Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Post kali ni saya nak ceritakan tentang satu hobi yang boleh dikatakan agak 'mahal' tetapi amat bererti dalam perjalanan saya mencari pengalaman hidup. Kalau baca post travel saya sebelum ni, mesti saya akan singgah lokasi Hard Rock Cafe di setiap negara yang saya lawati. Sudah sedia maklum barangan yang dijual kat HRC agak 'hard' juga harganya. Huhu.. Tapi, saya tetap beli. Sanggup saya kumpul duit travel extra semata-mata untuk membeli merchandise Hard Rock terutamanya t-shirt. Dah hampir penuh satu almari diisi dengan baju HRC je. Nampaknya kena tambah satu lagi almari hanya untuk memenuhi hobi. Huhu..
|
Suka dengan tagline HRC ni. Terbaik.. |
Kenapa saya obses sangat dengan HRC? Pada pendapat saya, menyimpan barangan HRC ni boleh dikatakan sebagai satu koleksi yang ekslusif. Bukan kerana harga dia, tetapi tempat di mana kita beli t-shirt tu. T-shirt hard rock yang ada bertulis nama bandar hanya boleh diperolehi kat tempat tu je. Kalau beli kat website HRC takkan ada tulisan bandar. Walaupun boleh beli dari orang yang menjual secara online, tapi beli sendiri di lokasi lagi puas hati. Selain dari koleksi, boleh juga dijadikan sebagai kenangan atau souvenir sebagai tanda pernah menjejakkan kaki di situ. Kualiti kain juga agak baik dan tahan lama, berbanding beli t-shirt 'I Love Cambodia' yang makin kecut dan tak muat selepas dibasuh. Hihi..
|
Kalau nak beli juga, pastikan beli besar sikit sebab nanti kecut lepas basuh. Hehe.. |
Ramai yang mengikuti perkembangan travel saya bertanya tentang bagaimana saya buat itinerary untuk setiap tempat yang saya pergi. Daripada kos perjalanan hinggalah bandar-bandar yang dilawati. Baiklah, meh sini saya share cara saya membuat itinerary. Harap dapat dijadikan rujukan buat traveller yang punyai misi travel yang sama seperti saya. Perkara pertama sebelum nak buat itinerary, saya akan pastikan tujuan utama travel. My priority is always to see a beautiful scenery. Shopping is the last on the list. Itupun kalau masih ada bajet lagi. Hehe.. Jadi, saya akan buat research dulu tempat-tempat menarik yang ada kat negara tu dan yang pastikan ada atau tidak entrance fee. Kalau mahal sangat baik amik gambar kat pintu masuk je. Hahah.. Ada orang pernah komen dalam facebook saya, rugilah dah sampai Stonehenge tapi tak masuk, hanya bergambar kat luar pagar je. Kat Jepun saya hanya bergambar di pintu masuk Disneyland je dan di London hanya bergambar di pintu masuk Madame Tussauds. Rugi ke tak masuk? Dah jejak kaki di sana pun dah cukup rahmat buat saya. Tak semua orang merasa sampai di sana. Nama pun trip bajet kan. So kita masuk tempat yang free entrance je. Hehe..
|
Kalau masuk ni, mau seharian kat sini je. Hehe.. |
Berbalik pada tajuk post kali ni, lokasi HRC memainkan peranan penting dalam penyusunan itinerary saya especially dalam menyusun travel route saya. Saya akan buka website HRC dan tagging lokasi HRC yang ada di tempat yang akan saya pergi. Daripada situ saya dah boleh buat draf laluan perjalanan saya. Jika saya sewa kereta di sana, saya akan pastikan buat loop route supaya saya takkan balik ikut jalan yang sama. Yang tu memang merugikan sebab dapat view yang sama dalam perjalanan. Huhu.. Dah tagging semua lokasi HRC, barulah saya buat route map. Untuk penginapan pula, saya akan pastikan perjalanan harian saya dalam 300 - 400km je. Tak larat nak drive jauh sangat sebab kene fikirkan tentang berjalan kaki melawat bandar-bandar yang dilalui. Setakat ni alhamdulillah takde rasa penat yang melampau hinggakan rasa tak berdaya nak drive. Faktor pemandangan juga memainkan peranan dalam meningkatkan ketahanan badan semasa travel. Tempat baru yang kita lihat akan membuatkan kita rasa excited dan lupa sekejap tentang badan yang penat. Cuba drive pergi dan balik kerja. Tetiap hari tengok benda yang sama dan ditambah dengan jalan yang jem. Memang mengantuk la jawabnya. Hahah..
|
Jalan dan tempat cantik macam ni mesti tak mengantuk punya. Hehe.. |
Bagaimana pula saya anggarkan berapa bilangan hari yang sesuai untuk travel? Sama juga, bergantung pada lokasi HRC yang boleh disinggah. Contohnya masa trip saya ke Western Europe pada hujung 2015. Daripada semua lokasi HRC yang saya tagging, HRC Venice yang paling jauh. Memandangkan saya sendiri memang teringin nak melawat Venice, jadi saya akan buat anggaran kiraan mileage bermula dari Paris iaitu tempat saya sewa kereta, kemudian singgah di lokasi HRC yang ada hinggalah ke Venice dan balik semula ke Paris. Saya akan kira anggaran mileage/day hingga boleh sampai ke Venice. Berapa bilangan hari di setiap bandar bergantung kepada hasil research saya terhadap tempat menarik yang akan saya singgah. Dalam penyediaan itinerary ni, wife saya akan bantu dalam mencari tempat shopping seperti factory atau designer outlet yang ada di sepanjang perjalanan nanti. Jika ada kesempatan dan tak banyak aktiviti pada hari tersebut, maka bolehlah kami singgah sekejap untuk mencuci mata. Ada benda yang murah tak salah untuk membeli.. Hehe..
|
Senang je keje wife saya cari outlet. Siap volunteer tu. Hahah.. (Ihsan Google Maps) |
Nampak seperti saya bergantung sepenuhnya pada lokasi HRC untuk penyediaan itinerary saya. Tapi sebenarnya tidaklah berharap 100% sebab ada HRC yang dah tutup dan tidak beroperasi. Contohnya seperti trip saya ke South Korea. Masa saya ke sana HRC Seoul baru dibuka dan di Busan masih belum beroperasi. Jadi dapatlah pergi satu HRC je di sana. Beberapa bulan setelah saya balik, barulah HRC Busan dibuka. Ingatkan boleh la pesan kat kawan-kawan yang travel ke sana untuk belikan sehelai t-shirt HRC Busan sebab saya pernah jejak kaki di sana. Tapi malangnya jangka hayat HRC Busan hanya seketika. Tak sampai setahun beroperasi dah tutup semula, termasuk di Seoul. Jadi semasa post ini ditulis, tiada HRC di South Korea. Orang sana boikot agaknya. Huhu.. Nampaknya t-shirt HRC Seoul saya dah jadi rare. Nanti boleh mark-up harga tinggi bila dah tak minat nak kumpul dah. Hehe..
|
Berakhir sudah bisnes HRC di South Korea. Huhu.. |
|
Lokasi Hard Rock yang ada di Western Europe buat masa ni |
Map di atas adalah route saya semasa trip ke Western Europe. Dapatlah singgah ke 6 lokasi HRC yang beroperasi waktu tu. Sekarang ni dah bertambah lagi iaitu di Antwerp (Netherlands), Innsbruck (Austria), Davos (Switzerland) dan Lyon (France). Saya lalu di kesemua tempat kecuali Lyon. Takde rezeki nak kumpul lebih banyak koleksi HRC di Western Europe. InsyaAllah jika ada yang berminat nak ke sana lagi dan perlukan premium guide, saya sudi mengambil job tersebut. Hehe.. Begitulah bisnes HRC, ada tempat yang tutup dan ada tempat yang baru beroperasi.
|
HRC di UK. Satu lagi bakal dibuka di Piccaddily, London |
Disebabkan HRC menjadi faktor utama dalam penyediaan trip saya, maka saya dah siapkan beberapa draf route tempat-tempat yang saya belum lawati lagi. Tinggal duit je nak kena kumpul. Antara yang menjadi pilihan adalah trip Andalusia, Scandinavia dan Eastern Europe. Trip Andalusia yang paling banyak lokasi HRC. Memang kena kumpul duit banyak-banyak untuk koleksi HRC di Andalusia. Ada yang berminat nak join trip saya? Kalau berminat boleh la hubungi saya, kita bincang mana yang patut. Sekurangnya kalau tak join pun, at least dapat kenalan travel yang baru dan boleh share experience masing-masing dalam mencari pengalaman hidup. Moga diberikan kesihatan berpanjangan untuk diri ini dalam menjelajah bumi bertuah milik Allah. Wallahu 'alam..
|
My wishlist: 2 weeks trip covering 4 countries with 9 Hard Rock Cafe locations!. Fuhh.. |
No comments:
Post a Comment