Tuesday 4 June 2024

Preparation #4: Mana Yang Kena Booking Perlu Diselesaikan Dulu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Urusan tiket flight, train dan penginapan dah selesai. Tinggal satu lagi perkara utama yang masih dalam pencarian, iaitu kereta sewa di Iceland. Bermacam syarikat sewa kereta saya dah survey, tapi ada beberapa isu yang tak menepati kehendak saya. Harga pun memainkan peranan juga. Trip sebelum ni yang saya sewa kereta boleh dikatakan berpatutan harganya. Tapi kali ni macam mahal sangat. Mungkin kerana lepas covid, semua nak mark-up harga. Huhu.. Pada awal penyusunan itinerary, saya bercadang nak stay di London dalam 5-6 hari dan sewa kereta. Lagi best dapat memandu daripada lama duduk di London. Pada saya 3 hari je maksimum kat London dah cukup untuk cover landmark yang menarik. Tapi bila melihatkan harga sewa kereta yang tak masuk akal, terus saya adjust semula itinerary.

Sejarah saya sewa kereta dalam trip sebelum ni

Kadar sewa kereta berbeza mengikut negara dan currency semasa. Tapi bila dilihat pada sejarah penyewaan kereta yang pernah saya buat sebelum ni, jelas harga tak banyak beza mengikut saiz kenderaan dan duration sewa. Harga semuanya dah termasuk full-covered insurance. Saya buka website Green Motion sebab dah dua kali saya sewa dengannya. Tak dinafikan harga yang ditawarkan oleh Green Motion amat berpatutan berbanding company besar dan established seperti Hertz, Enterprise dan Sixt. Walaupun banyak dapat review yang negatif daripada customer tapi saya tetap sewa juga. Hahah..

Harga sewa kereta di Green Motion pada 20 Disember hingga 31 Disember 2022

Pada tahun 2019 saya ambil pakej Premium Plus+ sebab taknak pening kepala bayar excess jika berlaku kemalangan. Untuk 2022, saya letak duration yang sama iaitu 11 hari. Harga yang ditawarkan GBP3,049.60 iaitu bersamaan RM16,406.85!. Gila jauh beza dengan dengan tahun 2019. Hampir tiga kali ganda!. Kereta sama tapi manual. Kalau auto lagi mahal. Huhu.. Itulah, macam tak percaya harga sewa kereta naik mendadak lepas covid. Semua company berebut mark-up harga untuk stabilkan kembali perniagaan masing-masing kot. Kalau setakat naik seribu dua tu boleh la diterima akal lagi. Ini kenaikan sampai 3 kali ganda tu. Aduhai, nampaknya lepas ni sukar la nak sewa kereta di UK lagi. Banyak kos yang perlu ditambah. Huhu..

Harga sewa 9-seater di search engines. Tanpa full-covered insurance ya


#CAR RENTAL: BLUE CAR RENTAL

Saya study semua rental car companies di Iceland. Saya refer juga pada blog dan youtube tentang company yang reliable. Akhirnya saya jumpa satu company yang menawarkan harga yang agak menarik dan mampu milik. Blue Car Rental adalah antara syarikat kereta sewa yang popular di Iceland. Saya tak pernah dengar nama company ni di UK atau negara Eropah yang lain, kecuali Greece. Tak pasti sama ada di Greece adalah company yang sama dengan di Iceland. Tengok pada website dia nampak simple je. Cara booking pun mudah. Boleh percaya ke ni? Daripada review mengatakan company ni wujud dan dah beroperasi di Iceland sejak tahun 2010. Kira boleh percaya la ni.

Website nampak meyakinkan

Saya tengok pada jenis kereta yang ditawarkan. Harga kereta 9-seater agak jauh beza dengan 7-seater, hampir 2 kali ganda. Kami sekeluarga memang kena ambil 9-seater walaupun 6 orang sebab ada 6 beg besar yang nak dibawa sekali. Tak cukup kalau ambil 7-seater. Saya browse option yang available dan additional items. Ada kereta 7-seater yang boleh tambah roof box. Cukup kot untuk letak beg kami. Kalau tak cukup boleh tumpang satu beg kat kereta kawan-kawan. Saya booking 4 buah kereta. Satu kereta 7-seater untuk kami sekeluarga dan 3 buah lagi kereta 5-seater. Saya pilih kereta Nissan X-Trail bersama tambahan roof box, 2 booster-seat, roadside assistance waiver dan pocket wifi serta full-coverage insurance. GPS ada sekali pada kereta tersebut. Harga keseluruhan setelah tolak diskaun adalah ISK175,750.00 iaitu bersamaan RM6,075.00 untuk 7 hari penyewaan bermula 4 Januari hingga 11 Januari 2023. Selesai sudah urusan booking kereta di Iceland.

Boleh tahan mahal juga sewa kereta di Iceland


#DOHA TRANSIT TOURS

Flight kami pada 29 Disember 2022 nanti akan berlepas pada jam 2.45 pagi. Kami dijangka tiba di Doha pada jam 5.30 pagi dan transit selama 9 jam 50 minit. Daripada jalan-jalan kat dalam terminal, lebih baik kami ikut tour keluar ke bandar Doha. Sekurangnya dapat jejakkan kaki di bumi Qatar. Kebiasaannya kalau transit lebih dari 8 jam boleh keluar dari terminal. Kebetulan Qatar menjadi tuan rumah bagi World Cup 2022. Masa kami sampai world cup baru je tamat. Mesti ada lagi kesan tinggalan world cup kat bandar Doha. Jadi saya pun mencari transit tours yang available dalam website Qatar Airways.

Antara transit tours yang ditawarkan oleh Qatar Airways

Saya dapat maklumat bahawa transit tours oleh Qatar Airways ada yang percuma. Tapi bila tengok dalam website semuanya kena bayar. Tour dalam terminal pun ada bayaran. Saya andaikan lepas covid ni semua benda naik harga. Even yang percuma sebelum ni pun kena bayar. Huhu.. Takpelah, nak buat macam mana. Masa percuma dulu tak perlu booking awal. First-come first-serve untuk join tour. Tapi disebabkan sekarang ni kena bayar, maka booking awal adalah digalakkan. Daripada senarai tour yang ada, saya pilih Discover Doha. Pertama kali nak tengok Doha, kenalah jalan-jalan kat bandar dia. Harga untuk tour Discover Doha berdurasi 3 jam adalah QAR95.00 untuk dewasa dan QAR67.00 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Tukaran semasa QAR1.00 = RM1.15. Lebih sikit dari duit kita. Jadi saya kena bayar RM591.10 untuk kami sekeluarga.

Demi mencari pengalaman hidup selama 3 jam di bumi Doha


#PLANE WRECK SHUTTLE

Di Iceland nanti kami bercadang untuk melawat satu landmark yang menjadi hotspot fotografi. Akibat terpengaruh dengan filem Dilwale yang shooting di tempat menarik di Iceland, jadi kami pun teringin la nak tengok tempat plane wreck tu. Review menyatakan takde yang menarik pun tentang tempat ni, hanya bangkai kapal terbang yang terhempas suatu ketika dulu. Untuk ke lokasi kejadian perlu berjalan kaki sejauh lebih 4 km di kawasan yang terbuka. Ada kejadian di mana pelancong mati sebab terkandas dalam snowstorm dan tiada tempat berteduh. Huhu.. Cara lain untuk tidak berjalan kaki adalah dengan menggunakan shuttle bus yang akan bawa dari tempat parking kereta terus ke kawasan plane wreck tu. Bila ada servis, sudah tentu ada bayarannya. Baru lepas covid kan. Hehe.. Kos pergi dan balik shuttle bus untuk dewasa (18 tahun keatas)  adalah ISK2,900.00 dan remaja (8-17 tahun) ISK1,500.00. Kanak-kanak bawah 8 tahun percuma. Jadi jumlah kos untuk kami sekeluarga adalah RM404.42.

Perjalanan tak sampai 10 km pun kena bayar banyak ni


#DISNEYLAND PARIS

Trip kali ni saya bercadang nak bawa anak-anak merasai pengalaman di Disneyland. Dulu pernah plan nak ke Disneyland Hong Kong, tapi sampai ke hari ni tak pergi Hong Kong lagi. Saya dan wife pernah sampai di Disneyland Tokyo, tapi bergambar kat entrance je lah. Tak masuk pun. Hihi.. Wife saya cari tiket online dan jumpa harga tiket yang agak berpatutan untuk kami sekeluarga melalui website klook.com. Wife saya kata website ni boleh dipercayai sebab dia pernah beli sebelum ni. Saya ikut je asalkan memang betul ada tiket masuk ke Disneyland Paris. Kalau hari kejadian takde tiket, maka lagi sekali kita bergambar di pintu masuk. Kali ni gambar sekeluarga. Hehe.. Wife saya terus letak tarikh 13 Januari 2023 untuk masuk ke Disneyland. Jumlah keseluruhan tiket untuk kami sekeluarga adalah RM1,541.68.

Harap tiket ni wujud 


#HYDE PARK WINTER WONDERLAND

Kawan saya pernah cerita dia pergi ke Winter Wonderland di Hyde Park. Best katanya untuk anak-anak. Saya pun google la tentang Winter Wonderland ni. Amusement park rupanya. Lebih kurang macam funfair kat Malaysia, cuma cuaca sejuk la kat sana. Winter Wonderland ni hanya beroperasi dari November hingga Januari. Nama pun Winter Wonderland, dah tentu masa winter je dia buka. Harga tiket untuk masuk berbeza mengikut masa. Kalau datang seawal jam 10.00 pagi percuma dan meningkat hingga GBP5.00/person sampai la tutup jam 10.00 malam. Itu baru tiket masuk. Untuk layan permainan kena bayar lain. Walaupun masuk pagi free, tapi macam rugi pulak sebab waktu siang cadangnya nak jalan-jalan melihat landmark di London. Lebih baik masuk bila dah gelap sebab tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di London bila malam menjelma. Kedai pun banyak yang tutup jam 8.00 malam bila musim winter. Maka saya pun belilah tiket untuk masuk jam 6.00 petang pada 1 Januari 2023. Malam baru meriah dengan lampu liplap. Kasi can la anak-anak bergembira lebih sikit untuk trip kali ni. Masa covid diorang lama terperuk dalam rumah.

Layan funfair dalam kesejukan

Saya masukkan details untuk beli tiket. Saya hanya kena bayar GBP20.00 je untuk 4 tiket. Lagi 2 tiket dapat free. Mungkin kanak-kanak bawah 12 tahun masuk free atau tempat ni dah sampai ke penghujungnya. Tarikh akhir Winter Wonderland beroperasi adalah 2 Januari 2023 dan akan dibuka semula pada November 2023. Dalam website juga ada offer pembelian 5 permainan yang berharga GBP10.00. Boleh la pilih 5 daripada 15 permainan yang ditawarkan. Kalau beli masa hari kejadian harganya lebih mahal. Sebelum kena pow dengan lebih teruk, baik saya belikan siap-siap. Setiap sorang dapat la main 5 permainan. Saya dan wife tukang tengok je. Jumlah kos untuk Winter Wonderland adalah GBP60.00 bersamaan RM322.80. Jangan mintak tambah permainan lagi ye.

Lepas bayar tiket boleh terus download, print dan bawa di hari kejadian

Rasanya semua urusan yang memerlukan booking awal dah selesai. Lepas ni dah boleh uruskan hal-hal lain seperti simcard, travel insurance, rations dan barang-barang keperluan yang nak dibawa nanti. Permohonan kelulusan keluar negara kena buat. Penjawat awam yang tak apply akan kena surcharge. Masa bersara nanti baru terasa kesannya. Memang betul kalau takde apa-apa yang berlaku masa di luar negara, tak apply pun takpe. Tapi selalunya kan, bila buat sesuatu tanpa kebenaran mesti akan jadi sesuatu yang tak diingini. Jadi lebih baik apply untuk ketenangan jiwa.


Wallahu ' alam..





No comments:

Post a Comment