Tarikh:
20 November 2012
Lokasi kejadian:
London (Victoria - Oxford Street)
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lokasi pertama yang kami nak pergi adalah ke Victoria Station. Bukan apa, cuma teringat restoran Victoria Station kat Jalan Ampang tu. Walaupun saya tak berapa suka makan kat situ (mahal dan tak sesedap TGI Fridays dan Chilli's), tapi teringin jugak nak tengok rupa Victoria Station yang sebenarnya. Hehe.. Jam 12.15 t/hari kami naik tube Piccadilly Line dari Uxbridge ke Hammersmith. Sampai di Hammersmith kami kena turun dan naik District Line ke Victoria Station. Agak kalut sebab kene tukar train, tapi dapat belajar sikit sistem underground tube ni. Tube map yang dah sedia ada saya gunakan sebagai reference. Barulah ada gaya tourist gitu. Hehe..
|
Map underground tube yang boleh didapati kat setiap station.. Free.. Amik jangan tak amik.. Hehe.. |
|
Underground Tube (Piccadilly Line) from (A) Uxbridge to (B) Hammersmith = 45 minutes |
|
Underground tube (District Line) from (A) Hammersmith to (B) Victoria = 15 minutes |
|
First time naik underground tube. Tu pasal la sengih je.. Hehe |
|
Tengok macam saya.. Releks je.. (dalam hati lain..) Kekeke.. |
@ Victoria
Sampai di Victoria Station jam 1.30 petang. Kami keluar dari station, berjalan di sekitarnya. Kat sini ada Little Ben, iaitu menara jam replika Big Ben tapi saiznya kecil. Malangnya dah tak ada sebab ada construction kat area Little Ben tu. Maka Little Ben terpaksa diangkat dan akan diletak semula setelah kerja construction selesai. Takde rezeki nak tengok adik Big Ben. Huhu.. Kami ternampak booth untuk beli tiket bas hop-on hop-off London Sightseeing Tours. Banyak jugak company berlainan yang buat pakej sightseeing ni. Bila ditengokkan harga, dalam GBP25-30 per person. Hmm, jalan kaki sudahh.. Hehe..
|
Untuk save, lebih baik berjalan dari naik bas ni |
|
Depan Victoria Station. Tak nampak pulak restoran Victoria Station kat situ |
@ Oxford Street
Seterusnya kami masuk semula ke Victoria Station. Jam 1.45 petang kami naik Victoria Line menuju ke tempat shopping yang paling happening di kota London. Mana lagi kalau bukan area Oxford Street. Kami turun di Oxford Circus Station. Bila keluar je dari station, memang terkejut kami. Betullah seperti yang dijangkakan, punyalah ramai orang di Oxford Street. Kelihatan banyak butik-butik berjenama yang mempunyai bangunan sendiri. Memang letih kalau nak masuk satu persatu butik kat sini. Lagipun ikut pada kemampuan diri. Masuk kat tempat yang dirasakan sesuai untuk level kita. Walaupun staff kat sini layan semua peringkat manusia tak kira status, tapi kami sedar diri. Hehe.. Lagipun kami cuma ada setengah hari je nak explore Oxford Street. Amik gambar pun dah memadai, mudah dan murah. Tak guna duit, cuma guna kuasa bateri je. Hehe..
|
Underground tube (Victoria Line) from (A) Victoria to (B) Oxford Circus = 5 minutes |
|
Di Oxford Street.. Shopping heaven! |
|
Amik gambar background double decker bus |
Sepanjang jalan di Oxford Street kami melihat butik-butik yang ada. Kalau masuk satu persatu butik yang ada memang boleh sakit kaki dibuatnya. Kepada yang kaki shopping memang inilah tempatnya. Satu hari confirm tak cukup nak ronda Oxford Street. Rancangan awalnya kami nak berjalan sepanjang Oxford Street terus sampai ke Marble Arch. Lepas tu patah balik dan susur ikut Orchard Street dan terus naik underground tube di Baker Street Station. Boleh singgah kejap bergambar di depan Madame Tussauds London yang terletak di sebelah Baker Street Station. Namun apa yang berlaku tak sama seperti yang dirancang. Tak dapat nak ke Marble Arch sebab di pertengahan jalan kami terjumpa Primark. Yang ini memang level kami. Hehe.. Tanpa membuang masa, kami pun masuk ke dalam Primark. Jelas Primark kat Oxford Street ni lebih besar dari di Oxford City. Masa untuk mencuci mata..
|
Udah macam reporter pun ada.. |
|
Membelek biskut Border kat Debenhams |
|
Butik Disney pun satu bangunan dia punya.. Fuhh.. |
|
Aiseh, sudah depan mata maa.. |
Tak sedar tengah sedap mencuci mata dalam Primark, rupanya jam dah menunjukkan pukul 4 petang. Cuaca dah mula nak gelap. Kami bergegas keluar dan berjalan menuju ke Baker Street Station. Penat berjalan sambil bawak barang yang agak banyak dan berat. Kebanyakannya barang yang dipesan kawan-kawan. Kami tiba di Baker Street jam 4.40 petang. Singgah kejap di Madame Tussauds yang dah tutup. Kalau bukak pun memang tak masuk punya.. Hehe.. Kami bergambar di depan Madame Tussauds.
|
Suasana malam (petang sebenarnya) pun happening di sini |
Selesai bergambar, kami melangkah ke Baker Street Station. Memang tak larat dah nak jalan lagi sebab penat sangat. Kami naik Metropolitan Line menuju terus ke Uxbridge tanpa tukar train. Kena pastikan betul-betul jenis Line yang tertulis kat depan train tu. Silap nanti kena turun balik dan naik yang lain pulak. Buang masa jadinya. Dah la time ni train agak sesak sebab orang mula pulang dari tempat kerja. Harga tiket pun berlainan ikut masa bekerja. Untuk pagi, peak time adalah dari jam 6 pagi hingga 9 pagi dan untuk petang pulak peak time dari jam 4 petang hingga 7 malam. Peak time bermaksud harga tiket adalah maksimum dan off-peak time murah dalam 30-40% dari harga peak time. Jadi kalau nak save kenalah tunggu sampai jam 7 malam. Tapi disebabkan kami betul-betul keletihan, jadi kami naik je lah jam 5.30 petang.
|
Berjalan cuci mata sejauh 3 km dari Oxford Circus Station hingga Baker Street Station.. Huhu.. |
|
Bangunan penuh warna warni di waktu malam |
|
Sekadar bergambar kenangan di luar Madame Tussauds London |
Jam 6.20 petang kami sampai di Uxbridge. Disebabkan letih maka perut pun jadi lapar. Kami makan lagi sekali kat UXB Kebabs and Burgers. Kali ni kami makan menu yang lain pulak, tapi masih kategori yang sama iaitu burger dan kebab. Huhu.. Selesai membaham makanan bernilai GBP8.40, jam 6.50 petang kami tunggu bas 222 atau U5 di depan Tesco Metro untuk ke Ferndale Crescent. Dalam 15 minit perjalanan di dalam bas, akhirnya kami turun di Ferndale Crescent. Takde masalah kalau tak pasti mana satu bus stop Ferndale Crescent sebab ada papan digital kat dalam bas menunjukkan hentian berikutnya. Kalau tak pasti jugak, ada suara operator bagitau bus stop berikutnya. Kalau masih tak pasti jugak tak tau le nak kata camna. Naik je lah teksi hitam tu. Bayar la berapa pun caj dia. Huhu.. Apa-apa pun memang mudah naik bas di UK. Yang penting kena tau nombor bas dan route dia. InsyaAllah sampai ke destinasi dengan selamat.
|
Underground tube (Metropolitan Line) from (A) Baker Street to (B) Uxbridge = 40 minutes |
Dari bus stop ke Bilik Tamu dekat je. Tak sampai 5 minit berjalan kaki dah sampai depan pintu rumah. Masa kami ketuk pintu tu ada sorang wanita datang ke arah kami. Rupanya dia pun menyewa bilik di sini. Wife saya macam kenal je dengan wanita tu. Takpe, ada masa lagi nak berkenalan. Kami terus masuk ke bilik kami di tingkat atas. Agak besar jugak bilik yang diberikan. Barang-barang yang kami hantar siang tadi dah ada semuanya dalam bilik. Last day kene kemas balik sebab nak susun mana satu nak dibawak balik dan yang nak di pos. Saya dah google cara nak pos barang ke Malaysia. Ada banyak company dan rate pun berbeza-beza. Ada yang boleh sampai dalam seminggu tapi kene bayar lebih. Macam kami ni sure akan pilih yang paling murah. Biar lambat sampai asal dapat barang tu. Apa-apa pun kami akan refer dengan En. Fathullah tentang courier mana yang sesuai sebab dia pun selalu pos barang ke Malaysia. Penat berjalan seharian. Kami membersihkan diri dan berehat sepuasnya kerana esok sudah pasti akan lebih penat dari hari ni. Yang penting diri kena sentiasa sihat dari segi mental dan fizikal, insyaAllah. Wallahualam..
|
Bus (222) from (A) Uxbridge to (B) Rumah Tamu = 10 minutes |
|
Day 10: Total distance traveled by car = 43 km |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Dinner : RM42.00
- Bilik Tamu : RM200.00
- Jumlah : RM242.00
**Day 10 Expenses: RM379.50
*Website yang membantu:
London Underground Tube
Little Ben
London Sightseeing Tours
Oxford Street
Madame Tussauds London
No comments:
Post a Comment