Tarikh:
21 November 2013
Lokasi kejadian:
Trocadéro - Eiffel Tower - Hard Rock Cafe Paris - Galeries Lafayette - London
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ Trocadéro
Jam 1.20 petang kami tiba di Trocadéro Subway Station. Kami keluar dari station dan kelihatan pemandangan yang amat luas dan cantik. Terdapat roundabout yang besar dan bas persiaran yang banyak parking di tepi jalan. Memang betul la tempat ni jadi tumpuan orang ramai yang nak tengok dan amik gambar Eiffel Tower dari view yang paling cantik. Kami menuju ke Palais de Chaillot, dimana maritime and architecture museum dan aquarium terletak di sini. Tapi kami tak masuk pun ke dalam muzium tu. Setakat bergambar di luar je. MashaAllah, view Eiffel Tower dari Trocadéro ni memang terbaik lah! Seperti yang saya pernah tengok di TV dan internet, memang inilah lokasi dimana Eiffel Tower dapat dilihat sepenuhnya. Kami pun tak melepaskan peluang bergambar sepuasnya. Tengah asyik bergambar, ada pulak penjual berkulit hitam yang offer kami keychain Eiffel Tower. Macam-macam saiz ada. Yang kelakarnya, dia siap cakap dalam bahasa melayu. "Mari beli, mari beli".. Haha.. Memang dah ramai orang Malaysia datang ke sini sampai dia pun tau cakap melayu.
|
Roundabout yang besar di Trocadéro |
|
Eiffel Tower from Trocadéro. Full Size. |
|
Serius cantik tempat ni |
|
Kepada yang datang sini mesti singgah Trocadéro |
|
Mengabadikan kenangan berdua bersama |
Kami menuruni tangga dan menuju ke Eiffel Tower. Trocadéro terletak di atas bukit. Sebab tu view Eiffel Tower amat superb dari sini. Perjalanan dari Trocadéro ke Eiffel Tower termasuk dalam The Great Paris Walking Tour. Rugi kalau pergi ke Eiffel Tower tak melalui Trocadéro. Lepas dah turun tangga, kami melalui kawasan taman yang dikenali sebagai Jardins du Trocadéro. Kami tak melepaskan peluang bergambar di monument dan fountain yang ada kat taman ni.
|
Teknik mencuit Eiffel Tower. Hehe.. |
|
Palais de Chaillot |
|
Time turun tangga pun sempat bergambar. |
|
Di Jardins du Trocadéro. Superb view. |
|
Memang cantik kawasan di sini |
|
Oppss.. Censored. Antara monument yang terdapat di sini |
@ Eiffel Tower
Seterusnya kami melintasi Seine River. Mula-mula teringin nak naik bot menyusuri sungai ni. Tapi disebabkan masa yang agak limited, maka kami batalkan hasrat nak ronda dengan bot. Takut tak sempat nak ke tempat lain. Jam 2.00 petang kami sampai di bawah Eiffel Tower. Kelihatan tourist beratur beli tiket nak naik lif tour Eiffel Tower. Tak ramai pun tourist hari ni. Yelah, bukan musim yang sesuai untuk berjalan-jalan. Kami tak bercadang nak naik lif ke atas Eiffel Tower. Budget la katakan. Hehe.. Dapat jejak kaki kat bawah Eiffel Tower ni pun dah cukup baik.
|
Seine River yang mengalir di tengah kota Paris |
|
View Eiffel Tower dari dekat. |
|
Welcome to the Eiffel Tower! |
|
View di bawah Eiffel Tower |
|
Lengang je. Kalau musim summer ramai orang kat sini. |
|
Perjalanan dari Trocadéro hingga ke Ecole Militaire Subway Station |
Agak dah puas bergambar, kami teruskan perjalanan menyusuri taman Champ de Mars hingga ke Ecole Militaire Subway Station. Sampai di subway station jam 2.35 petang dan terus naik subway Line M8 ke Concorde Subway Station. Sampai di sana kami tukar subway Line M1 menuju ke
Palais Royal - Musée du Louvre. Nampak macam senang je naik subway ni. Padahal saya main redah je. Wife saya ikut je ke mana saya pergi. Hehe.. Agak senang jugak naik subway di Paris ni, cuma kene betul-betul tau line mana yang nak naik. Silap naik, kene turun balik. Huhu.. Tapi pada saya underground tube lagi mudah berbanding Paris Metro. Mungkin sebab bahasa dan nama yang digunakan agak pening di Paris ni. Nak tanya orang pun belum tau lagi orang tu tau cakap inggeris. Kami turun di Palais Royal - Musée du Louvre untuk melawat sekitar kawasan Louvre Museum yang amat menarik untuk dilihat dengan mata kepala sendiri.
|
Subway (Line M8 & M1) from (A) Ecole Militaire to (B) Palais Royal - Musée du Louvre = 15 minutes |
|
Di Le Carousel du Louvre |
|
Piramid kaca di tengah Le Carousel du Louvre |
|
Di sekitar Louvre Museum. Tanah berpasir. |
|
Banyak arch kat Paris ni |
|
Bangunan lama mengelilingi kawasan Louvre Museum |
Lebih kurang 10 minit berada di sekitar Louvre Museum, kami berjalan kaki menuju ke Hard Rock Cafe Paris. Tengok kat google map yang saya dah siap print, kedudukan Hard Rock Cafe dengan Louvre Museum ni takde lah jauh sangat. Jadi saya pun amik keputusan untuk berjalan kaki je. Jelas keputusan tu silap. Huhu.. Apa lagi, sesat sudaa.. Bangunan kat Paris ni lebih kurang sama je struktur dia. Boleh confuse dibuatnya. Kami lalu di kawasan Japan Street. Berderet kedai jepun kat sepanjang jalan kecik. Takut sesat menjadi lagi menyesatkan, saya pun bertanya pada orang yang lalu lalang di situ. Nasib baik sorang uncle ni tau cakap inggeris. Dia bagitau yang kami kene ikut jalan besar, terus hingga jumpa junction yang ada opera house. Kemudian ikut belah kanan dan terus jalan sampai ke Hard Rock Cafe. Tq uncle. Kami pun ikut la seperti yang diarahkan. Akhirnya setelah 10 minit berjalan, kami jumpa simpang besar yang ada Opera National de Paris di depan mata kami. Kami teruskan perjalanan menyusuri simpang kanan dari junction opera house tu. Masih lagi tak nampak Hard Rock Cafe. Dah berjalan 15 minit pun tak nampak lagi. Terpaksa saya tanya orang lagi. Kali ni nampak sorang mamat yang berpakaian ala korporat. Gaya dah smart tapi tak tau cakap inggeris. Huhu.. Tapi at least dia tau bila saya sebut Hard Rock Cafe. Dia cuma tunjuk arah guna jari je. Harap-harap betullah mamat ni bagitau. Wife dah mula sakit kaki tapi tetap teruskan perjalanan. Akhirnya setelah 40 minit berjalan kaki, kami sampai juga di depan Hard Rock Cafe Paris. Leganya.. Kalau ikut pada google map, dari Louvre Museum ke Hard Rock Cafe cuma 15 minit je berjalan kaki. Huhu.. Takpelah, jalan-jalan cari pengalaman..
|
Opera National de Paris atau dipanggil Opera Garnier |
|
Perjalanan yang sesat lagi menyesatkan. Huhu.. Patut ikut jalan straight je.. |
@ Hard Rock Cafe Paris
Kami menghabiskan 15 minit je di dalam Hard Rock Cafe. Staff dia yang tak berapa friendly membuatkan kami cepat-cepat pilih baju dan keluar dari situ. Seterusnya kami nak ke Galeries Lafayette yang terletak juga tak jauh dari Hard Rock Cafe. Lebih kurang jarak dari opera house tadi ke sini. Tapi disebabkan wife dah tak larat nak berjalan, kami naik subway Line M9 dari Richelieu - Drouot Subway Station ke station berikutnya, Chaussée d'Antin - La Fayette Subway Station. Tak sampai 5 minit dalam subway kami dah sampai di depan pintu masuk Galeries Lafayette. Apa yang menakjubkan telah berlaku. Kaki wife saya dah tak sakit dah. Laju je dia masuk ke dalam Galeries Lafayette. Kadang-kadang tak perlu ubat pun untuk menyembuhkan sakit kaki. Hehe.. Apa-apa pun i'm always love my wife very-very much..
|
Bertambah lagi koleksi Hard Rock Cafe. Hehe.. |
|
Subway (Line M9) from (A) Richelieu - Drouot to (B) Chaussée d'Antin - La Fayette = 4 minutes |
@ Galeries Lafayette
Kalau sebelum ni wife saya mengikut aje langkah kaki saya, kali ni turn saya pulak. Betul-betul besar Galeries Lafayette ni. Memang heaven untuk orang perempuan. Saya perhatikan jugak kalau ada barangan untuk lelaki, tapi takde. Rupanya bahagian lelaki kat bangunan sebelah. Maknanya main building ni memang untuk orang perempuan je. Fuh! Nasib baik masa kami limited. Hehe.. Saya tak pergi pun kat bangunan lelaki. Cuma menemani wife cuci mata tengok barang yang dijual di situ. Main priority adalah nak ke bahagian perfume. Kami mencari booth yang menjual perfume jenama Annick Goutal. Saya tak pernah dengar pun pasal perfume ni. Tapi wife saya pernah cerita kat saya yang perfume ni tak banyak tempat jual di Malaysia. Harga pun bukan main mahalnyer. Bila tengok harga kat situ, memang murah sangat. Nak kata murah sesangat tu takdelah, tapi lebih kurang setaraf je dengan harga common perfume. Cuma kenapa kat Malaysia boleh jadi mahal dan ekslusif? Entah la.. Kami pun belilah untuk kegunaan sendiri. Staff yang jaga booth Annick Goutal cakap english pun slang French, tapi amat baik orangnya. Dia kata ramai jugak orang Malaysia datang ke sini beli perfume Annick Goutal. Memang sah la yang perfume ni jauh lebih murah di Paris. Banyak jugak miniature dan free gift yang staff ni bagi kat kami. Tq very much!. Sambil tu kami tengok jugak perfume kat booth yang lain. Takdelah murah sangat pun. Lebih kurang harga kat Malaysia je. Padahal kebanyakan perfume made in France. Jual kat negara sendiri pun mahal jugak ke? Huhu.. Maka tak dapatlah saya belikan perfume yang dipesan oleh kawan-kawan. Baik beli kat Malaysia je.. Selesai di bahagian perfume, kami pergi ke bahagian menjual pen. Abang saya pesan belikan pen yang berjenama Waterman sebagai koleksi peribadinya. Rupanya abang saya minat mengumpul pen. Kalau saya setakat pen Faber Castell RM2.90 sebatang boleh le. Hehe..
|
Di depan Galeries Lafayette |
|
Yang belah kanan tu memang baik betul orangnya |
|
Subway (Line M7 & M5) from (A) Chaussée d'Antin - La Fayette to (B) Gare du Nord = 15 minutes |
Setelah hampir sejam setengah kami meronda di dalam Galeries Lafayette, jam 5.30 petang kami berjalan dan meronda di luar Galeries Lafayette dan seterusnya ke arah subway station. Cuaca dah gelap. Kami naik subway Line M7 dari Chaussée d'Antin - La Fayette Subway Station ke Paris Est Subway Station dan tukar Line M5 menuju ke Gare du Nord Subway Station. Jam 5.55 petang kami tiba di dalam Gare du Nord Station. Kami terus check-in di kaunter immigration untuk naik Eurostar balik ke London. Selesai di immigration, kami menunggu train sampai di waiting lounge. Masih ada lebih kurang setengah jam lagi untuk train bergerak. Kami meronda di sekitar waiting lounge. Duit euro masih ada lagi berbaki EUR14.00. Kami habiskan dengan membeli roti plain dan air mineral. Cukuplah sebagai dinner kami. Jam 6.50 petang pintu train dibuka. Kami terus duduk kat seat yang dah sedia booking, sama macam masa pergi pagi tadi. Tepat mengikut waktu pada tiket, jam 7.13 malam Eurostar memulakan perjalanan. Saya tunggu jugak bila Eurostar ni masuk Euro Tunnel. Tapi cuaca gelap tak nampak apa-apa pun. Sedar-sedar je dah dalam terowong. Takde yang menarik pun. Baik tidur je dari awal tadi. Huhu.. Kami set balik jam ikut waktu London. Jam 8.41 malam dijangka sampai di St. Pancras International Station. Menunggu sambil dibuai mimpi.. Zzzz..
|
Menunggu subway train sampai |
|
Keadaan di Gare du Nord Station |
|
Menunggu ketibaan Eurostar |
@ St. Pancras International Station, London
Jam 8.45 malam kami tiba di St. Pancras International Station. Kami terus keluar menuju ke King's Cross St. Pancras Station. Badan dah terasa amat letih. Mana taknya, seharian di Paris. Selalunya orang akan bermalam at least sehari di Paris. Tapi kami balik hari je. Tak kisah la, yang penting puas hati dapat berjalan di Paris. Alhamdulillah.. Nasib baik takde kejadian yang tak diingini berlaku di sana. Pada saya, London is much better than Paris. Paris cuma gah pada Eiffel Tower. Kawasan dari Trocadero ke Eiffel Tower je yang betul-betul cantik dan bersih. Tapi kat tempat lain takdelah secantik mana. Harap pada architecture design bangunan lama je yang nampak menarik. Mungkin takkan jejakkan kaki lagi di bumi Paris. Cukuplah sekali ni. Tapi rezeki orang siapa yang tahu kan..
|
Underground tube (Metropolitan Line) from (A) King's Cross St. Pancras to (B) Uxbridge = 55 minutes |
@ Uxbridge
Kami naik underground tube Metropilitan Line terus menuju ke Uxbridge Station. Sampai di Uxbridge jam 10.00 malam. Hajat nak makan malam di UXB Kebabs and Burgers tapi kedai dah tutup. Kami terus naik bas 222 di luar tube station menuju ke Ferndale Crescent. Jam 10.15 malam kami tiba di Bilik Tamu. Badan terasa amat letih. Perjalanan yang jauh dan memenatkan. Kami bersihkan diri, berehat dan tidur. Esok nak berjalan kat kota London pulak. Dari first day sampai la hari yang ke-12 baru nak lawat London. Memang itu perancangannya. Jalan jauh-jauh dulu, last sekali baru ronda London. Save the best for last. Menunggu hari esok yang pasti menarik dan sudah tentu memenatkan! Wallahualam..
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Dinner : RM58.80
- Bilik Tamu : RM200.00
- Jumlah : RM258.80
**Day 11 Expenses: RM397.00
*Website yang membantu:
Trocadero
Palais de Chaillot
Seine River
Eiffel Tower
Musee du Louvre
Galeries Lafayette
My Pictures Video
catatan perjalanan yg blh d jdkan panduan......syabas !!!
ReplyDeleteHarap dapat membantu.. Tq for reading my blog!.. :)
Deletevery good info...are you able to advise for public transport in paris which one is worth it their passess or buy ticket directly at counter
ReplyDeleteHi vasanthan..
DeleteThe best and cheapest passes is Paris Ticket Mobilis. You can travel for unlimited rides within area 1-5 but it does not cover airport area (CDG). If you wish to travel within the airport vicinity, then Paris Visite is the best solution. You can buy the ticket/passes at any metro station. There will be ticket vending machine throughout the metro. Hope this will help you. Tq for reading my blog!.. :)