Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Aduhai, lama betul tak usik blog saya ni. Sampai dah nampak beberapa sawang di bucu web. Hehe.. Hilang bukan bererti penamat pada hobi travel saya. Cuma sejak dari trip family ke Vietnam dan Cambodia pada Ogos 2017, saya tak ke mana-mana pun. Bukan kerana duit yang menjadi penghalang, tapi kehendak kerja yang menidakkan saya untuk bercuti pada hujung tahun lalu. Nampaknya 2017 adalah tahun yang agak suram dalam diari travel saya. Hanya trip Vietcam je yang dapat direalisasikan. Huhu.. Sekurangnya dapat la juga tambah satu lagi koleksi t-shirt Hard Rock Angkor dan segelas Starbucks YAH citymug Phnom Penh. Hihi.. Sedikit terkilan bila kelihatan signboard Hard Rock yang bakal dibuka di Phnom Penh. Nak ke sana lagi macam tak mungkin berlaku. Harap ada la kawan-kawan yang ke sana, boleh pesan sehelai dua t-shirt Hard Rock Phnom Penh untuk tambah koleksi. Hehe..
|
HRC Phnom Penh dibuka pada 7 November 2017 (Ihsan Google Images) |
Untuk menghilangkan kesan sawang pada blog saya, maka post kali ni saya nak bercerita tentang pesanan. Disebabkan hujung tahun 2017 saya cuma duduk di rumah dan menjalani kehidupan harian tanpa adventure, ada beberapa kawan yang saya kenal melalui blog ni telah travel ke tempat yang saya dah pergi. Jadi apa lagi, saya pun tanyalah jika boleh belikan sesuatu untuk saya. Bukan pesan guna air liur ye, duit saya bagi sekali tau. Hehe.. Kawan saya Neeza dan husband dia travel ke Western Europe, dan route dia lebih kurang sama dengan saya. Saya minta dia belikan t-shirt Hard Rock Innsbruck sebab masa saya di sana dulu, Hard Rock Innsbruck masih belum dibuka lagi. Dia pun dengan senang hati (harapnya lah, hehe) sudi tunaikan permintaan saya. Duit dah siap bank-in awal lagi tanda saya memang betul-betul nak dia belikan. Seminggu lepas dia balik, kami berjumpa dan 2 helai t-shirt HRC Innsbruck telah menjadi milik saya. Tq Neeza dan Mizie! Jasamu dikenang. Hehe..
|
Sesi penerimaan t-shirt di satu lokasi rahsia. Hahah.. |
|
HRC Innsbruck.. New addition in my HRC wardrobes |
Selesai HRC Innsbruck, tinggal 2 lagi yang diperlukan dalam koleksi saya iaitu HRC Antwerp dan HRC Phnom Penh. Harap boleh bertahan lama kedua-dua lokasi ni. Sepatutnya ada satu lagi koleksi yang saya nak iaitu HRC Busan, tapi dah tutup. HRC Seoul yang saya pergi dulu pun sekarang dah tutup. Bisnes HRC tak berapa bagus di South Korea agaknya. Rakyat lebih gemar makan kimchi daripada burger. Hehe.. Nampaknya t-shirt HRC Seoul saya ada harga la lepas ni. Dah jadi barang rare. Boleh markup harga tinggi sikit bila dah tak berminat nak kumpul t-shirt HRC lagi. Hihi.. Walaupun ada HRC yang tutup, tapi coming soon di tempat lain masih ada lagi. Contohnya di Switzerland sekarang dah ada Hard Rock Hotel yang baru bertempat di Davos. Tapi saya tak nak pesan sebab saya tak sampai Davos masa ke sana dulu. Prinsip 'berada di tempat kejadian' masih diutamakan. Saya hanya akan simpan koleksi yang saya pernah jejakkan kaki. Walaupun HRC masih belum buka lagi waktu tu, ia tetap boleh dikira. Prinsip saya sendiri, mesti ada exception. Hehe..
|
Nampak gaya macam akan buka balik nanti. Huhu.. (Ihsan Google Images) |
Sorang lagi kawan travel saya, Yon juga telah ke UK bersama isterinya. Jadi saya pun minta dia belikan Starbucks YAH citymug London untuk koleksi peribadi saya. Tanpa cakap banyak, dia setuju nak belikan. Terharu betul bila ada kawan-kawan travel yang suka membantu ni. Sampaikan saya nak minta no akaun dia untuk transfer duit pun dia taknak bagi. Biar dia belikan dulu katanya. Mungkin dia takut tak sempat atau lupa nak belikan sebab dia bukannya collector macam saya. Nak buat apa susahkan diri mencari barang yang dia sendiri tak berminat. Nanti kacau itinerary dia pulak sebab nak mencari barang saya. Masa dia masih kat sana lagi dia whatsapp saya gambar YAH citymug yang dia dah belikan. Tq Yon! Balik Malaysia nanti kita set jumpa sambil mengeteh. Hehe.. Agak lama juga lepas dia balik baru kami berjumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja. Akhirnya dapat juga luangkan masa berjumpa dan berdiskusi tentang travel.
|
Asal berjumpa sudah tentu borak pasal travel je. Hehe.. |
|
My second Starbucks YAH Collections |
Maka bertambahlah koleksi t-shirt HRC dan Starbucks YAH Collection dalam simpanan saya. Dah boleh tambah list terbaru dalam blog saya ni. Hihi.. Terima kasih banyak kawanku. Moga makin melimpah rezeki buat korang supaya selalu travel lagi. Prinsip diorang sama seperti saya, duit untuk travel boleh dicari, tapi pengalaman hidup merantau di bumi Allah itu lebih bermakna dan akan dikenang sampai bila-bila. Hanya kaki travel sahaja yang memahami prinsip ni. Yang tak berminat pula akan keluar pelbagai alasan dan macam-macam teori negatif tentang travel. Pendapat masing-masing. Yang penting saya tak menyusahkan mereka untuk menyenangkan diri saya. Be yourself. Wallahu 'alam..
So apa plan travel lepas ni tuan? Sy jenguk2 jugak blog ni kalau2 ada update travel terbaru, apa2pun semoga selamat...
ReplyDeleteInsyaAllah ada plan dalam masa terdekat ni. Nanti saya update ye. Tq for reading my blog.. :)
Delete