Monday, 14 October 2013

JJCP UK & Paris : Day 10 (Part #1)

Tarikh:
20 November 2012

Lokasi kejadian:
Uxbridge - Green Motion Car Rental

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Hari ni tak rush sangat sebab lepas ni cuma nak return kereta sewa sebelum jam 11.50 pagi. Ada kesempatan ingat nak singgah di Legoland dan Windsor Castle. Sambil breakfast air kopi je, kami mengemas beg. Memang tak cukup kalau nak muatkan semua dalam dua beg galas kami. Apa yang muat kami sumbatkan aje. Yang lain ikat dalam beg plastik. Hari ni nak menginap di Bilik Tamu Uxbridge sampai hari terakhir kami di UK. Jumpa dalam website tentang sewa bilik di rumah student Phd dari Malaysia yang belajar kat Brunel University. Alhamdulillah. At least ada jugak orang Malaysia yang buat bilik sewa. Senang nak bertanya tentang hal London nanti.

Di hadapan lobi Travelodge Bracknell Central. Ini pintu belakang sebenarnya.
Jam 8.15 pagi kami dah mula turun ke lobi hotel. Sempat lagi bergambar di pintu masuk hotel sebagai kenangan hotel yang kami dah pergi di sini. Jam 8.30 pagi kami meninggalkan Travelodge Bracknell Central menuju ke London. Cuaca mendung dan hujan pagi ni. Jalan agak sesak menuju ke bandar London ditambah pulak dengan satu lorong je. Nampaknya tak sempat kami nak singgah di Legoland dan Windsor Castle untuk bergambar. Takde rezeki nampaknya. Huhu.. Saya set GPS mengikut alamat Bilik Tamu Uxbridge. Kami nak hantar dulu barang-barang ke bilik sewa sebab lepas hantar kereta kami akan terus ke London.

Cuaca yang mendung dan hujan lebat di pagi hari..
@ Bilik Tamu Uxbridge

Perjalanan yang perlahan dan cuaca hujan membuatkan pemandangan jadi terhad. Apalah nasib kami nak meronda kota London buat pertama kali dalam cuaca hujan. Huhu.. Harap-harap berhentilah hujan kejap lagi. Jarak dari Bracknell ke Uxbridge takdelah jauh sangat tapi keadaan jalan yang jam membuatkan perjalanan terasa jauh. Jam 9.45 pagi kami sampai di Bilik Tamu Uxbridge. Hujan pun dah berhenti. Tuan rumah, En. Fathullah dan isterinya, Pn. Nurul Hayati menyambut kedatangan kami dengan senyuman. Setelah bersalam dan memperkenalkan diri, En. Fathullah membantu saya mengangkat barang-barang untuk diletakkan di bilik yang disediakan. Parking space kat depan rumah dia ni khas untuk pemegang permit. Jadi saya kena cepat-cepat keluarkan barang dan bergerak dari situ sebelum officer parking datang bagi ticket. Kat sini strict sikit. En. Fathullah kata kalau kita ada sekalipun kat kereta, saman tetap kena kalau salah parking. Kena pandai slow talk, insyaAllah lepas. Tapi probability nak lepas tu memang tipis la. Huhu.. Kalau kat Malaysia boleh kawtim lagi..

(A) Travelodge Bracknell Central to (B) Bilik Tamu Uxbridge = 36 km
Selesai unload barang dari kereta masuk ke dalam rumah, kami meneruskan perjalanan ke Green Motion Car Rental di Holiday Inn Heathrow. Ada masalah untuk mencari jalan masuk ke situ dari jalan besar. 3 kali saya pusing jalan yang sama tapi tetap tak jumpa jalan masuk. Dah ikut route GPS tapi lokasi yang ditunjukkan kat tepi pagar Holiday Inn di jalan besar. Adulaa, dah 3 kali ronda jalan yang sama kat tepi Heathrow Airport ni. Takut termasuk jalan ke London, kene pulak bayar congestion charge kang lagi parah. Solutionnya, saya ubah route dalam GPS untuk cari Sipson Road, iaitu jalan masuk ke Holiday Inn. Akhirnya kami jumpa jugak Sipson Road. Alhamdulillah. Jam menunjukkan pukul 10.45 pagi. Sejam awal dari perjanjian.

(A) Bilik Tamu Uxbridge to (B) Green Motion Car Rental = 7 km
@ Green Motion Car Rental

Kami parking kereta di lobi hotel khas untuk penyewa kereta. Saya sempat check mileage terakhir. Masa amik haritu odometer menunjukkan 2158 miles. Time return 3428 miles. Maknanya saya dah memandu sejauh 1270 miles selama 9 hari. Itu bersamaan dengan 2044 km! Wow! Tambak Johor ke Padang Besar ulang alik pun tak sampai 1800 km. Memang fully utilised betul kereta sewa ni. Hehe.. Sebab tu sebelum amik kereta kena pastikan company tu bagi free unlimited mileage. Kalau tak memang kena extra charges for every extra mileage! Huhu.. Jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman.. Staff yang sama masa kami amik haritu datang ke arah kami. Saya bagi surat perjanjian sewa kereta. Dia terus check condition kereta. Dalam hati saya memang berdoa janganlah kena extra charge. Lebih kurang 5 minit dia check luar dan dalam kereta, akhirnya dia berpuas hati. Ahhh, lega terasa. Alhamdulillah.. Selesai sudah pengalaman mencabar saya memandu kereta di UK. Kenangan indah yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Kepada yang datang ke UK dan ingin memandu adalah digalakkan kerana sistem pengangkutan dan jalanraya di sini amat baik dan boleh save cost daripada guna travel tour. Yang penting kena ada keyakinan yang tinggi. Senang cerita, kalau berani bawak kereta di Malaysia, memang takde masalah memandu di UK. Memandu di Malaysia lagi mencabar! Huhu..

Mileage kereta terakhir.. Masa amik 2158 miles
Muka ceria sebab lega hal kereta sewa dah selesai
Selamat tinggal Toyota Auris Hybrid.. Moga berjumpa lagi..
Banyak komen negatif tentang company ni. Tapi dia lah antara yang termurah..
Selesai urusan sewa kereta, kami berjalan menuju ke bus stop Sipson Road yang terletak di luar jalan masuk Holiday Inn. Saya senyum sepanjang jalan kerana mengenangkan hal memandu di UK. Memang terbaik. Lagi strict dari sewa kereta kat Melbourne dulu. Tapi berbaloi. Kami menunggu bas 222 ke Uxbridge. Dalam jam 11.05 pagi bas 222 sampai. Masa untuk gunakan Oyster Card semula.

Menunggu bas 222 di Sipson Road
Kat Malaysia pun dah lama tak naik bas. Huhu..
@ Uxbridge

Perjalanan dari Sipson Road menuju ke Uxbridge hanya mengambil masa 20 minit. Kami turun di Belmont Road, sama seperti hari pertama kami sampai. Sebelum kami menjelajah kota London, kami singgah di restoran halal, UXB Kebabs & Burgers yang terletak di hadapan Tesco Metro. 3 orang staff restoran ni adik-beradik rasanya sebab muka lebih kurang seiras je. Kami terus order makanan. Memang dah lapar sangat perut ni. Baru masuk kopi je pagi tadi. Kami order burger dan air berharga GBP7.50. Besar portion burger dia, memang boleh tahan sampai malam kenyangnya. Hehe.. UXB Kebabs & Burgers ni akan jadi kedai makan kami selama kat Uxbridge ni. Ada lagi kedai makanan halal di Uxbridge tapi agak jauh lokasinya. Burger dan kebab pun dah cukup baik.. Tapi nasik kat Malaysia lagi best.. Huhu..

Bus route (222): (A) The Plough, Sipson to (B) Belmont Road, Uxbridge = 20 mins
Dalam UXB Kebabs & Burgers
Selesai makan sampai kenyang, kami berjalan menuju ke underground tube station. Kami top-up dulu Oyster Card. Takut nanti tak cukup bila nak balik. Biar berlebih sikit kredit dalam kad tu. Lagipun last day sebelum nak balik boleh refund balik duit lebih. Masa untuk study underground line mana yang sesuai untuk perjalanan kami. Dari Malaysia lagi saya dah study tentang underground tube ni. Agak pening sikit. Tapi bila dah berada di lokasi kejadian, nampak mudah sistemnya. Bersedia untuk mencari pengalaman hidup yang baru di kota London.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Lunch              : RM37.50
  - Top-up Oyster : RM100.00
  - Jumlah            : RM137.50

*Website yang membantu:

Legoland Windsor

Visit Windsor

UXB Kebabs & Burgers

6 comments:

  1. salam...total cost bp skali flight?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yuyu.. total cost ni berbeza ikut tujuan. Kalau diikutkan bawak rm100k pn boleh habis. Tapi kalau untuk paling minimum, yang utama adalah tgk pada harga tiket flight. Dapat yang murah memang terbaiklah. Ikut pada kiraan, harga tiket kalau dapat dalam rm2000, plus allocation per day (hotel, transport, makan) dalam rm200/day. Itupun kalau lokasi kat london je. Kalau sampai ke Scotland kena la pikir sewa kereta dan petrol.. Tq for asking..

      Delete
  2. As Salam En. Khairul,

    Macam mana nak contact Bilik Tamu London tu? Puas saya google tak jumpe. Ada details x boleh share? tq.
    e-mail saya: scacha_marissa@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Marissa M..

      Rasanya tuan Bilik Tamu London tu dah berpindah. Tapi boleh la nak cuba contact dia. All the details in your e-mail.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. Salam Tuan,

    Kami pun sewa kereta di tempat yg sama masa trip 2012..Tp kami sewa van sebab ramai..Hehe..Kalau di NZ pun sama,pakai lesen je..tak perlu letter bagai..hehe..Kalau boleh email saya contact person Bilik Tamu London tu? Mcm teringin pulak nk return next year..email ke chiesza29104@yahoo.com..

    Sy baca details blog ni buat saya nk return pegi UK..thanks for the info..sgt2 membantu rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam privateiLLusion..
      Bilik Tamu London tu dah tak ada sebab tuannya dah habis belajar. Diorang akan balik ke Malaysia dalam beberapa bulan lagi. Ada banyak lagi option kalau nak menetap dengan students Malaysia di sana. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete