Sunday 2 June 2024

Preparation #2: Website Error @ Scam Berhemah?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Persediaan diteruskan dengan membeli tiket flight untuk KEF - CDG. Saya masuk ke website British Airways. Lupa nak maklum dalam post sebelum, tiket flight Easyjet untuk LGW - KEF saya boleh beli semua 15 tiket dalam satu transaction. Agak pelik juga sebab semua flight yang saya pernah cari hanya boleh beli maksimum 9 tiket. Pelik atau tidak, tapi yang penting ianya amat memudahkan saya. Kan bagus kalau semua airlines boleh buat macam tu. Jadi tak perlulah risau kalau tiket dah sold out atau kena emel pada agency. Bukannya kita tak bayar pun kalau beli tiket banyak.

Mudahnya boleh beli terus 15 tiket

Saya cari waktu flight yang sesuai pada 11 Januari 2023. Ada 3 waktu yang available dengan harga yang berbeza. Dengan mengambil kira waktu nak check-out dari hotel, perjalanan menuju ke airport dan hantar kereta sewa, tak boleh la nak pilih awal pagi. Takut rushing nak mengejar masa. Jadi masa yang paling sesuai dan harga yang berpatutan adalah flight pada jam 12.25 tengahari. Tiada direct flight menuju ke Paris. Jadi kami kena transit di London, kemudian baru teruskan penerbangan ke Paris. Kami dijangka sampai di Paris pada jam 10.40 malam hari yang sama. Nampaknya kena cari hotel yang dekat dengan airport sebab dah agak lewat malam kami sampai.

Waktu penerbangan yang dirasakan sesuai

British Airways sama sepeti airlines yang lain, maksimum pembelian dalam satu transaction hanya 9 tiket. Huhu.. Maka saya terpaksa guna kaedah yang terbaik untuk pastikan pembelian untuk kali kedua masih ada tiket. Haru dibuatnya bila dah beli 9 tiket, next transaction tiket unavailable. Saya gunakan kaedah hold harga tiket untuk 3 hari (72 jam). Kebanyakan airlines ada option ni. Kiranya bagi peluang pada pembeli untuk fikir dulu dalam masa 3 hari sebelum finalise sama ada nak beli atau tak. Mana tau lepas sehari dua harga tiket jadi lebih mahal ke. Tapi untuk hold harga tiket bukan free ya. Kena bayar la sikit kos untuk hold harga tiket tu.

Contoh airlines yang offer hold the ticket price

Saya pun hold harga 6 tiket untuk kami sekeluarga dulu dengan bayaran ISK4,100.00. Nilai tukaran pada masa ni adalah RM1.00 = ISK28.93. Jadi saya bayar RM141.72 untuk hold harga tiket kami sekeluarga. Kemudian saya cari dan hold harga 9 tiket untuk kawan-kawan. Bayaran tetap sama iaitu RM141.72. Kiranya bila dah hold bermakna adalah tiket untuk kami semua. Bayaran untuk hold ni bukanlah daripada harga tiket asal. Bila dah buat pembayaran penuh harga tiket barulah British Airways akan refund duit hold ni. Kalau tak jadi beli dalam masa 3 hari, kira burn je la ye. Huhu..

Done hold the price

Harga tiket yang saya dapat untuk kami sekeluarga adalah ISK108,725.00 iaitu RM3,758.05. Untuk seorang harga tiket adalah RM626.34. Walaupun ada kategori Adult, Young Adult dan Child, tapi harga tetap sama untuk semua. Lebih baik tak payah buat kategori. Huhu.. Harga ni tinggi sikit daripada flight awal pagi dan murah daripada flight EasyJet. Dapat kami merasa pengalaman naik flight British Airways. Walaupun diberi masa 3 hari untuk finalise beli tiket, tanpa buang masa saya terus buat bayaran penuh. Memang nak beli pun tiket ni. Masa ni lah berlakunya satu kejadian yang tidak diingini. Tak pasti website error ataupun scam berhemah daripada British Airways. Huhu..

Cuba perhatikan kotak merah tu. Website error ke ni?

Terkejutnya saya bila tengok harga tiket flight untuk kami sekeluarga. Kalau convert tu nak dekat setengah juta harganya. Huhu.. Confirm website error ni sebab flight details pun salah airport. Disebabkan saya ada masa 3 hari je untuk buat bayaran penuh, saya emel kepada British Airways untuk dapatkan clarification. Kalau tak bayar nanti duit hold tu burn macam tu je. Dah la hold untuk 2 transaction. Aduhaii.. Lepas saya emel, dalam masa beberapa jam emel saya dibalas. Macam tak membantu je ayat balasannya. Hampeh betul la. Nampaknya terkena saya dengan scam berhemah dari British Airways. Bukan low-cost airline tau. Huhu..

Bertanya untuk mendapatkan penjelasan

Saya tunggu hingga hari terakhir untuk buat bayaran, dengan harapan takde error. Tapi malangnya, masih tetap sama harga setengah juta yang tertera pada harga tiket. Nampaknya British Airways untung RM283.44 dengan hanya buatkan error pada harga tiket dia. Hangin betul saya. Sedekah macam tu je la. Apa boleh buat, dah usaha untuk dapatkan semula refund pun tak dilayannya. Takpe, bukan rezeki kami untuk merasa suasana dalam kabin British Airways. Dah boleh banned dulu airline ni. Bikin panas hati jer. Huhu..

Macam tak membantu je. Kena game dengan British Airways


#FLIGHT TICKET: KEF - CDG (EASYJET)

Nampaknya saya terpaksa kembali semula ke website EasyJet. Hanya ini je flight yang berikan harga tiket murah berbanding airlines yang lain (selain British Airways... puihhh). Tiada direct flight untuk tarikh 11 Januari 2023. Maka saya beli tiket yang akan transit di Milan. Flight yang dipilih akan berlepas jam 11.20 pagi dari Keflavik. Kali ni saya tak boleh nak beli kesemua 15 tiket. Mungkin hanya untuk flight yang berlepas dari UK je yang boleh beli lebih dari 9 tiket. Tapi disebabkan dah dapat satu pengajaran terbaik dari British Airways, maka kali ni saya beli je terus tiket untuk kami sekeluarga, kemudian beli lagi 9 tiket untuk kawan-kawan. Taknak main hold dah. Harap tiket masih banyak lagi. Kalau tak cukup maka terpaksalah kami naik flight yang berasingan. Untuk flight transit, cara pembelian berbeza sikit bagi EasyJet. Saya kena beli tiket asing iaitu KEL - MXP dan MXP - CDG. Untuk menjamin agar kami tak tertinggal flight masa transit disebabkan oleh delay, saya kena bayar satu insurans khas untuk connecting flights.

Tiket flight kami sekeluarga untuk KEF - MXP

Alhamdulillah, lepas beli tiket kami sekeluarga, kami dapat beli juga untuk kawan-kawan. Mengikut kepada tukaran wang semasa, EUR1.00 = RM4.65. Jumlah keseluruhan tiket kami sekeluarga untuk flight KEF - MXP adalah RM2,231.16. Flight kami akan tiba di Milan pada jam 4.45 petang dan transit selama 2 jam 25 minit. Kemudian saya kena beli tiket lain untuk MXP - CDG. Bagi tiket berasingan macam ni bermakna kami kena ambil beg dan kemudian check-in semula untuk flight berikutnya. Kira anak-anak merasa jugalah jejakkan kaki kat luar airport nanti, sebagai tanda dah sampai Italy. Hihi.. Harap sempatlah dalam masa 2 jam 25 minit untuk uruskan semuanya. Jangan kena banyak soal dengan pegawai imigresen atau beg tak keluar dari tempat baggage claim sudah lah.

Tiket flight kami sekeluarga untuk MXP - CDG

Jumlah keseluruhan tiket kami sekeluarga bagi flight MXP - CDG adalah RM2,119.56. Disebabkan transit sekejap, sebab tu EasyJet offer untuk ambil connecting insurance, in-case flight delay atau ada masalah semasa transit. Nasib baik tak mahal sangat bayaran insurance yang dikira mengikut transaction. Bayar je lah, taknak pening kepala lagi. Nanti kira semula berapa total harga tiket flight yang dibayar.

DOHOP Connection Service. Bayar untuk ketenangan jiwa..

Mak aii, service fee dia lagi tinggi daripada harga connecting insurance. Huhu.. Jumlah keseluruhan harga tiket flight yang saya bayar untuk kami sekeluarga termasuk connecting insurance adalah RM2,231.16 (KEF - MXP) + RM2,119.56 (MXP - CDG) + RM416.13 (Insurance) = RM4,767.29. Bila dibahagikan kepada 6 orang, jumlah menjadi RM794.55/person. Harga tiket dewasa sama dengan kanak-kanak, takde diskaun langsung. Huhu.. Beza nak dekat RM200.00/person dengan harga tiket British Airways. Tapi yang penting tak kena scam. Sampai bila-bila saya akan ingat onar yang dibuat oleh British Airways. Macam tu je modus operandi dia scam duit customer. Maka selesai la sudah pembelian tiket flight untuk trip kali ni.


#TRAIN TICKET: PARIS - LONDON (EUROSTAR)

Next, saya nak beli tiket train pulak. Yang ni pun sama juga, tak boleh nak beli terus 15 tiket dalam satu transaction. Maka terpaksalah beli berasingan untuk kami sekeluarga dulu, kemudian untuk kawan-kawan. Untuk tiket Eurostar memang kena beli seawal yang boleh sebab harga yang ditawarkan agak murah. Tapi tarikh yang available akan dibuka dari semasa ke semasa. Bermakna tak boleh beli seawal bulan Februari atau Mac untuk tiket pada bulan Disember. Selalunya 3 atau 4 bulan sebelum tarikh baru tiket dijual. Saya sentiasa update bila tiket mula dijual. Once dah boleh klik pada tarikh 31 Disember 2022, saya terus beli.

Waktu perjalanan yang dirasakan sesuai

Jumlah keseluruhan untuk tiket flight kami sekeluarga adalah RM1,739.10. Apa yang paling dirisaukan adalah tarikh kami nak naik train tu. Selalunya setiap hujung tahun akan ada train strikes di London dan Paris. Kemungkinan akan delay kerana pekerja mogok. 2019 dulu kami dah kena sidai lama kat train dan underground station sebab train delay. Lain macam mogok diorang ni. Memang betul-betul mintak naik gaji. Nasib baik la kat Malaysia tak macam tu. Kesian orang nak pergi kerja naik public transport sampai lewat ke pejabat masing-masing. Macam saya takde masalah sebab naik motor. Hehe..

Dapat pilih seat dekat dengan anak-anak

Untuk transport semuanya dah selesai. Seterusnya saya nak uruskan penginapan. Hotel di Paris, London dan South Iceland perlu ditempah awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Untuk Paris dan London tiada masalah. Cuma di South Iceland saya kena susun dulu perjalanan seharian di sana. Dah dapat gambaran, barulah boleh cari hotel-hotel yang berdekatan dengan lokasi perjalanan kami nanti. First time nak sampai sana, tak boleh nak bayangkan macam mana keadaan suasana di bulan Januari. Tengok pada video di youtube, agak ganas juga salji kat sana. Ada juga kes snowstorm sampaikan jalan terpaksa ditutup akibat salji yang tebal. Cuaca di sana tak boleh nak dijangka. Katanya dalam sehari daripada keadaan tenang, secara tiba-tiba cuaca menjadi gelap dan snowstorm datang. Lepas sejam dua, keadaan kembali tenang semula. Fuhh, lain macam pengalaman hidup yang bakal kami hadapi nanti. Moga dipermudahkan urusan berkelana kami.


Wallahu 'alam..





No comments:

Post a Comment