Tarikh:
11 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Dongdaemun - Ikan Bakar Ahjumma - Namsangol Hanok Village - N-Seoul Tower - Myeong-dong Underground Shopping Center - Myeong-dong Street
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ Dongdaemun
Kami menyiapkan diri untuk keluar semula setelah berehat seketika untuk mengumpul tenaga. Rugi duduk dalam bilik lama-lama. Masa siang yang singkat ni kena guna sebaiknya. Jam 1.20 petang kami keluar dan berjalan di kawasan sekitar. Kami sengaja pilih bilik di kawasan Dongdaemun kerana di sini shopping complex bukak 24 jam. At least boring time malam boleh la jalan-jalan cuci mata. Hehe.. Perkara pertama yang kami nak buat dulu adalah mencari tempat makan. Info yang saya cari, ada satu kedai halal di area Dongdaemun Station. Dari guesthouse kami boleh naik subway Line 4 dan turun di Dongdaemun Station. Tapi kami rasa macam nak berjalan ke sana sebab tak jauh mana pun. Di seberang guesthouse ada satu bangunan yang agak futuristik binaannya. Bila tengok kat google map, bangunan tu masih dalam construction. Dah sampai sini rupanya bangunan tu adalah Dongdaemun Design Plaza. Exhibition atau apa-apa event yang besar akan dibuat di sini. Ada banyak shopping complex di kawasan ni. Kami tak berminat nak cuci mata dengan perut kosong. Makanan kena cari dulu. Huhu.
|
Bangunan pelik sebelah kanan tu la Dongdaemun Design Plaza.. |
|
Salah satu shopping complex yang belambak kat area Dongdaemun ni |
Jalan punya jalan akhirnya kami sampai di area Dongdaemun Station. Kami mencari Pizza Plus yang terletak di Exit-5. Hampa betul kami bila Pizza Plus tu tutup kerana renovation. Time ni la dia nak renovate kedai. Huhu.. Kami mencari kedai yang kedua iaitu kedai ikan bakar yang agak famous juga di kalangan orang Malaysia. Dalam google map saya tak dapat nak cari lokasi yang tepat untuk kedai ikan bakar ni sebab ianya terletak di celah-celah bangunan. Pencarian kedai ikan bakar bermula demi perut yang sedang kuat berkeroncong..
|
Walking route from Able Guesthouse to Pizza Plus |
|
Pizza Plus. Time ni la kau nak renovate yek.. Huhu |
@ Ikan Bakar Ahjumma
Saya cuba ingat kembali google map di mana letaknya kedai ikan bakar tu. Dari Pizza Plus kami berjalan ke arah sungai Cheonggyecheon yang famous di Seoul. Info yang saya dapat dalam internet, kedai tu terletak di dalam deretan kedai kat tepi sungai ni. Kami pun berjalan menyusuri kedai-kedai borong yang penuh dengan manusia. Environment kat sini lebih kurang sama macam kat Jalan Kenanga. Huhu.. Kami masuk di setiap lorong kecil yang ada kat situ. Kami terjumpa satu food court dimana ada orang menjual ikan bakar. Tapi tak sama macam dalam internet yang saya jumpa. Mungkin dekat area situ jugak kot. Akhirnya kami berjumpa juga dengan deretan kedai yang menjual ikan bakar. Kedai kecik dan ada tempat bakar di bahagian luar kedai. Kami pilih kedai yang kami nampak macam best je ikan yang sedang dibakar. Hihi.. Ahjumma yang tengah bakar ikan tu pelawa kami masuk ke dalam kedai. Dia siap cakap, "Come come.. fish only". Mungkin dia tau kami takleh makan ayam dan daging kot? Huhu.. Disebabkan kami tak tau apa nama kedai ni, jadi kami namakan tempat ni 'Ikan Bakar Ahjumma'. Hihihi..
|
Walking route from Pizza Plus to Ikan Bakar Area |
Dalam kedai tu cuma ada dua meja je. Maksimum customer boleh masuk dalam 10 orang je kot. Kami order sekor ikan bakar yang cukup untuk kami berdua. Nak amik banyak takut mahal macam kat Busan haritu. Tapi bila tengok keadaan kedai rasanya takdelah mahal kot. Harapnya macam tulah. Huhu.. Tak sampai 10 minit menunggu akhirnya ikan bakar kami sampai. Bukan setakat ikan je, rupanya dia bagi sekali nasi putih dan sayur-sayuran. Kimchi sudah semestinya ada. Belum makan lagi dah nampak lazat ikan bakar tu. Apa lagi, soru time!.. Peerghh, memang betul seperti jangkaan. Amat sedap ikan bakar ni. Sayur yang diberi pun sedap juga. Kalah teruk ikan bakar kat Busan. Tapi kat sini takde banyak pilihan ikan. Makan je la apa yang ada. Kalau kat Busan semua jenis seafood ada. Yang penting sedap dan boleh menggembirakan perut kami. Hahah..
|
Tu diaa.. Ikan bakar ahjumma dan makanan tambahan.. |
|
Tersenyum sebab jumpa makanan. Hihi |
|
Selesai dengan sayur sekali. Kecuali kimchi tu. Memang takleh masuk la.. Huhu |
Selesai makan, saya keluar sekejap sebab nak amik gambar sekitar. Mana la tau, ada yang teringin nak makan ikan bakar ahjumma kat area Dongdaemun ni. Boleh promote ahjumma yang friendly ni. Tersenyum sepanjang masa. Seronok pulak kami tengok. Hehe.. Lokasi dia takde jauh ke dalam sangat. Cuma ada banyak lorong-lorong kecil. Terasa macam berjalan dalam maze. Google map confirm tak dapat nak locate tempat ni. Agak lama juga kami duduk dalam kedai. Kesian ahjumma tu orang nak masuk pun tak boleh sebab tempat limited. Huhu.. Kami tanya berapa harga makanan kami. Dia guna isyarat jari bagitau harga. Kami tak faham. Last-last saya keluar beberapa duit kertas dalam KRW50,000. Dia pun amik beberapa helai dari tangan saya. Harga makanan kami cuma KRW14,000 je. Hampir suku harga dari di Busan haritu. Huhu.. Ahamdulillah, kenyang juga kami. Baru best nak sambung berjalan.
|
Pandangan luar kedai |
|
Jalan di depan kedai |
|
Kat depan kedai ada restoran ni |
|
Tempat bakar ikan di luar kedai |
Setelah mengucapkan gamsahamida kepada ahjumma, kami keluar dari kedai dan berjalan semula ke arah sungai Cheonggyecheon. Kelihatan ada gerai jual jus buah. Nampak menarik je. Selalunya kalau kat KL lepas makan mesti nak layan Starbucks caramel frappucino. Dapat layan fruit juice pun terbaik jugak. Kami order air fresh mango dan blackcurrant berharga KRW6,000. Pekat dan sedap yang amat. Hihi.. Minum sambil berjalan meronda kawasan sekitar yang dipenuhi dengan pemborong dan pembeli.
|
Jalan sambil minum fresh fruit juice memang best.. |
Kami berjalan terus ke Dongdaemun Station. Cadangnya hari ni nak ke Namsangol Hanok Village. Kalau boleh nak sampai di sana sebelum gelap. Dalam perjalanan ternampak pulak Dongdaemun Underground Shopping Center. Kat Korea memang banyak shopping center bawah tanah. Tak cukup buat kat luar, dalam tanah pun jadi. Huhu.. Memang sesuai pada yang kaki shopping datang ke sini. Nasib baik la kami ni lebih kepada shopping melalui tingkap je. Hehe.. Kami tak explore sepenuhnya dalam Dongdaemun Underground Shopping Center. Cukup sekadar masuk dan jenguk, pastu keluar balik. Hihi.. Kebanyakan kedai menjual kain dan beg je.
|
Hasil jengukan kami di Dongdaemun Underground Shopping Centre |
@ Namsangol Hanok Village
Kami teruskan perjalanan ke Dongdaemun Station. Dari situ kami naik subway Line 4 menuju ke Chungmuro Station. Perjalanan cuma mengambil masa tak sampai 5 minit dan melalui 2 station. Kami keluar ikut Exit-3 dan masuk simpang ke Namsangol Hanok Village yang terletak tak jauh dari situ. Dari jauh kelihatan pintu gerbang Namsangol Hanok Village. Kami rasa amat kagum kerana di sebalik bangunan baru yang tinggi-tinggi belaka tetiba ada kawasan kampung. Memang diorang jaga betul tradisi turun temurun sampai sanggup tak usik kawasan kampung untuk pembangunan. Kalau kat KL insyaAllah dah naik shopping complex kat situ. Huhu..
|
Subway route from Dongdaemun Station (Line 4) to Chungmuro Station |
|
Walking route from Chungmuro Station (Exit-3) to Namsangol Hanok Village |
Cuaca amat cerah tapi suhu amat sejuk. Huhu.. Tak tahan kalau tak pakai glove. Di Korea ada banyak perkampungan atau dikenali sebagai Hanok Village yang dijadikan sebagai tempat lawatan bersejarah. Memang tak cukup masa kalau nak melawat semua Hanok Village kat Seoul ni. Kami pilih untuk ke Namsangol Hanok Village sebab ianya terletak berdekatan dengan tempat kami dan yang penting masuk percuma. Heheh.. Apa yang ada di Namsangol Hanok Village ni adalah rumah-rumah tradisional Korea. Kita akan dapat merasa suasana seperti zaman dulu bila berada di sini. Kawasannya amat luas dan dikelilingi oleh bangunan moden yang tinggi. Memang respect la diorang boleh preserved tempat macam ni di tengah-tengah bandar. Kat sini juga ada persembahan perkahwinan zaman dulu. Tapi masa kami sampai takde apa-apa pun. Kat sini juga boleh diadakan perkahwinan sebenar. Bestnya dapat merasa kahwin dalam suasana zaman dulu kan. Hehe..
|
Pintu gerbang ke Namsangol Hanok Village |
|
Intro dengan gambar pakaian zaman dulu. Hihi.. |
|
Gambar sekitar Namsangol Hanok Village |
|
Lagi gambar di Namsagol Hanok Village. Collage limited to 9 pictures only. Hihi.. |
Setelah puas bergambar di Namsangol Hanok Village, tepat jam 4.00 petang, kami berjalan keluar dari situ. Destinasi seterusnya nak ke N Seoul Tower (Namsan Tower). Harap sempatlah sampai kat atas bukit tu sebelum gelap. Dari Exit-3 kat Chungmuro Station tadi, kami lajak sikit ke depan dan tunggu Namsan Tour Shuttle Bus di depan bangunan Daehan Cinema, di antara Exit-1 dan 2 Chungmuro Station. Dalam internet katanya boleh naik shuttle bus no. 02, 03 atau 05 untuk ke N Seoul Tower. Kalau tak perasan nombor bas, boleh tengok tulisan Namsan Tour kat depan bas. First time naik bas kat Seoul. Takut silap bas, ntah mana pulak dia bawak kami nanti. Huhu.. Ada banyak cara nak ke N Seoul Tower. Siapa yang fit boleh la trekking naik bukit sampai ke atas. Nak naik cable car pun boleh juga. Teksi pun ada service naik sampai atas. Pada kami option yang paling save dan mudah adalah naik shuttle bus sebab ada hentian di Chungmuro Station.
|
Walking route from Namsangol Hanok Village to Namsan Tour Shuttle Bus Station |
|
Menunggu shuttle bus sampai |
Dalam 10 minit menunggu, Namsan Tour shuttle bus muncul. Tak nampak pun nombor bas, tapi nampak tulisan Namsan Tour kat depan. Betul la kot. Kaler bas hijau dah betul seperti dalam internet. Hehe.. Shuttle bus ni bergerak ikut loop yang besar dan akan berhenti kat bus station tertentu je. Shuttle bus ni bukannya free, kena bayar macam naik bas biasa yang lain. Huhu.. Takpe, cashbee card boleh guna. Masih ada kredit lagi. Perjalanan esok baru kena reload.
|
First experience naik local bus kat Seoul. Yeay.. |
Dalam 25 minit perjalanan dalam bas menaiki bukit akhirnya kami sampai di Namsan Bus Station. Ingatkan terus sampai kat depan N Seoul Tower. Rupanya kena menapak naik bukit dalam 10 minit lagi. Huhu.. Ramai betul orang kat hentian ni. Tour bus pun belambak kat sini. Memang betul N Seoul Tower ni antara tarikan utama pelancong ke Seoul. Tak lengkap trip ke Seoul kalau tak pergi ke sini. Sebelum mula berjalan, kami bergambar dulu sambil amik angin yang super sejuk. Menggigil satu badan. Huhu..
|
Namsan Tour Shuttle Bus route from Chungmuro Station to Namsan Station |
|
Amik gambar kat hentian N Seoul Tower. Bersedia untuk menapak naik bukit. Huhu.. |
Kami berjalan naik bukit bersama-sama dengan tourist yang lain. Kelihatan ramai betul orang Malaysia kat sini. Tapi kebanyakannya ikut travel agent sebab nampak kat barisan depan ada sorang pegang bendera. Confirm travel agent la tu. Mana ada orang yang sanggup nak bersusah payah plan trip macam kami ni. Ada tu memang la ada, tapi tak seramai yang ikut tour. Bila join group backpackers dalam internet baru tau ramai juga yang suka travel sendiri. Semuanya kerana nak save cost dan paling penting dapat extra experience daripada ikut travel agent. Ada yang lebih hebat plan trip solo kembara ke serata dunia. Memang respect abis kat bro and sis yang travel solo tu. Kami takdelah seganas tu. Tapi kami tau antara trip sendirian berhad dan travel agent memang banyak bezanya, especially dari segi experience. Seronok juga bila teringat balik keadaan kalut time travel. Salah naik train, sesat tak jumpa jalan, etc.. Hihi.. Tapi yang penting keselamatan diri kena jaga. Alhamdulillah setakat ni takde perkara yang buruk terjadi pada kami. Apa-apa pun kami tetap respect kat tourist yang ikut travel agent. Sekurangnya diorang ada hati juga nak melihat suasana dan keadaan negara orang. Jangan setakat cakap je lebih, tapi habuk pun tarak. Ada kawan yang cenggitu. Adakah itu yang dinamakan dengki atau lebih tepatnya jealous? Huhu.. Wallahualam..
|
Walaupun agak letih naik bukit, bergambar tetap wajib punya. Hehe.. |
@ N Seoul Tower
Jam 5.05 petang kami dah berada di perkarangan N Seoul Tower. Rehat sekejap kat kerusi yang disediakan di situ. Penat juga bila lama tak naik bukit ni. Padahal dulu memang kaki panjat gunung. Bila dah lama tinggalkan memang terus tak fit jadinya. Huhu.. Kat atas ni lagi sejuk cuacanya. Tak sanggup nak bukak glove walaupun sekejap. Nampak ramai orang tengah beratur nak beli tiket untuk naik ke atas tower. Kami pun beratur tunggu turn beli tiket. Ada beberapa pakej untuk beli tiket N Seoul Tower. Kami pilih tiket untuk ke Observatory yang berharga KRW20,000. Siap dapat free popcorn dan air lagi. Hehe.. Selesai beli tiket kami berjalan-jalan dulu di sekitar kawasan. Di sekeliling N Seoul Tower ni terdapat pagar yang dipenuhi dengan mangga. Ada juga yang diikat dan dikumpul membentuk seperti pokok krismas. Sama seperti di Sea Cliff Bride, Australia dan Pont des Arts, Paris, kononnya untuk simbol 'ikatan cinta sejati'. Huhu.. Sampai runtuh railing kat Paris tu sebab terlebih berat. Hihi.. Biasalah, bila ada orang mula letak mangga, yang lain pun ikut la. Dari beli mangga kunci baik beli buah mangga. Dapat juga makan. Hihi..
|
Time ni memang sejuk melampau. Huhu.. |
|
Bergambar di waktu senja di sekitar kawasan N Seoul Tower |
|
Sempat lagi bergambar dengan staff yang menjual tiket. |
|
Sori yang.. Abang tak beli mangga ni. Abang beli buah mangga untuk kita makan. Hihi.. |
Jam 5.25 petang kami masuk ke dalam bangunan di tingkat bawah untuk redeem popcorn dan air. Kat tingkat bawah ni juga terletaknya lif untuk naik ke Observatory Area. Selain dari tu, kat sini juga ada gift shop, restoran mewah dan exhibition hall. Sebelum kami naik, kami nak layan dulu popcorn sampai habis. Banyak juga popcorn ni. Huhu.. Kalau dalam cinema memang layan la makan popcorn. Ini dengan cuaca yang melampau sejuk, macam takde rasa je popcorn tu. Benda free, habiskan jugak la sampai tinggal bekas. Hihi..
|
Entrance untuk ke Observatory Area terletak di tingkat bawah |
|
Kita redeem air dan popcorn dulu ye.. |
|
Kasi habis dulu baru naik ke Observatory Area |
Lebih setengah jam jugak kami dok makan popcorn tu sambil tengok gelagat orang ramai bergambar. Jam 6.00 petang kami masuk semula untuk naik lif ke Observatory Area. Ramai juga orang yang beratur untuk naik lif. Lif pulak ada satu je. Huhu.. Sedang kami menunggu lif bukak, tetiba ada couple ni siap potong que lagi. Datang je terus beratur kat depan kami. Itulah bezanya orang Korea dengan Jepun. Muka pun berlagak je. Takpelah, negara diorang. Orang Malaysia pun apa kurangnya. Tapi kami memang tak pernah nak potong que. Faham perasaan orang yang lama beratur. Mentaliti masing-masing. Huhu..
|
Entrance to Observatory Area |
|
Show your tickets please.. Gamsahamnida.. Hihi |
Tak sampai 5 minit kami beratur, lif pun buka.. Boleh la dalam 15 orang naik sekali. Ada sorang staff dalam lif bagi penerangan tentang N Seoul Tower sambil menunggu lif sampai ke atas. Siap ada slideshow kat bumbung lif lagi. N Seoul Tower siap dibina sekitar tahun 70an dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1980. Ketinggian tower ni hanya 236 meter. Disebabkan ia terletak kat puncak Gunung Namsan (243 meter), maka ia menjadi struktur yang tertinggi di Seoul. Kalau nak dibandingkan dengan negara kita, KL Tower lagi tinggi. Even Twin Tower pun tinggi lagi dari N Seoul Tower. Tapi di Asia memang menang kat Tokyo Skytree la. Masa gi Jepun dulu cuma dapat tengok dari jauh je. Tapi saya terpikir jugak, Jepun negara yang selalu kena gempa bumi. Tak takut ke kalau collapse. Huhu.. Teknologi Jepun memang takleh nak kata apa la kan. Tapi kuasa Tuhan melebihi segalanya. Harap selamat bumi Allah ni. Wallahualam..
|
N Seoul Tower Floor Guide. Kami cuma boleh naik ke T3 dan T2 sahaja. Jadi laa.. (Ihsan Google Images) |
|
Menunggu lif di barisan depan sebelum dipotong que. Huish.. |
Sekejap je lif dah sampai kat atas. Ramai juga orang kat sini. Kami pun tengok la pemandangan keliling bandar Seoul yang bercahaya di waktu malam. Di tengah Observatory Area ada kedai menjual souvenir. Pandai marketing diorang ni. Hihi.. Kami cuma belek-belek je barang yang dijual. Nak beli terasa mahal pulak harganya. Huhu.. Selain dari tu taktau nak buat apa lagi kat atas ni. Kami cuba stay lama sikit supaya rasa berbaloi tiket yang dibeli. Dah bayar KRW20,000 takkan nak duduk 5 minit je kot? Huhu.. Stay dalam 20 minit pun dah memadai. Maka bergambar la kami selama 20 minit di situ. Ada dua level untuk view. Satu digital observatory dan satu lagi analog observatory. Beza kat digital dan analog tapi pemandangan tetap sama. Heheh..
|
Aktiviti di Observatory Area, N Seoul Tower |
|
Yeah.. Kuala Lumpur, my hometown.. |
Dah agak puas tengok pemandangan lampu bangunan dan jalanraya di Seoul, jam 6.30 petang kami turun semula ke bawah. Merasa juga pengalaman di N Seoul Tower. Sampai di bawah, kami terus berjalan kaki menuruni bukit ke Namsan Bus Station. Malam masih muda. Kami bercadang nak meronda di Myeong-dong Street. Orang kata di Myeong-dong Street la tempatnya butik-butik yang berjenama dan eksklusif berada. Teringin nak tengok camna night scene di situ. Kami sampai je di bus station, kelihatan Namsan Tour Bus dah padat dengan penumpang. Terpaksa la tunggu bas yang berikutnya. Jam 7.00 malam bas no. 05 pun sampai. Terpaksa berasak juga nak masuk dalam bas. Jangan padat sangat sudah. Bas nak turun bukit ni. Huhu.. Berdoa semoga selamat sampai di Myeong-dong Street. Aminn..
|
Menunggu di signboard bas no. 05 |
|
Keadaan di dalam bas.. Penuh tapi tak sepadat bas sebelum ni.. |
@ Myeong-dong Underground Shopping Center
Dalam 20 minit perjalanan, akhirnya kami sampai di hentian Myeong-dong Street. Happening sungguh tempat ni. Mungkin kerana orang yang balik kerja terus gi shopping kat sini. Huhu..Sebelum kami meronda di area Myeong-dong Street, kami masuk ke dalam Myeong-dong Underground Shopping Center. Kan dah kata, memang banyak underground shopping complex kat Korea ni. Layan mencuci mata kat bawah tanah kejap. Bagus jugak ada kedai bawah tanah ni. Dapat la panaskan badan kejap. Hehe..
|
Namsan Tour Shuttle Bus route from Namsan Station to Myeong-dong Street Station |
|
Antara kedai yang ada di bawah tanah |
Kalau la anak buah kami ikut sekali, dah tentu dia teruja tengok kedai poster dan CD kat sini. Itu baru poster tu. Tak tau apa akan jadi bila tengok orangnya depan mata. Jangan peluk sudah. Hahah.. Minat remaja zaman sekarang. Tapi masa saya remaja dulu takde la minat kat boyband seperti Westlife dan Backstreet Boys. Genre saya tetap rock sampai bila-bila. Haha.. Penah juga layan death metal dan black metal. Tapi semenjak kena tazkirah dengan arwah ustaz masa kat asrama dulu terus insaf. Layan rock dan heavy metal je skang ni. Sebab tu la saya minat kumpul baju Hard Rock Cafe. Hehe.. Beli bukan kerana ianya t-shirt semata-mata tau. Tetapi kerana passion terhadap muzik rock dan metal amat mendalam dalam jiwa ni. Sape yang ada minat macam saya, kita geng. Hahah.. Kat Korea cuma ada satu je Hard Rock Cafe. Itu pun nasib baik bukak balik baru-baru ni. Dapatlah merasa beli sehelai dua buat koleksi.
|
Myeong-dong Area Guide Map |
@ Myeong-dong Street
Jam 7.35 malam, keluar je dari Myeong-dong Underground Shopping Center terus nampak butik Uniqlo yang amat besar. One of my favourite brands! Tapi kami tak masuk pun. Nak jalan-jalan kat luar dulu. Nampak macam lagi happening kat luar ni. Hihi.. Dari atas tangga kami lihat punya la ramai orang bershopping. Tengok pada butik di setiap bangunan, jelas inilah antara tempat yang ekslusif di Seoul. Kami explore setiap lorong yang ada. Sambil tu mencari juga restoran halal di sini. Perut belum terasa lapar sangat. Masih larat nak explore semua kedai yang ada di sini. Ada beberapa kedai yang memang kami nak cari. Antaranya adalah Cat Cafe yang agak popular di sini. Sedang kami melayan suasana yang dipenuhi orang ramai, kami ternampak maskot kucing di tengah jalan. Haa, jumpa juga Cat Cafe di Myeong-dong ni. Saya set dalam kepala lokasi Cat Cafe. Tak bercadang nak pergi malam ni. Makin ke dalam makin banyak lorong-lorong kecil. Boleh sesat dibuatnya. Huhu..
|
Ramainya orang kat sini.. |
|
Bergambar dengan maskot Cat Cafe |
|
Kasut Dr. Martens agak murah di sini |
|
Night scene @ Myeong-dong Street |
Sampai kat satu lorong, kami terjumpa signboard halal food. Nama restoran tu Potala Restaurant yang terletak di tingkat 4. Restoran ni menyediakan masakan dari Tibet, India dan Nepal. Tengok pada menu dia rasa macam tak berminat nak makan. Selalu sangat makan kari kat negara orang. Huhu.. Kami mencari option lain. Ada banyak gerai makanan di sepanjang jalan dan lorong. Jagung bakar yang dijual nampak sedap. Kami beli satu je sebab nak merasa. Sekali ngap terus buang. Rasa jagung tu macam chewing gum la. Jagung tiruan ke? Mungkin kot sebab skang ni telur ayam pun boleh diklonkan tanpa perlu ada ayam. Huhu.. Rugi KRW2,000. Nasib baik beli satu je. Kami berjalan lagi dan masuk ke lorong yang lain. Disebabkan banyak sangat jalan dan lorong kat sini, selalu jugaklah kami lalu jalan yang sama berulang kali. Tak ingat jalan. Huhu..
|
Halal tapi kami tak berminat dengan menunya. Memilih nampak.. Heheh.. |
|
Gigitan jagung yang pertama dan terakhir. Tak shedapp.. Huhu |
Agak lama kami berjalan tapi tak jumpa lagi kedai yang halal. Kami sempat bertanya pada polis dan staff di Tourist Information Centre tapi takde jawapan. Rasanya dah takde restoran halal kat sini. Maka terpaksa jugaklah kami makan kat Potala Retaurant ataupun gerai yang menjual seafood. Saya cuba ingat balik jalan untuk ke restoran tu. Ikutkan hati kalau tak jumpa, sanggup kami pergi kedai ikan bakar ahjumma tadi. Hihi.. Tapi takut dah tutup kedai tu. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan mencari lokasi Potala Restaurant, kami terjumpa gerai yang menjual kebab halal. Haa, nampaknya kebab lebih menarik dari kari buat masa ni. Kami terus order 2 kebab yang berharga KRW12,000. Peramah betul brader yang jual kebab ni. Siap bagi kami kerusi lagi. Senang nak makan nanti katanya. Dia tanya nak pedas atau tak. Saya kata pedas. Bila makan, memang pedas sepedasnya!.. Berapi mulut. Bibir terasa kebas. Huhu.. Tapi kami berjaya juga habiskan kebab yang pedas tu. Nasib baik ada bawak air mineral sebotol.
|
Polis pelancong tak dapat membantu kami. Huhu.. |
|
Yeay.. Ada kebab halal di Myeong-dong Street! |
Lepas makan dan ucap terima kasih kat brader kebab tu, kami beli pulak udang goreng kat gerai sebelah yang berharga KRW5,000 secawan. Huh, mahal juga harganya. Harap jangan la rasa macam chewing gum. Nasib baik sedap dimakan. Kami beli sebab tadi ternampak sorang pelancong Malaysia tengah makan udang tu. Itu yang buat kami teringin tu. Hihi..
|
Nampak sedap udang goreng cucuk lidi ni. Sebatang KRW1,000 tuu. Huhu.. |
Perut dah kenyang. Badan pun dah letih. Orang masih tetap ramai kat sini. Masa untuk balik ke guesthouse. Kami berjalan ke arah Myeong-dong Station. Dalam perjalanan terjumpa gerai menjual gula-gula yang ada sign halal. Nampak macam gula tarik je. Brader yang jual tu siap tunjukkan demo lagi cara membuat gula tarik. Magik katanya, dari tepung yang diuli akhirnya menjadi gula tarik. Kami layankan aje sebab brader tu tau cakap melayu. Huhu.. Disebabkan kami berdua je yang ada kat gerai tu dan brader tu pulak bersungguh-sungguh tunjuk demo, kami beli la sebekas gula tarik berperisa peanut yang berharga KRW5,000. Effort dia buat demo tu yang buat kami beli. Hihi..
|
Melayan demonstrasi buat gula tarik yang ada status halal. Hihihi.. |
Kami teruskan perjalanan ke Myeong-dong Station. Dari situ kami naik subway Line-4 menuju ke Dongdaemun HCP Station. Perjalanan cuma mengambil masa 5 minit dan melalui 2 station. Kami keluar ikut Exit-10 sebab paling dekat dengan guesthouse kami. Keluar je terus nampak banyak gerai di sepanjang jalan sampai ke guesthouse. Masa siang tadi clear je. Rupanya malam lagi happening kat sini. Kami menuju ke guesthouse sambil melihat-lihat barangan yang dijual di gerai. Banyak gerai yang menjual pakaian winter. Kami mencari juga gerai yang menjual t-shirt 'I Love Korea' tapi takde. Wajib kena beli tu untuk anak-anak dan sedara mara. Huhu.. Ada banyak masa lagi kat sini. InsyaAllah akan berjumpa dengan t-shirt souvenir tu.
|
Subway route from Myeong-dong Station (Line-4) to Dongdaemun HCP Station |
Jam 11.10 malam kami dah berada kat dalam bilik. Bersihkan diri dan berehat untuk aktiviti esok. Lutut saya yang sakit masa di Busan aritu dah bertambah baik. Alhamdulillah. Esok dan hari berikutnya mungkin lagi kuat kaki kami berjalan. Banyak tempat yang kami dah plan untuk pergi di Seoul ni. Harap dapat bertahan dan berjaya selesaikan misi mencari pengalaman di Seoul. Wallahualam..
|
Myeong-dong Hotspots Location |
#Kos wajib untuk 2 orang:
- Ikan Bakar Ahjumma : RM44.80
- Fruit Juice : RM19.20
- N Seoul Tower : RM64.00
- Snacks : RM38.40
- Halal Kebab : RM38.40
- Jumlah : RM204.80
## Day 04 Expenses: RM867.70
Minta suggest budget penginapan untuk couple dekat dongdaemun market.
ReplyDeleteMenginap di Able Guesthouse pun ok. Dekat dengan dongdaemun market dan train station. Tq for reading my blog!.. :)
DeleteSalam..boleh ke share itinerary di seoul? Thank you :)
ReplyDeletereena.afif@gmail.com
Waalaikumsalam..
DeleteBoleh, takde masalah. Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)