Wednesday, 30 October 2013

JJCP UK & Paris : Day 11 (Part #1)

Tarikh:
21 November 2012

Lokasi kejadian:
London (St. Pancras) - Paris (Gare du Nord - Arc de Triomphe)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 5.00 pagi lagi kami dah bangun. Hari ni awal sikit bangun dari tidur. Takut terlepas train untuk ke Paris. Kami bersiap-siap untuk keluar dari rumah. Tuan rumah masih belum bangun lagi. Sepatutnya breakfast disediakan. Tapi kami dah inform semalam yang kami akan keluar awal dari rumah. So tak perlulah buat breakfast untuk kami. Jam 6.00 pagi kami mula berjalan menuju ke bus stop untuk naik bas ke Uxbridge.

Bus (222) from (A) Bilik Tamu to (B) Uxbridge = 10 minutes
5 minit kami menunggu, bas 222 pun sampai. Ramai jugak orang kat dalam bas. Tengok pada pakaian, majoritinya nak ke tempat kerja. Tepat jam 6.15 pagi bas tiba di Uxbridge. Kami berjalan bersama yang lain menuju ke underground station. Dah macam duduk lama kat sini gayanya. Hehe.. Kira agak expert jugak kami berjalan di UK ni. Alhamdulillah.. Sampai je di underground station kami terus naik train Metropolitan Line terus menuju ke King's Cross St. Pancras underground station. Dari info yang saya dapat, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Harap-harap sempatlah sampai kat St. Pancras International Station. Dah tentu kena check dengan immigration sebab nak keluar dari UK. Takut prosedur dia makan masa. InsyaAllah sempat (sedapkan hati je time tu. Hehe..)

Underground tube (Metropolitan Line) from (A) Uxbridge to (B) King's Cross St. Pancras = 55 minutes
@ St. Pancras International Station

Nasib baik perjalanan dalam tube tak ada masalah delay. Kami tiba di King's Cross St. Pancras jam 7.20 pagi. Dengan pantas kami berjalan menuju ke St. Pancras International Station. Sampai di situ, prosedur lebih kurang sama dengan kat airport. Kami still kena scan badan, check barang dan cop pasport. Sebab tu kena sampai awal sikit. Dah selesai hal-hal di immigration, kami terus bergerak ke train. Masa booking dulu saya book seat yang paling belakang, dekat dengan tempat letak luggage. Ada seat yang berdua dan ada jugak seat untuk berempat, facing each other. Dah tentu saya pilih seat untuk berdua je. Privacy sikit. Nak tido pun takde orang tengok. Hehe..

Di St. Pancras International Station
Tepat jam 7.55 pagi train Eurostar mula bergerak. Ikut pada tiket, perjalanan mengambil masa 2 jam 22 minit. Kena ingat waktu di Paris sejam lebih cepat dari di London. Sepatutnya akan sampai 10.17 pagi waktu London padahal sebenarnya 11.17 pagi waktu Paris. Kena la set jam ikut waktu Paris. Silap kang terlepas pulak train balik ke London. Kes naya tu. Huhu.. Sepanjang perjalanan tak ada pun view yang menarik. Lagipun agak laju jugak train Eurostar ni. Apa lagi yang boleh dibuat selain tidur sepanjang perjalanan hingga sampai ke destinasi. Hehe.. Terlepas saya nak tengok Eurostar ni masuk euro tunnel bawah laut merentasi English Channel. Takpe, balik nanti saya make sure tak tidur.

Bersedia untuk berangkat
Update.. Jangan tak update.. Hehe..
@ Gare du Nord Train Station, Paris

Kami tiba di Gare du Nord Train Station jam 11.20 pagi. Lewat 3 minit dari waktu kat tiket. Jangan 3 jam sudah. Hehe.. Akhirnya kami dapat menjejakkan kaki di kota Paris, City of Lights! Ada jugak yang kata Paris ni City of Love. Entah la. First impression saya menjejakkan kaki di Paris, pada saya memang berbeza dari di London. Kelihatan ramai orang berkulit hitam di sini. Saiz jangan cakap la, besar dan tinggi-tinggi belaka semuanya. Memang saya dah jangka sebab saya dah study siap-siap tentang Paris sebelum datang ke sini. Apa yang paling saya concern adalah isu pick pocket yang memang banyak berlaku di sini. Macam-macam skill yang diorang buat untuk memperdayakan tourist kat Paris ni. Saya pun dah prepare awal-awal untuk hadapi kejadian yang tak diingini ni. Kawan wife saya yang datang ke Paris 2 bulan yang lalu pun kena pick pocket. Itu yang buat saya lagi risau. Huhu..

Eurostar route from London to Paris
Eurostar train (Ihsan Google Images)
Perkara pertama yang kami buat adalah keluar dari Gare du Nord Station dan menuju ke restoran halal yang terletak kat seberang jalan, L'oasis du Nord Cafe. Kami order makanan yang agak-agak boleh memuaskan tekak dan perut kami. Tengok pada menu memang tak paham la jenis masakan Moroccan nih. Nampak rupa macam nasik je kami terus order. Huhu.. Rasanya? Hmm.. Memang tak sesuai dengan tekak orang Malaysia. Tapi nak buat camna, dari kebulur sepanjang hari baik makan walaupun tak sedap. Ada jugak orang Malaysia yang makan kat situ. Dapat jugak kami berborak cakap melayu sambil makan. Akhirnya selesai kami makan makanan yang berharga EUR20.10.

Isi perut kasi kenyang dulu
Besar betul butiran nasi dia.. Agak kembang tekak jugak la..
Kedudukan Gare du Nord, L'oasis du Nord Cafe, Indian Street dan La Chapelle Metro Subway Station
Jam 12.00 t/hari kami berjalan menuju ke La Chapelle subway station yang terletak di tepi Gare du Nord station. Kami galas beg di bahagian depan. Wallet pun saya letak di poket depan. Langkah berjaga-jaga. Hehe.. 15 minit kami berjalan melalui kawasan seperti Indian Street, akhirnya kami sampai di pintu masuk La Chapelle subway station. Saya bertanya tentang Daily Metro ticket kat kaunter. Apa yang menjadi masalah adalah kebanyakan orang Paris ni tak pandai cakap inggeris. Siap guna bahasa isyarat yang saya sendiri tak tau, barulah dia faham.. Saya membayar tiket 1 Day Metro berharga EUR6.40/person. Masa tu currency exchange EUR1.00 = RM4.20. Murah sikit berbanding UK pound. Tiket dah ada, kami turun ke subway. Kalau nak dibandingkan dengan underground tube, rasanya kalah teruk subway kat Paris ni. Dinding penuh dengan graffiti mencacatkan pemandangan. Ramai betul artis kat Paris ni. Hehe..

Tiket Metro 1 Day Pass. Kecik je saiznya
Subway (Line M2) from (A) La Chapelle to (B) Charles de Gaulle - Etoile = 15 minutes
@ Arc de Triomphe

Jam 12.30 t/hari subway train sampai di La Chapelle. Kami naik subway Line M2 terus ke Charles de Gaulle - Etoile Station. Huh, agak pening nak menyebut ayat French nih. Dalam train tu siap ada sorang mamat menyanyi lagi. Sambil menghiburkan penumpang, dapat jugak la duit sikit. Itu pun kalau ada yang bagi. Patutlah namanya City of Love. Romantik la konon. Hehe.. Apa yang menarik kat station ni? Bila naik tangga keluar dari subway ni terus nampak one of the monument yang famous di Paris, iaitu Arc de Triomphe. Monument ni terletak kat tengah-tengah roundabout yang besar. Ramai jugak tourist yang bergambar kat situ. Kami sempat bergambar di seberang jalan berlatarbelakangkan Arc de Triomphe tu. Ada sorang locals tegur kami. Siap tanya kami dari Malaysia ke? Terkejut jugak. Mungkin ramai orang Malaysia datang ke sini. Tapi saya tak menjawab pun. Cuma senyum je. Saya ada terbaca dalam internet, antara cara diorang nak pick pocket atau cuba benda yang tak baik adalah dengan memulakan perbualan. Tak pasti saya samada mamat ni berniat baik atau sebaliknya. Paling selamat jangan tegur. Senyum pun dah kira bagus la tu. Orang Malaysia tak sombong ye.. Tapi kalau terlebih friendly pun bahaya jugak. Hehe..

Inilah dia The Famous Arc de Triomphe
View lebih dekat. Tangkap gambar sendiri.. Huhu
Beca Paris.. Tak tau berapa harga naik benda tu. Huhu..
Sekitar Arc de Triomphe. Luas mata memandang.
15 minit kami bergambar di situ. Kemudian kami turun balik ke subway dan naik subway Line M6 menuju ke Trocadero. Ramai tourist yang dah pernah datang ke sini suggest kalau nak ke La Tour Eiffel atau Eiffel Tower lebih baik turun di Trocadero. Dari Trocadero view Eiffel Tower lagi superb katanya. Tak sabar nak tengok Eiffel Tower depan mata kami. Sebelum ni tengok dalam internet dan tv je. Cultural icon yang menjadi kebanggaan rakyat Paris.. Wallahualam..

Subway (Line M6) from (A) Charles de Gaulle - Etoile to (B) Trocadero = 7 minutes
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Lunch               : RM84.40
  - Metro Subway : RM53.80
  - Jumlah             : RM138.20

*Website yang membantu:

Visit Paris

Eurostar

Paris Metro

Arc de Triomphe

2 comments:

  1. banyak kali sy baca ni dan cuba nak faham...

    "Jam 12.00 t/hari kami berjalan menuju ke La Chapelle subway station yang terletak di tepi Gare du Nord station. Kami galas beg di bahagian depan. Wallet pun saya letak di poket depan. Langkah berjaga-jaga. Hehe.. 15 minit kami berjalan melalui kawasan seperti Indian Street, akhirnya kami sampai di pintu masuk La Chapelle subway station."

    Sebab cakap La Chapelle subway station TERLETAK DI TEPI Gare du Nord station tapi kena jalan lalu Indian Street & took about 15 minutes walk.

    Dan gambar pun menunjukkan La Chapelle subway station & Gare du Nord station bukanlah sebelah / tepi.

    Pening kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Tak perlu pening. Ye betul, La Chapelle tu bukanlah di sebelah atau di tepi Gare Du Nord Station. Cuma Gare Du Nord Station ni amat besar. Mungkin ada exit yang lebih dekat untuk ke La Chapelle Station. Saya keluar ikut main exit. Statement 'sebelah' tu lebih sesuai kalau ditulis 'timur laut' Gare Du Nord Station'..

      Delete