Sunday, 13 October 2013

JJCP UK & Paris : Day 08 (Part #1)

Tarikh:
18 November 2012
Lokasi kejadian:
Doncaster Car Boot Sale - Northampton - Bicester Village

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Breakfast untuk hari ni adalah lebihan makanan yang ditapau semalam. Walaupun sejuk tapi masih boleh dimakan. Beli makanan kat sini memang besar portion dia. Satu set boleh makan untuk 2 orang. Besar selera orang putih ni. Patutlah baka besar-besar belaka.. Hehe.. Pagi ni harapan kami agar car boot sales di Keepmoat Stadium bukak. Boleh merasa suasana pasar minggu @ pasar tani kat UK. Setelah bersiap-siap, jam 7.00 pagi kami dah turun ke lobi hotel. Cadang nak jalan kaki sambil hirup udara segar, tapi tak jadi. Cuaca teramatlah sejuknya sampaikan menggigil dibuatnya. Cermin kereta pun dah ditutupi dengan ais. Mungkin malam tadi cuaca jatuh sampai 0deg kot. Saya hidupkan enjin kereta tapi tak berani nak pasang wiper, takut patah. Maklumlah, tak pernah jadi kejadian ais kat cermin kereta. Saya turn heater dalam kereta. Ais pun perlahan-lahan cair. Alhamdulillah.. Tengok temperature kat meter kereta, 2deg. Patutlah sejuk semacam je. Huhu..

Ais melekat kat cermin kereta.. Sejuukk!!
Nampak tak temperature luar kat meter kereta tu?
Ais mula cair lepas on heater
Kat meter kereta tu jam pukul 8.13 pagi, tapi sebenarnya time tu 7.13 pagi. Lewat sejam mungkin kerana daylight saving mode kot. Tak tau nak set balik. Lagipun kereta sewa je, tengok kat jam tangan sendiri lagi senang. Jam 7.20 pagi, setelah ais mula mencair, kami mula bergerak mencari car boot sales yang terletak di Keepmoat Stadium, 1 km dari hotel. Alhamdulillah, memang rezeki kami nak berjalan cuci mata kat car boot sales UK. Nak dijadikan cerita, kerana terlalu teruja dengan car boot sales ni sampai kami tak bergambar langsung suasana kat situ. Huhu.. Takpe, nanti bolehlah tengok apa barang yang kami beli sebagai souvenir. Ingatkan kami antara yang terawal sampai, rupanya dah ramai orang kat situ. Parking disediakan kat sebelah kanan stadium, GBP1 per entry.

@ Car boot sales

Kedudukan Travelodge, Car boot sales dan Lakeside Village. Memang dekat sangat
Sungguh besar kawasan car boot sales ni. Merata orang jual barang barang baru dan second hand di sekeliling kawasan stadium. Masa kami berjalan dari parking kereta ke kawasan car boot sales, kami berselisih dengan orang ramai yang dah selesai membeli barang. Bukan setakat barang-barang kecik, dengan meja makan pun ada. Cantik-cantik pulak tu. Patutlah saya ada terbaca kat internet, kalau datang awal ke car boot sales boleh dapat barang yang cantik-cantik. First come first serve gitu.. Sapa cepat dia dapat. Kami pun terus mencari barang-barang yang dirasakan sesuai untuk kenangan. Agak banyak jugak barang yang kami beli. Harga? Memang melampau murahnya. Rasa macam tak percaya pun ada. Sape taknak beli kasut baby jenama clarks yang masih cantik tapaknya berharga GBP2.50 untuk 2 pasang? Huhu.. Rugi kalau tak amik. Lagipun barang yang terbaik memang sekejap je jual kat car boot sales ni. Sebab tu orang ramai datang seawal yang mungkin. Mungkin ini peluang sekali dalam seumur hidup kami. So, jangan lepaskan peluang ni.. Hehe.. 3 jam setengah kami meronda seluruh car boot sales ni. Tak terasa penat sebab cuaca sejuk. Jam 11.00 pagi kami balik ke hotel dengan hasil yang dah dibeli. Baru teringat nak amik gambar. Huhu.. Antara barang yang kami dapat sambar dulu...

London Olympics 2012 breakfast set... GBP10 untuk semuanya
London Bus & Taxi... GBP1/piece
Kasut clarks GBP2.50 untuk 2 pasang. Teddy bear tu 50p je..
Bear Calendar... Harganya GBP15. Beli sebab nampak klasik sungguh
Banyak lagi barang-barang murah yang dapat dibeli. Nanti saya kumpulkan dalam satu post di akhir laporan trip ni. Apa-apa pun memang superb car boot sales kat sini. Walaupun barang second hand tapi kalau pandai cari memang dapat yang macam baru. Punya teruja sampaikan lupa nak amik gambar tu. Huhu.. Jam 11.45 pagi kami mula check out hotel. Ini la satu-satunya hotel yang kami keluar lewat. Car boot sales punya hal la ni.. Hehe.. Sebelum kami meninggalkan Travelodge Doncaster Lakeside ni, kami bergambar di sekitar kawasan hotel. Memang saya rekemen pada sesiapa yang datang ke Doncaster untuk menginap di sini. Dah la hotel baru, rate pun murah, dekat pulak dengan shopping outlet dan car boot sales. Pakej yang terbaik!

Di pintu masuk Travelodge Doncaster Lakeside
View tasik kat belakang hotel
Memang bersih kawasan hotel ni
Ada rezeki kami akan datang lagi ke sini, insyaAllah
Perjalanan kami seterusnya ke Oxford. Tempat yang menjadi igauan isteri saya, mana lagi kalau bukan Bicester Village. Cadangannya nak pergi esok sebab mungkin tak sempat sampai awal disana. Penat berjalan di car boot sales membuatkan perut kami lapar. Teringin jugak nak makan KFC halal kat UK ni. Saya google KFC halal di internet, ada satu di Northampton. Disebabkan Northampton terletak di tengah perjalanan, apa salahnya kami singgah sekejap. Saya set GPS untuk ke KFC Northampton. Perjalanan melalui highway M1 dan susur keluar ke Northampton. Masalah timbul. GPS yang saya set sampai di kawasan kilang. Jalan mati pulak tu. Tak nampak pun KFC kat situ. Saya ambil keputusan untuk redah je masuk bandar. Mungkin ada kat sekitar kawasan tu. 2-3 kali jugaklah kami lalu jalan yang sama tapi tetap tak berjumpa. Akhirnya setelah sesat setengah jam kat tengah bandar Northampton, jam 2.45 petang kami jumpa jugak KFC halal tu. Alhamdulillah.. Masa untuk refill perut masing-masing..

@ Northampton

(A) Travelodge Doncaster Lakeside to (B) KFC Northampton = 170 km
Walaupun tak sesedap KFC kat Malaysia, layankan aje..
Apa yang membuatkan KFC kat UK tak sesedap KFC kat Malaysia? Banyak jugak bezanya. Yang utama takde coleslaw dan whipped potato. Ayam dia pun macam goreng kat rumah je. Pastu makan cicah dengan chicken gravy je. Yang boleh diterima cuma fries yang bersaiz besar. Cepat sikit kenyang. Hehe.. Tak kisahlah, yang penting kami dapat merasa KFC halal kat sini dan kenyang perut kami. Jam 3.20 petang kami selesai membaham ayam goreng KFC berharga GBP11.00. Sebelum kami meninggalkan Northampton dengan perut yang selesa, kami singgah isi minyak dulu. Terbang lagi duit GBP45.00. Cukuplah hendaknya minyak sampai kami return balik kereta kat London nanti.

Sempat lagi posing time isi minyak. Hehe..
Lepas dah isi minyak, kami teruskan perjalanan ke Oxford. Hari dah mula nak gelap. Isteri saya mengajak ke Bicester Village sebab kedai kat sana kebanyakkannya tutup jam 6 petang. Masih sempat lagi nak view apa yang patut. Lagipun duduk kat hotel tak buat apa pun. Kami pun terus menuju ke Bicester Village dalam suasana yang makin gelap.. Baru jam 4.30 petang.. Huhu..

(A) KFC Northampton to (B) Bicester Village = 52 km
Cuaca yang makin gelap..
@ Bicester Village

Kami sampai di Bicester Village jam 4.45 petang. Sempat lagi nak survey apa yang ada kat Bicester Village ni. Parking pun free. Kelihatan ramai lagi pengunjung kat sini. Kalau dah gila shopping memang tunggu sampai kedai tutup la jawabnya. Hehe.. Banyak jugak kedai dan butik yang famous kat sini. Harga pun boleh tahan murahnya. Macam biasa, kami masuk butik Clarks dulu. Saya mencari kasut boot murah seperti kat Doncaster. Memang ada tapi harga standard but still murah. Rasa menyesal tak beli semalam. Rupanya lain butik lain kasut yang offer murah. Kira sales of the day lah. Sesiapa yang datang ke sini kalau jumpa barang yang murah, terus beli je. Takkan dapat harga tu kalau ke kedai yang lain. Huhu.. Masalah besar mula datang. Wife saya nak beli satu handbag ni. Dia dah survey di KL, harga asalnya lebih murah. Pastu siap 50% diskaun lagi. Saya pun guna credit card Maybank saya untuk membayarnya. Masalahnya kad saya kene block. Saya pun pelik sebab saya dah buat kira-kira, memang boleh pakai lagi. Saya bagi credit card Maybank yang lagi satu. Pun sama jugak. Agak malu saya sebab tak dapat nak beli. Kesian kat isteri saya sebab dia memang nak sangat handbag tu. Apakan daya.. Saya tak puas hati, balik hotel nanti saya nak call Maybank. Saya ada 3 credit card Maybank tapi tak boleh pakai.. Apa masalahnya? Hmm..

(A) Bicester Village to (B) Travelodge Bicester Cherwell Valley M40 = 11 km
Jam 6.00 petang, setelah kedai ada yang dah mula tutup, kami terus menuju ke Travelodge Bicester Cherwell Valley yang terletak di tepi highway M40. Sistem parking kat Travelodge ni agak menarik. Parking kat kawasan rehat di tepi highway kena bayar kalau lebih dari 2 jam. Dah tentu kami bermalam kat situ. Takkan nak bayar kot. Kat lobi hotel ada satu touchscreen computer yang connected dengan kamera di kawasan parking. Staf hotel tu suruh saya masukkan no plat kereta. Bila saya taip je no plat kereta, terus nampak gambar kereta kami masa masuk ke kawasan parking. Cuaca gelap tapi gambar tu jelas. Siap ada 3 view lagi, view masa masuk simpang, view depan dan view zoom ke plat kereta. Memang takleh lari la kalau kena speed trap atau parking tak bayar. Huhu.. Memang terbaik. Saya tak sempat nak ambil gambar komputer tu sebab masih tension dengan kes kredit kad Maybank saya. Keadaan bilik agak kurang memuaskan tapi tetap nampak selesa. Mungkin hotel ni dah lama sebab ada bau lembab sikit kat karpet. Takde masalah asalkan boleh tidur nyenyak. Tapi sebelum tidur saya call Maybank dulu.. Memang tak puas hati.. Apakah puncanya? Hmmm..

Harga Travelodge yang memang berbaloi..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Parking        : RM5.00
  - KFC              : RM55.00
  - Petrol          : RM225.00
  - Travelodge : RM105.00
  - Jumlah        : RM390.00

*Website yang membantu:

Halal KFC UK

Bicester Village

No comments:

Post a Comment