Wednesday, 28 October 2015

JJCP Korea: Day 07 (Part #2)

Tarikh:
14 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Cat Cafe - Seoul Global Cultural Center - K-League Official Store - Able Guesthouse - Seoul Train Station - Mugunghwa Train

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 3.40 petang kami dah sampai di Myeong-dong. Cuaca agak mendung. Mungkin salji akan turun lagi kot. Sambil berjalan ke Cat Cafe kami cuci mata tengok gerai jualan di sepanjang jalan. Wife saya mengajak masuk ke butik Dr. Martens. Dia memang dah lama teringin nak boot yang design bunga-bunga tu. Saya tak berapa pandai bab kasut Dr. Martens ni. Kalau Columbia memang tau le. Hihi. Dia kata boot Dr. Martens kat sini agak murah berbanding di KL. Pandai dia, dah siap survey harga rupanya. Sambil try boot tu dia buat muka comel. Faham dah.. Huhu.. Tapi memang cantik la boot bunga-bunga ni. Agak-agak lelaki boleh pakai tak? Hehe.. Staff yang jaga siap boleh bagi extra staff discount lagi. Wife saya memang pakar bab nego harga. Bargain power! Saya bukan concern pasal betapa banyaknya diskaun yang dapat, tapi concern berapa sebenarnya harga kos kasut tu. Huhu..

Cantik beg yang dijual kat sini
Dia sudah sarung itu boot bunga-bunga.
Saya tak minat Dr. Martens. Tapi nampak smart pulak. Hmm
@ Cat Cafe

Selesai urusan, kami ke Cat Cafe yang terletak sebaris dengan butik Dr. Martens. Ada dalam 45 minit lagi sebelum jam 5.00 petang. Seoul Global Cultural Center kat belakang blok ni je. Tinggal lagi 5 minit pun boleh sempat sampai. Cat Cafe terletak di Tingkat 3. Kami naik tangga spiral yang sempit untuk sampai ke atas. Tak muat kalau selisih dengan orang yang nak turun. Kat Korea memang semua tangga sempit kot. Huhu.. Sampai di pintu masuk Cat Cafe, kami kena bukak kasut dan pakai selipar yang disediakan. Tangan pun kena basuh dengan hand sanitizer. Jaga kebersihan, takut berjangkit kat kucing katanya.

Minum petang sambil layan kucing
Rak kasut disediakan di luar
Operation hour from 12pm until 11pm
Banyaknya kucing yang gebu-gebu kat sini. Teringat saya kat kucing di Nami Island semalam. Kucing jalanan pun berbulu tebal, inikan pulak kucing belaan. Nak masuk ke Cat Cafe ni takde entrance fee. Tapi syaratnya kena beli air sorang satu. Kami pun beli la 2 gelas air fruit juice yang berharga KRW16,000. Memang mahal la air tu sebab cover entrance fee. Bagus jugak dia buat camtu. Ye lah, takkan la nak masuk free je. Kucing tu pun kena jaga maintenance dia. Sambil minum boleh la main-main dengan kucing. Jinak belaka semuanya. Rasa macam nak bawak balik je. Hihi.. Maka kami pun melayan la kucing-kucing di sini sampai jam 4.50 petang.

Keadaan cafe yang amat tenang dan selesa
Air sebagai entrance fee
Bermain dengan kucing made in Korea..
Ni kucing yang paling win. Geram betul. Releks je dia..
@ Seoul Global Cultural Center

Jam 4.50 petang, sampai masanya untuk kami tinggalkan kucing-kucing comel tu. Kami terus berjalan ke M-Plaza dan sampai di Seoul Global Cultural Center tepat jam 5.00 petang. Ingatkan boleh la terus pakai Yongpo dan Hanbok, rupanya kena tunggu customer slot sebelum kami abis bergambar. Jam 5.10 petang barulah sampai turn kami. Kami takde pilihan pakaian, staff di situ terus bagi kami pakaian yang sesuai dengan saiz badan kami. Kalau kat Jepun dulu boleh pilih design kimono mana yang kita suka. Yelah, benda free jangan la banyak songeh ye. Heheh.. Selesai fitting baju, kami cuma diberi 10 minit untuk bergambar kat satu sudut berlatarbelakangkan poster besar zaman dinasti lama di Korea. Dengan pantas kami bergambar dalam masa 10 minit tu.

Menunggu giliran kami di Seoul Global Cultural Center
Dapat juga bergaya dengan Yongpo dan Hanbok kat Seoul. Free pulak tu. Yess..
Gambar terakhir di minit ke 10. Hahah..
Selesai bergambar, jam 5.30 petang kami keluar dari situ. Singgah sekejap kat Starbucks di Tingkat 4. Nasib baik teringat yang kami belum beli citymug lagi. Maka bertambah la lagi koleksi citymug Starbucks kat dalam display cabinet kami. Huhu.. Keluar je dari M-Plaza salji tengah turun ni Myeong-dong. Malam terakhir pun dapat merasa lagi salji. Hihi.. Tak boleh nak layan salji lama-lama. Dah sampai masa untuk kami balik ke guesthouse. Jam 6.15 petang kami naik subway Line-4 menuju ke Dongdaemun HCP.

Salji baru turun di Myeong-dong. Sejuukk..
@ K-League Official Store

Sampai je di Dongdaemun HCP, kami tak amik dulu beg kami. Kami masuk semula ke K-League Official Shop. Pesan kawan kena tunaikan. Dia dah bagitau kat saya design jersi yang dia nak. Team yang dia nak tu ada, tapi malangnya saiz pulak takde. Option team kedua pun takde. Kira takde rezeki la dia nak pakai jersi K-League. Tapi saya ada la peluang, sebab saya tak kisah team apa pun. Janji cantik. Hehe.. Banyak juga jersi yang saya try. Staff yang jaga kedai pun sporting abis melayan saya mencuba jersi. Pilih jersi kalau boleh sponsor kat depan baju tu biar ada tulisan Korea. Baru nampak ganas sikit. Kikiki..

Tak kisah la walaupun team tengah relegation battle dalam liga. Hahah..
Smart la kasut brader ni.. Hihi
@ Able Guesthouse

Kami turun dan menuju ke guesthouse di bangunan sebelah untuk amik beg kami. Time to say goodbye to Mr Hong. Amat friendly orangnya. Cuma kami tak berkesempatan nak lepak dan berborak dengan dia. Hanya jumpa masa check-in dan check-out je. Sebelum pergi, saya sempat bergambar kenangan dengan dia. Dia pun nak bergambar juga sebab katanya nak letak gambar kami kat dinding sebagai tanda pernah stay di Able Guesthouse. Sape yang ke sini boleh la check gambar saya dengan dia ye. Itu pun kalau betul dia letak. Huhu.. Terima kasih pada Mr Hong kerana menyediakan bilik yang selesa untuk kami. Cuma tangga je yang sempit. Hihi.. Yang lain takde masalah. Jarak yang dekat dengan tempat shopping 24 jam tu yang penting. Sesuai untuk kaki shopping. Agak-agak dah berat beg shopping, boleh la letak kat guesthouse dan sambung shopping balik sebab dekat sangat. Hahah..

Gambar kenangan tourist yang pernah stay di sini
Tq Mr Hong, a friendly guesthouse owner
Bye-bye Able Guesthouse!..
Jam 7.30 malam kami tinggalkan Able Guesthouse. Kami naik subway Line-4 menuju ke Seoul Station. Ini trip yang terakhir kami naik subway di Seoul. Sampai di Seoul Station, kami keluar dan berjalan ke Seoul Train Station yang terletak di seberang jalan. Penat jugak nak menarik beg kami naik tangga. Nasib baik kami keluar ikut Exit 9-1, antara exit yang agak dekat dengan Seoul Train Station. Kalau silap exit memang letih la nak menapak. Huhu..

Subway route from Dongdaemun HCP (Line-4) to Seoul Station
Subway station terakhir kami di Seoul..
Seoul Train Station di seberang jalan
@ Seoul Train Station

Kami sampai di depan pintu masuk Seoul Train Station jam 8.20 malam. Ada masa 2 jam lebih lagi ni. Sampai awal sebab tak tau camna keadaan kat train station ni. Takut ramai orang beratur beli tiket. Lagi satu takut train kat sini sama macam naik flight, kena check-in awal. Biar sampai awal, jangan terkejar-kejar last minute macam kes kejar shinkansen kat Osaka dulu. Berlari dengan trekking bag macam dalam cerita The Amazing Race je. Hahah.. Apa-apa pun kami selesaikan dulu hal tiket train. Saya beratur menunggu giliran untuk amik tiket. Sampai giliran, saya cuma senyum je sambil tunjuk booking receipt kat kaunter. Cakap pun tak guna. Hihi.. Staff tu pun tak tanya saya. Dia tengok resit dan terus print out tiket untuk 2 orang. Selesai sudah.

Pintu utama Seoul Train Station
Beratur di kaunter tiket
Tiket dah dapat. Tunggu masa je nak naik..
Kami berjalan-jalan di dalam station. Ada Lotte Outlets kat dalam ni. Lotteria takde kat sini, tapi terletak kat luar di tepi station. Tapi kami taknak makan shrimp burger dah sebab kami dah sedia beli ayam panggang kat Restoran Siti Sarah petang tadi. Saje je bagi info kepada traveller yang nak dinner kat Seoul Station ni. Hihi.. Kami cari port sesuai nak makan kat dalam station tapi takde. Ruang tempat duduk ada ramai orang. Segan pulak nak makan kat situ. Akhirnya kami makan kat luar station, ditemani angin malam yang super sejuk. Menggigil gigit ayam panggang tu. Huhu..

Keadaan di dalam Seoul Train Station
Menu malam ini: Ayam Panggang Frozen. Huhu..
Selesai makan dalam kedinginan malam, kami masuk semula dan duduk di ruang menunggu yang disediakan di tingkat atas. Ada lagi sejam nak menunggu train sampai. Nak berjalan dah rasa malas sebab kena bawak sekali beg yang berat tu. Huhu. Kami pun duduk je la kat sini sambil buat refleksi tentang trip Korea ni. Badan terasa penat sangat. Mata pun dah rasa mengantuk. Atas train kejap lagi memang confirm tidur la. Nak tengok pemandangan pun tak nampak apa-apa. Kalau terlajak tidur takpe lagi sebab train kami last stop di Busan. Mesti staff train kejut kami. Harapnya lah.. Huhu.. Ada beberapa jenis train yang boleh dipilih untuk ke Busan. Mugunghwa Train yang kami naik ni adalah yang paling murah dan perlahan pergerakannya. Memang pilih yang paling slow sebab ada masa untuk kami tidur. Save duit hotel untuk malam ni. Hihi. Sampai awal kat Busan pun nak buat apa. Tengah malam kot. Akhirnya tetap kena tidur kat Busan Station jugak. So, baik tidur dalam train, lagi best.

Menunggu dengan penuh kepenatan. Huh..
Our Mugunghwa train number is 1227 @ Track no. 5
@ Mugunghwa Train

Penantian satu penyiksaan. Penat menunggu akhirnya jam 10.30 malam gate dibuka. Kami masuk ke terminal dan mencari Track no. 5. Ingatkan train dah ada. Boleh la nak letak beg dulu dan terus duduk. Rupanya tak sampai lagi. Huhu.. Dah la takde kerusi kat sini. Nasib baik tunggu dalam 5 minit, train pun sampai. Dari luar nampak oldschool train ni. Mugunghwa Train adalah train yang paling lama servis di Korea. Bila highspeed train KTX diperkenalkan, Mugunghwa Train mula kurang mendapat sambutan, tapi masih tetap beroperasi kerana hanya Mugunghwa Train je yang berhenti di setiap station. Sebab tu la amik masa lebih 5 jam nak sampai Busan berbanding KTX yang cuma amik masa 2 jam lebih je. Biar veteran, yang penting sampai ke destinasi dengan selamat.. Hihi..

Menunggu train yang tak kunjung tiba
Yeaa.. Mugunghwa train sudah sampai
Bergambar dulu sebelum masuk
Kena pastikan dulu betul ke tak train ni ke Busan. Ok done..
Walaupun oldschool, tapi bilik karaoke ada tuu.. Hihi
Setelah pastikan betul train ni ke Busan, kami naik dan letak beg di tempat yang disediakan di setiap hujung coach. Kami mencari nombor tempat duduk kami. Kat luar nampak oldschool, tapi kat dalam amat bersih dan selesa. Ruang tempat duduk pun luas. Memang best la kami tidur kejap lagi. Hihi.. Tepat jam 10.50 malam, train memulakan perjalanan. Tak ramai penumpang malam ni. Mungkin akan jadi ramai sebab train ni berhenti kat setiap station. Tak kisahlah. Janji kami duduk ikut seat. Kalau tak nanti ada pulak yang kejut sebab duduk seat orang lain. Dalam 10 minit perjalanan kami dah mula turunkan seat dan tidur. Selamat tinggal Seoul!.. Menunggu ketibaan di Busan Station pada jam 4.04 pagi (eta dalam tiket). Tepat betul masa jangkaan dia. Betul ke sampai waktu setepat itu? Wallahualam..

Suasana dalam Mugunghwa Train. Not bad..
Ruang kaki agak luas dan selesa
Gambar terakhir sebelum seat diturunkan.. Zzzz..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Cat Cafe    : RM51.20
  - Snacks       : RM32.00
  - Jumlah       : RM83.20

**Day 07 Expenses: RM204.80

2 comments:

  1. Semasa ke Seoul tahun lepas, tak sempat nak ke Busan. Masa tight sangat. Sbb kami explore sehingga ke DMZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ke Busan sebab dapat tiket flight murah. Kebetulan flight ke Jeju pun murah. Teringin juga nak ke DMZ. Boleh masuk North Korea sekejap. Hihi.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete