Monday, 15 February 2016

JJCP Western Europe: Persiapan Awal #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pencarian maklumat tentang trip ke Western Europe diteruskan lagi. Selagi ada masa selagi itulah saya mencari. Selalunya yang paling lama adalah mencari route melalui google maps. Daripada 9 negara, cuma Germany dan Austria je yang takde option street view. Dah la Germany antara route yang paling panjang nak lalu. Sebenarnya bila ada street view lebih memudahkan perjalanan. Alhamdulillah, makin lama makin mahir saya study google map dan apply pada hari kejadian. Hehe..

Germany dan Austria je yang takleh street view. Huhu..
# Surat Kebenaran

Ini bukan surat kebenaran dari wife ye. Hehe.. Biasalah, sebagai penjawat awam perkara ini adalah amat serius. Kalau keluar negara tak bagitau, tetiba jadi apa-apa kang sia-sia je kena surcharge. Kadang-kadang penjawat awam yang selalu ke luar negara dalam masa setahun malas nak buat permohonan. Pergi pulak last minute, mana sempat nak dapat kelulusan. Harap tak jadi apa-apa masa kat luar negara tu. Ini kali pertama saya apply ke luar negara semenjak duduk di KPM. Masa kat sekolah dulu kena apply selewat-lewatnya 3 minggu sebelum travel. Kat sini cuma seminggu je sebab kelulusan datang dari pengarah sendiri. Tapi takde la saya nak apply last minute. Sebelum nak hantar borang kena apply cuti dulu. Tengok pada tarikh agak lama juga saya kena amik cuti. Risau kalau cuti freeze sebab selalunya akhir tahun banyak kerja nak diselesaikan. Setelah berbincang dengan ketua sektor, akhirnya permohonan cuti saya diluluskan. Alhamdulillah. Terima kasih tuan!. Dah dapat sokongan dari ketua sektor, maka bolehlah hantar borang permohonan ke meja pengarah.

Permohonan ke luar negara diluluskan.. Yeay!..
# Insurans

Sambil isi borang kebenaran keluar negara, saya akan sertakan sekali permohonan untuk mendapatkan perlindungan insurans. Apply percuma je. Cuma apa yang saya tau kalau dah apply sekali, then tak boleh apply dah dalam masa setahun, walaupun takde buat claim. Hmm.. Nak buat macamana. Terpaksalah amik insurans luar kalau travel kali kedua dalam masa setahun. Dapat free setahun sekali pun dah cukup bersyukur, daripada takde langsung. Tak dapat nak dipastikan kepantasan insurans ni bayar sebab saya belum pernah claim lagi sepanjang trip sebelum ni. Hehe..


Insurans dari Takaful Malaysia untuk penjawat awam. TQ!..
# Offline GPS: Here Maps

Car rental company ada sediakan sewaan GPS. Bila tengok harga, rasanya boleh beli satu unit GPS baru. Huhu.. Saya mencari apps GPS yang boleh digunakan secara offline. Save sikit, takyah guna data internet yang 500mb/day tu. Ada banyak free apps GPS untuk android dan ios. Saya baca review satu-persatu. Mana-mana yang agak menarik, saya download. Tak boleh nak download satu je, mesti kena ada 2nd option. Kalau boleh yang user-friendly, senang nak operate. Saya download dan install apps yang mendapat rating yang tinggi seperti Sygic, Navfree, Mapfactor dan Here Maps. Semuanya saya try. Daripada semua apps, pada saya Here Maps yang paling reliable. Nak operate pun mudah. Just point pada map, keluar option dan save location. Untuk dapatkan map, kena la download ikut negara yang kita nak. Saya cuba guna kat Malaysia. Nampak mudah. Harap kat europe nanti pun takde masalah la hendaknya. Apa-apa pun Waze tetap ada sebagai backup. Saya guna smartphone android lama saya sebagai GPS unit. Taknak saya abiskan bateri IPhone saya semata-mata nak digunakan sebagai GPS. Heheh.. Apa-apa pun Here Maps memang terbaik!..

Here Maps.. Simple and easy to operates
# Halal Foods

Di Western Europe boleh dikatakan banyak juga restoran dan kedai yang menjual makanan halal. Cuma nak kena pastikan lokasinya berdekatan dengan route yang akan kami lalui. Saya gunakan apps Muslim Mate dan juga website Zabihah.com sebagai rujukan. Ada yang kata Zabihah.com tak 100% accurate tentang info halal. Saya refer juga restoran yang ada review dari orang ramai. Tentang harga tu memang tak boleh nak elak. Halal foods di Europe dah jadi macam international foods sebab tak banyak. So harga pun international la. Huhu.. Dalam post saya kali ni saya akan sertakan harga makanan yang saya makan tapi tak masukkan dalam kos wajib kerana ada macam-macam pilihan dan harga makanan berbeza. Mungkin ada yang lebih murah dari apa yang saya makan. Yelah, kalau dah tengok menu macam sedap je, tak kisah la berapa harga sekalipun. Takkan asyik nak makan the cheapest food je kan? Hehe.. Mungkin nak merasa menu yang berlainan di tempat orang. Yang paling ditunggu adalah makan italian pizza dan spaghetti.. di Italy!.. Tak sabar rasanya. Hihi..

Zabihah.com juga ada senaraikan lokasi masjid
# Medicines

Setiap kali trip ke luar negara saya akan bawa siap-siap ubat sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tau, musim sejuk tetiba badan jadi cepat penat dan lemah. Saya cukup takut bila badan tak sihat semasa travel. Setakat ni alhamdulillah tak pernah lagi sakit di negara orang. Sebulan sebelum trip saya akan pastikan makan pil multivitamin sebagai sumber tenaga tambahan. Sepatutnya kena makan setiap masa, tak kira travel ke tak. Huhu.. Kurang disiplin diri. Time nak travel baru beria-ia makan. Hehe.. Demam atau sakit kepala satu cerita. Takut jugak kalau dapat sakit yang lain. Teringat saya tentang satu blog yang saya baca. Sorang perempuan travel solo ke europe. Nak jadi cerita kakinya sakit sampai tak boleh nak berjalan. Dia pergi ke hospital kerajaan tapi kena reject kerana hospital kerajaan hanya untuk locals je. Nasib baik ada orang sudi tolong bawakkan dia ke kedutaan Malaysia untuk dapatkan bantuan. Itulah yang saya betul-betul takut kalau ianya terjadi pada trip saya. Habis rosak semua plan dalam itinerary. Mohon dijauhkan dari kecederaan dan kesusahan. Kalau dah tertulis nak buat camna. Terpaksa harungi dengan tabah. InsyaAllah..

Pinjam gambar ubat gi Korea tahun lepas. Sebab memang ubat yang sama pun.. Hehe
Waktu travel makin hampir. Ada lagi info sampingan yang saya cari untuk melengkapkan persiapan trip ni. Boleh dikatakan trip ke Western Europe ni yang paling grand up-to-date sebab merentasi 9 negara. Walaupun preparation agak kelam kabut, tapi disebabkan ilmu travel yang makin banyak dalam diri membuatkan saya rasa yakin untuk mengembara mencari pengalaman di negara orang. Tak cuba maka tak tahu. Selagi badan masih sihat dan bertenaga, inilah masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Pack your bags and explore the beauty of the worlds.. Wallahualam..

6 comments:

  1. Salam;

    Saya juga apps HERE untuk offline GPS ... memang bagus !!!

    Dan kekadang saya juga download Google Maps ... dan saya dapati google maps lebih terkini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro Ghazali..

      Ye betul. Here Maps antara offline GPS yang reliable. Tapi bila ada problems saya refer jugak pada Waze dan Google Maps. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. assalam bro khairul, semua kereta sewa di europe mmg boleh cross border ke? sy ada try booking kereta dari italy,hajatnya nak travel sampai ke switzerland dan german tapi polisi company tak benarkan kereta menyeberang sempadan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro.. Tak semua kereta sewa di europe boleh cross border. Pilih company yang well-known seperti Hertz atau Avis. Lain company lain condition dia. Ada yang tak boleh cross eastern europe dan ada yang tak boleh cross certain country. Try survey beberapa company dulu ye. Paling penting make sure pilihan kereta tu unlimited mileage kalau nak drive jauh. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
    2. oo ok dah settle bab kereta... lg 1 bab travel insuran tu mmg free ke utk penjawat awam? mohon melalui pengurusan atau mohon sendiri? tq

      Delete
    3. Ye bro. Boleh apply sekali je dalam setahun. So kalau banyak kali travel dalam setahun kenalah pilih travel yang paling jauh sekali baru apply. Kelakar kan? Hehe.. Selalunya ada softcopy atau amik kat pejabat borang tu.

      Delete