Friday, 19 February 2016

JJCP Western Europe: Day 01 (Part #2)

TARIKH:
19 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
TAN SON NHAT INT'L AIRPORT - HARD ROCK CAFE HO CHI MINH CITY - BEN THANH NIGHT MARKET - HUONG HOTEL


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT

Flight VN0647 mendarat dengan selamatnya di Tan Son Nhat International Airport pada jam 10.00 malam. Alhamdulillah kami dah sampai di Ho Chi Minh City, Vietnam. Dari flight, kami dibawa oleh shuttle bus masuk ke dalam airport. Selesai urusan pengesahan passport dan immigration clearance, kami dah berada di luar airport untuk mencari teksi ke destinasi berikutnya, Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City. Harap sempat sampai ke sana. Dalam website kata Rock Shop tutup jam 12.00 t/malam.

TQ Vietnam Airlines..
Dalam shuttle bus. Sukanya dia. Hehe..
Kat HCM ni banyak scammers. Dah banyak kejadian yang diceritakan dalam internet tentang orang Vietnam yang kuat menipu ni. Daripada tambang public transport, sampailah ke khidmat seksual diorang menipu. Jual barang pun kuat menipu. Bukan setakat menipu, pujuk rayu pun kuat juga. Sekali dah tanya harga, kalau tak beli memang ditariknya tangan kita. Deal sampai jadi beli. Huhu.. Tak dinafikan, banyak barang di sini amat murah harganya. Sebab tu sebelum ni saya dan wife datang ke sini semata-mata atas urusan bisnes. Telekung, seluar jeans, kasut, beg trekking dan macam-macam lagi. Semuanya murah, cuma kena pandai cari yang berkualiti. Bargaining power pun kena ada, baru puas hati. Hehe..

Sambil tunggu teksi kita bergambar dulu..
Kami mencari teksi yang legal seperti Vinasun. Jangan naik teksi yang ada orang approach sambil pegang kertas. Dia kata cuma bayar certain amount, tapi bila sampai destinasi rupanya amount tu untuk sorang je. So kena bayar lebih ikut kepala. Kalau tak bayar kang dia bawak kita ke tempat lain. Terus kena pau. Huhu.. Jam 10.30 malam kami dapat teksi. Kami minta driver bawa kami ke Hard Rock Cafe. Punya la susah nak explain. Teksi dah bergerak, tapi tak tau nak pergi mana. Hampir 10 minit saya explain dan tunjuk alamat, akhirnya dia tau jugak. Dalam google map, jarak dari airport ke HRC cuma lebih kurang dalam 8 km je. Tapi nampak macam jauh je driver ni bawak. Harap-harap dia tau la kat mana HRC tu. Punyalah banyak simpang dia masuk. Jalanraya pulak penuh dengan motosikal. Saya sendiri tak berani nak bawak kereta kat sini. Huhu..

Beratur menunggu teksi bermeter.
Rasa macam dah jauh, tapi tak nampak pun HRC. Huhu..
Hampir 30 minit di dalam teksi, akhirnya jam 11.00 malam kami tiba di HRC Ho Chi Minh City. Yeaa, maknanya driver tu paham apa yang saya kata. Macam-macam cara saya explain. Cakap, tunjuk bahasa isyarat, tunjuk t-shirt yang saya pakai dan tunjuk map yang saya dah sedia print. Tak tau mana satu yang dia faham. Hehehe.. Janji sampai. Meter teksi kat sini kena darab dengan seribu, sebab matawang Dong kan banyak kosong. Kena tau berapa nak bayar. Kalau tak tau memang kena sembelih la jawabnya. Pastikan jangan tunjuk semua duit dan suruh dia amik. Memang note yang paling besar la yang dia akan amik iaitu VND 500,000, bersamaan dengan RM100.. Walaupun teksi bermeter, diorang memang amik peluang nak rembat duit kita. Huhu.. Hati-hati lah ye kepada yang baru pertama kali nak ke Vietnam..

56.0 x 1000 = VND56,000
@ HARD ROCK CAFE HO CHI MINH CITY

HRC Ho Chi Minh City terletak di bangunan Kumho Asiana Plaza. Rock Shop masih buka lagi. Ini adalah HRC yang ke-18 kami dah lawati. Bermula pencarian design t-shirt HRC Ho Chi Minh City untuk koleksi peribadi kami. Yang pentingnya kami dah ada baju nak pakai esok pagi. Hihi.. Penuh dah almari kat rumah. Kena beli satu almari khas untuk t-shirt HRC je. Entah kenapa setiap kali trip ke luar negara, mesti kena masukkan lokasi HRC dalam itinerary. Macam dah jadi kewajipan untuk melawat HRC. The best things about HRC, t-shirt yang bertulisan nama bandar tak boleh didapati kat tempat lain, melainkan kat bandar tu sendiri. Kalau beli online takkan ada tulisan bandar. Beli kat mudah.my memang ada la. Hehe.. At least ia menjadi satu koleksi kenangan yang kami dah pernah ke HRC berkenaan. Saya takkan pesan kat kawan-kawan yang ke luar negara. Walaupun ada kawan yang ke US dulu bertanya nak tak dia belikan t-shirt HRC, tapi saya tak nak. Macam tak best pulak bila ada t-shirt HRC yang saya sendiri tak pernah sampai. Hihi..

Taxi route: Tan Son Nhat International Airport to Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City, Vietnam
Sampai juga di Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City, Vietnam
Ada pilihan tulisan HCM atau Saigon
Selesai beli t-shirt yang berkenan di hati, saya ke Starbucks yang terletak di sebelah HRC. Beli citymug la, apa lagi. Hehe.. Citymug Starbucks agak mudah sikit nak cari, sebab kat setiap Starbucks akan dijual citymug semua bandar kat negara tersebut. Contohnya kalau terlepas beli kat HCM, kat Starbucks Hanoi ada jual jugak citymug HCM. Makin penuh la display cabinet kat rumah dengan citymug Starbucks. Hihi.. Sebelum kami meninggalkan kawasan, kami bergambar di luar HRC.

Our 18th Hard Rock Cafe.. Rock On!..
Jam 11.20 malam kami tahan teksi di depan HRC dan mintak driver bawak kami ke Ben Thanh Night Market. Kali ni driver senang faham. Sebut Ben Thanh je terus angguk. Heheh.. Abang Fikri duduk depan lagi. Jangan salah tengok meter sudah.. Dari HRC ke Ben Thanh Night Market cuma mengambil masa tak sampai 10 minit. Dekat je rupanya. Keluar dari teksi, abang Fikri pening lagi sekali. Dia tak ingat berapa dia bayar kat driver teksi tu. Terasa macam kena tipu. Haduii, harap takde la besar sangat duit yang dibaginya.

Taxi route: Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City to Ben Thanh Market
@ BEN THANH NIGHT MARKET

Keadaan orang ramai di Ben Thanh Night Market dah makin kurang sebab ada kedai yang dah berkemas untuk tutup. Waktu perniagaan sampai jam 12.00 t/malam je kat sini. Kami cuma ada masa kurang dari setengah jam untuk jalan-jalan kat sini. Yang penting kami sempat minum air kopi ais yang sedap tu. Hehe.. Dulu saya pernah beli kopi kat sini dan bawa balik ke Malaysia. Bila buat kat rumah rasa tak sedap macam kat sini. Pelik juga tu. Last-last saya bagi kat orang je kopi tu. Huhu.. Kami cuci mata dan tengok gelagat penjual yang cuba menarik pelanggan ke kedainya. Bayangkan harga seluar jeans dari VND500,000 boleh jadi VND150,000 je. Itu pun dah tentu diorang masih untung lagi. Kalau dah mintak tawar sampai camtu tapi tak beli, memang siap la kena maki. Tarik tangan sudah tentu. Ada yang sampai ikut kita berjalan sambil tawar harga lagi. Hehehe..

Layan kopi ais halal kat sini dulu. Satu berharga VND20,000
Ben Thanh Night Market. Kena pandai nego harga kat sini..
Dah hampir tengah malam, kedai pun banyak yang dah tutup. Kami tak sempat nak jalan kat area lain. Sebelum kami tahan teksi, kami bertanya pada sorang makcik yang duduk di kedai jual air kopi ais tadi. Makcik tu agak pandai juga cakap melayu. Senang nak mintak tolong. Wife saya bertanyakan tentang bagaimana nak explain pada driver teksi untuk bawak kami ke Huong Hotel. Makcik tu kata tunjuk je kertas booking kami kat driver. Hotel kami terletak di jalan utama ke airport. Kami tahan teksi di tepi jalan. Kali ni saya duduk depan dan bayarkan tambang. Saya tunjuk kertas booking dan driver tu tahu di mana lokasi Huong Hotel.

Taxi route: Ben Thanh Market to Huong Hotel
Sambil melayan perjalanan, saya tengok pada meter. Makin cepat pulak meter tu bergerak. Mungkin kerana kami bukan naik kereta 5 seater, tapi van ala Innova. Rate lain kot. Lagipun dah tengah malam, mungkin fare dia jadi lain lepas jam 12.00 t/malam. Sama la macam kat Malaysia. Meter makin laju naik, tapi hotel tak sampai lagi ni. Huhu.. Ganas betul la jalan kat HCM ni. Memang penuh dengan motosikal. Main masuk simpang ikut suka dia je. Hebat betul. Huhu..

Midnight taxi to Huong Hotel. Cepat betul meter tu bergerak. Huhu..
@ HUONG HOTEL

Akhirnya jam 12.30 t/malam kami sampai di depan Huong Hotel. Saya bayar tambang VND150,000, lebih sikit dari meter sebab nampak jujur driver tu. Hahah.. Kat sini banyak hotel yang nama lebih kurang sama. Tengok pintu depan hotel sama macam dalam booking.com. Kira betul la tu. Hehe.. Ada sorang lelaki menjaga kaunter yang tak faham apa yang kami cakap. Nasib baik ada sorang perempuan datang dan dia tau speaking sikit-sikit. Asal faham dah kira bagus dah. Kami diberikan bilik yang paling atas sekali. Lif takde, kami kena menapak naik tangga spiral. Nasib baik la kami bawak bagpack je. Kalau tak memang jenuh la nak mengangkut beg. Huhu..

Dah macam duduk kat mansion je naik tangga spiral ni.
Huong Hotel ni adalah hotel lama. Harga pun murah. So don't expect something special about this hotel. Hehe. Janji dapat tidur nyenyak sudah cukup baik. Cadangan awal kami ingat nak tidur kat airport je. Tapi setelah baca review yang airport kat sini tak boleh bermalam dan kena halau keluar, maka kami pun cari la hotel murah yang berdekatan dengan airport supaya mudah nak bergerak esok pagi. Hotel ni kami cuma bayar RM52/room. Kira murah juga la kan..

Booking last minute. Harga boleh tahan..
Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Nasib baik la powerbank ada dalam bagpack kami. Takde powerbank dan plug pun takpe, tapi make sure ada cable. Kalau dalam bilik ada tv flatscreen, boleh cucuk cable kat usb port tv tu. Itu antara option lain yang ada untuk charge phone. Badan terasa amat letih. Baru kat HCM ni. Belum sampai Paris lagi. Huhu.. Moga diberikan kesihatan dan tenaga yang mencukupi untuk hari-hari yang berikutnya. Walllahualam..

Bilik biasa-biasa jer. Sesuai la dengan rate semalam.. Nak tidur je pun. Hehe..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TAMBANG TEKSI : RM30.00
  - HUONG HOTEL   : RM52.00
  - JUMLAH             : RM82.00

**DAY 01 COMPULSORY EXPENSES: RM152.00

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - KOPI AIS        : RM12.00
  - AIR MINERAL : RM2.00
  - JUMLAH        : RM14.00

**DAY 01 MEALS EXPENSES: RM41.00

2 comments:

  1. Salam bro, boleh x nak tanya info psl sewa kereta di Europe? Try cari email bro di web ni tapi x jumpa. Boleh email saya dulu di stienz@yahoo.com ? Terima kasih siap2 ya bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro..
      Email saya nuar.aris@gmail.com. Nanti saya email bro ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete