Sunday 2 June 2024

Preparation #1: Yang Utama Didahulukan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tarikh travel dah ada iaitu bermula 29 Disember 2022 dan berakhir pada 15 Januari 2023. Destinasi pun dah muktamad. Seperti biasa, setiap kali travel ke luar negara saya akan create satu nama tema yang sesuai untuk negara yang dilawati. Tahun 2018 saya bagi nama Scandiscovery sebab cover negara Scandinavia iaitu Denmark, Finland, Sweden dan Norway. Tahun 2019 saya hanya bagi nama UK V2 sebab trip kali kedua ke UK. Tahun ni walaupun masih England dan France, tapi ada tambahan Iceland. Maka nama tema yang sesuai untuk trip ni adalah kombinasi antara Europe dan Aurora iaitu:

'EURORA TRIP 2022-2023'
- Finding Aurora -

EURORA.. Memang sesuai tema untuk trip kali ni

Seterusnya, perkara penting yang kena diuruskan sebelum beli tiket adalah menyusun itinerary secara kasar dulu untuk set berapa lama kami akan stay di Paris, London dan Iceland. Untuk Paris dan London takde masalah sebab dah pernah sampai. Jadi mudah untuk saya susun itinerary lokasi yang akan dilawati. Untuk Iceland saya kena study sikit. Walaupun negara Iceland tak besar, tapi disebabkan kami akan travel di bulan Disember atau Januari, weather forecast kena ambil kira juga. Time tu for sure salji tebal dan mungkin banyak jalan yang ditutup. Agak mustahil untuk cover keseluruhan Iceland. Daripada info yang saya dapat, mungkin kami akan cover bahagian South Iceland je. Jadi saya set seminggu untuk berada di bumi Iceland. Cukup kot untuk cover landmark yang wajib singgah di South Iceland. Lama sangat nanti lagi banyak duit habis. Hihi..

18 hari.. Lama juga trip kali ni.

Jumlah ahli rombongan seramai 15 orang dah confirm tapi belum muktamad. Rasanya macam ada lagi yang berminat nak join. Cuma tak pasti bila nak confirm. Yang bagi confirmation lambat terpaksalah akur untuk membayar lebih jika harga tiket flight mula berubah. Saya sentiasa check harga tiket flight. Boleh dikatakan setiap bulan saya tengok jika harga berubah. Selalunya berubah naik la, bukan turun. Huhu.. Bukan tiket flight je yang naik, tapi semuanya termasuk hotel, train dan sewa kereta. Perkara pertama yang saya selalu ambil perhatian dan selesaikan dulu adalah beli tiket flight. Bila dapat harga yang berbaloi saya terus beli. Lepas tu baru fikir kos-kos yang lain. Paling dirisaukan bila travel beramai-ramai ni jika tiket flight sold out dan hotel fully booked atau bilik tak cukup.

Beza harga tiket flight pada bulan Mac dan Jun


#FLIGHT TICKET: KUL - CDG - KUL (QATAR AIRWAYS)

Bila dah ada itinerary, barulah boleh beli tiket flight. Untuk trip kali ni saya kena beli tiket untuk 15 orang, maka saya ambil keputusan untuk beli melalui Qatar Airways official websites. Tak berani saya nak beli tiket guna 3rd-party websites seperti Skyscanner, Gotogate atau Expedia. Walaupun ada 3rd-party website yang boleh dipercayai, tapi saya ada terbaca jika flight delay atau cancel, mungkin akan ada isu bila nak reschedule atau minta refund. Kalau setakat family saya dan 2-3 orang kawan takde masalah. Ini 15 orang punya tiket. Jadi adalah lebih baik saya beli kat official websites untuk mengelakkan pening kepala yang berpanjangan bila ada masalah yang timbul di kemudian hari. Saya tetap refer pada 3rd-party websites setiap kali mencari tiket flight. Tujuannya untuk buat perbandingan harga dengan official websites. Kalau tak banyak beza, better beli thru official websites.

Antara 3rd-party websites yang popular untuk beli tiket flight

Antara masalah bila beli tiket melalui official websites adalah jumlah tiket yang boleh dibeli dalam satu transaction. Maksimum hanya boleh beli 9 tiket je. Kenapa ye? Kalau lebih dari 9 kena contact travel agent. Katanya boleh dapat harga lagi murah daripada harga dalam websites. Saya pun hantar request untuk dapatkan harga bagi 15 tiket yang saya nak beli. Lepas 2 hari barulah dapat reply. Sama je harga dengan websites. Wife saya tanya kawan dia yang kerja di travel agency, mana tau kalau boleh dapat harga yang lagi murah. Pun masih tetap sama harganya. Untuk memudahkan urusan dan meyakinkan pembayaran yang melibatkan puluhan ribu ringgit, maka kami beli melalui kawan wife saya. Terasa yakin sikit sebab dapat jumpa secara fizikal dan boleh terus transfer duit.

Tak tau kat mana special group fares dia. Emm..

Nampaknya ini kali kedua kami bakal menjadi penumpang Qatar Airways, 5-Star Airlines yang sentiasa mendapat ranking Top-3 World Best Airlines. Tahun 2021 dapat nombor 1 tau. Untuk tahun 2022 result belum keluar lagi. Saya akui servis Qatar Airways adalah terbaik masa trip saya ke Scandinavia pada 2018 yang lalu. Tak sangka juga harga tiket yang ditawarkan paling murah berbanding airlines yang lain. Ingatkan Royal Jordanian boleh bagi harga murah macam trip sebelum ni. Padahal Royal Jordanian cuma 3-Star Airlines je. Rupanya harga tiket bukan dinilai mengikut jumlah star atau ranking. Kalau boleh trip kali ni saya nak cuba airlines yang belum pernah naik. Barulah ada variasi dalam diari perjalanan saya. Saya tak kisah sangat dengan airlines rating asalkan harga tiket murah dan mempunyai track record serta review yang positif dari penumpang. Air Asia yang pakar delay tu pun saya tetap naik berkali-kali juga sebab murah. Hihi..

Daripada Top 10, hanya Qatar Airways dan Air France je yang saya dah merasa naik

Harga tiket yang saya dapat untuk return flight Qatar Airways adalah RM3,289.00/pax untuk dewasa dan RM2,916.00/pax untuk kanak-kanak 2-11 tahun. Baggage allowance 25kg untuk checked luggage dan 7kg untuk hand luggage. Kalau didarabkan dengan 6 hampir 200kg tu. Banyak barang niaga boleh beli ni. Hahah.. Kira berpatutan jugalah harga tiket Qatar Airways. Jumlah keseluruhan untuk kami sekeluarga (4 dewasa dan 2 kanak-kanak) adalah RM18,988.00. Ini baru tiket return flight dari KL ke Paris, belum kira lagi tiket ke Iceland dan train Eurostar. Sungguh keras kos untuk ke Iceland. Penat bekerja dan berniaga sambilan, apa salahnya setahun sekali kita enjoy travel sekeluarga untuk mencari pengalaman hidup.

Harga tiket daripada kawan wife saya. Sama seperti dalam official websites


#FLIGHT TICKET: LGW - KEF (EASYJET)

Selesai beli return ticket KL ke Paris, saya beli tiket dari London ke Iceland pulak. Pada mulanya saya cari tiket flight one-way dari Paris ke Keflavik, Iceland tapi harga amat mahal. Lebih mahal daripada kombinasi tiket train Eurostar dari Paris ke London dan tiket flight dari London ke Keflavik. Jadi lebih baik kami naik dari London. Sekurangnya dapatlah jalan-jalan di London sebab ada ahli rombongan yang tak pernah ke London. Inilah peluang diorang nak tengok Big Ben buat pertama kali dalam hidup. Bukan selalu travel ke Europe. Bila ada peluang, apa salahnya kita combine beberapa negara dalam satu trip. Barulah berbaloi dan dapat banyak pengalaman hidup yang baru. Bukan setakat dapat jejakkan kaki di Paris, London dan Iceland, malah dapat pengalaman naik Eurostar rentas English Channel lagi. Terbaikk..

Harga tiket one-way dari Paris ke Iceland. Mahal sungguh laa..

Flight murah dari London ke Keflavik yang saya jumpa adalah EasyJet, iaitu low-cost carrier yang selalu tawarkan harga murah untuk flight inter-europe. Bila dah tambah kos untuk checked luggage pun masih murah berbanding flight yang lain. Mulanya saya tak berapa yakin nak naik flight ni sebab banyak review yang negatif daripada penumpang. Antara komplen yang paling banyak adalah flight delay, flight cancel dan customer service yang tak membantu. Kalau setakat delay sejam dua boleh tahan lagi. Dibuatnya flight cancel, hancurlah itinerary yang saya dah buat. Huhu.. Tapi memandangkan takde flight lain yang tawarkan harga semurah EasyJet, maka terpaksalah saya yakinkan diri untuk beli tiket, dengan harapan di hari kejadian nanti takde masalah berlaku pada flight kami. In shaa Allah..

Teruk sangat review dia. Aduhai..

Pada saya perlu untuk baca review sebelum buat keputusan. Tujuannya adalah agar kita boleh standby siap-siap sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Bukan bermakna saya akan terus cari flight yang lain. Saya masih ingat lagi company Green Motion yang saya sewa kereta di London dulu. Tengok pada review memang teruk servis company ni. Tapi saya tetap sewa juga dan alhamdulillah takde masalah sepanjang perjalanan. Saya pilih sebab hanya Green Motion je yang bagi harga murah serta dapat 2 free gift yang boleh dipilih. Masa tu saya pilih baby seat dan booster seat untuk anak saya. Kalau company lain nak sewa 2 benda ni dalam tempoh 10 hari hampir beribu harganya. Sebab tu la saya tetap pilih untuk sewa kereta di Green Motion. Sama juga isunya dengan airlines company. Tak semua flight bermasalah walaupun selalunya low-cost carrier memang banyak masalah. Tak boleh la nak bandingkan low-cost carrier dengan airline seperti Qatar Airways, Emirates atau Etihad. Tiket dah murah, maka level of service pun mestilah biasa-biasa je.

Antara low-cost carrier yang popular di Eropah

Harga tiket flight EasyJet berbeza mengikut waktu penerbangan. Selalunya tiket murah untuk flight tengah malam atau awal pagi. Saya cari waktu flight paling sesuai agar tak perlu rushing nak check-out hotel dan masa perjalanan menuju ke airport. Kena fikir juga waktu mendarat kat sana. Kalau boleh biarlah sampai lewat petang agar dapat menguruskan kereta sewa dengan tenang dan boleh singgah mana-mana tempat dulu untuk beli sesuatu sebelum check-in hotel. Nasib baik harga tiket EasyJet tak banyak beza antara yang termurah dan waktu yang saya rasakan paling sesuai. Maka saya pun pilih la flight yang dirasakan sesuai untuk tarikh 4 Januari 2023.

Harga tiket untuk kami sekeluarga

Masa beli tiket, tukaran wang GBP ke RM adalah GBP1.00 = RM5.38. Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 16 tahun ada perbezaan pada tax iaitu tiket kanak-kanak kurang GBP13.00/person. Jadi harga tiket yang kami dapat untuk dewasa adalah GBP81.67 iaitu RM439.39 manakala untuk kanak-kanak adalah GBP68.67 iaitu RM369.44. Jumlah untuk kami sekeluarga (3 dewasa dan 3 kanak-kanak) adalah RM2,426.48. Kira murah jugalah, bawah RM500.00 seorang untuk perjalanan sehala. Saya menjangkakan harga dalam RM1,000.00 ke RM1,200.00 untuk return ticket. Harap-harap tiket dari Keflavik ke Paris tak mahal sangat. Tapi yang pastinya lebih mahal daripada tiket London ke Keflavik. Kami akan berlepas jam 3.30 petang dan dijangka sampai di Keflavik pada 6.50 petang. Confirm dah gelap masa kami sampai. Cuma takdelah lewat malam sangat. Masih sempat nak singgah mana-mana kedai untuk cari makan, dengan harapan takde masalah masa menguruskan kereta sewa.

Kanak-kanak bawah 16 tahun tak perlu bayar Aviation Taxes (APD)

Tiket KUL - CDG - KUL (Qatar Airways) done. Tiket LGW - KEF (Easyjet) juga dah selesai. Next, saya nak cari tiket dari Keflavik ke Paris dan tiket Eurostar dari Paris ke London. Terkejut juga apabila British Airways menawarkan harga tiket yang agak murah untuk flight KEF - CDG berbanding low-cost carrier yang lain. Inilah peluang nak merasa cabin British Airways. Hehe.. Moga tiada masalah berurusan dengan mereka secara online. Let's go!

Wallahu ' alam..




No comments:

Post a Comment