang pada 24 Disember 2018. Saya beli melalui website Plan Your Own (PYO Travel). Walaupun banyak kes penipuan tiket flight melalui website macam ni, tapi saya pernah sekali beli tiket melalui website PYO Travel masa ke Paris tahun 2015. Alhamdulillah tiket yang dibeli wujud dan murah daripada company flight tu sendiri. Ini pun dah dikira agak mahal kerana pada bulan April harganya dalam lingkungan RM2,300.00+ je. Beza hampir RM500.00 tu dalam masa 4 bulan. Huhu.. Ruginya tak beli awal. Tapi apakan daya, masa tu belum confirm lagi nak beli tiket. Takpelah, lebih baik lock siap-siap harga di bawah RM3,000.00. Masuk bulan September confirm naik lagi harga tiket. Syarat pembelian tiket: dah beli terus unsubscribe price alert dan jangan buka lagi website tiket flight. Takut menyesal je nanti. Hahah.. Kira berpatutan juga harga tiket yang saya dapat kerana kami naik flight Qatar Airways yang telah mendapat tempat ke-2 dalam World's Top 100 Airlines dari website Skytrax. Tempat pertama jatuh kepada jiran kita iaitu Singapore Airlines. Satu hari nanti saya nak try naik Singapore Airlines pulak. Itupun kalau dapat harga yang terbaik la. Hehe..
|
Qatar Airways flight itinerary. Kena transit kat Doha |
# TIKET FLIGHT: NORWEGIAN & SAS SCANDINAVIAN AIRLINES
Masih belum selesai lagi urusan beli tiket. Saya perlu beli satu lagi tiket flight return untuk ke Helsinki. Mulanya saya bercadang nak sewa kereta dan bawa naik feri dari Stockholm ke Helsinki. Tapi bila kira masa perjalanan untuk pergi dan balik dengan feri rasa macam tak berbaloi pulak. Lebih baik naik flight, kejap je dah sampai. Harga tiket untuk inter-europe flights tak mahal sangat. Saya ada juga survey tiket flight dari Scoot Airlines dan Norwegian Airlines. Flight Scoot Airlines dari Singapore ke Berlin boleh tahan juga murah tapi perjalanan sehala je. Flight Norwegian Airlines pun sama. Cuma tarikh perjalanan je yang tak kena dengan tarikh yang saya set. Untuk ke Helsinki saya bercadang nak naik flight yang berlainan masa pergi dan balik. Bila lagi nak merasa naik low-cost airline kat Europe ni. Hehe.. Jadi saya pun mencari flight yang sesuai dengan tarikh cadangan. Harga tiket lebih kurang sama untuk semua low-cost airlines, cuma waktu perjalanan je yang berbeza. Untuk perjalanan pergi ke Helsinki saya beli tiket flight Norwegian Airlines yang berharga RM196.00/person termasuk processing fee, hand baggage 10kg/person dan checked baggage 20kg/person. Tarikh perjalanan pada 10 Disember 2018. Untuk flight balik ke Copenhagen pulak saya beli tiket flight SAS Scandinavian Airlines yang berharga RM244.00/person termasuk processing fee, hand baggage 8kg/person dan checked baggage 23kg/person. Tarikh perjalanan pada 12 Disember 2018.
|
Norwegian Airlines ada long-haul flight dari Singapore ke Europe |
|
Balik ke Copenhagen kita try naik SAS Scandinavian Airlines |
Selesai sudah bab membeli tiket flight. Harap takde flight delay masa hari kejadian nanti. Seterusnya bermulalah episod mencari maklumat sebanyak mungkin tentang negara Scandinavia ni. Terkejut saya apabila melihat currency dan kos perbelanjaan di sana. MasyaAllah punyalah tinggi kos hidup kat Scandinavia. Patutlah tak ramai orang Malaysia yang bercuti di sana berbanding negara Europe yang lain. Rasanya kos kat UK lagi murah berbanding di Scandinavia walaupun UK pakai currency pound sterling. Harga petrol dan diesel juga amat tinggi, anggaran dalam RM6.50 ke RM7.50 seliter. Huhu.. Nampaknya kena study betul-betul tentang perbelanjaan kat sana. Tengok pada tourist website pun dah boleh nampak kos mencecah lebih RM10,000.00/person untuk trip ke Scandinavia selama 10 - 14 hari. Kami nak pergi lagi lama, 18 hari. Entah berapa la jumlah kos keseluruhan kami ye. Yang pastinya saya akan perincikan semua perbelanjaan di sana nanti. Saya target dapat bawah RM9,000.00/person pun dah cukup bagus. Less is better. Hahah.. Moga mencapai target. Wallahu ' alam..
|
Ranking dari Skytrax. Norwegian di tempat ke-2 untuk kategori low-cost flight |
|
Yang banyak duit boleh la ambil pakej macam ni. Tak perlu nak buat preparation teruk sangat. Bayar je.. |
No comments:
Post a Comment