Thursday, 18 February 2016

JJCP Western Europe: Day 01 (Part #1 - Departure + Transit)

TARIKH:
19 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
WANGSA MAJU - KL SENTRAL - KLIA EXPRESS - KLIA - VIETNAM AIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ WANGSA MAJU

Hari yang ditunggu sudah tiba. Barang-barang yang nak dibawa dah dikumpulkan semuanya. Saya mintak tolong abang saya untuk hantar kami ke KL Sentral. Kebetulan hari ni abang saya keja malam. Siangnya dia pegi kenduri kawannya di Shah Alam. InsyaAllah sempat untuk pick-up kami dan bawa ke KL Sentral. Pagi ni juga wife saya ada exam master sampai jam 5.00 petang. Ngam-ngam paper last dia sebelum cuti semester. Memang betul-betul release tension sampai ke Western Europe! Heheh.. Di rumah, saya dah siapkan semuanya. Sempat kemas rumah lagi. Hihi.. Memang tak suka tinggalkan rumah lama-lama dalam keadaan bersepah. Banyak kali wife saya ingatkan tentang barang yang nak dibawa. Risau juga kalau terlepas pandang. Lepas asar dah selesai semua persiapan. Menunggu abang saya di luar rumah sambil membelek kasut Columbia yang dah banyak berjasa pada saya. Bermula dari trip pertama ke Australia pada tahun 2011 sampai la sekarang, masih elok dan selesa untuk dipakai. Tak kiralah musim panas ke, salji ke, semua dia redah. Columbia memang terbaik!..

Thank you Columbia!..
@ KL SENTRAL

Jam 4.45 petang abang saya sampai. Kami singgah di Jalan Tangsi untuk pick-up wife saya yang dah sedia menunggu. Kemudian kami terus ke KL Sentral yang terletak tak jauh dari situ. Terima kasih abang Halim yang dah 2 kali hantar kami ke KL Sentral. Jasamu dikenang. Nanti kami bagi souvenir yang best untuk abang Halim ye. Hehe.. Kami sampai di KL Sentral jam 5.15 petang. Terus ke kaunter untuk beli tiket ERL KLIA Ekspress. Mungkin ini kali terakhir kami naik ERL kot, tapi bukan kerana tak nak travel dah. Kerana mulai 1 Januari 2016 harga tambang naik dari RM35.00 kepada RM55.00/person. Memang betul-betul time kami balik nanti. Kalau 2 orang dah jadi RM110.00.. Naik teksi baru kena charge RM90.00. Sampai depan rumah lagi. Heheh.. So, pilihan yang terbaik adalah naik teksi je. Tak payah nak bersesak-sesak naik ERL. Biasalah, semua benda dah naik harga sekarang ni. Tambang teksi pun naik juga. Kita naik teksi uber je la lepas ni. Hihihi..

Beratur untuk kali terakhir di kaunter KLIA Ekspress. Huhu..
Kena simpan resit ni buat kenangan..
@ KLIA EKSPRESS

Turun je ke platform, train dah menunggu untuk bawa kami ke KLIA. Agak ramai juga orang yang nak ke KLIA. Ada seat kosong, tapi dipenuhi dengan beg masing-masing. Berdiri je la sampai KLIA. 28 minit je pun. Hehe.. Memang tak dinafikan ERL adalah public transport yang paling efisien di Malaysia. Ruang dalam pun cantik. Ye lah, dah tentu ramai tourist dari luar akan naik ERL untuk ke KL. Tapi bila harga naik sampai RM20, rakyat sendiri yang rasa terbeban. Tourist takde masalah, especially dari UK. RM20 tu cuma GBP3 je bagi diorang. Pakai duit syiling lagi. Huhu..

Layan bergambar sambil berdiri dalam ERL..
@ KLIA

ERL tiba di KLIA jam 5.50 petang. Fa dan husband masih dalam perjalanan. Adiknya hantar sampai KLIA. Untung laa. Hihi.. Sementara menunggu diorang sampai, kami ke kaunter Visondata untuk pick-up pocket wifi. Staff yang menjaga kaunter berulang kali explain kat kami tentang cara penggunaan pocket wifi ni. Dia siap highlight yang mana satu kena alert untuk off di negara tertentu. Takut kena extra charge yang melampau. Kami kena ingat tu. Silap haribulan kena charge sama harga dengan tiket flight. Daripada seronok dapat online 24/7, terus jadi sakit hati. Hahah..

Kaunter Visondata di Arrival Hall, KLIA
Ingat negara mana kena on/off pocket wifi tu
Selesai amik pocket wifi, kami ke Departure Hall untuk menunggu Fa sambil mencari kaunter untuk check-in. Jam 6.20 petang Fa dan husband sampai dengan luggage mereka. Sebelum ni kami dah berjumpa untuk briefing tentang trip ke Western Europe ni. Antara yang utama adalah saiz luggage. Takut tak muat nak letak dalam kereta kalau beg besar dan banyak. Kami set untuk bawa 1 beg besar dan 1 beg kecik untuk setiap couple dan ditambah dengan 1 bagpack setiap sorang untuk carry on luggage. Nak bawak extra beg lipat untuk shopping hari terakhir takde masalah sebab kereta sewa dah return time tu. Kami beratur di kaunter Vietnam Airlines untuk check-in luggage. Agak ramai juga orang yang beratur. Mesti full house flight kami nanti. Maklumlah, tiket murah. Hehe..

Check-in Flight VN0674 at 8.50 pm to Ho Chi Minh City already open @ Row H
Beratur menunggu giliran kami..
Sampai giliran, kami bertanyakan tentang flight yang akan bawa kami dari HCM ke Paris. Kami nak tau adakah naik Vietnam Air juga atau flight lain. Kawan travel saya bagitau ada flight Vietnam Air yang baru ke Paris. Siap ada wifi in-flight lagi. Ada juga kawan kami yang kata naik Vietnam Air tak best. Masing-masing punya experience. Kami ni baru first time nak naik. Juga first time naik flight transit. Staff kaunter tu kata kami akan naik Air France dari HCM ke Paris. Wah, dapat merasa naik flight lain. Hehe.. Dia bagitau beg yang kami check-in ni akan direct transfer ke flight Air France. Maknanya sampai kat Paris nanti baru berjumpa semula beg kami. Bila beg tu dah bergerak masuk baru teringat sesuatu. Beg toiletries dan pakaian untuk esok terlupa nak keluarkan. Haduii, camna boleh terlupa. Plug untuk charge phone pun dalam beg tu. Nasib baik powerbank ada dalam bagpack kami. Tentang pakaian tu takpe, boleh cari kat HCM. Lagipun sampai HCM nanti nak ke Hard Rock Cafe. Hehe.. Toiletries boleh guna hotel punya. Itulah akibatnya kalau tak pernah naik flight transit. Huhu..

Ceria walaupun terlupa amik toiletries bag. Hihi..
Selesai urusan check-in jam 6.45 petang, kami berjalan-jalan di kawasan departure hall sambil menunggu waktu maghrib. Sambil tu saya keluar ke jalan besar untuk 'menghirup udara' di luar. Heheh.. Tiba waktu maghrib, kami bergilir untuk solat dan menjaga beg. Kemudian kami turun ke foodcourt untuk makan malam. Flight jam 8.50 malam, sempat lagi nak makan. Kat HCM nanti takyah makan dah. Lagipun pengalaman dulu ke HCM, makanan dia tak sedap. Huhu.. Air kopi ais dan air buah je yang meletup kat sana. Sampai nanti confirm mencari kopi ais tu. Hehe..

Gambar standard setiap kali travel. Hihi..
Melayan pemandangan airport di waktu senja..
@ VIETNAM AIR

Dah selesai makan malam dan minum teh tarik, kami naik semula ke departure hall untuk ke boarding gate. Teh tarik kena minum. Nanti 2 minggu merindu. Hihi.. Standard procedure, melepasi kaunter passport dan pemeriksaan imigresen sebelum berjalan di area duty-free zone. Disebabkan masa dah suntuk, kami terus naik aerotrain untuk ke Gate C. Sampai di Gate C kami berjalan terus ke C21 untuk board flight. Pengalaman pertama naik Vietnam Air. Cantik juga keadaan dalam flight ni. Ruang tempat duduk pun agak selesa. Tak kisah sangat sebab waktu penerbangan ke HCM pun dalam 2 jam je. Kalau ke Paris memang amik kisah tentang keselesaan. Huhu..

Dalam aerotrain yang sekejap pun sempat bergambar lagi..
Walking to gate C21
Vietnam Airlines. Selesa untuk penerbangan kurang dari 4 jam..
Flight VN0674 penuh dengan penumpang. Ada juga nampak penumpang melayu, tapi majoritinya orang Vietnam dalam flight ni. Teringat masa naik Air Asia ke Busan dulu. Cuma kami berdua dan tiga couple melayu yang naik flight tu. Yang lain semuanya Cina. Terus double-check takut tersalah naik flight ke Beijing. Hehe.. Jam 9.00 malam flight VN0647 ke HCM memulakan penerbangan. Harap selamat perjalanan kami, insyaAllah. Malaysia, kita jumpa tahun depan ya!.. Balik nanti 1 Januari 2016. New Year tu. Hehe..

Get ready for a new experience in life!..
Setelah sejam penerbangan, kami dihidangkan dengan makan malam. Kami dapat makanan halal yang telah kami pilih semasa membeli tiket flight dulu. Agak mewah juga makanan yang dihidangkan berbanding naik MAS. Air Asia lagi la, ikut pada apa yang kita beli. Dulu masa pergi dengan kengkawan ke HCM naik Air Asia, saya tak order makanan pun. Yelah kan, flight 2 jam. Macam drive dari KL ke Ipoh, mana ada berhenti makan pun. Kawan siap sorok french fries McDonalds dalam jaket. Itu sudah mencukupi katanya. Hehe.. Tapi saya ada juga sorang kawan yang begitu cerewet tentang makanan dalam flight. Itu tak kena, ini pun tak kena. Haduii.. Cerita macam selalu gi travel, tapi realitinya baru sekali dua naik flight. Itu pun ke Asia Tenggara je. Aiseh, flight 2 jam pun nak kecoh ke? Confirm saya takkan ajak trip bersama. Buat pening kepala je. Huhu. Manusia memang macam-macam perangai..

Sedap juga makanan dari Vietnam Airlines ni. Jemput makan semua!..
Selesai makan, kami berehat sambil menunggu masa untuk mendarat. Nak tidur rasa tak berbaloi sebab sekejap sangat. TV pulak takde depan mata. Baca paper je la. Jam 9.50 malam waktu Vietnam, keluar announcement flight akan mendarat lagi 10 minit. Dah nak sampai akhirnya. Flight VN0647 bersedia untuk mendarat. Harap pendaratan sempurna hendaknya. Wallahualam..

VN0647 route: KLIA to Tan Son Nhat International Airport, Vietnam
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - KLIA EKSPRESS : RM70.00
  - JUMLAH            : RM70.00

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - DINNER @ KLIA : RM27.00
  - JUMLAH            : RM27.00

No comments:

Post a Comment