Friday, 16 October 2015

JJCP Korea: Day 05 (Part #2)

Tarikh:
12 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Lotte World Mall - Hard Rock Cafe Seoul - Gangnam - Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami sampai di Dong Seoul Bus Terminal jam 4.30 petang. Salji masih turun lagi. Yeay.. Merasa pengalaman salji jatuh dari langit. Tapi kat area bus terminal ni view tak cantik. Kami berkejar ke Gangbyeon Station untuk naik subway Line-2 ke Jamsil Station. Perjalanan tak sampai 5 minit. Sampai je kat Jamsil Station kami terus keluar ikut Exit-1, dengan harapan salji masih turun lagi. Sekali lebat daa.. Bestnya!.. Mula-mula terasa malu jugak orang tengok kita main salji. Jakun ke apa? Huhu.. Tapi bila tengok locals pun layan main salji, kami pun buat selamba je la.. Rupanya hari ni adalah first snow di Seoul. Patutlah locals pun excited main tadah tangan. Hihi.. Alhamdulillah, begitu hebat ciptaan Allah yang maha Esa turunkan salji ke bumi..

Dah makin jelas salji yang turun. Heee..
Keadaan di depan Lotte World Mall.. Putih..
Terus upload. Huhu..
Staff Lotte World Mall membersihkan salji kat lobi
Misi hujan salji tercapai. Yeay!..
@ Lotte World Mall

Tak tahan nak melayan salji lama-lama. Sejuk sangat. Takut jaket dan beg basah. Kami berteduh kat lobi Lotte World Mall, melihat salji yang turun. Rasa rugi kalau masuk dalam mall buat masa ni. Salji bukannya turun selalu. Ikut cuaca jugak macam hujan kat Malaysia. Kalau tak hujan maknanya salji pun tak turun. Hampir setengah jam jugak kami berdiri kat lobi sampai la salji mengurang. Puas hati kami. Hihi. Jam 5.10 petang baru kami masuk ke dalam Lotte World Mall. Misi berikutnya bermula iaitu pencarian Hard Rock Cafe Seoul yang terletak kat dalam mall ni.

Subway route from Gangbyeon (Line-2) to Jamsil
Keluar ikut Exit-1 Jamsil Station terus ke pintu utama Lotte World Mall
Pintu masuk ke Lotte World Mall
Abis beg dipenuhi salji yang fresh. Kejap lagi basah le. Huhu..
Besar betul Lotte World Mall ni. Saya bertanya pada staff di information kaunter di mana letaknya Hard Rock Cafe Seoul. Kami mengikut arah yang ditunjukkan. Kelihatan papan iklan HRC di eskalator. HRC Seoul baru dibuka semula di sini. Dulu kat tempat lain rasanya. Kawan saya ke sini bulan April lepas dan kami bertanya tentang HRC. Dia kata HRC Seoul dah tutup. Maknanya baru lagi la HRC relocate kat dalam Lotte World Mall ni. Rezeki kami dapat tambah koleksi t-shirt HRC dalam almari kat rumah. Huhu..

Nasib baik dia pandai speaking.. Nice..
Agak ekslusif keadaan dalam Lotte World Mall ni
Agak-agak movie kat sini alihsuara tak? Huhu..
Grand Open? Baru sangat ke bukak kat sini?
HRC Seoul terletak di Tingkat 5. Sambil menuju ke sana, kami berjalan tengok butik dan kedai yang ada di situ. Lotte World Mall ni tak ubah seperti Starhill kat Jalan Bukit Bintang. Rasa macam tak sesuai pakaian kami masuk dalam mall ni. Huhu.. Orang yang ada kat situ semuanya dressing macam orang kaya. Segan kami berdua ada kat situ. Ahh, tak kiralah.. Dah HRC Seoul ada kat dalam ni. Kalau tak memang tak masuk punya. Huhu.. Tapi orang kat situ takde lah pulak pandang slack kat kami. Kami je rasa macam tu. Hihihi.. Banyak kali naik eskalator akhirnya kami sampai di Tingkat 5. Dari jauh dah nampak sign gitar HRC kat dinding. Design apa pulak yang kami nak beli ye? Saya lebih suka design t-shirt berlainan untuk setiap HRC yang kami pergi. Ada orang lebih prefer design classic tu. Ikut citarasa masing-masing. Selalunya yang order dari kawan memang dapat yang classic le. Hihi..

HRC Seoul.. Yeahh!..
@ Hard Rock Cafe Seoul

Kami masuk ke dalam Rock Shop. Rambang mata juga tengok banyak design baju yang kami belum ada dalam koleksi. Huhu.. Kami belek satu-persatu design baju yang ada. Wife saya dah mula berminat dengan design couture. Masa mula-mula mengumpul, dia minat yang classic je. Lepas jeles tengok t-shirt saya macam-macam design, terus dia pun ikut sama tak layan classic dah. Hihi.. Saya pulak suka cari yang limited edition seperti signature series. City tee minat juga tapi selalunya warna putih. Susah nak jaga. Huhu.. Tak kisah la, janji ada tulisan Seoul kat t-shirt dah cukup sebagai penambah koleksi dan kenangan beli di sini.

Cantik Rock Shop Seoul ni. Maklumlah tempat baru. Hihi..
Yang mana jadi pilihan hati?
Selesai memilih mana yang berkenan di hati, kami ke kaunter untuk bayar. Nampak pulak HRC shot glass yang comel tu. Wife saya tanya nak beli tak untuk buat koleksi. Saya kata takyah la, nanti susah nak cari shot glass HRC sebelum ni. Kalau nak start, biar dari awal. Hihi.. Cukuplah citymug Starbucks sebagai koleksi cawan kami. Dah penuh dalam almari kat rumah tu. Huhu.. Tapi betul jugak, kenapa la tak beli shot glass dari awal dulu. Memang cantik kalau disusun kat rumah buat hiasan. Takpelah, kita abaikan tentang shot glass tu ye. Kalau difikirkan banyak lagi collectible items yang boleh dikumpul dari HRC seperti bottle opener, keychain, zippo, fridge magnet etc.. Harga pun boleh tahan jugak mahalnya. T-shirt je dah la. Huhu.. Staff yang kerja kat sini kebanyakannya orang putih. Mungkin susah nak cari orang Korea yang pandai speaking kot? Atau orang putih ni memang warganegara Korea. Kami bertanya bila HRC Seoul ni bukak. Dia kata bulan Mei aritu. Patutlah masa kawan saya pergi bulan April dia kata HRC takde kat Seoul. Hihi..

Cashier orang putih tuu.. 
Lagi sorang staff orang putih..
Yeahh.. Rock will never die!.. Hehe..
Jam 5.40 petang kami meninggalkan HRC Seoul dengan paper bag di tangan. Sambil mencari jalan keluar dari Lotte World Mall kami singgah kat department kanak-kanak. Anak-anak di kampung tak dilupakan. Kami mencari mainan dan souvenir yang sesuai untuk anak-anak kami seperti yang dijanjikan. Sememangnya barang-barang diorang la yang paling banyak dibawa balik dari oversea. Hihi.. Kalau bawak diorang memang dapat sikit la macam ke Jakarta dulu. Mainan penting buat anak-anak rupanya ye.. Huhu..

Banyak nak kena pilih ni. Huhu..
Selesai urusan di department kanak-kanak, kami turun ke bawah dan keluar dari Lotte World Mall. Cuaca dah gelap di luar. Kelihatan pokok yang dihias dengan lampu menjadikan kawasan ni amat cantik di waktu malam. Salji masih turun renyai-renyai menambah kesejukan malam. Seterusnya kami nak ke Gangnam. Dikatakan Gangnam adalah antara kawasan yang elit di Seoul. Kami cuma tahu Gangnam ni dari lagu PSY tu. Heheh.. Dah alang-alang kat Jamsil, naik subway boleh terus sampai Gangnam. Nak tengok apa yang ada kat situ sampai ada orang buat lagu. Huhu.. Kebetulan lepas tu nak pergi makan kat kawasan berdekatan. Kira singgah on the way la ni.

Night scene outside Lotte World Mall
@ Gangnam

Dari Jamsil Station kami naik subway Line-2 menuju ke Gangnam Station. Punyalah ramai orang kat dalam subway. Padat macam tin sardin. Time orang balik kerja ni. Huhu.. Nasib baik la perjalanan tak jauh. Tak sampai 15 minit kami dah tiba di Gangnam Station. Terus keluar dari station bersama orang ramai. Kat sini ada Gangnam Underground Shopping Center. Lagi padat la jadinya. Huhu.. Dah keluar dari Gangnam Station kami jalan-jalan kat kawasan sekitar. Hanya bangunan tinggi je yang ada kat sini. Mungkin kat sini terletaknya company yang besar dan famous membuatkan ianya menjadi kawasan elit. Macam biasa je kami tengok. Atau ada tempat lain yang bernama Gangnam? Entahlah. Kami ke sini cuma nak bergambar dengan signboard Gangnam je. Oppa Gangnam Style satu!.. Heheh..

Sebelum naik subway kena reload cashbee card KRW20,000
Subway route from Jamsil (Line-2) to Gangnam
"Ko katne?".. "Aku kat kedai 'babi'".. Heheh
Tujuan ke sini hanya nak amik gambar dengan nama station je. Hihihi
Penuh dengan kereta dan bangunan kat Gangnam..
Dari Gangnam Station kami jalan kaki ke arah Yeoksam Station. Tak nak naik subway sebab keadaan yang super padat kat bawah tanah tu. Huhu.. Takdelah jauh sangat jaraknya antara dua station ni. Apa yang menarik kat area Yeoksam Station ni? Haa, kat sinilah letaknya restoran BBQ halal!.. Yeay.. Nama restoran tu Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant. Bukan daging lembu, tapi kambing biri-biri tau. Hihi.. Restoran ni terletak berdekatan dengan Yeoksam Station. Dari info yang saya dapat, pintu keluar yang paling dekat untuk ke restoran tu adalah Exit-6. Disebabkan kami bukan keluar dari Yeoksam Station, maka kami kena cari di mana Exit-6 tu. Huhu.. Saya cuma ingat landmark untuk ke sana. Dari Exit-6, jalan terus sampai jumpa KFC. Kemudian ikut jalan ke kiri selepas KFC. Jalan sampai jumpa simpang 3, amik kanan. Jalan tak sampai 100 meter, masuk pulak simpang kiri. Then jalan lagi dalam 100 meter akan jumpa Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant di sebelah kiri. Kalau susah sangat nak faham, tengok je lah map yang saya bagi kat bawah ni. Hehe..

Walking route from Gangnam to Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant
Dari Exit-6, ikut jalan depan yang ada van tu..
Masuk kiri lepas KFC ni
Yeaa.. Akhirnya sampai ke destinasi
@ Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant

Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant ni sudah menjadi popular di kalangan orang Malaysia yang datang ke sini. Boleh dikatakan 8 out of 10 blogs yang saya baca tentang Korea diorang pergi tempat ni. Lagi 2 tu mungkin tak tau, tak suka, tak sempat atau memang takde dalam itinerary tour agency. Hihi.. Dalam kesejukan malam, badan pulak letih sebab banyak berjalan dan tak makan apa-apa pun sejak breakfast kat Lotteria pagi tadi, ditambah pulak dengan pelbagai aksi jatuh kat ski resort, memang sesuai sangat la bila dapat makan BBQ panas-panas ni. Hihi.. Dari luar nampak macam full house restoran ni. Kami masuk juga sebab tak tahan kesejukan dan dengan harapan ada tempat kosong kat dalam. Alhamdulillah, ada space kosong untuk kami berdua, bersebelahan dengan family melayu dari Malaysia.

Papan tanda pun kesejukan rasanya. Huhu..
Halal fresh lamb from Australia
Pintu masuk restoran
Agak padat setting dalam restoran ni. Kat atas meja ada tempat bakar dan corong khas untuk sedut asap. Baru la tak berjerebu dalam restoran ni. Hihi.. Kami tengok pada menu yang disediakan. Boleh tahan mahal jugak harganya. Daging import dari Australia la katakan. Heheh.. Susah nak pilih, kami mintak waiter tolong suggest menu paling popular dan sesuai untuk kami. Waiter tu cadangkan amik set daging dan juga sup. Ikut je lah. Janji merasa makan daging halal kat Korea ni. Hihi..

Main puluhan ribu won je nih. Aduiilaa..
Charcoal BBQ set bersama corong ajaib..
Kami dihidangkan dengan nasi dan sayur-sayuran (kimchi lagi..). 15 minit kemudian baru lah sampai set daging dan sup. Warna merah daging tu memang nampak fresh betul. Bila arang dah cukup berapi, waiter letakkan jaring besi. Dah boleh la nak bakar fresh lamb tu. Suka hati la nak masak 'well done' ke, 'half done' ke atau 'come undone'. Yang penting 'it has to be done' and finally 'I'm done!'.. Yeahh.. Memang sedap betul makan macam ni semasa cuaca sejuk. Samalah macam di Cameron Highlands. Tak sah kalau tak makan steamboat kat situ. Lain macam feel dia. Hihi.. Cuma sekarang ni Cameron Highlands dah tak sesejuk masa kecik dulu. Agaknya kat tepi jalan je ada pokok. Belah belakang habis togel semuanya. Huhu.. Pantang nampak tanah kosong, mulalah ada papan tanda pembinaan. Bila banjir kilat semua kepala sorok dalam baju. Huhu..

Masa untuk mengisi perut kami yang dah hampir kosong ni.. Layann..
Selesai makan kami rehat kejap. Bagi makanan betul-betul masuk dalam perut sebelum nak berjalan semula. Kami senyum kat family melayu di sebelah tapi diorang buat taktau je. Eksyen benor!.. Huishh, jangan la sombong brader. Kita ni kat negara orang. Kalau jumpa geng senegara tu senyum la sikit. Tak perlu nak berborak, senyuman pun dah cukup. Bukan kami mintak korang bayar makanan kami pun. Huhu.. Ini baru Korea, kalau kat UK mesti langsung tak mengaku rakyat Malaysia kot? Aduii.. Takpelah, masing-masing punya cara. Ini kali kedua kami jumpa orang macam ni. Kali pertama masa naik flight pergi UK dulu. Duduk sebelah hampir 14 jam tapi sepatah pun tak bercakap. Senyum pun tak dibalasnya. Rasa macam nak tukar seat je masa tu. Huhu..

Biri-biri ni pun senyum walaupun kami nak makan daging dia. Hihihi..
Setiap Ahad restoran ni tutup. Ingat tau..
Recommended restaurant for muslim travellers
Jam 8.50 malam, lepas bayar KRW37,000 kami meninggalkan Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant dengan perasaan puas yang amat sangat. Memang berbaloi datang ke sini walaupun terpaksa jalan sikit dari subway. Kami berjalan menuju ke Yeoksam Station, tapi ikut jalan lain sebab nak singgah di Starbucks. First time nak merasa kopi Starbucks di Seoul. Sambil tu boleh tengok citymug sekali.

Walking route from Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant to Starbucks
Sama je rasa macam kat KL. Memang la sama kan.. Hihi
Kat sini cuma ada tumbler je. Citymug dah takde stok katanya. Takpe, kat Seoul ada banyak Starbucks. Esok lusa boleh cari lagi. Agak lama juga kami lepak di Starbucks. Sebenarnya nak tunggu lewat sikit, bagi subway clear. Tak boleh tahan bila berhimpit dalam subway tadi. Kalau berdiri kat tepi tingkap boleh melekat muka kat cermin sebab terlalu pack. Hihihi.. Duduk lama-lama pun boleh letih jugak. Jam 10.15 malam kami meninggalkan Starbucks dan turun ikut Exit-4 Yeoksam Station. Ada beberapa route untuk ke Dongdaemun HCP Station. Kami boleh je naik Line-2 sampai ke sana. Tapi agak lama jugak la nak sampai sebab route jauh. Kami naik Line-2 dan turun di Seolleung Station. Kemudian kami naik Bundang Line ke Wangsimni Station. Sampai di situ kami naik balik Line-2 terus ke Dongdaemun HCP Station. Kira jalan pintas la ni. Hihi..

Subway route from Yeoksam (Line-2) to Seolleung (Bundang) to Wangsimni (Line-2) to Dongdaemun HCP
Kami sampai di Dongdaemun HCP Station jam 10.55 malam. Hampir 40 minit jugak perjalanan turun naik subway dari Yeoksam Station ke sini. Mata tak ngantuk lagi. Kami meronda di gerai-gerai yang ada di depan guesthouse dan kawasan sekitar. Jam 11.40 malam baru kami melangkah masuk ke guesthouse. Sampai dalam bilik terus bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Fuhh, memang letih betul aktiviti hari ni. Tapi kami amat puas hati sebab masih ikut itinerary kami walaupun timing tak tepat. Anyway, mission accomplished for today's activities. Sambil tengok tv kami tak pasti kul berapa terlelap. Recharge tenaga untuk esok hari. Rasanya macam padat juga aktiviti esok ni. Harap dapat bertahan. Wallahualam..

Gerai di sepanjang jalan. Sama macam uptown kat KL.
Dongdaemun never sleep.. But we have to. Hihi..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Cashbee (reload) : RM64.00
  - Yang Good          : RM118.40
  - Starbucks            : RM41.30
  - Jumlah                : RM223.70

**Day 05 Expenses: RM408.10

2 comments:

  1. HR tshirt average brp won sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amirul..
      Alamak, saya bukan sis bro.. Haha.. Anyway HRC shirt kat sini lebih kurang je macam kat KL, dalam RM110 - 130 sehelai. And of course yang paling murah design classic. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete