Monday, 4 November 2013

JJCP UK & Paris : Day 13 (Part #1)

Tarikh:
23 November 2012

Lokasi kejadian:
London (Portobello Market - Malaysian Hall - Kensington Garden - Royal Albert Hall)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.30 pagi. Kami sambung kemas barang. Esok dah nak balik. Kena pilih barang mana yang nak bawak balik dulu dan yang nak pos. Kalu boleh nak bawak balik semuanya, tapi kalau berat lebih kat airport nanti kena bayar lebih. Agak mahal jugak nak bayar. Lebih baik pos je. Cuma barang yang dipesan oleh kawan-kawan kena bawak balik dulu. Yang lain sampai lepas 3 bulan pun takpe. Hari ni kami nak meronda London lagi sekali, tapi lokasi yang berlainan. Jam 8.00 pagi kami turun ke dapur untuk breakfast. Menu hari ni cuma roti dan jem aje. Cukuplah untuk alas perut. Lagipun dah masuk dalam kos sewa bilik. Rugi kalau tak makan.

Lepas pukul 9 pagi, tak ramai orang naik tube. Yezzaa..
Jam 9.30 pagi kami keluar dari Bilik Tamu dan menuju ke Uxbridge. Destinasi pertama kami adalah nak ke Portobello Market. Wife saya teringin sangat nak ke situ. Dia minat betul dengan cerita Notting Hill lakonan Hugh Grant dan Julia Roberts di area Portobello Market.  Saya pun ikut je sebab Malaysian Hall pun tak jauh dari Notting Hill. Boleh singgah lunch kat situ. Kami naik tube Piccadilly Line ke Hammersmith Station. Ada banyak option untuk ke Portobello Market. Ada route yang murah sikit harga tiket tube. Kena pandai cari. Macam saya ni belasahkan aje. Tak kisahla mana-mana route pun, tube yang jalan dulu saya naik. Sebelum naik kami top-up Oyster Card bernilai GBP20.00.

Underground tube (Piccadilly Line) from (A) Uxbridge to (B) Hammersmith = 45 minutes
Kene jalan kaki ke station sebelah untuk tukar tube
Sampai di Hammersmith Station jam 11.00 pagi. Kami tukar tube Hammersmith & City Line ke Ladbroke Grove Station. 10 minit perjalanan kami tiba di Ladbroke Grove Station. Kami berjalan kaki menuju ke Portobello Rd. dimana Portobello Market berada di sepanjang jalan tersebut. Ada 2 bahagian kat market ni. Kalau dari Ladbroke Grove akan lalu bahagian barang-barang harian dan buah-buahan dulu. Kemudian bersambung dengan bahagian menjual barang-barang antik sampailah ke hujung jalan. Kami melihat setiap barangan yang dijual di gerai sepanjang jalan. Agak menarik barang yang dijual. Boleh la nak beli sebagai souvenir dari London.

Underground tube (Hammersmith & City Line) from (A) Hammersmith to (B) Ladbroke Grove = 10 minutes
Makan Cafe. Made in Malaysia..
Di bawah highway kat Portobello Rd. ada satu restoran Malaysia. Namanya Makan Cafe. Kami tak masuk pun dalam restoran tu sebab perut masih kenyang lagi. Kami cuma bergambar di luar restoran dengan rasa bangga kerana ada rakyat Malaysia yang berniaga di sini. Kami menyusuri sepanjang jalan hingga ke satu simpang. Kat simpang inilah terdapat "house with the blue door" yang digunakan dalam filem Notting Hill. Diseberang jalan pulak terdapat kedai Coffee Republic dimana scene Hugh Grant tertumpah air di baju Julia Roberts. Suka betul wife saya bila dapat sampai di sini. Mana taknya, rasanya lebih 20 kali dah dia tengok filem tu. Huhu.. Saya pun terpaksa join tengok sekali.

Masa untuk jalan-jalan di Portobello Market
House with the blue door.. Fanatik betul wife saya ni..
Coffee Republic di seberang jalan
Kedai di simpang jalan
Letih jugak kalau singgah setiap gerai yang ada
Kenangan sebelum meninggalkan Portobello Market
Kami berjalan kaki sehingga ke hujung Portobello Rd. Dalam sejam setengah jugak la kami berjalan di Portobello Market yang sejauh 1.5 km ni. Jam 12.45 t/hari kami berjalan menuju ke arah Notting Hill Gate. Dalam perjalanan tu ada couple omputih datang bertanyakan arah ke Portobello Market. Wah, dah rasa macam resident kat situ je saya ni. Saya menunjukkan jalan ke arah Portobello Market dengan bangganya. Hehe.. Dalam 10 minit berjalan kaki melalui kawasan perumahan, kami tiba di jalan utama Notting Hill Gate. Kat sini pun banyak jugak restoran halal di sepanjang jalan. Tapi kami nak makan di Malaysian Hall. Kami berjalan menuju ke Malaysian Hall yang terletak tidak jauh dari Notting Hill Gate.

Portobello Market Walking Tour - Dari Ladbroke Grove hingga ke Notting Hill Gate
Di area Notting Hill Gate
Entah macam mana kami boleh tersilap masuk simpang. Tak jumpa Malaysian Hall. Rupanya kami termasuk satu simpang awal. Sepatutnya kene masuk simpang yang berikutnya. Kami menghabiskan masa berjalan hingga ke hujung jalan dan masuk semula ke simpang yang betul. Kami sampai di Malaysian Hall jam 1.30 petang. Kelihatan ramai orang Malaysia di bahagian luar bangunan. Kami terus naik tangga dan masuk ke dalam. Silap pintu rupanya. Bahagian atas adalah ruang pejabat. Kalau nak ke kantin dan ruang solat kena turun bawah. Hehe.. Kami turun tangga ke bahagian basement. Bukak je pintu memang ramai orang Malaysia sedang makan disitu. Famili yang kami jumpa masa di Paris haritu pun ada disitu. Di bawah tu ada kantin, tandas dan ruang solat. Kami mencari meja kosong dan terus order makanan. Masa saya beratur tu saya perasan ada sorang yang saya macam kenal je muka dia. Time amik nasik saya bertanya pada dia. Memang betul pun dia tu member sekampung di Kuantan. Tak sangka dapat berjumpa dengan Kimi! Last saya jumpa dia tahun 1996, lebih kurang 16 tahun tak berjumpa. Masa last saya jumpa dia memang dia ada bagitau yang dia nak ikut abang iparnya kerja di UK. Tak sangka pulak dia kerja kat Malaysian Hall.

From (A) Notting Hill Gate to (B) Malaysian Hall = 1 km
Long time no see my friends
Lepas makan nasi ayam dan nasi berlauk yang berharga GBP12.10, kami berehat seketika. Hmm, agak mahal jugak harga makanan kat sini tapi kami tak kisah sebab rasanya sama macam makan kat Malaysia. Sedap! Kemudian saya berborak dengan Kimi di luar. Dari 1997 dia dah duduk di UK. Mula-mula kerja dan sekarang kerja sambil belajar di kolej. Memang berubah betul penampilan dia. Tapi masih ada lagi kerak-kerak Kuantan kat muka dia. Sebab tu boleh kenal lagi. Hehe.. Apa yang berubah adalah warna kulit. Faktor cuaca main peranan dalam perubahan warna kulit. Tak perlu fair and lovely. Hehe.. Marah jugak dia kat saya sebab tak bagitau nak datang UK. Bila saya bagitau esok nak balik lagi dia bengang. Takpe Kimi, ada rezeki saya datang lagi, insyaAllah. Dah lama jugak dia tak balik Malaysia. Umur dah 33 tahun tapi masih single. Nak kawin dengan orang putih mak tak bagi katanya. Hehe.. Setelah ucap selamat tinggal pada Kimi, kami meninggalkan Malaysian Hall jam 2.30 petang.

Kensington Gardens Walking Tour
Kami berjalan di Kensington Gardens yang terletak di seberang jalan besar. Kensinton Garden adalah satu daripada lapan taman dalam kategori The Royal Parks, sama seperti St. James's Park. View di sepanjang taman ni memang superb. Lagi sekali kami rasa kagum dengan cara orang di sini preserve and conserve taman yang begitu indah. Respect sungguh. Apa yang menarik di sini adalah Princess Diana Memorial Playground, Kensington Palace dan banyak statue yang merata di sekitar taman. Kami berjalan hingga ke hujung taman. Di seberang jalan kelihatan Royal Albert Hall, tempat dimana Siti Nurhaliza pernah buat persembahan di situ. Bila tengok struktur bangunan Royal Albert Hall depan mata kami, memang kami respect pada Siti Nurhaliza. Bukan calang-calang artis yang dapat buat persembahan di sini. Malaysia Boleh!

Round Pond di tengah Kensington Gardens
Saujana mata memandang. Tenang terasa..
Albert Memorial di Kensington Gardens
Royal Albert Hall. We salute you, Siti Nurhaliza!
Ketenangan jiwa jelas dirasai bila berada di Royal Parks. Taman di Malaysia pun apa kurangnya. Cuma apa yang lebih di sini adalah cuacanya. Jelas cuaca yang dingin ditambah dengan suasana persekitaran yang indah menjadikan hidup lebih tenang dan selesa. Malaysia pun boleh jadi macam ni. Cuma, seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ni, attitude rakyat kena ubah dulu. Kesedaran sivik tu penting dan disiplin yang tinggi harus ada dalam diri masing-masing, barulah dapat menikmati hidup yang lebih bermakna di negara sendiri. Saya tetap sayangkan negara tumpah darahku. InsyaAllah, satu hari nanti impian akan jadi kenyataan. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Oyster Card  : RM100.00
  - Lunch            : RM60.50
  - Jumlah          : RM160.50

*Website yang membantu:

Portobello Market

Notting Hill Movie

Malaysian Hall

Kensington Gardens

Royal Albert Hall

8 comments:

  1. salam, boleh saya nak dapatkan email atau contact number? saya nak bertanya lebih lanjut lagi mengenai travel ke london. terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Dah banyak kali saya baca blog abang! seronok kan pegi UK? Bila lah nak dapat pergi ni. tak pernah teringin nak ke mana-mana selain UK dan Mekah :) Will ask you more if i get a chance to visit UK one day, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. Alhamdulillah. Memang seronok keluar negara nih. Duit memanglah banyak habis, tapi yang paling penting adalah pengalaman hidup.. InsyaAllah saya juga akan ke Mekah satu hari nanti. Cuma kena persiapkan diri sepenuhnya, zahir dan batin.. Takde masalah kalau nak bertanya tentang UK. Mana yang saya tahu saya akan tolong, insyaAllah..

      Delete
  3. Salam...

    bc blog ni mengamit rindu saya kat London..InsyaAllah nak pegi lg kalo ada rezeki dis year..tengah search pape tempat yang saya lom cover dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zila..
      Ya, memang terbaik dapat melawat London. Saya pun akan ke sana lagi jika ada rezeki, insyaAllah.. Ingat nak meronda bahagian timur England yang tak sempat saya nak explore.. Harap impian menjadi kenyataan..

      Delete
  4. saya akan ke london bulan jun ini bersama suami. adakah perlu beli dua oyster card atau 1 saja sudah cukup? yq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AJ.. Oyster card kena beli per person. Sama macam kad Touch n Go kita. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete