Tarikh:
14 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Gwanghwamun Square - Cheonggyecheon Stream - Korea Tourism Organisation - Itaewon - Murree Restaurant - Seoul Central Mosque
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 5.30 pagi kami dah bangun. Lepas solat tidur balik. Lain macam betul penatnya trip ke Korea ni. Huhu.. Hari ni adalah hari terakhir kami di Seoul. Ada beberapa tempat lagi yang kami nak terjah kat sini sebelum bertolak balik ke Busan. Perancangan yang dibuat kena setelkan. Sekali dah tidur balik terus terlajak sampai kul 9.00 pagi!.. Uishh, rugi masa nak berjalan ni. Dengan pantas kami bersiap-siap untuk check-out dari Able Guesthouse. Dah periksa semuanya dalam bilik, make sure takde barang yang tertinggal. Biar satu je yang tinggal iaitu kenangan. Hihi..
|
Thank you room 202 @ Able Guesthouse!.. |
|
Tangga di Able Guesthouse. Nasib baik time turun.. Huhu |
|
Penggunaan terakhir passcode pintu. Babai!.. |
Kami singgah di kaunter Able Guesthouse kat bangunan sebelah untuk check-out dan tumpangkan beg kami. Mr. Hong boleh tolong jagakan. Our first destination adalah nak berjalan di sekitar Gwanghwamun Square dan Cheonggyecheon Stream yang famous di Seoul. Sungai ni panjang sampailah ke Dongdaemun, dekat tepi jalan kami mencari ikan bakar ahjumma haritu. Tapi kat Dongdaemun tak cantik la sungainya. Yang popular kat permulaan sungai tu keluar dari bawah tanah. Boleh je nak berjalan dari Dongdaemun menyusur sepanjang sungai. Tapi jauh le nak sampai. Dah la kami mula gerak pukul 10.00 pagi. Naik subway je la ye. Cepat sikit sampai. Hihi.. Dari Dongdaemun HCP Station kami naik Line 2 ke Euljiro 4(sa)-ga Station dan tukar ke Line 5 menuju ke Gwanghwamun Station.
|
Subway route from Dongdaemun HCP (Line 2) to Euljiro 4(sa)-ga (Line 5) to Gwanghwamun |
@ Gwanghwamun Square
Perjalanan ke Gwanghwamun Station mengambil masa dalam 10 minit. Kami keluar ikut Exit-9 sebab betul-betul berada di Gwanghwamun Square. Kat sini terletaknya replika/statue pahlawan dan orang penting Korea di zaman dulu. Kadang-kadang ada free performance kat sini. Replika pertama yang kami bergambar adalah King Sejong atau Sejong the Great. King Sejong la orang yang mencipta abjad Hangul, dimana memudahkan rakyat Korea membaca dan menulis pada zaman dinasti Joseon. Jasa yang telah dilakukannya dikenang dan gambarnya ada di wang kertas 10,000 won. Waaa, hebat betul saya boleh tau sejarah Korea ni, sedangkan exam sejarah Malaysia SPM dulu cukup-cukup makan je. Hahah.. Tq Mr. Google.! Zaman SPM dulu google tak famous lagi. Kalau tak dah lama saya score. Hihi.. Untung budak-budak sekarang, senang nak cari info belajar. Tapi malangnya diorang tak gunakan sebaiknya. Benda lain yang diorang google. Aduii laa..
|
Keluar ikut Exit-9 terus berada di Gwanghwamun Square |
|
King Sejong @ Sejong the Great |
Di hujung satu lagi, sebaris dengan replika King Sejong ada lagi satu replika iaitu Admiral Yi Sun-Sin, a Korean naval commander. Dia seorang wira negara yang mengetuai serangan ke atas Jepun pada zaman dulu dengan ciptaan inovatifnya iaitu turtle ship. Kalau nak tengok turtle ship boleh la masuk ke Seoul Museum of History. Selain dari dua replika yang besar ni, terdapat juga beberapa replika dan ikon dari zaman dinasti Joseon. Nak baca tak faham, jadi kami amik gambar je la. Huhu..
|
Nampak segak la replika Admiral Yi Sun-Sin. Mesti garang ni.. Huhu.. |
|
Replika lain yang ada kat sini.. |
@ Cheonggyecheon Stream
Selesai bergambar, kami berjalan ke Cheonggyecheon Stream yang terletak tak jauh dari situ. Sebenarnya datang waktu malam lagi cantik dengan lampu kat sepanjang sungai. Tapi dah tetiap malam badan letih, memang tak larat le. Huhu.. Takpe, siang pun ok je jalan-jalan kat sini. Permulaan sungai yang keluar dari bawah tanah, airnya amat jernih. Pernah nampak dalam internet orang masuk ke dalam sungai tu. Tapi masa kami sampai takde pun orang yang tengah berendam. Tambah pulak musim sejuk ni, hanya geng kulit biawak je sanggup buat macam tu. Huhu..
|
Bangunan Sejong Centre for Performing Arts |
|
Binaan klasik dikelilingi bangunan moden. Cantik.. |
|
Monumen berbentuk siput kat Cheonggyecheon Stream |
|
Cetek je air kat Cheonggyecheon Stream ni. Sejuk sudah pasti.. |
@ Korea Tourism Organisation
Dari Cheonggyecheon Stream kami mencari Korea Tourism Organisation (KTO) yang terletak di situ. Tujuan ke KTO dah tentu nak amik gambar dengan berpakaian tradisional Korea (Yongpo untuk lelaki, Hanbok untuk perempuan). Kalau kat Jepun dulu, paling murah kami jumpa JPY200. Kat Korea free je kalau pakai kat KTO. Yeszaa.. Kami turun ke tingkat bawah tanah di bangunan KTO. Betul ke tak tempat ni sebab tak ramai orang pun. Kami bertanya pada staff yang menjaga kaunter. Dia kata hari Ahad slot untuk Hanbok fitting takde. Aduhh, camna boleh takde pulak ni.. Bukan ke hari Ahad time orang ramai datang sebab weekend? Atau kat Korea kerja hari Ahad? Huhu.. Dia kata kalau nak, boleh ke cawangan KTO yang lain di Seoul. Ada beberapa option cawangan yang dia suggest. Dia sendiri tak boleh jamin yang kami sempat atau tak sebab kena booking slot dulu. Nasib baik la daripada option yang disenaraikan, salah satunya adalah di Seoul Global Cultural Center yang terletak di Myeong-dong. Kami pun terus bergerak ke sana dengan harapan masih ada slot kosong untuk kami. Dah tengahari ni. Nasib baik kami dah familiar dengan area Myeong-dong. Takde la sesat nak mencari. Harap sempat le..
|
Gwanghwamun and Cheonggyecheon Stream Area Map |
|
Pintu masuk KTO kat bahagian bawah |
|
Kecewa takleh cuba pakaian tradisional Korea kat sini. Huhu.. |
|
Dalam banyak-banyak poster ni rasanya kenal Rain je. Tu pun sebab pernah tengok movie dia.. |
Dari KTO kami ke subway yang terdekat iaitu Jonggak Station. Kami naik Line 1 hingga ke Seoul Station dan transfer ke Line 4 menuju ke Myeong-dong Station. Keluar je dari situ kami terus ke Seoul Global Cultural Center yang terletak di Tingkat 5, bangunan M-Plaza. Kami bertanya tentang slot untuk hanbok fitting. Staff kat situ bagi list jadual booking. Yeay, ada lagi slot yang kosong. Kami book untuk slot pukul 5.00 petang. Sempat nak ke tempat lain dulu. Lepas tulis nama kami keluar dari M-Plaza dan bergerak ke tempat di mana orang melayu mesti datang kalau ke Seoul, iaitu Itaewon. Dari Myeongdong Station kami naik Line 4 dan transfer ke Line 6 di Samgakji Station terus ke Itaewon Station.
|
Subway route from Myeong-dong (Line-4) to Samgakji (Line-6) to Itaewon |
@ Itaewon
Tepat jam 12.00 tengahari kami dah berada di area Itaewon. Kenapa orang melayu akan datang ke sini? Sebab di sinilah terletaknya banyak kedai dan restoran halal. Seoul Central Mosque juga ada kat sini. Lepas makan boleh solat dan melawat masjid. Selain dari itu, dulu kat sinilah terletaknya Hard Rock Cafe. Saya tau sebab masa view dalam google map masih ada lagi HRC kat sini. Betul-betul kat Exit-2 Itaewon Station. Tak caya boleh cuba check. Hehe.. Di sepanjang perjalanan dari Itaewon Station ke Seoul Central Mosque memang nampak banyak kedai dan restoran halal. Kira macam Muslim Town la ni. Kami pulak dah tak tau nak makan kat kedai mana satu. Banyak pilihan. Huhu.. Perut dah memang lapar, dari pagi tak makan apa lagi. Ada satu restoran yang agak famous iaitu Siti Sarah dari Indonesia yang menjual makanan melayu dan Egypt. Kami cuba mencari kalau ada restoran yang menjual makanan Korea yang halal.
|
HRC kat Itaewon dari view google map. (Ihsan Google Map) |
|
Antara kedai dan restoran halal yang kami jumpa di sepanjang perjalanan |
|
Restoran Siti Sarah yang agak popular kat sini |
@ Murree Restaurant
Jalan sambil melihat kedai dan restoran, akhirnya kami jumpa satu restoran yang menjual makanan Korean muslim food. Murree Restaurant namanya. Haaa, lagi sekali peluang kami nak makan makanan Korea yang halal. Selain dari Seoul Garden, saya pernah cuba makan makanan Korea kat Midvalley dulu, tapi tak feel sangat. Mungkin bila makan kat negara dia sendiri jadi sedap kot. Hihi.. Cuba, jangan tak cuba. Harap sedap macam kat Nami Island semalam. Paling penting jangan sakit perut. Menggunakan tandas di luar negara memang menjadi isu buat kami. Takdelah isu besar, cuma kalau perut boleh bertahan lagi baik. Kes paip takde la ni. Leceh nak guna botol picit. Huhu..
|
Murree Restaurant. Kita try Korean food kat sini |
Kami masuk ke dalam restoran dan tengok menu yang diberi. Kari dah tentu tolak tepi dulu. Kimchi pun sama jugak. Huhu.. Kami order Bi-bim-bop dan Gal-bi-tang. Pernah dengar nama tu kat Malaysia tapi tak pernah makan. Tengok gambar dan menu description nampak macam sedap. Masa ni la yang sesuai nak cuba makanan Korea. Kat KL confirm takkan makan punya. Seoul Garden pun rasa macam taknak pergi dah. Pada saya baik makan steamboat Thailand kat Johnny's Restaurant, lagi sedap dip sauce dia. Sambil menunggu makanan sampai, kami tengok meja sekeliling. Dalam 4 meja yang ada customer, semuanya orang Malaysia. Kami hanya berbalas senyuman. Dalam 15 minit menunggu, makanan kami pun sampai. Time to eat!.. Nasib baik perut kami boleh terima makanan ni. Sedap juga. Alhamdulillah..
|
Banyak juga pilihan menu kat Murree Restaurant ni |
|
Our lunch treat.. Sedap.. |
Abis licin kami makan kecuali kimchi merah dalam piring tu. Huhu.. Campur soft drink dua gelas semuanya KRW24,000. Boleh tahan jugak harga dia. Nampaknya that was our last lunch in Korea!.. Esok time lunch dah ada atas udara. Maybe our last Korean food kot. Kat Malaysia banyak pilihan makanan. For sure Korean food will be the last choice in our list.. Tapi manalah tau tetiba ada kawan nak belanja Korean food kat KL, kami ikut je. Rezeki jangan ditolak. Tak baik tau. Heheh..
|
Walking route from Itaewon Station to Seoul Central Mosque |
@ Seoul Central Mosque
Kami teruskan perjalanan menuju ke pintu masuk Seoul Central Mosque yang terletak tak jauh di hujung simpang. Sampai je di pintu masuk, kami kena menapak naik bukit sikit untuk ke tangga di luar masjid. Seoul Central Mosque terletak di atas bukit. Dari tangga masjid boleh tengok hampir keseluruhan kawasan Itaewon. Kami berpecah dan masuk ikut ruang solat masing-masing. Saya tak jumpa kat mana tempat ambil wuduk. Saya bertanya kat brader dari Malaysia yang baru selesai solat. Dia kata dia amik wuduk kat belah luar masjid. Nampaknya kena turun tangga balik. Huhu..
|
Kedai jual daging halal pun ada kat sini |
|
Gerbang untuk masuk ke Seoul Central Mosque |
|
Pintu masuk utama ke ruang solat |
|
Ruang solat di dalam masjid |
Selesai solat kami bertemu semula kat tangga masjid. Time ni pulak terasa sakit perut. Huhu.. Tandas masjid terletak kat kabin sebelah tempat amik wuduk tadi. Rasanya masjid ni tengah renovate kot. Takkan la tandas kat luar, dalam kabin pulak tu. Tapi lega sebab ada paip, walaupun air sejuk macam ais. Huhu.. Selesai termenung dalam kabin, kami bergambar di sekitar masjid sebelum melangkah keluar ke Itaewon Station. Misi untuk melawat Seoul Central Mosque tercapai. Alhamdulillah..
|
Tandas kabin biru kat luar masjid |
|
Boleh nampak area Itaewon dari tangga masjid |
|
Ada sekolah agama kat sini. Bagus.. |
|
Bersyukur ada masjid di Seoul. Allahuakbar!.. |
Jam 2.50 petang kami mula berjalan balik ke Itaewon Station. Kami singgah di Restoran Siti Sarah untuk membeli ayam panggang setengah ekor yang berharga KRW8,000 sebagai makan malam kami. Standby beli siap-siap. Nanti dah tinggalkan Itaewon susah pulak nak cari makanan halal. Paling teruk pun cari Lotteria kat area Seoul Station malam nanti. Takpelah, dah banyak kali makan burger kat sini. Cukup-cukup sudah. Hihi..
|
Malam ini kita makan ayam panggang. |
Tengah berjalan salji pun turun tapi tak lebat. Seronoknya dapat merasa lagi sekali pengalaman salji turun dari langit. Kami nampak kedai menjual Turkish ice cream. Tetiba terasa nak mencuba. Kami belum pernah ke Turkey lagi. Dapat makan Turkish ice cream kat sini dulu pun ok. Hihi.. Sebenarnya bukan nak makan sangat, tapi nak tengok camna orang jual ice cream tu buat show tarik dan lambung ice cream macam dalam internet. Hebat jugak skill orang Turkey ni ye. Ice cream dia macam getah pun ada, sebab tu main lambung tak tercampak pun. Huhu. First time makan Turkish ice cream memang seronok la jugak tengok show tu. Kalau banyak kali boleh menimbulkan rasa sakit hati jugak. Tambah pulak nak cepat, boleh pulak dia main-main. Hihihi.. Kami melayan dua Turkish ice cream Dondurma berharga KRW6,000.
|
Tak sabar nak tengok show. Hehe.. |
|
Makan ice cream sambil melayan salji gerimis.. |
Jam 3.20 petang kami dah berada di Itaewon Station. Tinggal lebih kurang sejam setengah lagi untuk slot Hanbok fitting experience. Kami naik subway menuju semula ke Myeong-dong Station. Masih sempat lagi nak jalan-jalan di Myeong-dong Street. Singgah melawat kucing kat Cat Cafe pun bagus jugak ni. Yang penting tepat jam 5.00 petang kami dah mula memilih dan memakai pakaian tradisional Korea. Takut lewat seminit terus nama kena potong. Kalau kat Jepun mungkin berlaku kejadian tu. Kat sini mungkin boleh negotiate lagi kot kalau lewat sikit. Wallahualam..
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Lunch : RM76.80
- Dinner Meals : RM25.60
- Ice Cream : RM19.20
- Jumlah : RM121.60
No comments:
Post a Comment