Tarikh:
12 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Dong Seoul Bus Terminal - Icheon Bus Terminal - Jisan Forest Resort
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pagi ni kami bangun jam 6.00 pagi. Lepas solat boleh pulak kami sambung tidur. Tidur kat lantai pulak tu. Best, sebab lantai ada warmer. Kat KL kemain tidur nak ada aircond. Kat sini baru sedar yang panas itu adalah bagus. Hahah.. Nasib baik kami tak terlajak tidur. Jam 7.30 pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk aktiviti yang agak adventure pada hari ni. Dalam itinerary katanya nak bergerak jam 6.30 pagi. Sambung tidur punya pasal, kul 8.00 pagi baru kami keluar dari guesthouse. Huhu.. Dah bagitau kat wife saya, hari ni mungkin jadi hari yang paling meletihkan kaki. Dia kata ok, well-prepared. Itu la yang buat saya sayang kat wife saya ni. Bab berjalan memang nombor satu. Tidur pun nombor satu jugak. Heheh..
|
Nombor guesthouse kami |
Plan hari ni nak layan ski. First time dalam hidup nak merasa. Tengok dalam internet macam best je diorang main ski. Nak jugak ada pengalaman main ski. Hihi.. Masa saya mencari info tentang ski resort, saya pilih Jisan Forest Resort sebab ianya paling dekat dengan bandar Seoul. Katanya ada shuttle bus untuk ke sana. Saya ada bertanya pada staff di Korea Tourism Organisation kat KL haritu. Dia kata kalau nak naik shuttle bus kena call masa di Seoul untuk buat reservation sebab tempat duduk limited. Saya tanya jugak kat Mr Hong. Dia pulak kata tak perlu call, just tunggu je kat station tempat shuttle bus tu. Disebabkan limited seat dan takut banyak buang masa menunggu kat bus station, kami guna cara yang lain. Option lain yang ada selain naik shuttle bus ialah naik local bus. Info cara naik local bus ke Jisan Forest Resort saya dah study siap-siap. Haa, adventure ni. Salah naik bas kang ada yang sampai ke Busan terus. Hahah.. Let the adventure begins!..
|
Dongdaemun Design Plaza kat seberang guesthouse |
@ Dong Seoul Bus Terminal
Dari guesthouse kami berjalan ke subway station dan naik subway Line-2 dari Dongdaemun HCP Station ke Gangbyeon Station. Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit. Agak crowded juga dalam subway. Orang ramai nak pergi kerja. Jam 8.30 pagi kami turun di Gangbyeon Station. Di seberang jalan terletaknya Dong Seoul Bus Terminal. Kat sini lah tempat naik bas untuk ke daerah lain di luar Seoul. Dalam bus terminal ni ada Lotteria. Breakfast dengan shrimp dan squid burger la nampaknya. Ada sorang brader tengah breakfast. Muka macam melayu je, tapi kami segan nak tegur. Huhu.. Kami order set burger yang sama seperti sebelum ni dan bayar KRW10,800. Isi perut dulu. Kalau salah naik bas kejap lagi takdelah nak gelabah sangat sebab dah kenyang. Hihi..
|
Seoul subway route from Dongdaemun HCP (Line-2) to Gangbyeon |
|
Orang ramai dalam subway. Kerja.. Kerja.. |
|
Dong Seoul Bus Terminal terletak di seberang Gangbyeon Station |
|
Kali ke-3 layan burger ni. Huhu.. |
Selesai breakfast, kami menuju ke arah kaunter tiket. Kami tengok kat papan tanda, nasib baik ada tulisan Roman nama tempat yang nak dituju. Masa ni saya risau kalau salah sebut nama tempat. Kami nak naik bas ke Icheon. Tapi kalau la staff kat kaunter tu salah dengar, dia bagi tiket ke Incheon memang sampai airport le jawabnya. Huhu.. Nasib baik saya dah siap prepare masa kat KL print nama Icheon dalam tulisan Korea. Saya tunjuk kat staff tu, then tunjuk isyarat 2 jari. Nasib baik dia faham. Hehe.. Dia pun bagi saya tiket dan bagitau harga tiket. Saya tak faham, so saya bagi duit not besar. Then dia baki duit baki. Yezza, selesai beli tiket ke Icheon. Masalah komunikasi agak teruk di Korea ni. Huhu..
|
Banyaknya nama tempat kat Seoul ni.. |
|
Tiket bas Seoul-Icheon sehala yang berharga KRW4,700/person |
Nak tanya staff tu kat mana nak naik bas dah tentu dia tak faham. Kami pun tengok la mana-mana signboard yang menunjukkan dimana platform 27 seperti yang tertulis kat tiket kami. Akhirnya jumpa juga. Banyak betul platform bas kat sini. Bas kami bertolak jam 9.20 pagi. Masih ada 15 minit lagi sebelum bertolak. Kami duduk betul-betul kat depan platform 27. Takut terlepas naik bas. Huhu..
|
Cari signboard nama Icheon |
|
Platform 27 memang untuk bas ke Icheon |
|
Amik gambar platform dulu |
|
Duduk sini. Jangan gi mana-mana tau. Hihi |
|
Panjang juga platform bas kat sini |
Jam 9.15 pagi, driver bas mula buka pintu. Orang ramai termasuk la kami beratur untuk naik bas. Selesai cek tiket, kami naik dan duduk ikut nombor seat pada tiket. Agak selesa juga bas ni walaupun nampak macam bas lama. Yang penting sampai dengan selamat. Tepat jam 9.20 pagi, Seoul-Icheon intercity bus memulakan perjalanan membawa kami ke destinasi. Tak sampai 15 minit perjalanan saya dah tertidur. Rasanya bas ni last stop kat Icheon. Harap driver tu kejut kami bila dah sampai. Huhu..
|
Intercity bus from Dong Seoul Bus Terminal to Icheon Bus Terminal |
|
Bas yang akan bawa kami ke Icheon |
|
Beratur ye. Jangan potong que. Hihi |
|
Bersedia untuk keluar dari bandar Seoul |
|
The famous Han River. Lepas lalu jambatan je terus tertidur.. |
@ Icheon Bus Terminal
Jam 10.00 pagi saya terjaga. Setengah jam dapat tidur pun dah rasa puas. Tengok ikut tingkap, kelihatan bas melalui jalan kampung dan ada tompok ais kat tepi jalan. Mesti sejuk kat luar ni. Huhu.. 15 minit kemudian bas sampai di Icheon Bus Terminal. Kami turun dan kena naik bas lain pulak untuk ke Jisan Forest Resort. Selain dari ski resort, Icheon juga terkenal dengan Ceramic Village. Siapa yang minat dengan barang seramik boleh la datang ke sini. Kami ke kaunter tiket. Saya tunjuk nama Jisan Forest Resort dalam tulisan Korea. Staff tu cakap sesuatu sambil tunjuk arah. Rupanya tak perlu beli tiket. Bayar masa naik bas, sama macam local bus kat Seoul.
|
Gaya macam terer cakap Korea, padahal tunjuk kertas je. Hihi.. |
Info yang saya dapat dari internet, bas untuk ke Jisan Forest Resort bernombor 12. Masalahnya kami tak tau kat mana nak naik bas tu. Saya cari kat dalam terminal takde pun bas no. 12. Mungkin local bus kat luar terminal kot. Kami keluar dari terminal dan mencari bus stop berdekatan. Kami bertanya pada sorang local kat bus stop tu. Nampak effort dia cuba nak menolong, tapi kami tak faham. Huhu.. Kami berjalan sambil mencari orang yang boleh speaking. Akhirnya sorang ahjumma yang kerja kat convenient store tau speaking sikit-sikit. Dari luar kami tengok gaya dia macam boleh speaking. Hebat kami, tengok gaya pun boleh tau tuu.. Hihihi.. Ahjumma tu cuba jugak explain sambil lukis atas kertas lagi. Apa yang kami faham, bas no. 12 ada di dalam terminal. Mungkin tadi bas tu tak sampai lagi kot. Tenkiu ahjumma!.. Sori sebab tak sempat nak bergambar dengan ahjumma. Kalut time!.. Hehe..
|
Tengok setiap bas kat terminal, takde yang bernombor 12 |
|
Sampai keluar terminal cari bas no. 12. Huhu.. |
Kami masuk semula ke dalam terminal. Hampir setengah jam meronda kat area sini akhirnya kami nampak bas no. 12. Yeay!.. Nampaknya timing kami dah lari jauh dari plan dalam itinerary kami. Takpe, boleh cut time masa main ski nanti. Itupun kalau dah puas. Mana tau tetiba jadi syok layan ski, mau melekat lama kat Jisan Forest Resort tu. Huhu.. Kita tengok dulu masa sampai nanti. Cashbee card boleh digunakan untuk naik bas no. 12 ni. Nasib baik ada kredit lagi. Sampai Seoul confirm kena reload.
|
Tuu dia bas no. 12. Legaa.. |
Jam 10.50 pagi bas no. 12 mula bergerak dan berhenti mengikut route. Masalah baru pulak muncul. Saya tak jumpa info tentang bus stop mana yang kami kena turun. Huhu.. Kat dalam bas ada skrin yang menunjukkan senarai bus stop untuk bas ni. Takde nama Jisan Forest Resort pun. Saya cuba tanya pada awek yang duduk di depan kami. Saya tunjuk kertas tulisan Korea tu. Dia tengok, lepas tu dia senyum kat kami. Takde angguk kepala pun. Dia faham kot? Huhu.. Bas makin jauh bergerak. Berhenti pun dah banyak kali. Setiap kali sebelum sampai bus stop, driver akan announce. Memang bagus, tapi kalau tak tau nak turun kat mana tak guna jugak. Huhu. Awek tu pun takde respon. Haishh.. Dia nak tolong ke tak ni? Adulaa..
|
Bus no. 12 route from Icheon Bus Terminal to Jisan Mart Bus Stop |
|
Ada tv dalam bas. Kat belah tingkap ada senarai bus stop. |
|
Melayan pemandangan dalam kerisauan. Huhu.. |
Dalam 40 minit perjalanan, bas masuk ke satu simpang. Awek tu bangun dan tekan loceng. Ingatkan dia nak turun, rupanya dia tolong tekankan supaya kami turun. Maknanya dia faham la apa yang kami tanya. Nak amik gambar ngan dia dah tak sempat dah. Dapat ucap gamsahamnida je kat dia. Memang berguna betul perkataan tu. Banyak kali dah pakai. Hahaha.. Nama bus stop untuk ke Jisan Forest Resort ialah 'Jisan Mart'. Tq kat awek Korea tu sebab tolong kami walaupun tak bercakap sepatah pun. Hihi..
|
Inilah bus stop dia. Jisan Mart yang signboard merah tu.. |
|
Pemandangan di sekitar bus stop. Untuk rujukan dan ingatan.. |
Dari bus stop memang tak nampak langsung Jisan Forest Resort. Maknanya kena jalan kaki la jawabnya. Huhu.. Ada signboard menunjukkan arah ke sana. Di sepanjang jalan kelihatan banyak kedai menjual ski equipment. Nak sewa pun boleh. Kalau la Malaysia ada ski resort dah lama kami beli. Ini pun tak tau lagi syok ke tak layan ski. Dari jauh kami nampak bukit yang berwarna putih. Confirm itu la Jisan Forest Resort. Tapi pelik juga, kat jalanraya ni takde salji. Kalau ada pun sikit-sikit je. Camna kat bukit tu boleh banyak salji? Dah sampai nanti boleh buat kesimpulan. Hihi..
|
Walking route from Jisan Mart Bus Stop to Jisan Forest Resort |
|
Pemandangan di sepanjang jalan ke Jisan Forest Resort |
@ Jisan Forest Resort
Dalam 20 minit jugak la kami berjalan dari bus stop untuk sampai ke pintu masuk Jisan Forest Resort. Nasib baik sejuk. Kalau panas confirm dah basah ketiak kami. Huhu.. Lega bila nampak signboard resort. Dari pintu masuk tu kami kena naik tangga untuk ke tempat main ski. First time tengok ski resort depan mata.. Memang putih mata memandang.. Maka terjawab la persoalan kami tadi tentang kenapa salji di ski resort banyak sedangkan kat luar resort takde salji. Kat ski resort diorang guna artifical snow. Bila salji sebenar dah banyak turun barulah diorang tak guna. Baru faham. Maklumlah, jakun sebab first time sampai ski resort. Hihi..
|
First time tengok ski resort depan mata.. Excited.. Hihi |
Kami masuk ke dalam Rental House untuk tanya cara nak menyewa ski equipment. Kami bertanya pada staff yang ada kat situ, tapi sorang pun tak tau speaking. Saya nampak orang yang sewa ski equipment ada pegang kertas. So kami tanya la kat mana nak sewa. Kejap tunjuk kiri, kejap tunjuk kanan. Tension dibuatnya. Dahla kami penat menapak 20 minit tadi. Kami mencari kalau ada tourist omputih. Boleh la nak bertanya. Tapi takde pun. Semuanya nampak macam locals je. Tak pun dari China. Hmm.. Buang masa nih.. Kami bertanya pada staff di bahagian cloth rental. Untuk sewa pakaian kena bayar kat situ juga. Harga sewa untuk sepasang pakaian ski adalah KRW12,000. Sebenarnya kalau taknak sewa pun boleh, tapi takut pakaian kita basah la sebab banyak kali jatuh (of course la kan.. Hihi). Tak pasti kami sewa untuk berapa lama sebab dalam website ada banyak pakej untuk main ski. Full day, half day and night package. Mungkin staff tu tengok kami ni macam first time nak main ski, so dia bagi sewa untuk pakej paling murah kot sebab tau kami sure layan sekejap je. Hihi.. Kami takde pilihan pakaian, amik je apa yang diberi. Dah la saiz besar, leceh pulak tu nak pakai. Huhu.. Nak tukar pakaian lain macam buang masa je. Pakai je lah.
|
Kat dalam Rental House |
|
Tempat sewa pakaian |
|
Besar betul jaket yang staff tu bagi kami. Belasahkan ajer.. |
Untuk sewa ski equipment, kami ikut belakang tourist yang baru sampai. Dah tentu diorang pun nak sewa. Rupanya kena pergi bangunan sebelah Rental House ni. Kami masuk dalam satu bilik dan ada kaunter untuk register dan buat bayaran. Staff yang jaga kaunter pun tak tau speaking. Jenuh kami explain nak sewa ski equipment. Patutnya kena la amik sorang staff yang tau speaking. Sekurangnya tourist senang la nak bercakap. Tapi kami tak nampak pulak tourist dari negara lain. Resort ni untuk locals je ke? Huhu.. Kami explain macam-macam cara, akhirnya kami dapat juga sewa. Kami cuma nak amik pakej yang paling murah. Kalau sewa snowboard lagi mahal. Naik gondola pun ada extra charge. Nasib baik staff tu faham bila kami sebut 'ski' dan 'cheap'. Hahah.. Terkejut jugak bila bayaran yang dikenakan cuma KRW13,000/person. Kami dah standby dalam KRW80,000 ke 100,000 untuk trip ski ni sebab tengok dalam website memang itu range harga dia. Banyak juga kami dapat save duit. Kalau bawak jaket dan seluar extra lagi la save. Boleh beli t-shirt I love Korea banyak sikit. Hihihi..
|
Adik, belajar la basic english. Yes, no, orait pun dah ok.. Hihi |
|
Lepas bayar dapat resit ni. |
Kat resit tu kena tulis tinggi, berat dan panjang kaki. Tinggi ngan berat boleh belasah je. Tapi panjang kaki kene bagitau betul sebab nak pakai kasut yang sesuai. Kat kerusi dalam Rental House ada disediakan tempat untuk ukur panjang kaki. Barang kami simpan kat dalam locker. Locker pulak takde la besar mana. Mana muat nak letak beg, kasut dan jaket tebal. Terpaksalah amik dua locker. kena bayar KRW4,000. Masa nak amik ski equipment tu kami kena bagi passport sebagai deposit. Takut sangat kalau kami bawak lari ski equipment tu. Hahah.. Jangan korang hilangkan passport kami sudah. Tak balik Malaysia pulak kang. Dah amik ski equipment yang sesuai, kami pun bersiap untuk main ski. Punya la berat dan ketat kasut yang diberi. Keras, macam kasut Judge Dredd pun ada. Hihihi.. Tahankan aje.. Tak sabar nak kayuh atas ais nih.. Lalalala..
|
Gaya itu penting. Kikiki.. |
Dah macam robot kami berjalan. Letih jugak nak kayuh atas flat surface nih. Paling sakit hati bila ada benda jatuh. Susah nak tunduk amik benda tu. Kena kuis pakai pole tu pelan-pelan. Kelakar betul rasanya bila tak tau main ski. Jatuh dah confirm banyak kali punya. Kalau jatuh berskill takpe la jugak. Ini dah macam nangka busuk je. Siap kaki split terkangkang lagi. Hahah.. Tapi kami memang dah tau kami tak pandai main ski. Bukan kerana ski takde kat Malaysia. Tapi sebab equipment yang seangkatan dengannya seperti snowboard, rollerskate, rollerblade, ice-skate dan skateboard semuanya tak pandai. Plus, my wife naik basikal pun tak berani. Huhu.. Niat cuma nak merasa main ski je. Nah, rasakan.. Hihi..
|
This is not my favourite sports.. Ever.. Gambar last tu buktinya. Huhu.. |
Bila laju sikit terus takleh control. Huhu.. Agak kuyup jugak jaket sewa ni. Nasib baik la sewa. Kalau jaket sendiri memang sampai ke Seoul balik tak kering lagi. Tengok orang ramai yang tengah main ski membuatkan kami sedar diri. Hihi.. Majoriti pakai equipment sendirian berhad. Memang best la pakai kasut sendiri. Equipment dah kenal tuannya. Siap slide macam-macam gaya. Kami mampu melihat je la. Biasalah, bila kat tempat macam ni yang terer sikit mula la nak tunjuk skill. Tambah pulak ada awek yang baru belajar. Skill yang tak terduga pun boleh keluar. Hihi.. Nasib baik kami tak sewa gondola. Sekali dah naik sampai atas bukit, takut turun bawah jadi bebola ais je. Kikiki.. Dah agak puas mengayuh, kami masuk semula ke dalam Rental House untuk tukar pakaian. Lega bila dah bukak kasut. Terasa oksigen masuk dalam kaki. Fuhh..
|
Kenangan main ski pertama kali dalam hidup yang takkan dilupakan. |
|
Bye kasut Judge Dredd.. Keras sangat.. Huhu.. |
Selesai salin pakaian dan pulangkan semula semua equipment, jam 2.20 petang kami meninggalkan Jisan Forest Resort dengan seribu kenangan. Adakah kami akan pergi lagi ke ski resort? Entahlah. Rasa macam nak pergi lagi, tapi kat negara lain pulak la. Faktor kasut yang tak selesa pun main peranan juga. Tengok la pada rezeki. Tapi buat masa ni, kalau ada salji kami prefer untuk buat snowman je. Do you wanna built a snowman? Hihihi..
|
Kenangan terakhir sebelum mula berjalan 20 minit ke bus stop. Huhu.. |
Kami berjalan semula ke Jisan Mart bus stop. Dalam perjalanan kami tergelak memikirkan aksi main ski tadi. Paling takleh lupa bila getah monopod jatuh. Susah giler nak tunduk. Yang bestnya bila dah amik boleh jatuh lagi sekali. Ahhh, terseksa.. Hihi.. Gelak tak ingat sampai tak sedar dah sampai kat bus stop. Kami ke seberang jalan dan tunggu bas sampai. Kagum bila pondok bas yang buruk tu ada flatscreen monitor bagitau waktu bas akan sampai. Tak sampai 5 minit menunggu, bas no. 12 pun sampai dan membawa kami ke Icheon Bus Terminal.
|
Ada flatscreen monitor kat bus stop ni. Heheh |
|
Kali ni kami duduk kat seat belakang sekali |
Bas sampai di Icheon Bus Terminal jam 3.20 petang. Kami terus beli tiket untuk ke Seoul jam 3.30 petang. Dalam perjalanan kelihatan cuaca agak mendung. Saya sempat mengambil gambar kedai pasu seramik yang berderet kat tepi jalan. Memang heaven kepada peminat seramik. Tapi kalau beli kena pos ke Malaysia ikut laut la. Hihi.. Bila bas dah masuk highway cuaca makin gelap. Tengok kat tingkap, nampak macam ada habuk putih yang berterbangan. Jerebu ke apa ni? Makin lama makin lebat. Bila tengok kat cermin depan bas, rupanya salji yang turun. Waahh, memang dari first day sampai Korea, misi kami nak merasa pegang salji yang turun dari langit. Kat Busan aritu tak sempat sebab beg lambat keluar. Takkan la kali pun tak sempat kot. Harap cepat la bas ni sampai Dong Seoul Bus Terminal. Sekarang bas berada di atas jambatan Han River. Dekat dah nak sampai terminal ni. Harap sempat la. Wallahualam..
|
Kedai jual pasu seramik kat tepi jalan Icheon |
|
Kabur sebab salji tengah turun ni.. |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Lotteria : RM34.60
- Intercity bus : RM60.20
- Ski cloth rental : RM76.80
- Locker : RM12.80
- Jumlah : RM184.40
Sorry I want to ask about cost at Jisan Ski . How much for all (transporation, admission, tool and clothes rent , (probably food or snack), and all (total) while you come and play ski in Jisan Ski Resort ? thank you for your reply:)
ReplyDeleteHi..
DeleteFor the transportation, i took intercity bus from Seoul to Icheon for RM30.10/pax. Then from Icheon to Jisan Park I took public bus no.12 around RM4.20/pax (can use cashbee card). For the ski cloth rental is RM38.40/pax (its optional, u can use your own suits if you want). For the equipment is RM41.60/pax for half day use. Total expenses for one person from Seoul to Jisan Park with equipment rentals is around RM114.30/pax. Hope it helps!. Tq for reading my blog!.. :)
Thanks for the very detailed explaination on your ski trip to Jisan Ski Forest. Along with those pictures of buses and signboards, very helpful indeed! May I know when you entered the local bus 12 using cash bee card, do you tag only once (upon entering the bus), or twice(entering and exiting)?
ReplyDeleteI tap twice on the sensors (entering and exiting) for bus and subway. If not you may be charged double base fare for the next journey on public transport.
Deletethanks for replying....
DeleteYou're welcome!.. :)
Deletesangat membantu! terima kasih ya! kelakar jugak....hahaha
ReplyDeleteShare info yang berguna.. Kelakar ke? Rasanya agak skema ayat yang digunakan dalam blog ni. Bagi penghayatan lebih kat pembaca. Heheh.. Anyway, tq for reading my blog!.. :)
DeleteAssalaam Bro
ReplyDeleteTqvm atas info yg sgt berguna
Sy bg 5 bintang
Semoga Allah rahmati anda sokmo2 sbb bantu kami dgn info yg sgt berguna
Tqvm
Wslm
Waalaikumsalam bro..
DeleteWow dapat 5 bintang. Hehe.. Sikit je ilmu yang saya share ni. Harap berguna kepada yang membacanya. Tq for reading my blog!.. :)