Sunday, 20 January 2019

2018.. A New Life Begins..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

2017 adalah tahun yang agak suram dalam diari travel saya. Hanya trip famili ke Vietcam je yang berjaya direalisasikan. Tiada trip di hujung tahun. Sejak 2012 lagi bila hujung tahun je mesti saya akan travel ke luar negara. Sebenarnya ada dua agenda yang lebih penting dari travel yang perlu saya uruskan dulu pada penghujung tahun 2017, iaitu kerjaya dan rumah. Tahun 2018 bermulanya saya di tempat kerja yang baru. Saya turun 'level' dari bekerja di KPM menjadi guru semula. Bukan tak minat dengan kerja di KPM tetapi kerana saya berpindah rumah di Kota Damansara. Tak larat nak ulang-alik ke Cyberjaya sejauh lebih 50km sehala, jadi saya amik keputusan untuk berpindah tempat kerja juga. Alhamdulillah saya ditempatkan di sekolah yang hanya 1.5km jaraknya dari rumah. Lebih mudah untuk menguruskan keluarga saya. Kos minyak dan tol dah save banyak. Boleh la transfer duit tu kat dalam tabung travel. Biarlah turun 'level' pun, janji gaji tetap sama. Hehe..

Karier 2018 bermula di sini. New life begins..
Berkat bulan puasa 2018 saya sekeluarga pindah ke rumah baru kami di Kota Damansara dan secara rasminya menjadi warga Selangor. Dapat juga kami beraya di rumah baru. Hihi.. Selesai sudah agenda bertukar tempat kerja dan tempat tinggal. Lepas raya dah boleh plan next travel pada hujung tahun 2018. Menggigil satu badan ni sebab dah lama tak travel. Hehe.. Ada banyak lagi wishlist destinasi yang belum saya pergi. Memandangkan simpanan dalam tabung travel kali ni agak banyak sebab lama tak digunakan, jadi bolehlah plan tempat yang agak menarik dengan jangkasama travel yang panjang. Sekurangnya 2 minggu diperlukan untuk trip yang jauh. Barulah rasa kepuasan yang maksima. Alang-alang travel biar sampai puas hati. Saya bukannya kaya pun sampai boleh repeat ke tempat yang sama berkali-kali. Dapat sampai sekali dalam hidup pun dah cukup untuk kumpul pengalaman hidup. Ada rezeki boleh jejak negara yang lain pulak. Bumi Allah itu luas.

My home sweet home. Alhamdulillah siap juga mengikut jadual.
Sambil makan kuih raya, saya mula mencari info tentang my next travel destination. Cadangan trip kali ni nak ke Europe sebab dah lama tak melayan cuaca sejuk di sana. Antara pilihan di hati adalah trip ke Andalusia 4 negara (Spain, Andorra, Gibraltar dan Portugal), trip Scandinavia (Denmark, Sweden, Norway dan Finland) dan trip Eastern Europe (Poland, Slovakia, Hungary, Croatia, Slovenia, Austria dan Czech Republic). Sebenarnya seawal bulan Mac lagi saya dah mula survey harga tiket flight. Memang ada beberapa destinasi yang agak murah dari kebiasaan, tapi saya tak boleh nak confirmkan selagi urusan pindah rumah belum selesai. Geram je tengok harga yang ditawarkan di beberapa destinasi yang menjadi pilihan. Setiap minggu harga tiket flight makin naik. Sama macam harga minyak petrol, turun sekali dan naik berkali-kali. Haduii..

Mana satu agaknya yang akan menjadi realiti?
Saya mula menghebahkan pada rakan-rakan travel jika ada yang berminat untuk join trip saya. Kalau ada yang nak join kos perjalanan lebih save sebab banyak kos yang boleh dikongsi bersama seperti sewa kereta, petrol dan homestay jika tak bermalam di hotel. Tapi nak bawa ramai sangat pun tak boleh juga. Banyak kepala lagi banyak kerenah sebenarnya. Huhu.. Paling sesuai kalau dapat pergi 6 - 8 orang. Muat untuk sewa satu kenderaan 9-seater dan mudah untuk bergerak ke setiap destinasi. Feedback dari kawan-kawan yang saya terima sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Padahal asal saya balik je dari trip bukan main ramai yang kata nak join untuk next trip. Nasib baik saya dah biasa dengan jawapan dan alasan yang diberikan. Bukan apa, sekurangnya takdelah keluar ayat tak mengajak pula. Hehe..

Bila lagi nak merasa bawak Volkswagen atau Mercedes kan. Hehe..
Alhamdulillah, daripada senarai yang saya jemput, ada 2 orang kawan saya yang berminat nak ikut bersama pasangan masing-masing. Tapi diorang menunggu keputusan destinasi mana yang nak diterjah pada trip kali ni. Sedang elok ada 6 orang dalam trip. Sebenarnya mereka tak kisah pun pasal destinasi. Yang penting mereka nak tau berapa lama dan berapa kos yang perlu disediakan. Tentang cuti takde masalah sebab mereka semua guru. Tinggal nak hantar surat permohonan ke luar negara je. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan maklumkan pada mereka. Dah cukup korum, maka barulah saya mula mencari tiket flight yang berpatutan dan murah dari kebiasaannya. Mana-mana destinasi dalam wisthlist yang murah akan saya grab dulu. Moga tercapai cita-cita untuk menyambung kembali aktiviti kembara mencari pengalaman hidup pada hujung tahun 2018. Wallahu 'alam..

6 orang untuk trip kali ni. Terbaiklah..

No comments:

Post a Comment