TARIKH:
21 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
CENTRE HAMILIUS - PLACE DE LA CONSTITUTION - CHEMIN DE LA CORNICHE - CASEMATES DU BOCK - LUXEMBOURG CITY TOURIST OFFICE - PLACE D'ARMES
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebelum mulakan cerita, saya share dulu walking route kami dalam mencari pengalaman di bumi Luxembourg..
|
Bermula dari Centre Hamilius dan ikut laluan yang saya dah tag.. |
@ CENTRE HAMILIUS
Sebelum mulakan langkah, wife saya on pocket wifi dulu. Setiap lokasi kena update katanya. Haduii.. Jangan silap on wifi sudah. Ada terasa confuse jugak tu. Hihi.. Hujan renyai turun sekejap-sekejap menambah kesejukan. Kelihatan orang ramai yang turun di hentian Centre Hamilius berjalan ke tempat kerja masing-masing. Kami je yang datang sini jalan-jalan. Diorang tu pun dah malas nak gi kerja sebenarnya. Dah tak sabar nak cuti panjang Krismas sampai New Year. Hihi.. Jam 9.10 pagi kami mula berjalan ke lokasi seterusnya iaitu Place de la Constitution.
|
Wifi sudah mula bekerja.. |
|
Amik gambar untuk upload dulu. Hehe.. |
@ PLACE DE LA CONSTITUTION
Kawasan ni adalah memorial untuk mengenang kembali peristiwa yang berlaku ketika perang dunia pertama dulu. Apa yang menarik kat sini adalah pemandangannya yang luas di depan mata. Dari sini boleh nampak Adolphe Bridge yang cantik dan kawasan Petrusse Valley. Pemandangan jadi kurang menarik bila ternampak kren dan kawasan construction. Biasalah, kerja baikpulih untuk keselesaan di masa akan datang. Selalu nampak ayat ni bila lalu jalan yang ditutup kerana construction works. Yang tak tahannya bila dah selesai, tempat lain pulak tutup jalan. Akhirnya sampai ke tua jugak la nak merasa keselesaan tu. Itupun kalau larat nak bawak kereta lagi. Huhu.. Walaupun nampak kren yang besar kat Adolphe Bridge tu, gambar tetap kena amik jugak. Kenangan tuu.. Ntah bila lagi agaknya nak sampai sini. Mungkin takkan datang lagi..
|
Jalanraya pun lengang kat sini. |
|
Inilah Place de la Constitution |
|
Ferris wheel tu tak termasuk dalam memorial ni ye |
|
Gambar kenangan mesti kena ada.. |
Selesai bergambar, kami berjalan lagi ke destinasi seterusnya. Sebenarnya ada monument yang menarik kat area Ferris Wheel tu, tapi ditutup sebab kawasan tu dijadikan Christmas Night Market. Kami pun sekadar tumpang lalu je la sambil bergambar dekat bangunan di situ. Lokasi seterusnya adalah antara tourist spot yang paling famous di sini. Sebelum ni setakat tengok dalam internet je. Kali ni peluang nak tengok depan mata. Harap cantik seperti yang pernah dilihat sebelum ni.
|
Sambil berjalan tu amik la gambar apa-apa pun. Hehe.. |
|
Confident je jalan tak tengok map. Huhu.. |
|
Dah macam tourist guide je gayanya.. Hahah |
|
Arrow bawah tu yang kami nak pergi tengok |
@ CHEMIN DE LA CORNICHE
Melangkah menuruni bukit, jam 9.25 pagi kami sampai di Chemin de la Corniche. Tempat ni juga mendapat jolokan "the most beautiful balcony of Europe". Jalannya terletak di sepanjang lereng bukit dan pemandangannya amat luas dan cantik sekali. Bangunan-bangunan lama dan sungai Alzette yang mengalir perlahan betul-betul mendamaikan suasana. Rasa macam nak stay lama je kat sini melihat panorama indah ciptaan Tuhan. Kami tak melepaskan peluang bergambar sepuasnya. Jangan bateri kamera dan phone abis dah le. Banyak lagi tempat nak pergi hari ni. Hihi.. Memang betul-betul tenang tempat ni. Kalau nak cari ilham buat buku atau lagu inilah tempatnya. Sekejap je dah dapat ilham. Hehe.. Photographer mesti suka datang sini. Kaki shopping tidak digalakkan. Hahah..
|
Chemin de la Corniche.. Suasana yang mendamaikan jiwa.. |
|
Wefie sampai muntah kat sini. Hahah.. |
|
Kerusi tempat mencari ilham.. |
|
Senyum semua.. :) |
Kami sambung berjalan di sepanjang lereng bukit. Ada sorang tourist perempuan omputih yang nampak macam confuse sambil membelek citymap. Bila kami lalu sebelah dia, terus dia bertanya sesuatu kat saya. Dia mintak saya tunjukkan dekat map lokasi sekarang. Saya pun tunjuk la kat map tu. Pastu dia tanya kat mana arah city hall dan kedai souvenir. Saya bagitau dia kat mana letaknya tourist office yang mana kami akan pergi kejap lagi. Mungkin kat situ boleh dapat lebih banyak info. Saya nak tunjuk lebih pun tak boleh juga, sebab saya sendiri first time datang sini. Bantu sekadar yang termampu. Apa-apa pun saya respect kat perempuan ni sebab dia travel sensorang. Teringat saya masa hobi panjat gunung dulu. Masa nak turun kami selisih dengan sorang perempuan omputih tengah naik gunung sambil baca buku. Gila lah! Orang kemain penat nak memanjat, dia releks je baca buku. Solo trekker pulak tu. Huhu.. Tabikk!..
|
Ada rupa locals ke saya ni? Muahaha.. |
|
Menghayati dunia yang indah ciptaan Tuhan. Subhanallah.. |
@ CASEMATES DU BOCK
Agak jauh juga berjalan di lereng bukit ni. Di hujungnya adalah Casemates du Bock, iaitu tunnels yang dibina pada zaman dahulu. Ianya bukan tunnels bawah tanah, tetapi lebih seperti lorong gua di dalam bukit batu. Masa perang, ia menjadi kubu pertahanan dan sebagai tempat perlindungan askar dan kuda. Bukan setakat tu je, kedai-kedai dan workshop pun ada kat dalam tunnels tu. Ini cerita zaman dulu la, sekarang takde dah. Hihi.. Ia menjadi salah satu tourists spot di sini. Sejarahnya, panjang tunnels ni adalah 23 km. Lepas abis perang jadi 17 km sebab ada parts yang dimusnahkan. Gila panjang!.. Kalau berjalan sampai ke hujung memang kena bermalam dalam tunnels ni. Hahah..
|
Part of Casemates du Bock di tepi jalan |
|
Bergambar kat luar je dah cukup |
|
Pemandangan di seberang jalan |
Tengah best bergambar, tetiba hujan turun. Mula-mula renyai, lepas tu lebat sikit. Kenalah kami berjalan laju sikit ke arah bangunan untuk berteduh. Nasib baik la hujan lebat sekejap je. Jam 10.00 pagi kami teruskan perjalanan ke Luxembourg City Tourist Office. Tak ramai orang kat bandar pagi ni. Keadaan amat lengang. Kedai-kedai pun banyak yang tak bukak lagi. Yang kelihatan cuma pekerja yang sedang prepare angkat barang untuk menyambut Krismas. Kami sampai di dataran yang bernama Place Guillaume II. Ada monument di tengah dataran. Gerai-gerai, christmas tree dan stage pun ada. Mungkin ini tempatnya untuk diorang berkumpul dan sambut Krismas nanti.
|
Hujan dah berhenti. Jom sambung jalan.. |
|
Jalan amat lengang pagi ni.. Cool.. |
|
Kayu dijadikan tempat duduk di sepanjang jalan |
|
Boleh sewa basikal kalau letih nak berjalan |
|
Di dataran Place Guillaume II |
@ LUXEMBOURG CITY TOURIST OFFICE
Di dataran ni letaknya Luxembourg City Tourist Office. Dari jauh nampak macam tak bukak lagi sebab takde orang pun yang keluar masuk dari situ. Takkan dah start cuti Krismas kot?. Lamanya dia tutup. Huhu.. Kami berdiri kat luar dan kelihatan dua orang tourist masuk ke dalam. Bukak rupanya. Hehe.. Kami pun masuk ke dalam. Banyak juga barang souvenir yang boleh dibeli kat sini. Setakat ni kami tak jumpa lagi kedai souvenir yang bukak. Takut semua kedai tutup, kami beli la beberapa souvenir sebagai tanda kenangan pernah sampai di Luxembourg.
|
Di luar Luxembourg City Tourist Office |
|
Banyak juga souvenirs yang dijual di sini |
|
Kita test mesin souvenir coin ni.. |
Dah selesai di dalam, kami keluar untuk melihat kedai-kedai yang lain. Jam dah pukul 10.40 pagi, mesti ada kedai yang dah bukak. Kami lalu ikut satu lorong dan di hujungnya ada satu kedai menjual souvenir. Kami masuk dan kelihatan lagi banyak souvenirs yang dijual. Cakap apa saja souvenir, semua ada rasanya kat dalam kedai ni. Tembakau dan liquor pun ada dijual. Selain dari rokok dalam kotak, tembakau kat sini dijual dalam bekas dan tin besar. Punyalah banyak jenis tembakau dan liquor. Patutlah orang kata kat Luxembourg ni murah. Jual tembakau timbang kilo punya. Hehe..
|
Haduii.. Jual tembakau dalam bekas terus.. Huhu |
Bila bercerita tentang souvenir, dulu punyalah fikir sangat nak bagi souvenir kat kawan-kawan. Tapi endingnya kita sendiri tak dapat apa yang kita nak. Huhu.. Sebenarnya souvenir tu ikut kita la kan. Lagipun bukannya murah bila dah convert harga. Pening jugak bila list down sape nak diberikan souvenir. Itu hal souvenir, hak kita. Tapi kes pesan pun ada jugak. Pesan guna air liur. Hahah.. Letih la camtu. Teringat faizdickie pernah buat video tentang pesan guna air liur. Bila balik pun bagi air liur je la. Hehe.. Dalam sinar.fm pun ada jugak pesanan tentang pesan barang kat oversea. Rupanya ramai juga yang terkena camtu ye. Saya buat pendekatan mudah, no money no talk. Kita pun bajet ciput je nak ke luar negara, tapi orang lain main sedap je nak pesan bagai. Dapat souvenir tengok gambar je la ye. Hihi..
|
T-shirt untuk kenangan di Luxembourg |
Ikutkan hati, memang banyak yang nak dibeli. Tapi nasib baik beringat. Baru hari ketiga ni. Negara pun baru masuk yang kedua. Ada 7 lagi negara yang bakal kami terjah. Duit yang ada tu kenalah bajet sikit. Dapat seketul dua fridge magnet setiap negara pun jadilah buat kenangan. Misi kami ke luar negara hanya nak mencari pengalaman hidup dan melihat suasana negara orang sambil melayan pemandangan yang cantik. Kalau misi utama nak shopping memang takdenye nak buat trip macam ni. Trip 2 minggu duduk kat Paris je la jawabnya. Abis semua factory dan designer outlet kami pergi. Hahah..
|
Barang souvenir dari kaca. Semua nampak cantik. Huhu.. |
@ PLACE D'ARMES
Ada 2 kedai souvenir berdekatan yang kami masuk. Cukup lah tu. Kalau ada lagi kat depan kami taknak masuk dah. Huhu.. Kami berjalan ke arah Centre Hamilius untuk naik bas balik ke P+R Bouillon. Sekali tu ternampak pulak booth Christmas Market kat depan mata. Haduii.. Dugaan sungguh. Wife dah bagi hint macam berminat je kat barang-barang di situ. Nasib baik saya ni cikgu Matematik. Dengan pantas kira bajet untuk hari ni. Selalunya setiap trip saya akan buat estimated cost untuk aktiviti setiap hari. Contohnya sehari EUR100 termasuk duit makan, tol, diesel, parking dan selebihnya boleh la nak beli souvenir. Andai terlebih, hari esoknya kena cut sikit duit belanja. Cenggitu la yang saya selalu buat. Duit pulak simpan kat banyak tempat. Dalam wallet hanya duit untuk hari tu je. Baru senang nak control. Hehe.. Nasib baik la christmas market kat sini tak besar sangat dan kebanyakannya jual makanan. Kalau besar macam Uptown Danau Kota tu memang patah balik ke Paris la jawabnya. Dok diam-diam kat airport tu. Hahah..
|
Boleh lalu pulak kat sini ye. Huhu.. |
|
Beg bunga-bunga. Lebar senyumannya. Haduii.. |
|
Komplot dua wanita. Abis laa.. |
|
Cuci mata.. Apa salahnya. Nasib baik banyak gerai makan kat sini. Pheww!.. |
Selesai 'urusan' kat christmas market ni, kami berjalan terus ke Centre Hamilius, dengan harapan jangan terjumpa lagi market yang seumpamanya. Iman tak berapa kuat. Huhu.. Banyak kali jugak saya bagi hint tengok jam. Maknanya dah lewat untuk ke destinasi seterusnya. Tapi nak buat camna kalau ada benda yang menarik perhatian. Dah la sekali ni je datang ke sini. Kalau kat MidValley boleh la nak datang banyak kali. Huhu..
|
Cuci mata kat kedai casing IPhone pulak.. |
|
Last picture sebelum gi tunggu bas.. |
Jam 11.30 pagi kami sampai semula di Centre Hamilius. Kami menunggu bas di seberang jalan. Ikut logik je kat mana nak tunggu bas. Masa sampai pagi tadi bas kat belah kanan jalan. Balik mesti naik kat seberang jalan. Takpe, kat bus stop ada screen nombor bas yang lalu. Bas no. 1 masih takde lagi kat screen. Lama lagi nak sampai. Kali ni kami taknak beli tiket kat driver bas. Kami cuba guna mesin yang disediakan kat sebelah bus stop. Ikut je instruction bergambar kat mesin tu. Masukkan duit, tekan button hijau dan keluar la tiket. Tapi tiket dia tak secantik tiket dari driver bas tadi. Tak kiralah, janji boleh naik bas. Hehe.. Tengah menunggu bas, hujan turun lagi sekali. Kali ni agak lebat jugak. Nasib baik ada kawasan berbumbung yang luas kat belakang bus stop. Bila la bas no. 1 nak sampai ni..
|
Kali ni nak cuba beli tiket kat mesin pulak. Hehe.. |
|
Validity for 2 hours, 11.35 till 13.35 |
|
Bas no. 1 ke P+R Bouillon sampai lagi 9 minit. |
Jam 11.50 pagi ketika hujan masih turun, bas no. 1 pun sampai. Berlari kami masuk ke dalam bas. Nasib baik tak ramai penumpang, ada seat kosong. Kami melayan pemandangan terakhir di sini sebelum meninggalkan Luxembourg City. Mungkin takkan merasa lagi nak lepak kat Chemin de la Corniche. Huhu.. Tepat jam 12.00 tengahari kami sampai di P+R Bouillon. Kat tangga untuk masuk ke dalam parking lot ada mesin bayar tiket, tapi tak berfungsi. Kami ke kereta dulu, kemudian baru cari mesin tiket yang lain. Sampai ke luar kami cari tapi tak jumpa jugak. Masuk semula dalam bangunan dan jumpa tempat mesin tiket yang lain. Dah masukkan tiket, tapi keluar balik. Takkan tak kena bayar pulak? Terus masuk kereta dan ke pagar keluar. Masukkan tiket dan palang pun naik. Free rupanya parking kat sini. Hehe..
|
Tiket parking pun nak tunjuk. Hehe.. |
|
Tiket keluar balik la.. Free rupanya hari ni. Yeay.. |
Kami keluar dari P+R Bouillon dan menuju ke destinasi seterusnya. Selamat tinggal Luxembourg City. Satu kenangan yang takkan dapat dilupakan. Walaupun bandarnya tak besar mana, tapi ada juga tempat menarik yang boleh dilawati. Sekurangnya kami dah jejakkan kaki di sini. Bertambah satu lagi negara dalam koleksi trip kami. Hari ke-2 di Western Europe dah jejak kaki kat 2 negara. Tema misi masih lagi relevan. Alhamdulillah, terima kasih pada yang Maha Esa kerana beri kami peluang untuk mencari pengalaman di Luxembourg City tanpa ada kesulitan. Perjalanan diteruskan.. Wallahualam..
|
Suka kemain dapat jalan kat negara orang. Best!.. |
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
- TIKET BAS : RM18.80
- JUMLAH : RM18.80
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- TIADA -
No comments:
Post a Comment