Tuesday, 12 November 2013

JJCP UK & Paris : Day 13 (Part #2)


Tarikh:
23 November 2012

Lokasi kejadian:
London (Hyde Park - Hard Rock Cafe - Harrods)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Hyde Park

Dari Royal Albert Hall kami berjalan kaki menuju ke satu lagi The Royal Parks, iaitu Hyde Park yang terletak bersebelahan dengan Kensington Gardens, cuma dipisahkan dengan sebatang jalan yang merentasi kedua-dua taman ni. Di tengah-tengah Hyde Park terdapat satu tasik yang besar iaitu The Serpentine yang mengunjur dari Kensington Gardens. Kami singgah di Princess Diana Memorial Fountain. Apa yang ada kat sini hanyalah air yang mengalir berbentuk bulatan yang besar. Kami bergambar sebagai kenangan.

Monument yang terdapat di Princess Diana Memorial Fountain
Air yang mengalir berbentuk bulatan besar di Princess Diana Memorial Fountain
@ The Serpentine Lake

Kami meneruskan perjalanan menyusuri The Serpentine yang cukup menenangkan jiwa. Sesuai sungguh menikmati keadaan macam ni sebelum pulang ke Malaysia esok. Kami berjalan hingga ke hujung taman untuk menuju ke Hard Rock Cafe. Terdapat War Memorial dan pintu gerbang untuk keluar masuk ke taman ni. Berakhirlah sudah perjalanan kami menikmati taman yang indah di London. Lokasi Hard Rock Cafe tak berapa jauh dari Hyde Park. Kami tiba di depan Hard Rock Cafe jam 3.40 petang. Cuaca dah mula nak gelap. Confirm kami keluar dari Rock Shop nanti dah malam.

Suasana di The Serpentine Lake yang mengujakan
Fun fair yang terletak di seberang tasik
Taman kat UK kalau takde haiwan yang jinak memang tak sah
Kawasan yang sesuai untuk bawak basikal
Pintu gerbang di hujung taman
Di depan Hard Rock Cafe London
@ Harrods

Jam 4.15 petang kami keluar dari Hard Rock Cafe. Destinasi seterusnya adalah ke tempat yang mesti kena pergi kalau ke London. Mana lagi kalau bukan Harrods! Katanya harga barang di Harrods London lebih murah berbanding di Harrods KLCC. Nak beli beg biasa yang ada tulis Harrods pun nak dekat ratus-ratus harga dia. Bukan jual beg, tapi jual brand. Huhu.. 15 minit berjalan kaki dari Hard Rock Cafe kami tiba di pintu masuk Harrods. Sungguh besar Harrods London nih. Tak cukup sehari kalau nak ronda keseluruhan store. Tengok dari luar pun dah nampak eksklusif. Rasanya tak payah tengok price tag pun dah tau mahal. Hehe.. Kami takde pun nak explore semua department dalam Harrods ni. Kami cuma pergi ke bahagian barangan Harrods je. Haa, yang tu kami mampu. Hehe.. Wife saya mula keluarkan list barangan yang dipesan kawan-kawan. Ramai jugak kawan yang pesan barang kat kami. Operasi mencari barangan Harrods pun bermula.

Harrods di waktu malam
It's a luxury departmental store
Memang betul, boleh dikatakan murah jugakla harga barang di sini berbanding di KLCC. Saya sendiri tak pernah masuk Harrods di KLCC tu. Wife saya dah tentu pernah masuk punya. Mana ada shopping complex yang dia tak pernah masuk kat KL ni. Walaupun dia tau saya tak gemar nak window shopping ni, tapi kawan-kawan dia sudi membantu. Hehe.. Setelah hampir sejam setengah kami kat dalam Harrods, jam 6.00 petang kami keluar. Kami rehat sekejap di luar sementara menunggu tambang tube murah jam 7.00 malam. Agak crowded jugak kawasan di Knightsbridge ni.

Sempat bergambar dengan ikon Harrods sebelum keluar
Tepat jam 7.00 malam, kami turun ke Knightsbridge Underground Station yang terletak di sebelah Harrods. 15 minit kemudian tube Piccadilly Line menuju ke Uxbridge pun sampai. Punyalah ramai orang dalam tube sampaikan terpaksa bersesak-sesak nak naik. Tapi lepas separuh perjalanan dah mula clear. Baru dapat tempat duduk. Kami tiba di Uxbridge sejam kemudian. Hari ni kami taknak makan di UXB Kebabs & Burgers. Kami cuma beli makanan ringan di Tesco Metro yang berharga GBP5.90. Sebenarnya di Tesco pun ada jugak makanan halal yang dijual. But only in selected Tesco. Boleh check kat website Tesco UK.

Walking tour dari Kensington Gardens ke Harrods melalui Hyde Park dan Hard Rock Cafe
Underground tube (Piccadilly Line) from (A) Knightsbridge to (B) Uxbridge = 60 minutes
Jam 9.00 malam kami menunggu bas di hadapan Tesco Metro. 5 minit menunggu, bas 222 pun sampai dan membawa kami ke Ferndale Crescent. Jam 9.20 malam kami dah berada di Bilik Tamu. Malam ni agak lewat kami tidur. Masa untuk kami mengemas barang. Saya memang sentiasa bawak portable digital scale kalau keluar negara. Senang nak kira berat beg. Tak perlu pening kepala masa kat airport nanti. Dapatlah bawak balik barang semaksimum yang boleh. Jam 12.30 malam aktiviti mengemas dan menimbang beg selesai. Legaa.. Kami tidur dan menikmati mimpi malam terakhir di UK. Esok last day di sini. Tak sabar nak balik Malaysia jumpa anak-anak dan bagi mainan yang dibeli disini. Beli kat UK tuu.. Tapi made in China jugak. Hehe.. Harap-harap diorang sukalah hendaknya.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Supper        : RM29.50
  - Bilik Tamu : RM200.00
  - Jumlah       : RM229.50

**Day 13 Expenses: RM390.00

*Website yang membantu:

Hyde Park

Hard Rock Cafe London

Harrods London

Tesco UK

My Pictures Video

2 comments:

  1. Bro...saya beli 3 helai jean timberland...sampai rumah...anak anak ketawa guling guling...abah pegi vietnam ke?...london ke?...jeans timberland made in vietnam.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo bro..
      Standard la tu Timberland made in Vietnam. Products made in China and Vietnam memang ada di seluruh dunia. Cheap labour charge.. Yang penting di mana kita beli. Even kasut Clarks yang originate dari UK pun made in China/Vietnam. Cuma kenapa kat Malaysia harganya melampau mahal? Tax tinggi kot? Wallahualam.. Tq for reading my blogs!.. :)

      Delete