Friday, 1 November 2013

JJCP UK & Paris : Day 12 (Part #1)

Tarikh:
22 November 2012

Lokasi kejadian:
London (Tower of London - Tower Bridge - London Eye - Big Ben - Westminster Abbey)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi ni kami bangun jam 6.15 pagi. Mandi dan bersiap-siap untuk ke kota London. Hari ni birthday wife saya. Happy Birthday sayang! Wah, birthday kat London tuu.. Untung la lahir time cuti sekolah. Hehe.. Jam 7.30 pagi kami turun ke dapur. Duduk kat bilik tamu ni ada disediakan breakfast. Puan Nurul Hayati buatkan breakfast roti dan nasi goreng. Hmm, sedapnya dapat makan nasi goreng. Sambil makan kami berborak tentang life di London. Perempuan yang kami jumpa malam hari pertama tu ada sekali. Wife saya yang nampak macam familiar je dengan perempuan ni mula bertanya. Rupanya dia adalah ex-lecturer wife saya masa belajar kat UPM dulu. Dia datang ke sini sebab ada hal kerja di Brunel University. Kecil betul dunia ni kan. Kat London pun boleh jumpa. Makin rancak kami berborak.

Wife bersama anak tuan rumah. Kecik lagi dah duduk oversea..
Nasik goreng for breakfast.. Yummy..
Jam 9.00 pagi, setelah selesai breakfast, kami mula melangkah keluar ke bus stop. Macam biasa, bas 222 hantar kami ke Uxbridge. 15 minit kemudian kami dah berada kat depan Uxbridge underground station. Disebabkan hari ni tak perlu rushing, kami meronda dulu sekitar Uxbridge. Jam 9.30 pagi baru kami naik tube Piccadilly Line ke Hammersmith Station dan tukar District Line ke Tower Hill Station. Perjalanan agak jauh, mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Ramai jugak penumpang hari ni dalam tube, tapi still ada tempat duduk.

Di depan Uxbridge Station
Sebelum tukar train amik gambar dulu..
@ Tower of London

Kami sampai di Tower Hill jam 11.10 pagi. Keluar je dari tube station terus bergambar berlatarbelakangkan Tower of London, Historic Royal Palaces. Ikut pada sejarahnya, tempat ni dulu adalah sebuah penjara dan juga sebagai benteng utama di London. Berhantu kot tempat ni. Huhu.. Kemudian kami turun dan berjalan di sebelah Tower of London menuju ke Tower Bridge. Kat London ni ada dua jambatan yang famous, Tower Bridge dan London Bridge. Tak ada apa yang menarik tentang London Bridge. Cuma terkenal dengan lagu kanak-kanak, "London Bridge is falling down". Memang betul pun London Bridge pernah dimusnahkan pada zaman dulu. Sekarang dah jadi moden dan takde yang menarik pun tentang design London Bridge ni. Kurang ciri-ciri sejarahnya. Yang selalu tengok kat TV sekarang ni adalah Tower Bridge. Jambatan yang boleh terbuka untuk laluan kapal. Tapi bukan selalu jambatan ni terbuka. Ikut pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Underground tube (Piccadilly Line & District Line) from (A) Uxbridge to (B) Tower Hill = 100 minutes
Pemandangan Tower of London dari Tower Hill Station
Tower of London dari tepi jalan
@ Tower Bridge

Kami sampai di Tower Bridge jam 11.25 pagi. Mengharap jugak kalau jambatan tengah terangkat. Tapi takde pun. Tengok kat you tube je lah. Hehe.. Tourist boleh naik ke atas jambatan tu, tapi kena bayar ikut harga exhibition. Kami cuma guna option yang murah, iaitu amik gambar. Sungai River Thames yang mengalir dibawahnya membuatkan saya teringat kat Sungai Gombak dan Sungai Kelang kat KL. Kalau la dapat preserve sungai macam River Thames ni mesti lagi cantik Kuala Lumpur dibuatnya. Dari kejauhan nampak London Bridge dan kapal HMS Belfast.

Struktur Tower Bridge yang sungguh cantik
Ini adalah Tower Bridge ye. Bukan London Bridge
Nampak tak jambatan kat hujung tu? Itulah London Bridge. Biasa je..
Di tengah Tower Bridge. Kalau terbukak jambatan memang kes naya.
Pemandangan Tower Bridge dan River Thames yang mengalir tenang..
Kami meneruskan perjalanan menyusuri River Thames dan bergambar di HMS Belfast, Imperial War Museums. Kapal ni digunakan semasa World War II dan sekarang dijadikan sebagai muzium. Di sini juga terletaknya London City Hall. Ramai juga tourist dan orang ramai melepak kat tepi sungai ni. Dulu saya pun pernah melepak kat tepi Sungai Gombak, memancing ikan bandaraya. Hehe.. Kisah dulu-dulu.. Kami teruskan lagi berjalan kaki masuk ke dalam Hay's Galleria. Terdapat sculpture di tengah bangunan dan butik-butik kecil di sepanjang galeri. Kami singgah minum kopi di situ. Kemudian kami meneruskan perjalanan melalui London's Dungeon yang terletak di London Bridge Station.

Di depan City Hall
Yang belakang tu la HMS Belfast, Imperial War Museums
Update time..
Di dalam Hay's Galleria
Orang kat sini dah standby nak sambut krismas
My London Walking Tour.. Dari Tower Hill Station ke London Bridge Station.
@ London Eye

10 minit berjalan kaki dari Hay's Galleria, kami sampai di London Bridge Underground Station. Lokasi seterusnya adalah nak ke London Eye. Mula-mula ingat nak jalan kaki je, tapi rasanya baik naik tube. Kami naik underground tube Jubilee Line dari London Bridge Station menuju ke Waterloo Station. Sampai di Waterloo Station jam 12.30 t/hari. Besar jugak station ni. Saya tak pasti exit mana yang paling dekat untuk ke London Eye. Saya bertanya pada pak guard yang ada kat situ. Pak guard tu terus keluarkan map dan lukis arah yang patut kami tuju. Memang terbaiklah pak guard ni. Amat membantu. Tq. Kami keluar ikut exit yang diberitahu oleh pak guard tadi. Kami melalui jejantas, turun tangga dan terus nampak London Eye di depan kami. Kami terus ke arah London Eye melalui Jubilee Gardens dan bergambar sepuasnya. Tinggi betul London Eye ni. Sama je macam Eye on Malaysia kat Titiwangsa dulu. Sekarang dah pindah ke Melaka rasanya. Ramai jugak tourist di sini. Di sebelah London Eye terdapat London Aquarium. Dari sini view ke arah Big Ben amat cantik. Sesuai nak buat profile picture kat Facebook. Hehe.. Kami bergambar sebanyak yang mungkin.

Underground tube (Jubilee Line) from (A) London Bridge Station to (B) Waterloo Station = 7 minutes
Di depan London Dungeon
London Bridge Station
Naik eskalator kalau tak melangkah sila berdiri di sebelah kanan ye..
Jejantas yang menghubungkan Waterloo Station dan London Eye
Pemandangan London Eye dari Jubilee Gardens
London Eye dari dekat
Suka betul view dari sini. Memang cantik sangat
Really nice background..
London Aquarium di sebelah London Eye
@ Big Ben

Dari London Aquarium, kami berjalan menyusuri Westminster Bridge bersama tourist yang lain. Big Ben makin besar di depan mata. Walaupun hanya jam besar, tapi struktur Houses of Parliament di sebelahnya membuatkan cantik mata memandang. Patutlah ia menjadi ikon bagi London. Macam-macam gaya dan angle kami ambik gambar Big Ben. Tourist yang makin ramai di sini tak menjadi penghalang untuk kami mengambil gambar yang terbaik.

Pemandangan London Eye dari atas Westminster Bridge
London famous icon, Big Ben.
Abadikan kenangan di mercutanda London
Houses of Parliament yang attach dengan Big Ben
Bangunan di sekitar Parliament Square
Menara yang hujung tu adalah Victoria Tower.
@ Westminster Abbey

Seterusnya, kami berjalan ke arah Westminster Abbey. Saya dah setkan route yang sesuai untuk explore kota London ni mengikut pada suggestion walking tour yang ada dalam internet. Kami berjalan melalui Parliament Square dan Westminster Abbey terletak di sebelahnya. Sebenarnya Westminster Abbey ni adalah sebuah gereja yang dah dibina beribu tahun dahulu. Selain dari upacara keagamaan, kat sini juga letaknya memorial orang-orang penting dalam sejarah UK. Apa yang boleh kami buat hanyalah melihat struktur bangunan yang masih kukuh dan cantik.

The other side of Big Ben
Westminster Abbey
Bangunan di depan Westminster Abbey
Pintu depan Westminster Abbey
Selesai bergambar di luar Westminster Abbey, kami berjalan ke arah Downing Street. Kami singgah berehat sekejap di monument Robert Clive Memorial. Memang penat bila berjalan jauh ni. Tapi disebabkan cuaca yang sejuk dan pemandangan yang menarik membuatkan kurang sikit penatnya. Seterusnya kami pergi ke Downing Street. Apa yang ada kat situ? 10 Downing Street adalah lokasi pejabat Prime Minister of Britain. Manalah tau boleh mintak autograph ke.. Hehe.. Jangan harap le.. Pejabat Perdana Menteri kita sendiri pun saya tak pernah pergi. Huhu.. Ada peluang dapatlah tengok live muka PM Britain kejap lagi. Wallahualam..

Melepaskan penat seketika..
Robert Clive Memorial. Tentang perang dulu-dulu..
Walking Tour dari Waterloo Station hingga ke Robert Clive Memorial.
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Coffee   : RM44.25
  - Jumlah : RM44.25

*Website yang membantu:
 Visit London

Tower of London

Tower Bridge

HMS Belfast

Hay's Galleria

London Dungeon

London Eye

London Aquarium

Big Ben

Westminster Abbey

Robert Clive Memorial

2 comments:

  1. Wahh untungnya wife sambut birthday kat UK! anyway, birthday saya 24 Nov! kena start menabung lah, nak jugak birthday kat oversea :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Untunglaa orang besday ujung tahun, time cuti sekolah. Winter season pulak tu. Yea, ferra kena start menabung. Ada cara menabung yang agak efektif saya buat sejak trip ke UK. Menjadi nampaknya.. Lain orang lain cara menyimpan. Tapi bila dah set nak ke luar luar negara, memang bersemangat nak simpan duit..

      Delete